Monday, December 15, 2008

Sewel



11 Dec 2008

Hari cuti bagi negeri Selangor dan sewaktu dengannya. Zura, my ex-colleague called me and ajak keluar. Nak buat farewell untuk aku katanya. Eheh..farewell kebende, aku dah berambus dari company dah lebih dari seminggu dah nih. Memandangkan bebudak yang nak kuar nih pun semuanya kawan-kawan baik aku kat ofis, so ada baiknya aku panggil Sewel instead Farewell merangkap get together mengade-ngade nama dia.

Jadi aku dengan bersemangat gilanya pegilah ke Kajang kerana kat situlah kitorang akan melepak, melantak dan melalak katanya. Jangan tanya ape agendanya kerana dah sah2la minah-minah nih semua kategori menternak badan secara kecil-kecilan cam macam aku. Huhuhuh..

Diorang belanja aku makan sate kajang katanya. Syok gak..lama dah tak makan sate. Bukan nak kata apela kan, aku datang bawak perut je. Dahtuh, sah2la fully sponsored katanya. Baguih betul bebudak nih.

Lepas makan, perut pun dah berbuai-buai jadi ada baiknya kami berangkat ke destinasi berikutnya yakni karok!! Eheh..tekak memasing pun dah gatal sangat katanya. Sampai kat karok, Linda dan tunang dia pulak datang memeriahkan keadaan. Yazid memalu jek sebab dia sorang je lelaki. Nasib la kan, memang jadik mangsa buli jek. Tak caya cuba tanya kat siapa pernah merasakan situasi macam nih. :P
From Left : Me, Ida, Zura & Eny

Hambek ko..book karok 3 jam. Melalak sangat la kat dalam tuh kan..aku pun dengan teknik nyanyian yang telah diperbaiki begitu yakin sekali untuk menyerlahkan bakat sekaligus mengelak dari diaibkan di depan seorang jejaka kudus katanya. Huhu.

Aktiviti mengasah bakat berjalan dengan lancarnya. Tapi dengan adanya Yazid membuatkan semuanya cover ayu gituh. Dua jam kemudian Linda dan tunangannya meminta diri, mungkin untuk pergi berdating pulak, jadi tinggallah kami berempat untuk meneruskan perjuangan. This time barulah syok gila sebab si Zura dan Eny naik sheh dan beronggeng sakan. Tegelak je manjang sampai perut aku pun sakit. Haih.

Bukan aku kalau tak gedik :D


So itulah saja catatan bagi Sewel kali nih. Lain kali mungkin buleh buat lagi cemtuh tapi diorang dah kasik warning, lain kali no more sponsorship. Wakakaka…kosserrrr…

Can’t Take My Eyes Off You


10 Dec 2008


OMG. Kenapa aku rasa lain macam nih. Aku rasa aku rindu sangat kat my darling. Lama siut tak jumpa dia. Hanya dapat tengok gambar je. Gila la camnih wei.

Dari tadi aku dok ngadap gambar-gambar dia yang melambak-lambak dalam pc aku nih. Memang takleh tahan lah. Aku tengok jek gambarnya, aku rasa cam ada rama-rama dalam perut aku. Siyes. Dari dulu cemnih. Tak tau apesal.

My baby Gael, ape projek u sekarang? I miss u like hell oke. Urghhhhhh..kenapa la aku gila sangat kat mamat nih. Siut..puas aku carik DVD cerita dia yang The Science Of Sleep tuh. Vongoks..sampai arinih tak dapat-dapat. Mr Shrek sampai bernanah telinga kot sebab aku asyik pesan benda yang sama berulang-ulang kali – mintak tolong carikan DVD tuh.

Nih ade yang tak lama lagi Baby Gael aku kena sumpah dek Mr Shrek nih kang. Huhuhuh…


Gael Garcia Bernal. Muahhhhhhhhhss

Saturday, December 13, 2008

Mari Menggedik Part II

8 Dec 2008

Forget about that golf event..selingan je tuh benaunya. Sebab event kemuncaknya malam tuh, bertempat di Crowne Plaza Mutiara Hotel diadakan Masters Gala Dinner. So seperti biasa, aku menyibuk lagi and this time even better. Rata-rata player dah cam aku, I mean kenal rupa aku and masa cocktail kat foyer ballroom, memang easier la to approach them.
Tak payah aku nak kenalkan diri, sebab diorang dengan gentle and polite tegur, “ hey, I saw u this morning”, “hey…u’re the girl at the golf course rite?” or “hi, there u are..girl of the day” and I was like..what the tutttt?? (aku nak cakap wow actually..tapi aku segan :P ) Aku bukan niat nak perasan bagus kat sinih oke..but obviously masa event siang tuh memang aku je pompuan. Mungkin itu yang buat depa cam kot..malu siottt… (aku belakon malu je nih..memang niat aku nak buat korang muntah ijau sekarang nih) Wakaka..

So alang-alang diorang nih approachable gituh, so the best way is keluarkan kamera and smile… :D All of sudden aku rasa akulah minah tak sedar diri yang crash event orang tanpa perasaan bersalah dan kemudian terfikir hello…today is my lucky day ke?? Heheh..

Oh yup..the dinner was good. Makanannya ade ayam turkey bagai..too much for me. But having it for free, that’s the best part. Tapi aku tak berapa selera nak makan pun sebab aku nak makan ketupat mak aku…huhu. Mind you, dalam event nih Melayu boleh dikira..sebab mostly omputis katanya..and Chinese la kot obviously. So minuman memang takdo jus2 oke..semuanya keras, keras dan keras. Seperti yang kita boleh nampak, one of the sponsor adalah Carlsberg..jadik acik pasrah. Acik minum je air kosong sejuk sampai kembung. Huhuuuuu..

Like usual that event mesti la diselitkan unsur charity kan..so dalam event nih, there’re few limited & special items yang dilelong dan kutipan lelongan disumbangkan ke MAKNA kalau tak silap. Apa yang dilelong? Jersey yang ado signature Ryan Giggs, kasut yang ado signature Pele, jersey yang ado signature 10 out of 11 England players masa World Cup 1966 (aku rasa item nih paling mahal kot sebab ada orang bid sampai RM 20 ribu) and banyak lagi lah. Aku tengok je..yang aku tak tahan..player-player tuh pun bid sama. Aku rasa diorang pun bercita-cita nak own the items kot. Heh.

Untuk persembahan pulak, ada stand up comedy from Harith Iskandar. Oh ya, I met Serina Chef Wan there, and we had some chat. Her current bf is one of the organizers..i mean he’s the key person gaklah. Omputis you…hensem plak tuh. Lagi..aha..Alex Yoong was there. Gorgeous ek dia tuh. Charming. Eee..ape kejadohnye pulak aku nih asik dok cakap pasal rupa orang.

Apa-apa pun…bagi aku, peluang beramas mesra dengan those football legends adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Aku rasa bukan seronok lagi dah, beronok2 katanya. Mr Shrek ajak ke KL Tower esok for another get together with the legends..tapi for me cukup la kot. Memang fun..tapi aku patut rentikan while it’s still sweet la kot. Kang depa muak plak nengok..balik2 muka aku kan. Mr Shrek lain la..dia kena keje.
Anyway thanks to Mr Shrek and his bosses sebab benarkan aku menyibuk buat beberapa ketika. I’m just lucky I guess. ;)

End

Mari Menggedik Part I

8 Dec 2008

Masters Football. Anyone yang pernah dengar pasal nih? Please google ok. Malas nak elaborate. Heh.

Well, basically it’s a tournament yang disertai oleh pasukan Masters bagi kelab-kelab yang wujud dalam EPL tuh. Contohnya diorang ada team Masters Liverpool, Masters Man Utd, Masters Arsenal and such. Kalau kat England, banyak lagi pasukan Masters. Tapi untuk Masters Football Malaysia Cup yang julung-julung kalinya diadakan kat negara nih, hanya ada 4 pasukan Masters yang bertarung yakni Masters Arsenal, Man U, Liverpool and EPL All Star Masters.

All Star Masters tuh disertai oleh player-player dari team Masters yang lain cthnye West Ham ke, Everton ke, Chelsea, Man City dan banyak lagi lah. Aku pun tak sure sangat player-player dlm team All Stars nih asalnya dari team mana.

So, siapakah player-playernya? Banyak kalau aku nak sebut satu persatu. Kiranya legend-legend tahun 80an or 90an lah kiranya. So diorang nih la yang berada dalam team Masters tuh. Just to mention a few, Ian Rush, Bryan Robson, Richard Gough and banyak lagilah. Kalau you all semua muda belia macam aku, tak kenal tapi nak kenal, silalah ke http://google.com dan taip nama2 tuh ye. TQ. :P

On my birthday aku arituh berlangsungnya tournament nih kat Stadium Malawati Shah Alam. Aku tak pegi sebab 1st, it’s my birthday, 2nd aku kena tolong mak aku masak untuk raya haji and 3rd, kena beli tiket la pulak. Kosserr kan. Tapi Mr Shrek memang kena cover pasal event nih..organiser kasik assignment suh shoot player-player nih so beliau memang sentiasa bersama those players.

7th dec arituh Masters Football Malaysia Cup dimenangi oleh team Masters Liverpool. So, on hari raya haji yang kami pergi Genting tuh pulak untuk cover player-player nih main golf kat Awana Genting. Aku tak rasa diorang nih pandai main golf, tapi memandangkan memang dah ada dalam schedule penaja, so diorang ikutkan je. Eheh..Event nih tertutup actually, disertai oleh sesape yang berduit untuk main golf ngan legend-legend tuh la kiranya. Aku pun tak tau dimana silapnya…tapi aku ada sekali menyibuk kat situ. Huhu…dah la semuanya lelaki..nan ado yang pompuan..lagi la aku pelik.

Those players memang sempoi, naughty pulak tuh. Jadi sempat la aku ber hi2, sembang ala kadar dan berkenyit-kenyit mata dengan beberapa orang dari mereka. Bukan aku yang mengenyit ye..Huhu..Er…aku rasa diorang nih dah tua..tapi biasalah kan..namanya pon professional footballer…kalau tak naughty tuh, memang la tak sah kan. Heh…Mr Shrek pun perasan akan perkara ini..and beliau cakap..nasiblah kan, dah u je pompuan kat sinih. Haih..


To be continued…

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya disambut ala kadar tahun nih. My sis n her family beraya kat kg hubby. Jadi tinggallah aku and my bro yang tolong my mom buat preparation hari raya kali nih.

Actually malas nak beriya sangat sebab takde sapa yang ada kat rumah melainkan kami..tapi takkan la tak sambut langsung pulak kan. Jadi memandangkan on my birthday tuh aku free gila vaveng punye, so aku anyam ketupat dan tolong mak masak rendang, kuah kacang and such. Mithali tak hengat la pulak... :P

Mr Shrek ada assignment di hari raya actually. Kena pergi Genting untuk shoot Masters Football players main golf kat Awana Genting. So, di pagi raya tuh, kami semua breakfast cam biasa, salam and cium tangan mak abah, then zasss..we’re off to Genting Highland. Sembahyang raya pun tak sempat. Huhu…

Tapi aku janji ngan mak abah, ape-ape pon kitorang akan balik jugak untuk habiskan juadah raya mak. Mak ngan abah okey jek…sebab aku dah seharian melepak kat kampong dan tolong diorang masak.

So, itulah dia sambutan hari raya yang sungguh ala kadar bagi aku, dan agak cincai bagi sesiapa yang memandang. Huhu..

Selamat Hari Raya Aidiladha everyone!

Ok Oww..Aku Ketuaan

7 Dec 2008


Yay! It’s my birthday!

Yang keberapa, biarlah rahsia. Kosserrr…Ada orang yang tak tahu menahu pasal aku meneka yang ini adalah birthday aku yang ke 25. Betul la tuh…2 taun lepas. Hikhik..

I’m 27 everyone. I just can’t believe yang umur aku dah banyak macam nih. Aku rasa aku baru je tulis entry pasal birthday aku yang 26, alih2 now dah ke 27. Setahun rasa macam cepat sangat and mungkin tanpa aku sedari, lepas nih aku tulis pasal birthday aku yang ke 35. huhu..itupun kalau aku masih menulis and of course, kalau umur aku panjang.

Birthday tahun nih disambut ala kadar jek. Takde la macam taun lepas..banyak sangat yang nak celebrate my birthday katanya..Heh..this year aku cuma celebrate dengan orang terpenting dalam hidup aku, my family and Mr Shrek. Mr Shrek kejutkan aku dengan sebuah kek pada malam 6 Dec semata-mata nak buat aku surprise. Yes, I did surprise, sebab masa tuh baru pukul 10 mlm. Aku jerit..hello..it’s not my birthday..my birthday is tomorrow! Eheh..but yeah, aku happy sebab Mr Shrek tak pernah failed buat surprise for me. Hanya satu kek. Hanya satu candle. Well..it’s even better. Tak perlu tiup banyak-banyak dan menyebarkan DNA aku kat all over the cake. :P


Anyway, ucapan happy birthday memang banyak aku terima. I’m thankful and grateful for that. As usual, facebook berjaya buat beberapa orang mengingati birthday aku. Dan tak kurang juga yang baru tahu yang birthday aku jatuh on 7th Dec. Eheh. And mungkin juga akan ada beberapa orang lagi yang akan wish my birthday dalam forum. Itulah kelebihan forum. Tak perlu semua orang tahu atau ingat semua benda. Cukup hanya seorang yang ingat, the rest akan turut sama buat-buat tahu atau ingat. :P Tapi tak kisah, I know samada korang ingat atau tak..yang penting ucapan tuh korang buat dengan ikhlas kan. Love it.


Tepat kul 12 malam, Mr Shrek nyanyikan birthday song dan aku pulak bukak birthday gift sebab Mr Shrek hanya benarkan aku bukak birthday gift tepat kul 12 tgh malam. Tak lama lepas tuh, I received a call. No this can’t be true I said. That Jejaka Eksklusif came with another surprise bila beliau call di tengah malam buta tuh to wish me. Lame..lame..lame.. he must be doing this sebab nak aku buat another entry untuk dia aku fikir. Hahahah.. Just joking. :P To J Eks, u memang lah kan..memang pandai amik ati sedangkan I tau yang u tak ingat pun my birthday sebenarnya! Kosserrrr…Like I said…itulah dia..the power of forum, ym, fb, fs or whatever it is lah..Grrrrr…


Lastly, thanks to all my good friends yang ingat my birthday and wish me via sms. Thanks a lot. Korang memang rawks sebab ingat my birthday walaupun dah berkurun tak jumpa. Well..korang tau sape korang yang aku maksudkan kat sinih. Love you guys. I’m glad I’m 27. Hope you guys happy now sebab akhirnya aku masuk gak 27 macam korang. And to those yang belum masuk 27, it’s okey..korang tunggu jela masa korang..Kosserrr… :P

Good Luck Radhi

6 Dec 2008


Aku baca suratkhabar pagi semalam ..aku terkejut tengok berita anak Radhi, Rifdhi hampir mati lemas di swimming pool rumah neneknya. For me it’s a miracle anak beliau terselamat dalam kejadian tu memandangkan that poor boy dah tenggelam di dasar kolam buat beberapa lama.

For me dah hikmahnya di sebalik semua kejadian yang berlaku tuh. I know Radhi didn’t see his wife and kid sejak beberapa lama. Aku bukan tau cerita nih dari majalah atau suratkhabar, tapi he told me sendiri beberapa ketika dulu. By now I guess ramai yang dah tau what’s really happening between him and his wife. Well, I pity them both actually. Radhi mungkin a bit naughty, but yeah, actually I do believe that he’s still loving his wife. Ini dari apa yang aku nampak dan dari apa yang aku dengar dari beliau sendiri.

Well it’s none of my business untuk ceritakan sebab musabab mereka begini..and some more ini bukannya blog gossip menggossip but what can I say, Radhi loves his boy. When he was shooting 60km..he keep mentioning about him..and kalau pegi memana..mesti nak beli toys but masa tuh aku tak tau pulak yang he’s no longer seeing his kid sampai sekarang.

Anyway, the latest aku terbaca yang beliau nak kembali kepada his wife. I dunno..but apa2 pun..i hope beliau lebih amik berat pasal family lepas nih and jalankan tanggungjawab as a father dengan lebih baik. You better quit from whatever u gotta quit dude. Just don’t let anyone to take over your responsibility. All the best Radhi!



Twilight




Aku tengok cite Twilight semalam kat wayang. Aku tak pernah amik tahu pun pasal cerita nih. Mr Shrek dah beberapa kali ajak, tapi aku macam takde mood nak pergi tengok cerita ni. So memandangkan dah sangap sangat, maka akhirnya aku pun bersetuju nak tengok.

Aku takkan tulis synopsis kat sinih. Nak tau pasal synopsis, sila pegi google. Aku nak cerita pasal perasaan aku je tatkala menonton cerita nih. Aku tak tau apa yang berlaku kepada aku, tapi aku rasa macam aku bukan tengok cerita. Aku rasa macam aku ada dalam cerita tuh sekali. Aku tak tau kalau aku dalam cerita tuh jadi watak apa, mungkin pokok, rumah atau awan..tapi itulah dia..aku rasa macam aku dalam cerita tuh. Huhu..


Bila dia terbang celah pokok, aku pulak yang rasa kesejukannya tuh…Sah, aku terpengaruh!! Aku sebenarnya angau ngan hero dia. Mysterious. Aku memang turn on betul dengan karakter mysterious nih. Hero dia handsome kategori lawa. But one thing yang aku noticed, it’s not typical vampire movie..malah ianya juga bukan typical love story. There’s something in it yang buat aku rasa cerita nih very close to my heart. I know what it is..but I’m having difficulty untuk terangkan kat sinih.


Cerita nih meninggalkan kesan kat aku sehinggakan aku terbawa-bawa dalam mimpi. Bukan untuk aku je, tapi kepada Mr Shrek jugak. Beliau juga termimpi2 perkara yang sama. Weird.
I don’t care ape pun komen ataupun kritikan yang diberi oleh orang lain terhadap cerita nih..but for me and Mr Shrek jugak..it’s more than just a movie. It’s a beautiful story.


Robert Pattinson a.k.a Edward Cullen in Twilight yang telah menggugat kesetiaan aku kepada my baby Gael. :P

Kerja di Ofis Orang


*End Nov 2008*


Nine months. Yes, nine months dah rupanya aku bekerja kat opis. Aku rasa cam cepat betul masa berlalu. Dalam masa sembilan bulan memacam pengalaman aku dapat. First 2 months were tough…I had to catch up so many things with limited strength and limited communications. I didn’t make friends at office fast enough since I was damn busy with my tasks. Aku pun bukan jenis cepat ramah dengan orang and some more I was quite ‘different’. I was the only malay girl yang free hair kat office tuh. Huhu..so semuanya agak serba tak kena pada mulanya. Aku cuma bergaul dengan my dept colleagues.

As time goes by, segala-galanya berubah. Aku makin selesa kat sana sebab aku dah kenal beberapa orang rakan sekerja from other departments yang boleh aku panggil sebagai kawan. Aku tak lagi makan kat office sebaliknya hari-hari kami keluar dan makan sesama. Semakin ramai yang kenal aku..dan I eventually became myself with everyone.

So basically communication is no longer a factor. But I found myself not really satisfied with the tasks. Boring. Since they implemented the new system..semuanya macam tak kena gaya. The new system sepatutnya improvise everything tapi ianya tak berlaku. Terlalu banyak liaise with other depts…dan ianya melibatkan kerja manual lebih dari sebelumnya. Liaising with other depts means terpaksa layan lebih banyak karenah birokrasi. Leceh. It just doesn’t suit me. I hate putting myself in the situation dimana orang yang ada jawatan or seniority menunjuk-nunjuk kuasa mereka and treat other people like shit. Very sickening.

After six months, aku rasa cam penat dah. And some more my mom wasn’t really well that time and I decided to quit. But my boss just didn’t allow me to do so and he asked me so stay at least for another two months. So okey, I continue my job dengan rasa berbelah bagi di hati. My boss even gave me one week leave for me to get some rest and to take care of my mom. It’s a nice deal anyway.

So okey, it’s been nine months now. Instead of two months, I did three months. Yeah, it’s time to say goodbye. And now, at the very moment I write this, aku bukan lagi seorang pekerja. Heh.

On my last day, aku sakit perut. So aku tak masuk kerja pagi tuh. Most of my tasks dah diselesaikan..Aku cuma perlu masuk kerja untuk kemas-kemas my desk dan untuk pulangkan beberapa harta company. Jadi aku fikir, masuk setengah hari wouldn’t bring any harm. I was wrong, at 9am, my colleague called me and tanya aku kat mana. I said, aku masuk half day kot sebab sakit perut. And she said everyone is there waiting for me..sebab diorang dah plan a farewell party. Hahaha..my dept planned a farewell party for me?. Seems like they didn’t manage to surprise me..but I surprised them instead with a no show….Cool..

So aku masuk la ofis jugak pehtuh. The farewell party was held at a golf club and macam biasa aku kena bagi last speech. Dayyumnn…I hate public speaking..tapi ape nak buat kan. Aku tak sangka actually akan ada a farewell party for me. Diorang appreciate jugak aku nih ek. So I just thanked everybody and summarize sikit pengalaman aku selama aku bekerja ngan diorang..and then..makan-makan.



Check out for the last time


So itulah dia..berakhir sudah episod ‘Kerja di Ofis Orang’. New episode dah bermula, yakni bertajuk ‘Menganga di Rumah’. Well who knows, lepas nih akan ada episode ‘ Kerja di Ofis Sendiri’. Ape2pun..kita tungguuuu… :P

Saat-saat Di Genting


* Early Nov 2008*

Genting, here we come!!

Heheh..sampai gak aku kat Genting. Aku rasa boleh kira dengan sebelah jari je kalau nak cakap pasal berapa kali aku ke Genting Highland. Sekali dengan my friends kat U dulu, sekali dengan kawan seforum last year, two times with my ex-bf (ooopss..) and my first time was when I was in form 1 dengan team bola tampar sekolah aku.

To be honest, walaupun naik dah beberapa kali, but unfortunately aku masih belum berpeluang untuk cuba segala rides kat situ. Aku pun tak paham kenapa…tapi itulah hakikatnya. Ntah apa2 ntah. Nine years ago my ex naik Genting just for the sake nak show off his driving skills ngan kengkawan dia, my friends naik genting just nak rasa sejuk-sejuk and some more we went there at night (takde keje sangat gamaknye) and last year pegi genting dengan kawan-kawan forumer, we just managed to sleep at the hotel there. Weird..ekekeke..

So aku fikir..inilah saat-saatnya untuk aku challenge myself untuk cuba segala rides kat situ. I called my sister, just to inform that I’m going to Genting, but then dia dengan suara yang teruja dan2 nak ikut serta. Great, the more the merrier. So kitorang pegi 4 orang, me, Mr Shrek, my sis and her hubby, Hasuwat.

Kitorang naik cable car untuk naik ke sana..but u know what..kitorang terpaksa beratur hampir sejam. Gila..punye la ramai orang. Yang paling ramai ‘tourists’ dari seberang. Huhu..apela nasib kan. Kosserr..

Ok, to make it short, sampai je kat sana, kitorang terus makan sebab dah tengahari. Lepas makan, kitorang ronda-ronda jap..tengok ape2 indoor rides yang menarik. But then we decided untuk terus pegi outdoor sebab indoor rides cam tak bape best.

First ride yang kitorang naik was Spinner. Memang mencabar la bila first time nih. Bukan mencabar ape, tapi tang nak memujuk Mr Shrek untuk naik sama. Huhu…liat sungguh mamat tuh..memacam alasan beliau bagi. Tapi mungkin sebab Hasuwat ada, so nak tak nak beliau terpaksa took the challenge la kan. Masa naik tuh, kitorang saje jerit-jerit..(actually aku jerit sebab seriau gak aku rasa huhu) tapi Mr Shrek senyap dan static gila. The only sound yang kitorang dengar from him was bunyi cam orang suffocated..ekekeke..peliknye?. Bila turun pulak..Mr Shrek membawa diri for a while..and aku gelak macam orang gila sebab he was actually crying! OMG..i can’t believe this. Beliau bukanlah menangis teresak2..but I could see beliau kesat airmata. My sis gelak gila and I said..yeah..lepas nih mesti lagi seronok. Ekekek..


The second ride was Super Toboggan. Nampak cam bengong2 je ride nih. Tapi sebab kitorang semua dah buat perjanjian nak cuba semua rides..so we just took the shot. Nak naik mende alah nih kena timbang berat badan la pulak. Huhu...berat tak boleh lebih dari 70 kgs. Saspen gak aku rasa…wakakka…it’s been a while since aku sakit kan..dah lama tak timbang. :P Good news for Mr Shrek, beliau tak lepas naik. Wakakak...Demmit..bende alah tuh nampak je cam bengong but it was actually buat aku seriau. Sebab dah la naik sensorang..pehtuh aku rasa cam aku nak tercampak kuar dari landasan je. Huhu…dan yang lebih menakutkan..bende tuh cam tak safety. Huhu..nampaknya aku yang terkena this time.


Kitorang teruskan meronda tapi terlampau ramai yang beratur melemahkan semangat kitorang nak mencuba semua. Then kitorang jumpa Flying Coaster ride nih tak berapa ramai orang. No wonder lah, sebab rupanya nak naik tu kena bayar extra. RM12 per person tak silap. Tapi takpe, bayar pun bayarlah..janji bleh cuba. Mungkin bukan nasib kitorang untuk naik, sebab masa tengah beratur tuh, hujan la pulak. So kitorang pegi la kaunter untuk dapatkan refund. Hmm...


Then kitorang pun pegi indoor, and layan indoor rides pulak..sekali dengan bebapa games yang ada kat dalam tuh yang aku pun dah lupa nak sebut satu persatu, termasuklah yang cerita 3D tuh yang berjaya buat aku pening. Ekeke..Perut lapar jek bila kat dalam tuh..besela kan..sejuk2 tuh. Aku naik lemas pulak dah sebab ramai sangat orang yang bersesak-sesak kat dalam..so kitorang keluar semula ke outdoor. Hujan baru berhenti…but the rides masih belum beroperasi. Kabus pulak tebal gila..tapi aku pelik sebab aku tak sejuk. Orang lain dah macam orang eskimo lagaknya macamlah kat atas tuh ada salji. Hikhik. Aku bert’shirt jek. Tak taulah aku memang kebal ke ape kan. Takpun sebab lemak aku tebal sangat. Wakakakak..

Ada rahmatnya bila hujan tuh sebab outdoor jadi tak ramai orang. Aku tak sangka bila tengah kitorang meronda-ronda kat luar tuh, tetiba jek sesetengah rides tuh mula beroperasi. Benda pertama yang aku kejar mestilah The Space Shot tuh or sesetengah orang called it Solero Shot. Kalau bukan sebab hujan, probably we have to wait lebih sejam. Tapi sebab hujan punya pasal..takde orang! So kami antara orang yang terawal pegi beratur. Mula-mula rasa semangat…tapi bila giliran makin dekat aku cam dah kecut la pulak. Huhu..ngeri seh.



This time Mr Shrek la pulak bagi semangat. Poyo jek. This thing memang gila la weh..slow jek masa dia tengah lift up kitorang naik atas tuh..woohooo…gayat gila. Buleh nampak semua kawasan Genting tuh. Kabus pulak tebal..aku rasa macam aku dah masuk dalam awan. Mr Shrek asik cakap sensorang “Kenapa la aku naik bende alah nih” berulang2 kali..ekeke..dan macam jampi pulak aku dengar. Bila dah naik atas, tanpa ada sebarang warning, zuppppppp…wooohooooo..montot terapung!!!! Terbang semangat aku..gile ah. Aku jerit sekuat hati..wakaka. Mr Shrek lagi keji, sebab beliau mencarut tak hengat punya. Tapi segala carutannya tuh macam dibawa angin sebab that thing naik turun naik turun dengan laju lepas tuh.

Aku turun dengan perasaan lega..tapi satu mende yang aku pelik sebab aku takleh berhenti ketawa..macam bebudak baru amik weed je lagaknya. Adrenalin rush la tuh kot..kosserrr.. Then tanpa tunggu lama, kitorang bergegas pegi ke Corkscrew pulak sementara orang masih tak ramai. CorkScrew is roaller coaster yang tonggang terbalik tuh. Aku rasa lengai sebab kesan naik Space Shot masih terasa..so aku fikir, apelah sangat Corkscrew tuh kan. But I was wrong…aku bukanlah orang yang berjiwa kental katanya. Sebab bila aku naik Corkscrew tuh, aku rasa itu lagi ngeri. I’m afraid of speed la aku ingat..even more than I’m afraid of height.

Kami pergi semula ke Flying Coaster, tapi bila nampak ramai yang beratur, aku dah takde semangat nak teruskan. Kitorang ronda-ronda outdoor tuh kejap..then kitorang decided untuk turun and heading home.

One of my best trips I would say. It’s combination of dengan siapa kita pergi, apa yang kita buat dan berapa banyak unforgettable moment yang tercipta membuatkan satu2 trip tuh jadi lebih happening dan bermakna. For Mr Shrek, he managed to fight perasaan takutnya at last. Ianya terbukti bila kami turun dari Corkscrew, there’s a photo booth yang memproses gambar kitorang masa ride the corkscrew tuh..and our pic was incredible sebab Mr Shrek was actually laughing during the ride and me?? I closed my eyes serapat2nya sebab takut!! How was that..

Huhu…Don’t underestimate ketakutan seorang lelaki yeah. He’s probably lebih berani dari seorang pompuan yang konon-kononnya berani…like me. Hahahah…


Us


The End

Saat–saat Genting

**Early Nov 2008**


Aku hangen satu badan last Saturday. Aku cari thumbdrive aku namun tiada berjumpa. And again, seperti yang aku jangka, ianya adalah angkara Mr Shrek. Urghhh..

Bila aku tanya pada beliau, beliau hanya jawab “Sori Yang, thumbdrive u dah hilang. I pun dah puas carik, tapi takde”. So itu je jawapan beliau dan kemudian berlalu ke toilet dengan wajah tak bersalahnye tuh. Aku hangennnn!!!

Aku tak ralat pasal thumbdrive tuh. Tapi yang paling aku sedihkan ialah kandungannya. Dalam tuh ada karangan-karangan untuk aku tempek dalam blog nih, ada gambar-gambar masa majlis makan-makan kat umah aku arituh dan gambar aku ngan colleagues aku kat office. WTF? Dah lah aku takde simpan copy dlm pc aku. Dalam camera pun aku dah delete.

Hasilnya hari tuh, beberapa item kat umah aku dah jadi mangsa amuk aku. Hehe. Helo,it’s not that I’m being childish ke hape oke. But c’mon laaa..aku tengah frust nak mampos..then beliau buleh pulak didn’t apologize properly. Memang sengaja carik pasal la kan. :P

Aku malas nak cerita babak yang seterusnya sebab nanti kang korang kata aku nih drama queen pulak. Huhu.. Tapi cukuplah aku cakap yang tindakan aku telah membuat Mr Shrek mengelupor pi pujuk aku. Memandangkan Mr Shrek menganggap itu adalah salah satu saat genting, maka bermacam cara lah beliau usahakan untuk pujuk aku.

Mr Shrek said something yang buat aku rasa susah nak tolak. He said something like this “ I tau I salah. Just punish me..please.”. Haih..pucuk dicita, ulam mendatang. Terus aku dapat satu idea. “Jom pegi Genting (Highland)!!” I said. Mr Shrek terdiam.

Ok. Bagi korang, ape punye punishment la kalau setakat pegi Genting tuh kan. Tapi bagi aku, that’s the ultimate la. Hehe. Nak tau sebab apa, all his life, beliau tak pernah pergi Genting sebab beliau penakut gila. He’ll be freaking out la bila masuk bab-bab pegi taman tema untuk main segala jenih extreme rides tuh.

Itupun aku tau sebab…errr..nak cite ke tak eh. Nanti Mr Shrek marah. Takpelah..aku cite sikit je. Takyah detail sangat. Ade sekali tuh aku pegi funfair kat Shah Alam…dulu2 la..lama dah. Masa tuh aku teringin nak naik salah satu rides tuh tapi beliau menolak gila. Disebabkan aku paksa, last2 dia naik gakla.

Masa tengah naik tuh…aku tengok dia kecut semacam…pucat gile dowh. Tuh oke lagik…tapi yang tak tahan tak lama lepas tuh dia menjerit “BERHENTI!!!! BERHENTI!!!!BERHENTI!!! AKU NAK TURUN!!. Gila babeng punye dia jerit sambil pegang aku sekuat hati. Seriau aku dibuatnya. Huhu…malu siutttt..sumpah aku malu. Tuh belum lagi bila dah turun tuh, dia sekolahkan aku pasal bahaya naik mende alah tuh lah..langkah keselamatan tak ketat lah..memacam lagi lah. Huhu..

So..korang agak-agak..berbaloi ke tak punishment yang aku bagi kat beliau gara-gara menghilangkan thumbrive aku tuh. Ok la tuh kan…dah lama aku tunggu reason yang sesuai untuk heret beliau ke Genting tuh. Saat-saat genting camnih je sesuai. Hahaha…

Note for Today

Ohoho…aku hilang lagi… :D

Agak sukar untuk komited dengan kerja-kerja menulis blog kebelakangan nih memandangkan aku sendiri pun jarang online lately. But actually I did write something now and then kat dalam my pc.

Some entry yang akan korang baca mungkin dah berusia beberapa minggu sebelum aku tepek ke sini. Agak basi, tapi bagi aku it doesn’t matter sebab apa yang penting I did jot it down masa perkara itu berlaku…cuma aku tempek agak lambat. Itu je. Who cares..it’s my blog anyway. :P

Please jangan muntah in here k. :P

Wednesday, October 22, 2008

Lazy Sunday

Last Sunday I didn’t do much. I’ve got headache early in the morning. And the rest of the day aku malas gila nak buat apa-apa. Even berkemas. Meeting with Anne pun tak dapat aku tunaikan.

Guess what I did? Movie marathon. Heaven.

Mula-mula tengok cite I Heart Huckabees. Funny. Dah tengok dah cite nih dulu. Tapi tengok lagi sekali. Cerita nih pun pasal ‘coincidence’ jugak kononnya. Aku asyik tersengih tengok cerita nih sebab aku suka sangat tengok pelakon-pelakonnya berlakon. Diorang tak buat lawak..tapi kelakarnyeeee la aku rasa. Especially Mark Wahlberg. Aku suka watak dia dalam cerita nih. Part dia memang aku gelak nak mampos. Tak tahan tengok muka dia tu. Ahahah..

Then aku sambung pulak dengan cerita Thank You For Smoking. Cerita nih based on best-selling novel actually. Nice gakla. Banyak debates yang aku rasa cam haih..reason camnih pun ado? Pertembungan antara duit dan moral…mana satu yang everlast.

Pehtuh I’m Not There. Stylo cite nih. Sesapa nak tengok Christian Bale muncul dengan different image, silalah menonton. Heath Ledger pun ada. Cite nih inspired by music and life of Bob Dylan katanya. Aku sebagai peminat Bob Dylan memang wajib tengok la kan. I just love penampilan Cate Blanchett dalam cerita nih dan bawa watak Jude. Watak lelaki tuhh.. Dah macam Dylan dah aku tengok. Basically ada 6 watak penting dalam cerita nih..dan setiap watak tuh menggambarkan Bob Dylan dari bermacam-macam segi and timeline. Cool.

The next movie was Felon. Serious cerita nih. Dilakonkan oleh Stephen Dorff ngan Val Kilmer. Aku cuak tengok cerita ganas-ganas nih. Tapi aku managed untuk tengok sampai ke sudah. Neverending violence..walaupun kat dalam prison. Val Kilmer dah boleh watak orang tua gamaknya..tapi cool la beliau dalam cerita nih. Ada karisma gituh.

Last but not least, aku tengok Godfather Saga sampai ke malam. Mau tak gila..tiga series tuh kan. Lama sangat sejak kali terakhir aku tengok cerita nih. Bagi aku cerita nih superb. Kalau nak kira dari segi kualiti..pergh..aku memang salute sesangat walaupun filem nih dibuat tahun 70an.

Pendek kata cerita Godfather nih bukan hanya superb dari segi cerita dan lakonan pelakon-pelakonnya je..tapi keseluruhan. Prop, sinematografi, garapan, make up...semuanya superb. Gila ah..70’s movie boleh buat filem yang perfect macam tuh. Kudos to it’s director, Francis Ford Coppola and it’s writer, Mario Puzo. Godfather series nih memang amazing. All time favourite aku

Sehari suntuk aku layan movie. Aku tak keluar langsung. Lunch pun aku called 1300 88 2525. Aku habis tengok kesemua cerita nih kul 4 pagi Isnin. Gila sengal. Dah la nak pegi keje pada paginya. Atas sebab yang tak dapat diatasi, aku ponteng keje Isnin tuh. Abih cite. Hahahah.. Aku memang movie freak yang tak sedar diri. Heh

So itu je nak cite. Till then

A Happy Coincidence Maybe?

Kebelakangan nih sesuatu yang agak weird berlaku. No. Bukan kebelakangan. Dah lama dah benda nih berlaku.

I noticed me and this someone (a guy) had so much things in common. Not only that, ada satu lagi yang link kan kitorang. Coincidence. Yup, I might say that.Apa yang aku maksudkan dengan coincidence kat sinih…aku and this guy terlalu banyak kali bumped into ‘coincidence’ thingy nih. Aku sengaja cakap ianya kebetulan sebab kalau boleh aku tak mahu fikir lebih dari itu. But still..it’s weird tho..

Let me kasik contoh okay. I was thinking of him. And all of sudden my phone’s ringing and he’s on the line. Hm…tak cukup hebat. Or maybe aku tengah belek gambar dia or us…and suddenly he’s telling me he’s doing the same tanpa mengetahui apa yang aku buat. Dayyummn…cheesy sangat la pulak sebab benda-benda macam nih akan buat korang ingat aku tengah angau ke ape kan. Haih.

Oke, aku kasik contoh lain. Aku tengah fikirkan sesuatu topik. And tak lama pastuh he’s coming with exactly the same idea. Or something like I was about to tell him something, but belum sempat aku beritahu he mentioned about it first.

Or aku sedang berkarya or to do something..dan kemudian aku dapati beliau pun berkarya style yang sama dengan aku. Too complicated. Dan kebetulan-kebetulan lain yang aku sendiri pun dah tak larat nak mention.

Terlalu banyak kebetulan yang berlaku. Sampai aku rasa cam nak berfikir. Itu kebetulan ke atau benda lain. Mungkin our mind punya wave memang sama ke hape ye. Weird. Ke dia ade kuasa psikik untuk skodeng aku ke hape kan. Mana la tau. Haha..

Ke semua nih disebabkan kami punya terlalu banyak in common. Punya preference yang sama. Similarities maybe.

Or is this what we called soulmate? If yes, I’m so lucky to have another one..in a different & special way of course.

Haih..too much thinking. Too many assumptions. I guess some things are better left unknown la kot. Heh

What If....

Recently me, Mr Shrek and our ‘adopted son’ aged 26yrs old, Azmi lelepak together having our dinner at Sushi King. And we had this kind of weird conversation – bertajuk ‘What If’.

Tak tahu kenapa, tapi kami rasa seronok bincangkan satu-satu perkara atau bercerita mengikut tajuk. Lalu dalam conversation bertajuk ‘What If’ nih, masing-masingkan akan keluarkan apa-apa saja persoalan yang bermula dengan ‘What If’.

Aku malas nak taip semua conversation kami. So aku hanya nak story pasal salah satu persoalan ‘What If’ yang aku anggap paling menarik. Persoalan nih datang dari Azmi.

“ What if kita keluar or having a date for the first time with someone yang kita minat gila, and then something inappropriate happen, cthnya tahi hidung date kita tuh terjuntai keluar masuk dari hidung mengikut hembusan nafas tanpa beliau sedari..what we should do?”

Nak tersembur sushi yang aku makan bila Azmi keluarkan soalan yang macam nih. Aku dan Mr Shrek hanya mampu tergelak tak sudah. Aku gelak sampai keluar air mata. Ape ke gila sangat soklannya kan. Tak terjawab dah…satu sebab memang tak terpikir dek akalku..dua sebab gross sangat soklannya untuk aku pikirkan sewaktu aku sedang makan.

Tapi kan, back to the persoalan. If something like that happen kat korang…rasanya apa yang korang akan buat ek? Serious, if perkara sedemikian berlaku kat aku, memang aku seriau. Damn..mana la aku tau nak buat macamana.

Sebab kami dah tak mampu nak kasik feedback, Azmi bukak cerita. It based on true story sebenarnya. It happened to him. Bayangkanlah katanya, waktu tuh dia tengah makan dengan that girl, orang yang beliau minat buat beberapa ketika. Excited toksah cakap la kan. Tetiba jek perkara cemtu berlaku. Haha.

At first dia cuma harap tahi hidung tuh jatuh sendiri..tapi tak jatuh2 la pulak. Dah la terpaksa menahan pencemaran mata sebegitu rupa kan..tapi berjaya jugaklah dia habiskan meal dia tuh. Kejap lagi nak kuar dari tempat makan tuh dah..mesti la pehtuh orang lain nampak pulak kan. Azmi serba salah.

Nak diberitahu kat girl tuh, dia takut girl tuh malu gila babeng sampai tak nak jumpa dia lagi nanti. Tapi kalau tak diberitahu, nanti semua orang nampak lagi la haru. Pehtuh mestila rasa cam tak sampai hati kan..orang yang kita minat gila tuuuu. So nak tak nak terpaksa la dia menahan pencemaran mata tuh buat beberapa ketika lagi dengan perasaan bercampur baur. Wakakaka.

Cerita nih tak habis actually. Azmi tak cerita sampai abis sebab dia nak jugak kitorang jawab dulu apa yang kami akan buat kalau perkara cemtuh berlaku. Sebab aku tak terjawab soklan nih..so endingnya aku tak tau. Tapi cerita nih memang buat aku berfikir seketika..what if ek..kalau-kalau benda yang memalukan cemnih berlaku kat kita.

Hahah…kompom haruuuu… Gile ah.

Tuesday, October 14, 2008

Pokok Buluhku

Sedih sedih. Sekembalinya aku dari Taiping, aku dapati pokok buluh aku dah tak dapat diselamatkan. Diorang dua adik beradik. Satu je mati. Satu lagi hidup segar.

Pelik la..apesal mati plak satu tuh. Pokok buluh tuh memang sensitif sikit sebab takleh kurang air. Berlebih air pun tak boleh. Memang aku risau sebab aku balik Taiping arituh lama sangat. Tak sangka..apa yang aku takuti terjadi jugak.

Tapi memandangkan kembarnya satu lagi tuh hidup subur..terubat jugalah hati aku nih. Pelik jek pulak aku rasa…duduk sebelah menyebelah…tapi satu mati..satu lagi masih rimbun dan kehijauan.

Nih gambarnye ha. Satu hijau je kan...satu lagik dah kale kuning coklat. Dah mati le tu. Huhu..



Sampai sekarang aku masih tak keluarkan buluh yang mati tuh dari pasu sebab aku tak sampai hati. Aku tau pokok-pokok aku banyak tak berjaga lately. Tapi aku memang agak beremosi sikit kalau pasal buluh tuh. Sebab dalam banyak-banyak pokok, pokok buluh tuh yang paling mahal aku beli…dan lagipun pokok buluh tuh kena dengan jiwa aku.

So sebelum aku terpaksa buang buluh yang mati tuh…aku kena la abadikan dalam blog nih. Sekurang-kurangnya ada la tanda ingatan aku buat pokok buluh tuh. Huhu… Aku percaya..pasti ada hikmah disebalik semua ini. Bersemadilah dengan aman pokok buluhku.

* Huwaaa…aku takut. Aku takut ayah aku marah bila dia datang umah aku nanti. Ayah aku emo sikit pasal pokok-pokok nih. Dia kata aku kejam kalau aku tak siram pokok. Memang la pun kan. Nih dah mati..huhuuu..mengamuk la orang tua nanti. Iskkkk…

Hari Raya Finally???

Sebaik saja aku melangkah kaki keluar dari hospital, aku terus beritahu Mr Shrek “ U, I nak balik Nilai hari ni jugak eh”. And he said “Okay, I memang nak bawak u balik Nilai pun”. Yessss…

Kepulanganku ke Nilai adalah satu surprise yang tidak disengajakan actually. Mak dan abah aku tak tahu langsung yang aku dah keluar dari hospital. Semuanya gara-gara aku tak call diorang, dan panggilan mereka pun aku tak jawab. Hp merata katanya. Haih..

Sesampai aku di muka pintu dan memberi salam…aku tengok abah agak terperanjat. Lantas tak semena-mena dipeluknya aku di muka pintu tuh jugak. Diciumnya kedua belah pipi aku seraya berkata “ Hah..balik jugak anak abah”.. Sebak…

Tak lama kemudian mak aku keluar dari bilik dan terus datang memeluk dan mencium aku exactly sepertimana yang ayah aku buat. Aik..macam drama la pulak. Konti. Ekekek…tapi sesungguhnya aku sedar, itu semua adalah satu tindakan refleks mereka sebenarnya to show that they really care about me…rindu kat aku dan risaukan pasal aku. Huhu…

Kepulangan aku disambut meriah. Tiada apa lagi yang aku perlukan. Malam tuh juga abah menganyam daun ketupat. Esok kita nak beraya katanya.. Hehe

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi mak aku dah bising-bising kat dapur. Fenomena yang aku rindu dan buat aku rasa sungguh alive. Mak nak buat kuah kacang dan rendang daging katanya. Abah pulak sibuk kat luar merebus ketupat. Syoknyeeee…

Aku rasa macam esok nak raya. Walaupun raya dah berlalu seminggu..tapi aku rasakan suasana tuh exactly macam suasana sehari sebelum raya. Aku rasa raya macam baru nak bermula. Bahagianya aku rasa. Pendek kata, mak ngan abah sambut aku dengan sungguh meriah sekali…as if bila aku ada, mereka baru mula nak beraya.

Adik perempuan aku, Eya and husband amik cuti dan lepak kat rumah mak dan abah. Adik lelaki aku, Shafiq pun balik ke rumah. Aku rasa macam…aik..hari raya baru nak mula…yay!!! Korang boleh rasa tak ape yang aku rasa nih ha??? Bahagia sesangat okey.

Birthday Mr Shrek jadi hari raya pertama buat aku dan macam dah jadi macam birthday aku pulak dah gamaknya. Aku makan banyak gila, sampai perut aku jadi panas. Gile ah…Aku jadi tak tentu arah. Kejap aku nyanyi lagu raya, kejap lagi aku nyanyi lagu Happy Birthday untuk Mr Shrek. Aku fikir nak pakai baju raya..tapi cam over sangat la pulak. Tak kisah lah tuh..janji aku rasa jiwa aku beraya.

Aku masih belum berapa sihat sebenarnya waktu tuh. Tapi what the heck…aku raya jugak finally!!! Yahooooooo!!!!


* Baru tahun nih, for the first time aku rasa aku appreciate hari raya dan nikmati setiap suasana tu dengan rasa kesyukuran. Barangkali ini bukanlah raya yang perfect bagi aku..tapi cukuplah aku katakan..inilah raya yang paling bermakna bagi aku. I enjoy every bit of it. Alhamdulillah.

Oh..aku memang sentimental lately..haih..

The Sweetest Pain ( Finale )

Fri, 3rd Oct 2008 – Sat, 4th Oct 2008

Terbangun lagi bila bila dah pukul 5 pagi sebab doc nak amik darah. Dan lagi terkejut bila tengok Mr Shrek tengah tidur kat sebelah aku..i mean on my bed oke. Dengan doc tuh pun terkejut sekali. Ekekeke…Mr Shrek cakap dia tak larat tido kat sofa tuh sebab buat pinggang dia sakit. Kesian je aku tengok dia.

Doc tuh berterus terang kat aku…sehari doc akan amik darah aku 4 -5 times a day. Aku tergamam. Banyaknye?? Dan air pulak dimasukkan kat badan aku 8 botol sehari. It means every 3 hrs. Banyak gile? Aku tak kisah lagi..tapi aku nih lasak..bila masuk toilet, darah aku mesti masuk dengan banyaknya kat tiub tuh dan bercampur dengan air. Selalu kena tegur dengan nurse. Tapi nurse Hospital Taiping memang superb. Cayalah..servis tip top. Mesra dan peramah. Baguihhh…

Makan kira orait la..buah-buahan pun bertukar-tukar. Yang penting Mr Shrek bleh bawak segala macam benda ke dalam bilik tuh. Nurse tak marah dan tak membebel langsung. Mr Shrek suapkan semua makanan aku. Pehtuh dia tukang peghabih semua makanan aku.

Walau apepun..aku masih terbaring. Aku banyak kali tertidur. Darah aku masih rendah. Dan pada hari kedua aku di wad, platlet darah aku turun ke 50 dan demam aku masih tak kebah. Doc kat situh memang kasik keutamaan kat kes aku sebab lab repot belum dapat lagik. So diorang terpaksa berdepan dengan sebarang kemungkinan penyakit aku. Tapi diorang saspek aku denggi la.

Aku dah lali diambil darah..yelah sehari 4- 5 kali darah aku kena amik. Masuk hari ketiga…bilangan botol air yg dimasukkan ke badan dikurangkan dari 8 ke 6 botol. Tak jauh beza pun..4 jam sekali. Jari aku jadi macam jari giant. Hehe..kembang tak hengat.

Masuk hari ketiga, doc berterus terang lagi. Diorang cakap diorang masih tak tau penyakit sebenar aku. Cuma saspek denggi tapi bukan muktamad. Tapi doc cakap..cuma ada dua kemungkinan je penyakit aku..yelah berdasarkan simptom2 darah aku tuh. Satu, aku ade penyakit barah darah, 2nd aku kena denggi. Hoho…so aku lebih rela disaspek denggi la kot kalau begitu keadaannya. Haihhh… cuak seh…cuak..


Sun, 5th Oct 2008

Aku masih demam. Sehari nurse tuh amik dekat 10 kali ada gamaknya dia amik suhu badan aku dan amik tekanan darah. Lengan aku sampai lebam dan ada kesan darah beku sebab kerap sangat amik tekanan darah. Badan dan lengan aku pulak ade bintik-bintik putih kuning.

Aku dah tanggalkan baju hospital sejak hari ke ketiga. Sebab baju tuh buat aku nampak sakit & berpenyakit. Huhu..aku sengaja pakai satu t’shirt kaler pink yang tertulis ‘Future Celebrity’. Saje, nak attention lebih. :P

Kesan cucukan jarum kat lengan aku toksah cakap la. Sampai lebam dah. Seb baik kebanyakan darah diambil dari tempat yang sama..i mean dari lubang yang berdekatan. Cuma adela 4- 5 luka yang tersasar dari tempat kebiasaan sebab ade dua orang doc pompuan yang tak reti amik darah. Menyakitkan aku je kejenye. Main cucuk merata je diorang tuh. Sakit jiwa aku. Haih..

Tengahari tuh aku dapat berita gembira. Doc pernah cakap kat aku, kalau platlet darah aku naik sampai seratus, aku boleh discharge wad. So ade sorang nurse nih bitau aku result tu. Aku ape lagi, terus call Mr Shrek yang keluar pergi lunch segera balik ke wad untuk berkemas. Aku punye hepi toksah nak cakap walaupun aku nak berjalan pun terketar-ketar. Hehe.

Mr Shrek segera berkemas. Bunga pun dah campak dalam tong sampah. Mr Shrek siap amik wheel chair dan part itulah yang menamatkan semuanya. Huhu. Nurse nampak Mr Shrek amik wheel chair…so diorang tanye la kat Mr Shrek kenapa. Mr Shrek dengan naivenye menjawab..eh..my wife dah discharge dr wad kan? Sebab platlet count dah seratus? Aku yang melihat jadi tak senang duduk.

Doc pakar datang. Kena tegur sebab memandai-mandai. Doc cakap takleh kuar lagi. Aku macam tak percaya. Sebaik saja doc kuar bilik, aku menangis. Satu hal pulak Mr Shrek nak pujuk aku. Aku bukan nak kata apa..aku memang dah tak sabar nak balik Nilai. Aku dah tak nak duduk Taiping lagi. Aku nak kuar!!!! Mr Shrek making jokes on me. Dia cakap, u gotta be careful. Kang u disaspek hypertention pulak kang. Terus kena sedative..lagi haru. Huhu…aku menangis lagi…Mr Shrek serba salah.

Demmit..Mr Shrek pergi mengadu dan merayu kat doc pakat tuh supaya kasik aku balik sebab aku menangis. WTF…huhu..malu aku wehhhh.. Doc pakar tuh datang lagik..terus dia cakap…hey…u dah besar nak nangis lagi…cool la sikit. Doc tuh chinese lelaki..muda lagi rasanya..dlm 30 kot. Dia genggam tangan aku..pujuk-pujuk aku la pulak. Time nih aku pulak yang serba salah.

Malu siutttttt… dia cakap..please..kesihatan dan keselamatan u adalah my responsibility. Please allow me to do my best.

Aku terkedu. Aku berhenti menangis. Doc says sorry to me. Aku pun sama. Mr Shrek pun sama. Semua orang nak mintak maap nih ape ke jadoh? Emosi sungguh!!

Aku tabahkan hati. Mr Shrek kutip semula bunga dari tong sampah masukkan semula dalam vase. Arghh..kehidupan perlu diteruskan.

************************

Mr Shrek beli dvd sebanyak mungkin dan kami sama-sama watching movies malam tuh. Doc pun masuk bilik dan borak-borak pasal movies. Elehhh…nak amik ati aku la tuuu… chaittt.. ekekek.. Aku minum air sebanyak mungkin sebab aku tak nak demam lagi. Doc dah janji..kalau dalam masa 24 hrs aku tak demam, dan platlet count aku bertambah..aku bleh blah. Aku rasa aku sanggup untuk buat apa saja untuk kuar kot rasanya.

Mr Shrek helped me a lot. Without him, aku rasa hidup aku akan jadik super difficult. He’s my hero. I couldn’t make it without him. Untuk makan ubat, especially potassium tuh memerlukan semangat yang tinggi. And Mr Shrek sanggup buat ape saje supaya aku makan ubat- ubat tuh semua. Mr Shrek dibuli!! Hehe..aku suka..Sampai ade nurse tuh perli..even my daughter pun tak pernah dimanjakan sampai macam nih sekali. Hehe..malu plak aku jadinya.


Mon, 6th Oct 2008

Hari yang berbeza bagi aku. Aku rasa segar. Aku tak demam. Yay!! For the 1st time selepas 11 hari aku rasa sungguh lain. Dalam hati aku cakap..this is gonna be the day. The day I’ll be free!! Tapi tak semudah itu..huhu..

Dari waktu Subuh nak menunggu waktu breakfast rasa macam forever. Pelik..sebab aku rasa lapar gila. Masuk pukul 7, aku selak langsir tingkap untuk benarkan cahaya masuk secara maksimum. Aku pandang keluar tingkap..bilik aku kat tingkat paling atas di bangunan baru tuh. Fresh nye..

Sementara menuggu breakfast, dah dua kali nurse check suhu aku. Dua-dua tuh aku tengok sendiri suhu aku sebelum nurse yang tengok. Aku pulak yang bitau suhu aku kat nurse. Nurse gelak-gelak je. Tanye aku..tak sabar nak balik la nih ye. Aku jawab tau takpe. Bleh cemtu? Hikhik.. Tak demam. Sekali tuh 37 deg, sekali lagi 36.8 deg. Hehe… dah bape lama suhu aku 38 – 40 je kejenye. Skang turun sampai 36…ade can nak balik..yehhuuu..

Ada bebape sebab kenapa aku nak balik hari nih jugak. Satu, sebab aku dah tak sanggup dok kat wad lagik. Dua, sebab aku tak sabar nak balik Nilai. Tiga, sebab aku sedih duk kat wad tuh sebab takde sorang pun orang yang melawat aku..Unbelievable? Believe it! Not even my ipar duai. Alasan? Beraya. Haih..and fourth, 7th Oct Birthday Mr Shrek. Aku nak spend time ngan dia kat luar. Dan yang kelima…aku nak beraya la weyyyy!!!

Penantian satu penyeksaan. Tapi bila yang dinanti berkunjung tiba, seksa yang dirasa hanyalah sebagai satu pemangkin untuk merasa kebahagiaan yang mutlak. Setelah dipantau selama 24 jam, doc approve for discharge. Walaupun agak lewat dari jangkaan..tapi aku bersyukur sesangat.

Tapi doc sebenarnya masih keberatan. Lalu dia sediakan segala surat just in case aku nak refer case aku ke hospital kt KL atau kat mana-mana yang aku suka lepas nih. Tapi tak dapek la aku nak pegi spital lain kan. Aku pikir nak balik je. Huhu…

The moment aku nak kuar…aku nak carik la nurse-nurse yang baik2 tuh kan. Tapi tak dpt jumpa semua. Yelah shift diorang kan berbeza-beza. Doc pakar tuh pun takde waktu aku kuar tuh. Sebab dia di luar waktu on call. Tapi aku tinggalkan surat untuk doc tuh. Isinya? Biarlah rahsia. :P Tapi yang penting..Hospital Taiping rawks!! I dunno adakah hanya aku yang duduk di wad 1st class…ataupun mereka memang mesra dan cekap macam tuh dengan semua pesakit. Aku harapkan diorang memang begitulah hendaknya.

Mr Shrek pegi settlekan bill. Then he came to me and said…Yang, this is not a cheap experience okey. Tapi u rasa berbaloi tak? I was like…what’s that supposed to mean? Hoho..bill tuh dekat RM 1500 siutt…wakakaka. Not because of the 1st class ward. But for the lab test. Aku kena charged hampir seribu just for the blood tests. No wonder..diorang amik darah aku pun berpuluh-puluh kali. Great!! :P

Yes, it might very costly for a GH kan. But the experience? Priceless. And the services pun not bad at all. Somehow the moment I write this..all of sudden aku rindukan kenangan-kenangan and some of the nurses kat sana.

And the most important thing, I realized that I fell in love with my soulmate over and over again sejak aku demam ni. He did a great job..and aku sendiri tak pasti samada aku akan terbuat perkara yang sama sekiranya kami berganti tempat.

He’s definitely my hero. Sanggup tak beraya demi menemankan aku kat wad. Bukan sehari..tapi berhari-hari. 24/7. He’s superb. He’s awesome.

************************

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur ke hadratmu Ya Allah atas segala rahmat-Mu dan aku bersyukur Ya Allah atas pengalaman yang sungguh berharga ini. Ku bersyukur juga atas kesihatan dan kebahagiaan yang telah Kau kembalikan semula kepadaku. Amiin.


Tammat...

The Sweetest Pain ( Part II )


Tue, 30th Sept 2008

Hampeh. Sahur kemana..Suboh pun kemana. Mr Shrek tak terbangun pagi tuh. Aku tak salahkan beliau..malam tuh aku demam teruk semula. Beliau terpaksa jaram dahi aku pakai air..dan lap badan aku untuk kurangkan suhu. Aku sendiri tak tahu Mr Shrek tidur pukul berapa malam tu.

Mr Shrek jadi risau sebab demam aku tak baik lagi. Dia bawa aku ke klinik yang sama lagi sekali. Doc tuh mula syak sesuatu. Dia suruh aku pergi ke mana-mana pusat perubatan untuk buat blood test. Doc tuh cakap it’s a must.

Aku mintak doc tuh japs aku sekali supaya aku tak muntah. Then Mr Shrek tanya, should we pegi buat blood test or terus balik Taiping. Aku insist nak balik Taiping..sebab aku takut kalau kami pergi Pusat Perubatan, aku kena tunggu lama dan silap-silap kena tahan wad sebab doc kat klinik tuh dah warn cemtuh. Aku takut tak sempat nak beraya…so kami terus gerak ke Taiping.

Sebelum balik, aku timbang berat aku sekali lagi. Hoh..biar betik?? Aku dah lost 6kg dalam masa 5 hari nih!! Memang benar seperti yang aku rasa..badan aku cam kena flush.

Sebelum mulakan perjalanan, Mr Shrek ajak aku ke Mines untuk beli apa-apa yang tak beli lagi. Aku cari seluar panjang yang kembang tuh satu. Untuk keselesaan perut katanya. Memang berkesan. Sepanjang perjalanan aku rasa sihat. Mungkin sebab aku tau badan aku dah kurus. Wakakak..takde maknanya..tapi mungkin sebab aku tak muntah. Aku berjaya makan buah-buahan dan ayam Nando’s tanpa mengeluarkannya kembali. Kesemuanya aku makan dalam perjalanan sebab aku tak puasa.

Sampai di Taiping tepat-tepat waktu berbuka. Aku makan lagi…kemudian aku makan ubat dan mandi. Dalam masa dua jam berikutnya…dia mari dahhhh… aku muntah kembali. Abis semua isi perut aku keluarkan. Mak mertua aku dan ipar duai aku semuanya bising aku dah kurus. Tapi diorang tak tahu pun aku tengah demam teruk.

Dalam perbaringan aku tuh, terdengar sayup-sayup suara bertakbir. Aku pun tak pasti dari tv atau real punya..sebab aku dah terlantar kat katil. Aku tak larat nak bangun langsung..seluruh sendi-sendi aku sakit. Airmata aku mengalir tak henti. Bukan menangis..tapi entah kenapa kesyahduannya datang dari hati aku yang paling dalam.

Sms masuk tak henti-henti dari kengkawan dan saudara mara aku. Tapi tiada satu pun yang aku reply sebab aku sesungguhnya dah tenggelam dalam kesyahduan yang amat sangat.

Aku tertidur dalam keadaan dibasahi airmata…


Wed, 1st Oct 2008

Morning

1 Syawal tiba jua akhirnya. Aku gagahkan diri untuk mandi. Aku terbayang baju raya aku yang masih tak bergosok. Aku pasrah…aku takkan dapat pakai baju raya getus hati aku sebab baju raya aku semuanya kena bergosok.

Sesusah mandi, aku capai sehelai baju kebaya lama yang takyah digosok lalu aku pakai. Aku kasihan kat Mr Shrek sebab aku tak dapat siapkan beliau di pagi raya seperti kebiasaan. Mr Shrek, mertua dan ipar duai aku dah bersiap-siap nak pergi ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Aku hanya duduk dan memandang satu sudut bilik sambil termenung.

Tiada mampu berbuat apa-apa. Aku hanya cuba mengeringkan rambut menggunakan blower dan kemudian make up sikit. Takde mood..aku berbaring lagi sampailah mereka balik dari masjid. Sesekali aku berlari ke toilet untuk muntah tanpa isi.

Mereka pulang. Mr Shrek kejutkan aku dari perbaringan untuk sesi bermaaf-maafan. Aku teringatkan duit raya untuk anak-anak buah yang belum dimasukkan ke dalam sampul. Sedang aku terpinga-pinga mencari sampul dan duitnya, Mr Shrek cakap semuanya beliau dah sediakan malam sebelumnya. Maklumlah, kami beri duit raya berasingan. Mr Shrek dengan duit raya beliau sendiri, aku dengan duit raya aku sendiri. Sedekah kat budak-budak.

Dalam serba kepayahan, aku sertai juga sesi bermaaf-mafan tersebut. Mereka yang berpeluk-pelukan dengan aku menyedari suhu badan aku yang tinggi. Barulah mereka tahu yang aku nih demam teruk. Setelah selesai sesi bermaaf-maafan, aku masuk semula ke bilik untuk bermaaf-maafan dengan Mr Shrek. Aku hanya dalam keadaan berbaring. Menangis. Aku rasa macam aku nak pergi buat selama-lamanya. Keadaan sungguh syahdu dan pilu sekali aku rasakan.

Dalam hati aku maafkan semua orang yang aku kenal. Aku takut aku tak sempat nak maafkan sesiapa pulak nanti. Aku meraung dalam hati.

Tertidur lagi tanpa bersarapan. So weak. Keadaan yang tak pernah aku rasakan.


Afternoon

Terjaga dari tidur. Aku terkejut melihat aku berpakaian kebaya. Kemudian baru aku teringat aku di hari raya. Aku bangun dan mendail no Mr Shrek. Mr Shrek papah aku keluar dari bilik untuk menjamah juadah hari raya.

Sedih. Tiada ketupat. Hanya nasi minyak. Mujur ada soto. Aku jamah soto sedikit. Aku berbisik kat Mr Shrek. Aku cakap aku nak buah. Tapi takde buah la pulak. Mr Shrek ajak aku keluar ke pekan Taiping. Aku cakap aku tak larat…tapi Mr Shrek cakap, it’s okey..tak perlu keluar kereta. Aku ikut..tapi banyak kedai yang tutup. Huhu.. Akhirnya kami pergi ke Tesco.

Sebelum pergi ke Tesco, Mr Shrek bawa aku ke Lab ape ntah untuk buat ujian darah. Tapi tak bukak. Mereka bukak, tapi tiada transaksi yang dilakukan sebab hari raya. Mereka suruh kami ke GH. Aku tak ready nak pergi GH. Lalu kami teruskan saja ke Tesco seperti dirancang.

Aku tak larat nak jalan. Tapi Mr Shrek insist aku ikut sekali sebab dia takmau aku tunggu dalam kereta kat parking bawah. Beliau risau katanya. The next thing I know…Mr Shrek dah hilang. Part nih mesti korang tak percaya..huhu. Mr Shrek pergi amik wheel chair kat atas dan mendukung aku duduk atas wheel chair tuh. Tebal nye pulak muka nih aku rasa…Huuu…

Malu hanya sementara. Orang memang memandang tapi yang penting perjalanan aku lancar. Orang ramai beri laluan sambil tersenyum2 pada aku dan Mr Shrek. Terserlah kemithalian Mr Shrek. Aku pun rasa cam tak caye je. Bila aku bersandar, kepala aku mendarat di perut Mr Shrek yang comel tu. Aku ketawa geli hati. Mr Shrek pun sama. Aku rasa sihat…walau sementara..

Berjaya beli buah-buahan. Dan pergi makan rojak pesemboq. Aku tahan muntah. Berjaya. Tapi aku makin tak berdaya…


Evening

Tengok kat hp ada banyak missed calls. Aku masih berbaring. Mr Shrek dah nekad nak bawa aku ke hospital untuk buat ujian darah. Aku minta tangguh hingga keesokan paginya. Malam tu aku hanya nak berehat.

Aku belek-belek hp. Banyak sungguh ucapan dan sms hari raya. Tak terbalas aku. Missed call dari kampung pun banyak, dari beberapa kawan aku dan ada no dari Germany. Owh..ingat jugak nak call mamat nih. Heh..

Aku reply mana-mana sms yang termampu termasuk sms dari empunya no Germany. Aku cuma katakan yang aku demam dah 6 days. And tomorrow akan pergi buat blood test. And yg paling penting berita pasal berat badan turun 6kgs. Well..satu kejayaaan besar katanya kan..walaupun diri sedang merana. Haih..

Malam tuh semua orang pergi beraya ke rumah pakcik dan makcik depa. Hanya aku dan Mr Shrek duduk kat umah. Mr Shrek suapkan aku makan nasi minyak malam tuh. Aku makan tanpa muntah. Mr Shrek suap aku aku macam suap budak-budak. Siap ombong-ombongkan lagi..bak kata orang N9. Aku hanya tersengih-sengih. Syahdu dan sebak lagi buat kesekian kalinya..


Thurs, 2 Oct 2008

Hari yang ditunggu-tunggu. Lepas bersarapan dan mandi, aku bersiap-siap untuk ke hospital. Aku dah boleh berjalan. Mungkin sebab aku bersemangat nak buat medical check up kat hospital buat for the 1st time seumur hidup aku.

Sampai di kaunter triage, aku ceritakan masalah aku. Demam berapa hari, muntah berapa hari, cirit berapa hari. Doc tuh amik tekanan darah aku. Beliau cam tak percaya, lalu dia tanya kat kawan lagi sorang. Kawan dia tuh suruh buat for the 2nd time. Resultnya masih sama. Aku yang kebingungan akhirnya bertanya. Lalu doc tuh jawab..kita buat ujian darah okey. U punya tekanan darah too low. And u demam sangat ni.

End of story. Terus nama aku dipanngil buat ujian darah kat red zone tuh. Ngeri seh sebab red zone tuh tempat kritikal. So dalam tuh aku dapat la tengok orang yang kena gunting baju nye lah sebab nak rescue…ade yg berlumuran darah..ada yang masuk-masuk jek memang tak sedarkan diri langsung lah. Pendek kata memacam kes lah kiranya. Ngeri aku. Aku tengok jarum pun ngeri gak. Aku tak tengok masa dia suntik, tapi bila nurse tuh tengah tarik picagari tuh untuk sedut darah tuh..aku tengok. Banyaknye dia amik..iskk…

Keputusan ujian darah hanya boleh didapati after an hour and half. Nurse suruh aku pegi makan dulu. Kami sekali lagi pergi ke Tesco sebab tiba-tiba tekak aku nak makan spagetthi kat Secret Recipe. Pelik aku..tekak merayau jek. Lalu kami pergi la ke Tesco and again..jalan-jalan pakai wheel chair lagik.

Aku rasa kenangan naik wheel chair kat Tesco Taiping adalah antara kenangan terindah aku. Aku rasa macam..awww…sweettt. Mr Shrek dah jadik cam Takuya Kimura dalam Beautiful Life and aku pulak adalah the sweet girl tu. Cuma aku bukan cacat je. Huhu..mujur.

Sekembalinya dari Tesco, aku dapat result darah aku. Doc tuh cakap, diorang masih belum pastikan apa masalah aku secara sahih sebab lab tutup. So diorang hanya boleh check my platlet count dlm darah yang mana masa tuh the reading was only 85. And my blood pressure pulak was too low and paras my white blood cell turun dengan mendadak.

I was lyk…whatever. I just need to know what’s wrong with me. But then the moment doc tuh ckp aku kena duk wad..aku boleh cakap tak nak la doc. I takmau duduk wad. U kasik ubat jelah. Berubah terus muka doc tuh dan terus dia reply…no..this is an order. U kena duduk wad. Aku hampir melopong.

Terus aku dibawa masuk ke yellow zone…unit separa kritikal dan terus disuruh baring kat katil tuh. Belum sempat aku buat apa-apa..nurse tuh dah cucuk tangan aku amik darah pastuh masukkan air. Serta merta tangan aku kebas lepas tuh aku terpinga-pinga. Dah la datang sehelai sepinggang. Mr Shrek pun hilang….

Bila aku sedar kembali, Mr Shrek dah ada kat sisi aku. Aku cakap kat Mr Shrek..”Yang..i taknak duk wad. I nak beraya la sayang…” dan kemudian he said “it’s okey..i ade nih kan..i teman u okey… I promise I teman u” dalam hati aku mengumpat sendiri. Aku tau Mr Shrek takkan teman aku sebab mana ada orang lelaki boleh tidur kat wad perempuan. Huwaa..

Kemudian attendan hospital tuh tolak aku ke wad diikuti oleh Mr Shrek dengan kain baju segala. Aik..bila ntah dia amik semua barang tuh. Bila sampai ke wad..i was lyk..eh..cantiknya. Satu katil je? Ada bilik air besar lagik. Mr Shrek tak tipu..dia masukkan aku kat 1st class ward. Aku rasa lega sikit.

Aku tertidur lagi. Kemudian aku dikejutkan lagi sebab doc nak amik darah aku for the 3rd time. Bila aku bukak mata..bilik aku dah cantik. Ada beberspa vases. Ada white roses..ada white chrysanthemum. It took me a quite sometimes to realize that semua tuh usaha Mr Shrek sendiri..not part of hospital punye service. How sweet..I fell in love with Mr Shrek over and over again in this story tau tak. Haih.. hehe..

Aku tidur..bangun..tidur… tak bercakap langsung. I was damn weak. Mr Shrek pulak memula aku nampak dia mengadap newspaper..pehtuh mengadap laptop, and finally dia dah tertidur kat single sofa sebelah aku dengan keadaan mengerekot dalam bilik yang separa gelap.

Kesiannya..tapi aku takde suara nak panggil Mr Shrek. Aku tidur lagi…


Bersambung

The Sweetest Pain ( Part I )

Okay, hari nih genap seminggu aku telah discharge dari wad. Aku tak tahulah korang pernah rasa ke tidak camne perasaannya bila dapat keluar dari wad. Bagi aku ianya seperti saat-saat pembebasan dari kandang dan perasaan aku waktu tuh sungguh segar dan nyaman.

Tak semua yang tahu apa yang berlaku kepada aku sebenarnya. So aku akan ceritakan kat sinih, bukan hanya untuk memberitahu korang apa yang terjadi, tapi juga untuk catatan peribadi aku sendiri tentang pengalaman aku yang bagi aku amat berharga itu.

**********************************************

Fri, 26th Sept 2008

Tarikh aku didapati mula demam bilamana aku balik dari supper (sahur) dengan Mr Shrek dengan tidak semena-mena aku rasa sejuk semacam. Aku pakai baju sejuk dan berselimut lalu terus tertidur sehingga keesokan harinya. Keesokan harinya aku fine je.


Sat, 27th Sept 2008

Pepagi lagi aku dan Mr Shrek pegi workshop untuk servis kereta, isi gas aircond and pergi carik sport rim baru untuk kereta aku. Nak jadikan cerita, patutnya aku cuma nak baiki 2 biji sport rim yang cam bengkok sket, tapi sekali baru kitorang perasan yang 2 biji sport rim bengkok yang aku taruk kat tepi umah aku tu dah kena rembat! Demmitt… keje sapo la tuh. So end-up terpaksa la kitorang ganti keempat-empat sport rim tuh sekali. Jahanam duhet. Grrr..

Masa kat workshop tuh la tetiba aku rasa cam susah nak bernafas…pehtuh pulak aku rasa cam nak pitam je plak. Aik…tadi elok je..tapi aku gagahkan jugakla sampai selesai. Pastu tetiba je suhu aku naik mendadak. Mr Shrek terus hantar ke klinik dan and doc tuh bagi ubat demam dan antibiotik.

Memandangkan Mr Shrek masih kena pegi shooting petang tuh, maka aku berkeras nak balik ke Nilai. So adik aku terpaksa la jemput aku sebab aku tak larat nak drive. Tak pernah-pernah aku demam cemtuh. Aku menggigil di tengahari..siap dengan pakai baju sejuk dan berselimut bagai. Aku rasa sejuk gile babeng..tapi suhu aku sebenarnya nak cecah 40 degree. Gile hape.

Selamat sampai ke Nilai..tapi sedih sebab aku tak dapat nak tolong mak aku mengemas. Rumah mak aku mash belum tukar langsir. Aku nak buat..tapi aku langsung tak larat nak bangun. Weird..


Sun, 28th Sept 2008

Aku masih tak mampu nak bangun. Aku tak puasa sebab aku kena makan ubat. Aku cuba bersarapan tapi tekak pahit gila tak hengat. Ayah aku paksa aku makan tapi itu membuatkan aku jadik hangen sebab aku pantang dipaksa. Tapi aku jamah juga la sket..lepas tuh aku minta kat ayah aku kurma. Ayah aku tanya kenapa, aku cakap nak maniskan tekak. Lepas makan kurma, terus aku loya. Huhu..

Aku kemuntahan. Aku minum air semua keluar balik. Gastrik aku pun melanda lalu aku telan pulak 100 plus tapi masih aku loya. Makcik-makcik aku ingat aku mengandung sebab asyik muntah yang tiada isi. Aku maleh amik port sebab dah tak larat. Apesal bila muntah-muntah je orang akan ingat kita terkena buatan orang ye. Pelik aku.

Petangnya aku rasa cam tak sedap perut. Aku rasa cam nak kentort tapi rupanya aku keciritan la pulak. Aiseh..malunya nak cita…tapi gasakla. I’m just being honest here. Sudahlah aku kemuntahan satu hari, aku keciritan pulak. Lembik sungguh kurasakan. The rest of the day aku hanye dapat melepek di perbaringan. Aku pasrah…


Mon, 29th Sept 2008

Hari nih sepatutnya aku balik ke Taiping. Mr Shrek dah janji adik beradik dia untuk balik ke Taiping by today. Tapi bila memandangkan aku yang masih tak berhenti muntah dan tiada berdaya, Mr Shrek ambil keputusan hanya akan balik ke Taiping once aku feel better. Aku ikutkan aje.

Petang tu aku nampak ada daun kelapa atas meja dapur waktu aku nak cari air 100 plus. Aku capai sehelai lalu aku anyam menjadi ketupat bawang. Aku rasa lega sikit bila dapat buat ketupat tapi bila masuk ketupat yang ketiga aku anyam, tetiba kepala aku rasa cam weng dan nak pitam. Huhu…aku kemuntahan lagi plus keciritan untuk kesekian kalinya.

For the first time aku rasa badan aku lengai. Macam takde ape-ape yang tinggal. Macam kena flush. Tinggal rangka dan daging kecut.

Demam aku on & off. Lepas makan ubat aku akan berpeluh macam orang bersukan. Tapi peluh aku bau ubat. Busuk. Entah kenapa semua benda pun aku bau busuk. Hatta Mr Shrek pun aku komplen busuk.

Malam harinya aku tetiba rasa cam dah okey. Mr Shrek memandang aku dengan wajah yang bersinar. Harapannya untuk membawa aku balik ke Taiping terbuka luas. Kami pulang ke rumah Seri Kembangan malam tuh jugak untuk berkemas-kemas untuk balik ke Taiping.

Sebelum pulang, aku salam kedua orang tua aku sambil teresak kesedihan. Masa tuh mak aku cakap.. ”Along..badan panas sangat ni. Betul ke larat nak balik ni?” Ikut hati aku sendiri tak nak balik Taiping..tapi apakan daya…

Masa dalam kereta, Mr Shrek cakap aku dah sihat. Aku tanya macam mana dia tau. Dia cakap sebab aku dah mula membebel. Haih..aku lesing jugak Mr Shrek nih kang. Mr Shrek bercadang nak gerak ke Taiping seawal Suboh. Lepas sahur kita gerakla katanya.


Bersambung....

Monday, October 13, 2008

It's Been A While (Teaser)

Here it is..another luahan perasaan..ekeke..kosserrr..

This snippet has been in my pc for a quite sometimes gak la kot. Aku dah karang since bulan puasa yang lepas..sewaktu aku bersentimental tanpa sebab yang munasabah. So only today aku berpeluang nak tempekkan kat sinih.

Walaupun aku dok peram puisi nih buat beberapa lama, tapi aku tahu ianya masih valid sebab begitu jugalah perasaan aku tentang beliau..takkan luput ditelan zaman..(nak-muntah-tapi-ku-tahan) Haihhhhh… :P



Dear My Partner In Crime,

It’s been a year and half since we first knew each other
And it’s been a year and half since we first wrote those letters
It’s been a year since your first sms
And it’s been a year since I said ‘Oh Yessssss!!!!’
It’s been a year since the first ‘hello’ came out from your throat
And it’s been a year since I said ‘haih what was that? Macy Gray kot?’ :p
It’s been a year since your sis’s wedding
And it’s been a year since i came up with last minute ‘ok ow I can’t make it’ acting
It’s been a year since I nearly had a concusion by consuming large amount of sushi
And it’s been a year you’re making fun of me
It’s been a year since I became Avril wannabe
And it’s been a year since u sang the jiwang songs emotionally
It’s been a year since you became a part time model in such an aggressive photoshoot
And it’s been a year since I kept saying u’re good eventhough u were so stiff like wood
It’s been a year since u went away with a plastic bag of u-know-what-it-is by komuter
And it’s been a year since me & gee got nothing much to say but some hysterically laughter
It’s been a year since I sent you to the airport for you to fly
And it’s been a year since I hid myself away just because I didn’t want you to see me cry
It’s been a while since we last met
But you know what, you never failed to make my heart melt!

It’s been a while since all those crazy moments,
It’s been a while since all those silly fights,
I’m here to treasure all those moments oh my friend,
And to thank you for shed me some lights.

Mr Shrek said I had a crush on you,
I couldn’t help myself from laughing & rolling on the floor upon reading those speku,
He must be insane if he really thought it was true,
Whatever it is only both of us yang tahu..tak gitu?? :D


HA HA HA

Miss ya!




Karangan VS Album Gambar

Okay, as promised..another luahan perasaan of me. Heh, nasib la kan...hanya baru sekarang aku dapat nak bermanja-manja dengan pc nih katanya.

Aku kan, cam menyampah la pulak ngan entry aku yang Ratu Drama tuh..ekeke..sebab aku buatentry tuh dengan keadaan di luar sedar katanya. Aku rasa cam..iskk..poyos nak mampos…wakaka.. Please bear with me ok guys? Well..korang pun tau aku camne kan. Nothing special about me anyway. :P

Sebelum raya arituh Nerq sms..dia tanya something like this..”Babe, what’s the matter with yur blog? Mana gambar-gambar semua. Semuanya karangan je..boring laa…”. Huhu.. I guess she’s not the only one yang dah boring dengan karangan-karangan aku. Am I right? So kali nih aku nak selitkan la gambar seketul dua… happy??

Acah mak enon. Aku takde gambar siut. Takde latest gambar. Takkan nak taruk gambar aku plak kan. Aku kan dah mahal skang..artis la katakan. Wakakka… Kosserr.. Tapi siyes weh, takde peristiwa-peristiwa yang menarik pun untuk aku tepekkan gambarnye. Hari Raya? Ahh..korang pun tau kat mana aku berhari raya. Kalau ade pun, semuanya gambar aku, aku dan aku lagi. My life skang nih..it’s all about me. Hehe..

But dun worry guys..i’m working on it. Korang doa jelah ye..supaya terbukak ati aku untuk tempek gambar ape-ape dalam masa terdekat nih. Tapi jangan paksa ye, kang aku desperet sangat sampai aku tempek je gambar korang kat dalam nih. Tak pasal-pasal korang glamour secara percuma. Hikss..

* Ape, korang ingat blog nih album gambar ke ha? Huhu..nampaknya betul la kata pepatah..a picture speaks a thousand words. Ok gak kot, takyah la aku buang masa pegi mengarang pehnih. Hmmmm… ;)

Sunday, October 12, 2008

Selamat Hari Raya...Hukhuk..

Aku rasa cam keji sangat plak sebab aku main terjah je kat blog nih tadi tanpa buat entry yang proper. Yelah di bulan Syawal yang baik nih, patutnya aku kena la buat entry yang mesra pembaca kan...ekeke...

Oke la..Selamat Hari Raya kepada kengkawan aku, kepada sanak saudara aku dan kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog aku nih..tak kira walau dimana jua korang berada. Patutnya aku buat entry nih sebelum korang bercuti raya arituh...tapi biasa la kan..aku pun dah 'selamat' terkujur di perbaringan..jadi pepaham jelah ye. Huhu...

Aku tumpang hepi dengan kemeriahan korang menyambut raya tahun nih. Aku sungguh terharu..siyes...air mata aku asyik berlinang je tatkala aku menerima sms dari kengkawan semua sempena raya arituh. Tak semua yang dapat aku reply...jadi aku mohon ampun dan maaf ye. Semuanya mengucapkan Selamat Hari Raya kat aku...tapi aku jadi sebak sebab aku asyik terpikir..selamat ke hari raya ku kali nih? Huhu..

Walaupun aku berharap sangat raya selamat-selamat aje..tapi nampaknya gayanya nasib tak berapa menyebelahi aku. Raya memang selamat, cuma aku je yang tak berapa nak selamat. Tapi akhirnya selamat jugalah...dan aku sungguh bersyukur atas keselamatan dan kesihatan yang Allah kembalikan pada aku.

So, itu nanti aku ceritakan dalam entry yang berikutnya. For this entry, aku hanya nak dedicatekan ucapan Selamat Hari Raya aku untuk u ols semua. Di kesempatan nih jugak aku menyusun 10 jari memohon kemaafan dari korang semua andai ada silap dan salah, keterlanjuran tutur kata, penderaan fizikal dan mental yang aku lakukan secara sengaja atau tidak...maafkanlah aku. Aku nih keji sket kan...aku mengaku..huhu...

Salah dan silap u ols semua aku dah maafkan masa kat wad arituh. Yelah time sakit kan, abis semua yang dahsyat-dahsyat dan horror aku fikir. Tuh yang aku maafkan siap-siap tuh. Ekekek...yelah takut tak dapat nak bersua ngan u ols lagi. Tapi nampak gayanya InsyaAllah, kita dapat bersua lagi. Jadi amat gembira la hatiku agar kita semua dapat bersalam-salaman kelak.

Untuk makluman korang, aku belum pakai baju raya aku lagi...masih belum berkesempatan katanya. Jadi andaikata ada sesiapa berhajat nak buat open house, sudilah kiranya masukkan aku dalam list jemputan korang. Aku juga ingin beraya seperti insan-insan yang lain katanya..Huwaaaa....

So okey, nanti aku merapu lagi dalam next entry. Aku syahdu dan sentap sket raya kali nih. Banyak lagi luahan yang aku nak kongsi sebenarnya. Apepun semoga korang semua beraya dengan meriah yah. Happy Eid!!!

Kembali..

MasyaAllah...ntah berapa kali nak kembali pun tak tau la kan. Aku bajet ramai yang dah bosan gila tak hengat dengan blog nih. Tuannya asyik la hilang tanpa dapat dikesan pehtuh perasan famous pulak tuh sebab tiap kali hilang, dan-dan buat comeback. Keji kannn...kosserrr..

Korang jangan marah oke..tajuk entry kali nih aku tiru tajuk album Butterfingers yang baru tu. Aku dah kebuntuan idea katanya. Kebetulan tajuk tuh agak kena pulak dengan situasi sekarang nih kan. Lagipun cd Kembali by Butterfingers nih la yang aku layan hari-hari masa aku honeymoon kat wad arituh. Layan gak la kataku tanpa segan silu.

Siyes, nih aku buat entry semata-mata nak selamatkan blog nih aje...kang langsung tak berjenguk, berkubur terus plak blog nih kan. Aku online dari cc nih, so pepaham jelah..aku memang takde feel kalau nak berblog from cc. Hehe...konon mengarang kat umah hasilnye feel sangat la kan...padahal syok sendiri yang lebih :P Tapi siyes..aku takleh mengarang kat cc. Nanti hasilnya tak berapa umphhh.....(again..kosserrr...cam la selalu umphh sangat katanya.)

Apepun, aku just nak bagitau, aku dah kembali dari Tepeng, aku dah kembali dari wad, aku dah kembali dari pembaringan yang panjang. Aku percaya aku dah semakin sihat memandangkan peluh jantan asyik memercik kat dahi aku tanpa sebab yang munasabah..so aku rasa lega sikit lah. Janganlah korang risaukan aku lagi...aku dah bersedia untuk kembali beramas mesre dengan u ols.

Oh, tidak lupa...sekembalinya aku kesini juga adalah untuk berkongsi suka duka kehidupan aku dalam masa sebulan nih. Nanti aku karang banyak-banyak entry lagi ye. Anggaplah tuh hadiah raya untuk korang oke. Sesapa yang asyik dok membebel kat aku suh hapdet blog tuh, sadapp oke. :P Pehnih u ols baca la karangan aku sampai muntah. Nak sangatttt.... :P

Friday, September 12, 2008

Ratu Drama

Jap..jap.. aku ada cite panas nih. Eh..tak tak..bukan cite nih yang panas..aku yang panas skang nih. Grrrr..

Aku tengah memikirkan sesuatu nih. Sebelum tuh aku nak lontarkan soklan cepumas of the day.

ADAKAH RUPA ATAU GAYA AKU MACAM / ALA-ALA ARTIS???

Wakakak…hamik ko. Ape punye soklan la yang aku bagi nih..muntah belahak la korang japgih. Ekekekek..Aku bukan nak jadik vain ke hape. Sumpah soklan tuh takde kena mengena dengan ketaksuban aku terhadap diri sendiri oke.

Bukan ape taw..bila aku kat set kan, bila pelakon datang je..mesti diorg tegur aku (tak kisah la memana pelakon) dan soklan yang akan keluar dari mulut diorang mesti berbunyi camni “u pegang watak ape ye?” or something like this “eh, scene u yang mana satu?” ataupun nak lebih advanced “scene u dah lepas ke atau kejap lagi?”. Ekekek..kellass kannn..

Cut the crap. Masa 1st time aku ditanya soklan berbunyi sedemikian oleh pelakon A (nama sebenar dirahsiakan), aku cam terkujat dan teruja la jugak. Tapi bila pelakon-pelakon lain pun tanya soklan yang sama..aku naik hangen la pulak. Bukan ape..malu siott.. huhu..

Takdela..dah sah-sahla aku bukan pelakon tersohor. Dan rata-rata pelakon yang pegang watak penting pun mestilah tau pelakon-pelakon lain yang digandingkan dengan diorang kan. So bila aku ditanya soklan sedemikian..dah sah-sahla aku nih stok-stok extra ke hape kan. Kosserrr hoke. Mak marah nih noks..mak marah kalau diorang ingat mak nih pelakon extra hoke. Mak tak rela. Urghhh..

So apa yang aku buat bila diorang tanya soklan cemtuh, aku deny dengan buat muka flat dengan senyuman tawar dan jawab “Err..i bukan artist/talent”. Pehtuh bila diorang buat muka pelik atau cam nak tanya lebih-lebih..aku maleh nak jawab dah. Aku pandang je kat mekap artist. Kekadang make up artist rajen nak tolong jawabkan, dia jawab la “dia wife art director la” tapi kekadang kalau dia malas..dia gelak-gelak je. Huhu..

Tapi tak aci la beb. Bukan aku sorang je menyebok kat set kan. Orang lain pun ade gak melepak sama..tapi apesal asik aku je yg jadik bahan. Tuh yang aku tak pueh ati tuh..aku nih ade roper dan gaya artis ke? Haa..tolong jawab sket… ;p

Poyo sangat ke aku nih? Kosserrrr…..ekekkekek..

* Derang tak taw aku lagi dasat bab-bab drama nih. Drama queen la katakan ekekekkeke…

Sebok Ku Menyebok

Lately ada la orang tu kan.. ala-ala cam extra romantik dan very the concern gituh biarpun dalam kesibukan melampau. Kenapa aku cakap cemtu..sebab beliau cam bersungguh-sungguh nak kaut aku bawak pegi kat set just to spend more time with me KATANYA.. Hehe..

Tapi aku rasa aku tau sebab ape..sebab aku rasa beliau kesian tengok aku berbuka sensorang kat umah. And lagipun berbuka kat set bleh makan memacam. Kata ade catering kan.. free plak tuh. Jimat hoke..ekekek..

Mula-mula aku cam maleh nak ikut sebab aku paling tak suka bila aku tepaksa dok menganga takde geng. Tapi after few days, aku dah bleh get along with some of the crews. So last-last aku rasa cam syok lak nak ikut.

So ceghitenye skang nih..ceghite kenapa aku dah bebape hari tak hapdet blog..itulah dianyaaa… Sebab aku dok sebok pegi menyebok kat location shooting. Eee… kosserr kan.. Aku memang kaki menyebok. Mencikk..

The Most Happening...

Tahniah kepada diri aku sendiri kerana menerima habuan yang agak banyak minggu ini. Yesss..aku memang bertuah sesangat sebab habuan yang aku terima itu adalah yang paling happening. Ya, paling happening kepala dalam dunia. Hahaha..

Itulah dia permainan hidup ini. Sekejap kita rasa cam syok bangat, and at times kita rasa macam ntah hape-hape. Kejap kita rasa relax..kejap lagi kita rasa cam nak meletop.

Ape yang cuba aku terangkan nih ye. Actually saje nak cakap yang minggu nih aku dapat habuan yang melambak-lambak kat tempat keje. Hasilnya aku tepaksa memerah keringat sampai lebam. Arghhhhh..sungguh happening kepala hoke.

Itulah, padan la ngan muka aku kan. Poyo sangat nak bercuti sampai seminggu. Skang hamekk ko. Takde sape siut yang sentuh keje-keje aku. Nak tak nak tepaksa la settlekan keje yang tertangguh. Huhu..naik buntang mata aku bila tengok email yang melambak sampai dekat 300 tuh. Ape kejadoh??

Demmit. Rasa cam nak shut down pc and terus balik umah sambung cuti lagi seminggu. Huhu..

Saturday, September 6, 2008

Rezeki Ke.. Dugaan??

Haaaaa...tetiba aku teringat kat satu kisah yang berlaku baru-baru nih.

Alah..kisah nih berlaku arituh..masa aku hantar mak aku pegi spital. Ahli keluarga aku yang lain tengah minum petang kat luar spital. Tapi sebab aku nih seorang anak mithali gituh, so aku temankan mak aku jelah kat ruang menunggu tuh sementara menunggu keputusan ujian darah mak aku.

So nak dijadikan cite, aku haus sangat taw time tuh. Masa tuh kan belum puasa lagik. Aku saje la jalan-jalan sket carik vending machine ke hape. Luckily terjumpa la satu.

Aku nampak, wahh..ade soyabean yang dalam botol laa... Aku tetibe rasa cam tak sesaba nak sambar satu. Yess..ade syiling. Bila dah masukkan syiling, aku tekan la air yang aku hajati. Gedebuk botol tuh jatuh. Masa aku nak amik, sekali aku tengok..eh..camne bleh ade tiga botol plak nih? Huhu..

Aku pun pandang la sekeliling. Ade nurse kat kaunter dan 2 orang mamat yang bersembang berdekatan aku. Aisehhh...aku cam tergugup plak kat situh. Hmm..nak amik ke tak nih..aku fikir dalam hati. Pehtuh lantas aku amik satu..i mean yang memang hak aku. Tapi aku rasa cam baik sangat la pulak. Pehtuh aku amik lagi satu. Huhu... then aku ingat nak amik je sume-sume...tapi cam over la plak..mana la tau, air tuh ade orang lain yang punye ke..

Last2 aku nekad untuk beredar dengan 2 botol soyabean tuh. Ekekkek...keji..keji. Tinggal la sebotol lagi kat vending machine. Kalau air lain, mungkin aku tak amik kot. Ekeke..Tak lama pehtuh, adik aku sampai. Aku pun cite la pasal tuh. Adik aku pun nak pegi la tengok, sekali tengok dah takde siut. Aik..pelik..pelik...aku tak nampak lak sesapa pegi ke situ selepas aku. Iskkk...mungkin aku terlepas pandang.

Tapi tak kisah la pasal tuh. Nih yang aku dok pikir nih...ape yang aku dapat tuh..rezeki ke dugaan ek? Wakakkaka... aku rasa cam keji je pulak sebab aku main rembat je 2 botol. Hehe...nampaknya aku bukan lagi seorang minah inesen..kosserrr..

Friday, September 5, 2008

Mari Melayan Perasaan

Eh aku sangap sangat la arinih. Gila sangap nih. Aku tak puas ati betul lah. Huhu..

Aku rasa macam nak cari seseorang yang boleh layan aku la.. Tapi mana nak carik malam-malam buta cemnih. Aku tak kisah la kalau tanak layan sangat ke hape...tolong dengar lawak badut sarkis yang aku buat pun jadila. Tapi takde sapela...iskkk..apesal aku desperado sangat nih.

Aku rasa macam nak minum air soyabean. Tapi perut rasa cam dah penuh gila sebab tadi aku berbuka kat rumah mak aku. Aku dah lama tak berbuka makan nasik, tapi tadi aku dengan rela telah melantak dua pinggan dengan rakusnya. Ape la nak jadik nih.

Skang nih tekak aku macam mintak dibasahkan. Ape aku nak minum ek. Ooo...air tambah 100 ada. Jap lah aku nak minum jap.


~ Huhu..ape ke sengal aku wat entry mengade cemnih. Ah, gasak ah. Aku sangap. Huhu...