Thursday, August 28, 2008

Mak Ku Sayang.. :`(

My mom tak berapa sihat lately. Risau laaa…Huhu..

Dah beberapa kali mak aku sakit sampai tak larat nak bangun. Mak aku kalau sakit memang manja sikit, tapi kali nih aku tau dia memang bebetul tak sihat. Dia asyik muntah dan takde selera makan. Bila bawak jumpa doktor, diorang cakap mak aku ada gastrik terlampau. Iskk..

Hari tuh masa first time kena, memang dah berkoyan-koyan nasihat aku bagi supaya jaga pemakanan..kasi teratur sikit. Jangan la makan ikut selera. Kalau ikut selera, memanglah tak berapa nak ada. Aku sendiri pernah kena gastrik terlampau nih..tapi sekarang memang jarang la kena unless kalau aku kena cirit. Kalau kena cirit, baru gastrik melanda secara automatik.

Kali nih mak aku kena lagi. Masalahnya kalau mak aku yang kena, memang makan berhari-hari. Tuh yang buat aku risau sangat. Nanti dia menggigil-gigil la bila nak berjalan. Isk..aku risau sebenarnya nih. Yelah, mak aku nih jenih yang happy go lucky je hari-hari (membebel pun hari-hari gak :P ) tapi bila dia sakit camnih..aku tengok mesti tak sampai hati. Senyap je..sunyi sepi umah tu..muka mak aku pun kelat je menahan sakit.

Sekarang nih ayah aku yang look after her. Aku nak berulang kerap sangat ke Nilai pun cam dah tak larat. Nak kena keje lagi. Tapi bila macam nih..nak buat kerja pun hati cam tak senang. So yang dapat aku buat, aku call jelah..sembang-sembang ngan dia..tanya dia macam mana hari nih..makan ubat ke tak..makan ke tidak.

Yang tak larat, mak aku nih degil sikit. Degil dan manja (macam aku jugak..tapi aku tak manja, aku mengada-ngada). Huhu…so kalau dia sakit, memang kena ada seseorang yang perlu beri perhatian khusus kat dia. Kalau tak, sampai bila pun dia takkan makan ubat sendiri, makan sendiri. So dalam hal nih..ayah aku memang handal. So ayah akulah orang yang terbaik yang boleh pastikan mak aku supaya berdisiplin.

Aku baru je call mak aku sambil aku taip entry nih..suara pun lemah semacam jek. Huhu..esok aku nak balik kampung tengok mak.

Mak…get well soon…. Sob sob…:`(

Rojak & Majmuk

Perghhhh…keje melambak kat office today. With my partner was on leave, I was terribly busy handling customer’s enquiries. Yang paling tak tahan, punye la ramai customer yang dok call, chasing their orders. Gila aku nak menjawab. Can’t blame them though, memang banyak order yang dah overdue. Grrr…this new system memang sucks!!

Hari nih bolehlah dikatakan sebagai hari ‘mari speaking london secara berjemaah dan majmuk’. Ehehe…mana taknya, bernanah telinga aku nak paham ape mende yang diorang dok cakap..sebab memasing cakap english ikut slang negara memasing. Huhu..yang paling horror bila customer from Korea and Middle East yang call. Hambikk..mau kena tadah telinga luas-luas sebab bunyi slang english diorang memang..memang errr..sungguh eksotik. Huhu…

Normally when those customers yang call dari Korea & Middle East nih, aku suh diorang email je. Yelah, daripada kang aku jadik makin bebal dan clueless kan. Tapi selalunya bila aku lambat reply their emails, so nak tak nak terpaksa la berbual-bual mesra di telefon katanya. Kalau customer from UK, US and Australia & Philippines..takde la tertekan sangat. Selain slang yang memang agak natural, diorang memang fluent cakap bahasa inggeris kan.

But I find it rather amusing though. Sometimes diorang nih la yang buat aku feel so alive. At least takde la bosan sangat..boleh gelak-gelak..bleh kelentong2 ape yang patut. Cuma satu je aku tak berkenan..masa memula dulu, jenuh gakla nak betulkan nama aku sendiri. Mana taknya, tak terkejut ke bila jawab telefon, alih-alih nama bapak aku pulak yang disebutnya. Huhu…kalau dalam email diorang panggil aku dengan nama bapak aku, aku tak kisah lagik. Tapi kalau bercakap kat phone..iskk..tak rela you..kosserrrr… Ekekekke… Tuh belum lagi yang tulih lam email panggil aku Mr..bila dah call..haaa..baru ko tau aku nih pompuan yang tulen lagi ayu gituh..Hikss..

Anyway, kenapa ek baru sekarang aku nak cerita perihal kerja aku nih. Haaa..adalah sebabnya. Hari nih aku sentimental sikit dengan kerja aku nih. Nanti dalam entry berikutnya aku cerita kenapa. Owait?? ;)

Dah..aku nak relax jap.

Wednesday, August 27, 2008

Unbelievable?? Believe It!! :D

Aku berpuasa since last two weeks (on weekdays only) untuk ganti puasa last minutes. Heh..macam tak biasa kan. Kenapa aku poyo sangat nak cerita pasal nih, sebab baru tadi aku timbang berat aku. I think ada perubahan..mungkin belum begitu ketara, but I’m very sure..very-very sure yang aku dah lost 4 kgs. :D

Aku tak rasa aku lost 4 kgs masa permulaan puasa aku. But I lost it just recently. Sejak aku masuk mood berpuasa arituh, bila aku tak lagi berpuasa pun, aku tak ada selera nak makan banyak. Makan tetap makan, cuma kali nih, aku dah tak makan kat office. Aku cuma buat air horlick every morning campur dengan oat, lepas tuh aku kenyang sampai petang.

Bukan seperti diet aku yang hangat-hangat chicken shit selama ini, this time aku tak ada plan pun nak turunkan berat badan. Niat cuma nak ganti puasa sahaja. Tapi tak sangka, dengan cara macam nih aku kurang pressure nak kuruskan badan but at the same time, it works. Yay!!

Aku dah berhenti kelas yoga kat office sebab I was too busy dan ada satu ketika aku tertinggal beberapa kelas berturut-turut lalu membuatkan aku hilang semangat nak catch up. But aku ada practice juga kat umah dua kali on my own, but believe me, it’s harder. Dayyumnn…tak sangka, to practice yoga kat rumah sendirian memerlukan usaha yang berganda-ganda sebab baru aku tahu yang selama nih aku rasa yoga tuh macam seronok je sebab my yoga instructor asyik puji-puji. So bila kat rumah, takde puji-pujian segala, so aku takde semangat.

Cerita pendeknya, aku tak ikhlas to practice. Shame on me. Huhu.. :(

Unbelievable... :P

Well..all of sudden I feel like I have so many things to write. But still, aku tak boleh nak masuk ke fasa yang seterusnya. Jadi buat masa nih, aku akan stick to this mode (or mood actually). Any entry yang memerlukan my critical thinking skills, aku akan put aside dulu la kot. I’m so not into that at the moment. But it’s a good sign isn’t it? Mimi is writing..don’t you think it’s a good sign?

Yeah, I think I’m in the right mood again. ;)

I Need A Break

A good friend of mine, Siti texted me this morning. All of sudden she came up with this idea..something like “Pegi bandung jom. Girls only” . And I was like..wow…such a great idea!! Aku lebih tertarik dengan perkataan ‘girls only’ tuh yang sebenarnya. Hehe. I just realized yang tahun nih aku belum pergi bercuti kemana-mana lagi selain dari my family’s annual get together kat Ilham Resort, PD awal bulan arituh.

Oh yup, about this get together with my family..i was having so much fun. Me, my sister, my mom and my grandma la yang paling kemaruk sekali. Memang dah tak ingat kat sesape dah. My sister sampai tak ingat kat anak dah. Kids – orang lelaki yang jaga. That’s the rule. Yay!! Kerja kitorang balik-balik mandi pool, then mandi laut, pehtuh mandi pool lagi. Ekekek..actually I’m not a big fan of mandi laut, especially kat PD tuh. Tapi hari tuh..i think mandi laut jauh lebih syok dari mandi kat swimming pool sebab air dia not bad at all. My mom and my grandma memang rawk and probably paling sporting dalam dunia!! Ekekek..

So enough about my family get together. Berbalik kepada plan percutian. This year aku belum bercuti lagi ngan my hubby. Supposedly every year, at least mesti pergi Bali dalam lingkungan bulan May to July just for him to lepas gian untuk surf . But this year belum berkesempatan. Mungkin ada beberapa sebab yang menjadikan ianya tak berapa nak smooth this year.

First, sebab our ‘seronggeng’ mates dah ada baby..so macam susah sikit nak plan any vacation yang jauh-jauh. Sebab for us untuk pergi bercuti tanpa Melon and wife, rasa macam makan lauk tanpa garam. In fact kami semua dah start bercuti bersama sejak aku kenal my hubby lagi, yakni 8 years ago. Melon is Mr Shrek’s best friend, so his wife is becoming my best friend as well.

And the second reason is, in those particular months, kami agak ‘sengkek’. Ehehe..pendek kata, Mr Shrek tak berapa nak ada job. Owh..sungguh lembab sekali ekonomi kami pada pertengahan tahun arituh. Huhu..But now he’s getting back on track, so mungkin boleh plan for year end punya vacation. Tapi kalau tengok Mr Shrek punya schedule, macam susah gila jek nak slot in my plan. Eleh, kalau Mr Shrek taknak pun takpe, still ada girls only punya session whatttt.. :P

I’m listening to Jack Johnson now..no wonder aku asyok berangan pasal Bali..pasal surf and all that.

Owh..i desperately need a break!!!

Domestic Calling

Cuaca yang mendung dan hujan hampir setiap hari sejak kebelakangan ini seperti memberi kesan kepada kehidupan aku sehari-hari. Kelembapan jelas kelihatan dan terasa dimana-mana – di tanah, di dahan pokok, di bumbung rumah, di bumbung kereta, pada suhu, pada otak aku dan juga pada perasaan aku. Kosserr.. :P

Aku rasa agak kurang tepat sebenarnya definisi lembap aku tuh. Sebab sewajarnya aku menggunakan perkataan lembab instead of lembap apabila merujuk kepada kepala otak dan perasaan aku serta perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Mana tidaknya, lately I found myself a bit mellow and sensitive. In a way, aku rasa okey sebab aku rasa macam lebih matured but the rest I’m afraid that I’m just being too much, not-so-cool and over reacted on certain things. Dayyumnn..i’m such a drama queen. Huhu…

Keingininan untuk bermalas-malasan juga agak meningkat dengan mendadak lately. I think it’s time for me to take a break for a while and pay more attention on myself. I think Ramadhan is just the perfect time for me to refresh a bit. Just perfect. Jangan terkejut kalau Ramadhan nih aku menghabiskan masa aku sehari-hari dengan kerja-kerja domestik sahaja di rumah. Full time housewife maybe?

Yeah..most probably. ;)

Tetttt...You're Wrong!

Bulan Ogos semakin menghampiri penghujungnya. Tidak seperti tahun lepas, Ogos tahun ini berlalu dengan perlahan sekali. Tiada peristiwa yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai signifikan dan menarik perhatian. Semuanya perisiwa yang biasa-biasa belaka.

Awal Ogos tahun ini, dimulai dengan hari ulangtahun my ex-boyfriend. Seperti yang semua sedia maklum, aku cuma mempunyai seorang ex-boyfriend dan selebihnya bolehlah diklasifikasikan sebagai cinta monyet sahaja. So nak dijadikan cerita, I text him a simple birthday wishes. He called me right away he received my sms and later on I found myself chitchatting with him over the phone.

It’s been ages since our last chat actually. From his voice, I know he’s kinda flattered with my b’day wishes which I think it’s normal la kan..sebab dah lama tak dengar khabar, and all of sudden terima sms dari orang yang tak disangka-sangka. But to be honest, aku tak rasa the phone call was necessary since I had nothing much to say really.

Well, it’s not the phone call yang menarik perhatian anyway. But the msg he sent me right after I hung up the phone – telling me how happy he was listening to my voice and how much he missed me and all those moments that we spent together long time ago and bla bla bla..which I think, erk..hello mr ex-bf...perlu ke??? Heh..

Dan ianya tak berhenti di situ. He kept texting me almost everyday after that . At first, I think it’s okay but then ok oww..he started to mengenang kisah lama and telling me how regret he was for letting me go and such. I was like..dayyummnn.. I shouldn’t have texted him at all in the very first place. Obviously he got the wrong signal.

So bye-bye Mr ex-bf. I didn’t reply his sms ever since. How could I forget when he left me on my b’day?? And the most important is, what the heck, I’m not single anyway!! Duh!!

Tuesday, August 26, 2008

The Truth Always Hurt..

Sometimes it's just so very hard to tell other people what lies deep inside our heart. Dalam beberapa keadaan, mungkin lebih sukar bila ia melibatkan someone yang kita close with - yeah, someone yang we claimed that we understand them better, but actually at times we do feel like we were clueless with their behaviour.

How to confront with these people actually. I have no idea. I have few options actually - not to tell them what i feel and just bear with it, tell other people how i feel, or just let them know straight away. In this case, i chose option no 3. Not to tell them basically is equal to put a distance between me and them and telling other people would make me feel like i betray our friendship. So i decided, no 3 is the best option..despite that i might end up hurting their feelings or make things worse with all the miscommunication thingy ahead.

All i need to do is get ready with all possible consequences. Am i right?

But well..tidak semua yang mampu to deliver their opinion or suara hati dengan berkesan. In this case, i blew it. I personally think that i blew it all. I don't even know bagaimana penerimaan beliau, but after all those 'luahan perasaan', i'm still not feeling better. I failed to deliver it with the right approach. He probably not getting it at all..and to make it worse, i have to deal with a fact i that might have hurt his feeling.

At this point, i doubt if i was ever ready to deal with all the consequences...

Anyway... i learnt something today. Sometimes we don't have to understand everything. Maybe we should just leave it like the way it is. I think it would be better if i didn't bring up the issue at all. Perhaps the most sensible thing that i should do is just simply prepare myself to get used to it and it will all be good by itself.

Or....maybe i should get a life and stop rely on other people to please me. Owh pathetic me!!

:( :( :(

Saturday, August 23, 2008

Potoing!!

OMG..today is hard!!!

Today aku dapat oppoturnity untuk online from home. I was flattered at first sebab aku fikir..yay..at last..i can blogging like no one else's business. And yeah..i did. I mean i did try to write something but i was like...dayyumnn...where should i start??

Okey, that's not the issue here. Aku rasa lama gila aku tak dapat access internet dari rumah. Sejak my phone line got problem..untill now aku tak pernah bertenet kat umah. Aku cuma online kat office ataupun pergi kat CC or pergi je kat mana-mana tempat yang ada internet access. But today, my bro lepak kat rumah and he brought his Maxis broadband. Here i am, online from home...tapi dengan speed yang..aduhh...camneh eh nak cakap..pendek kata kura-kura pun lagi laju la kiranya.

I just can't believe yang tempat aku nih out of coverage. Dapat tuh dapat la..tapi cam stok-stok hidung tak mancung pipi tersorong-sorong je lagaknya. Keji ke tak. So inilah dia aku hapdet serba sedikit...nih pun terseksa gila. Tapi kira orait la...ade gakla benda yang bleh dijadikan modal untuk aku warm up sesikit dalam blog nih kan.

Yang lawaknya kan..kalau aku nak bukak mana-mana website, pendek kata aku buleh la berkeroh kejap nak tunggu dia fully downloaded. Ape kejadoh?? Huhu...aku terseksaaaa!!!!

So nih je la dulu ye. Lain kali jela aku hapdet lagi. :(

Friday, August 22, 2008

I Mish U Guys Too...

Oh my...it's been a while since my last entry. It's not that I'm running out of idea or my life's getting dull or what. Tapi takde masa yang seswai nak mengarang...huhu...jangankan full entry, snippet pun rasa susah sangat.Hikss..banyak la aku punya alasan kan...Well..bese la..aku mana reti nak mengaku kalah.

Aku penat la nak buat 'comeback entry' tiap kali aku masuk sinih. Sebab lepas je aku buat comeback entry tuh...terus aku menghilang semula. Susah gila nak commit nowadays. Aku sedih gak actually sebab aku sendiri rasa kehilangan salah satu hobi aku. Tapi nak buat macam mana. Aku juga pentingkan kepuasan. Kalau setakat nak tegur lebih kurang...2-3 ayat dalam nih..mmg la boleh sesangat. Tapi bukan itu yang aku mahu.

So okey la..enuff about all these keluhan. Mengeluh pun bukan bawa aku ke mana-mana. Last few days ada orang tegur my blog yg dah lama tak berhapdet. Then later today ade orang complaint this blog dah jadi hutan belukar...and the worst, jadi tempat jin bertendang? Demmiittt...

Well, whatever it is...i know why some people really care about this blog. Because they're missing me. Tak gituuuu?? :p