Sunday, October 12, 2008

Selamat Hari Raya...Hukhuk..

Aku rasa cam keji sangat plak sebab aku main terjah je kat blog nih tadi tanpa buat entry yang proper. Yelah di bulan Syawal yang baik nih, patutnya aku kena la buat entry yang mesra pembaca kan...ekeke...

Oke la..Selamat Hari Raya kepada kengkawan aku, kepada sanak saudara aku dan kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca blog aku nih..tak kira walau dimana jua korang berada. Patutnya aku buat entry nih sebelum korang bercuti raya arituh...tapi biasa la kan..aku pun dah 'selamat' terkujur di perbaringan..jadi pepaham jelah ye. Huhu...

Aku tumpang hepi dengan kemeriahan korang menyambut raya tahun nih. Aku sungguh terharu..siyes...air mata aku asyik berlinang je tatkala aku menerima sms dari kengkawan semua sempena raya arituh. Tak semua yang dapat aku reply...jadi aku mohon ampun dan maaf ye. Semuanya mengucapkan Selamat Hari Raya kat aku...tapi aku jadi sebak sebab aku asyik terpikir..selamat ke hari raya ku kali nih? Huhu..

Walaupun aku berharap sangat raya selamat-selamat aje..tapi nampaknya gayanya nasib tak berapa menyebelahi aku. Raya memang selamat, cuma aku je yang tak berapa nak selamat. Tapi akhirnya selamat jugalah...dan aku sungguh bersyukur atas keselamatan dan kesihatan yang Allah kembalikan pada aku.

So, itu nanti aku ceritakan dalam entry yang berikutnya. For this entry, aku hanya nak dedicatekan ucapan Selamat Hari Raya aku untuk u ols semua. Di kesempatan nih jugak aku menyusun 10 jari memohon kemaafan dari korang semua andai ada silap dan salah, keterlanjuran tutur kata, penderaan fizikal dan mental yang aku lakukan secara sengaja atau tidak...maafkanlah aku. Aku nih keji sket kan...aku mengaku..huhu...

Salah dan silap u ols semua aku dah maafkan masa kat wad arituh. Yelah time sakit kan, abis semua yang dahsyat-dahsyat dan horror aku fikir. Tuh yang aku maafkan siap-siap tuh. Ekekek...yelah takut tak dapat nak bersua ngan u ols lagi. Tapi nampak gayanya InsyaAllah, kita dapat bersua lagi. Jadi amat gembira la hatiku agar kita semua dapat bersalam-salaman kelak.

Untuk makluman korang, aku belum pakai baju raya aku lagi...masih belum berkesempatan katanya. Jadi andaikata ada sesiapa berhajat nak buat open house, sudilah kiranya masukkan aku dalam list jemputan korang. Aku juga ingin beraya seperti insan-insan yang lain katanya..Huwaaaa....

So okey, nanti aku merapu lagi dalam next entry. Aku syahdu dan sentap sket raya kali nih. Banyak lagi luahan yang aku nak kongsi sebenarnya. Apepun semoga korang semua beraya dengan meriah yah. Happy Eid!!!

2 comments:

Anonymous said...

syukur lah dah sihat...
alhamdulillah!

Smoochy Munchkin said...

hi..thanks zeno. seb baik tinggalkan comment kat sinih..if not, tak tau pun orang tu dah ade blog baru. haih... :P