Monday, January 21, 2008

Are You Happy?

Happy Happy Happy

I've been interviewed by Happy crew few days back. Wanna know what Happy is? Just log on to www.happy.com.my. The funniest thing is, Mr Shrek is one of the crew. I mean he's the cameraman. So being interviewed by hubby is not an easy thing to do. But fuck it, who cares. I did it anyway. In other interviews, Mr Shrek will always be the one who asks the questions, but when it's my turn, he asked other crew to ask. Teruk gile kan?

Tell me your name, age and occupation :
My name is Mimi, 26 yrs old and i'm a housewife

Tell me what color that make you happy:
The color that makes me happy is white. Because white defines something pure and true. And anything that are pure and true would really make me happy

Tell me what food that makes u happy:
I would say SUSHI!!! Err..i must say that sushi is not really my favourite food, but somehow eating sushi is fun. Or maybe because i have a lot of wonderful moment when i eat sushi.

Who is the happiest person u've ever known:
I would say my hubby. Because he's very funny and always make me smile and laugh.

What is the happiest moment in your life :
The day when i met my hubby for the first time, and the day we got married.

Any message to your hubby?
I just wanna tell him that i love him so much, i just want to make him happy and i really want him to make me happy as well. In other words, i just hope that we can live happily ever after.

Can u make a happy face?
Ngeeeeeeee.... :D (laughing)

Can u make a silly face?
= /

Can u hold this card and and say HAPPY in the most creative way?
Yeah sure... HAPPY!!!!!... mmuahhhh!!! (with flying kiss to the cameraman)

Haha..padan muka MR Shrek!

Coretan Kudus Buat Seorang Teman

Aku tahu hidup kadangkala tak seperti yang kita inginkan. Dan hidup kita kadangkala tak semudah yang kita sangkakan. Kadangkala hidup terlalu sukar untuk dimengertikan dan kadangkala perkara yang berlaku tak tercapai dek akal fikiran.

Namun itulah yang dinamakan sebuah kehidupan. Tak pernah sunyi dengan segala onak dan rintangan. Ada masanya kita begitu asyik melayari kehidupan, namun ada kalanya kita benar-benar rasa berputus asa untuk teruskan.

Langit tak selalunya cerah. Ada masa hujan turun mencurah. Namun itu tidak bererti impian kita musnah. Mungkin juga itu merupakan satu tuah. Siapa tahu, dengan adanya hujan nasib kita akan jadikan hidup kita lebih jauh berubah.

Manusia mana yang tidak punya masalah. Kadangkala masalah itu sendiri menjadikan kita lelah. Aku sendiri hampir tersungkur hanya kerana aku cepat mengalah. Namun kita perlu ingat, itu semua sememangnya lumrah. Dugaan dan rintanganlah yang menjadikan kita semakin gagah.

Betapa lama hatimu bernanah, betapa dalam lukamu berdarah, terimalah saja dengan pasrah. Tiada guna menyimpan dendam amarah, kelak itu yang bisa menjadikanmu menjadi lebih parah. Bukankah lebih baik menjalankan perintah berbanding melakukan sesuatu yang ditegah? Gunakanlah ini sebagai panduan untukmu hindari sikapmu yang lemah.

Tiadaku mampu untuk memahami segala isi hatimu. Tiadaku mampu untuk menyuntik semangat seperti yang kau mahukan dari aku. Tiada apa yang mampu kulakukan untuk menyembuh lukamu. Tapi bersabarlah wahai teman, hanya itu yang kumahu. Hanya doa yang dapat kukirimkan agar kebahagiaan menjadi milikmu.

Moga kebahagiaan menjadi milik kau dan aku...

-mimi-
21 jan 2008

2008 Intro

Aku baru perasan..sepanjang Januari nih memang aku tak update blog langsung. Takde ucapan tahun baru, takde ucapan salam Maal Hijrah, takde beramas mesra ngan kengkawan kt cyber nih, lagi takde ape ek...pendek kata memang aku hilang la sepanjang bulan Januari nih.

So sebab arinih aku ada kat umah satu hari, barulah aku ada peluang nak qada' balik apa-apa yang aku tertinggal.

Happy New Year 2008 untuk u ols semua...dan salam Maal Hijrah. Tak sempat aku nak tanya ape azam baru u ols semua. But as for me, azam aku tahun nih sangat simple. Tapi aku rasa paling bersemangat berbanding tahun-tahun yang sudah. Aku takmo cakap azam aku kat sinih, sebab ianya terlalu peribadi (konon), cuma apa yang aku harapkan, 2008 nih akan memberi sinar bahagia dan kegembiraan untuk aku. InsyaAllah.

Aku juga berharap semoga tahun nih juga memberi lembaran baru kepada rerakan semua. Aku percaya semua orang mahukan yang terbaik untuk diri dan hidup mereka. Jadi cara terbaik adalah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi apa yang kita ingini. I bet u guys are working on it kan?

Ok i guess itu je for intro pada hari nih. Hampeh sungguh kan, dah nak abis sebulan baru aku terhegeh-hegeh nak buat new year intro speech. Kosser...

Entry lain akan menyusul sebentar lagi.

Thursday, January 17, 2008

Pesanan Buat Insan-insan Tersayang

OMG... blog dah penuh lalang dan sawang....huhuh

Sorry guys..thanks for still visiting..i know u guys memang very loyal and supportive. I feel bad sebab tak update ape2..tp i'm really up to something at the moment...and some more takde peluang nak lelepak cam selalu depan PC..so forgive me yeah..

Eee..wendu gilers kt u ols..i hope semuanya baik2 saje...(huhu..skemanya ayat..kosserr...) and now rasa cam nak peluk jek seko2..huhu. Korang miss kat aku tak? (mengadenye) ekekek.

Hmm, merepek je aku nih kang. Korang, saje nak bitau, aku takde kat umah now. Aku sedang bersiar2 satu mesia dengan perasaan gembira (plus boring)..aku ok, makin kurus (imaginasi aku je nih kot), tambah cun ( ini semua aku taip tanpa sedar) dan makin wendu dengan korang semua (nih mmg betul sebetul betulnya).

Aku tau korang suka main2 kat sinih..main2 buai..sambil tunggu aku, tapi masalahnya aku takde. Tapi bulan Feb nih, ku janjikan aku ada (kalau umur aku panjang). Jadi kita jumpa lagi nanti. Jangan give up ngan aku. Sapelah aku tanpa korang semua. (Ececeh...manis tak kata2 aku nih?)

Babyboy..jangan lasak2 sangat..i babap u nanti kang. Gee, tlg tgk2kan babyboy tuh..tgk2kan jugak taman permainan kita nih...kalau ade tetamu datang..tlg2 la hidangkan ape yang patut. Untuk tetamu2 aku yang lain...aku mmg selalu menanti kedatangan u ols..tapi sowei..aku ade keje nih..aku bz sesangat (buat2 bz je rasanya)..Nanti next time aku entertain bebetul yek. Siyes nih...sungguh..tak tipoooooo...

Okeh..aku nak blah ke Melaka lak today. Jumpa lagi bile aku free. Aku hangin sebab semua hotel yg aku pegi takde tenet. Nampak sangat depa kasik hotel bajet ciput. Kosserr..aku marah nih taww..

Ok guys...i love u ols. Please sabar ngan aku..doakan aku kembali ke pangkuan u ols dengan selamat tak lama lagi. Mwah mwah.

P/S : Korang sembang2 je la kat shoutbox tuh sambil update ape yang patut. Dengan cara tuh, terubat gak wendu di hatiku inih. Okey? I love u ols. Daa..