Wednesday, November 28, 2007

Sengal Of The Day

Di satu hari yang suram lagi membosankan.

* Tutt tutt...tutt tutt...

Sana : Helo
Sini : Helo...u..
Sana : Ha..u, i'm having a meeting ni..
Sini : Kejap la..u..i ada masalah ni
Sana : Bie, I'll call u later k

* Tutttttt.....

++++++++++++++

* Tutt tutt...tutt tutt....

Sana : U, i meeting la..
Sini : Kejap la..i ada masalah ni..u belum meeting kan? Bising je..
Sana : I kat restaurant. Meeting ngan producer (dengan nada berbisik tapi keras)
Sini : Oo..sori..sori..
Sana : So what's your problem? Cepat cepat..
Sini : U, i tengah tgk dvd cite XXXXXXX ni ha..tetibe dia tersekat-sekat pulak...&*$@ betul laaaa...
Sana : Then
Sini : Itu la..i geram la nih..
Sana : Itu je?? Itu je masalah u? (Suara bengang)
Sini : Nanti tolong tukar eh kat kedai tu
Sana : ................. (Super bengang)

*Tuttttt.......


Moral of the story : Jangan beli dvd pirate kalau anda seorang yang manja dan mengade tak bertempat. Huhuhuh...

Tuesday, November 27, 2007

The Power of Critism?

Sejauh mana sebuah kritikan mempengaruhi hasil kerja anda. Atau dengan kata lain, adakah anda memerlukan kritikan to make everything u do jadi better.

Some people would say yes. And sebahagian lagi akan say no, i-believe-in-what-i-do OR i-know-what-i'm-doing kind of thing. I think aku dalam kategori yang akan say no. Heh..yup..aku tak rela dikritik.

But the problem is, aku suka mengkritik. Bukan mengkritik semua orang, but untuk certain people yang aku care, yang aku rasa rapat or close with and orang yang buat something yang berkait dengan hidup aku.

Aku malas nak kritik sebenarnya since aku pun tak suka orang kritik hasil kerja aku. Okey, aku beri kelonggaran kepada orang yang lebih master untuk mengkritik, but not for ordinary people. I hate it when orang yang know nothing about what i do and suddenly banyak komen pulak. Annoying. I will easily irritated with these kind of people.

So, am i a master for some people since aku jenis yang suka mengkritik orang? Nah. A big NO NO there. Master kebendenya la pulak kan. But i think i have extra quality yang dipanggil sense (katanya). Okey, artistic sense la kot sebab aku suka kritik hasil kerja seni orang je selalunya. Kesian these people yang selalu jadi mangsa kritik aku yang tak bertauliah nih.

But what surprised me more, sometimes they rely on me to make their hasil kerja to be better. Oh my. Yeah..i don't simply comment hasil kerja orang u see...but aku diminta, been requested to comment/critic. So basically not my fault lah kan. I dunno...sebab dah terbiasa, ianya dah jadi habit. And now, walau tanpa diminta aku akan pot pet pot pet kalau ada yang tak kena. Especially dengan hasil kerja Mr Shrek.

The more i care, the more aku akan masuk campur. I have this kind of perasaan di mana aku tak boleh dengar orang lain kutuk/kritik hasil kerja orang yang rapat dengan aku. So i take the responsibility. Biar aku komen/kritik dulu, then barulah the others tu. Kalau the others tu tak suka, aku rasa lebih puas hati and i'm gonna take the blame (secara tak langsung nya lah...tapi orang yang terpaksa dengar kritik tuh dah tentu la si empunya hasil kerja).

Aku tak tahu sikap aku ni baik atau tidak. But i hope aku menyumbang sesuatu untuk kebaikan orang yang rapat dengan aku. Aku tak rasa aku pandai pun, i'm just sharing some ideas yang aku tahu. Cuma cara aku kedengaran lebih kasar sikit lah kot. Coz aku tak terus kasik idea, but aku akan persoalkan dulu kenapa dia (si empunya hasil kerja) buat macam tu. It's just my nature lah...aku akan kedengaran seperti annoying gila but then towards the end mereka akan dapat juga idea aku.

Okey, let me kasi contoh. Macam hari ni. Aku melihat hasil camerawork and editing by Mr Shrek and the gang. Oh my..that was sooo poor. I don't even like it. In fact i didn't watch it sampai habis pun. And terus aku bla bla bla...and Mr Shrek was like terhangguk-hangguk cuba nak serap komen yang aku beri. The camerawork was so plain. Tak ada seni langsung. BORING... *sigh

Am i too demanding? Atau lebih dasat lagi, siapa aku nak komen-komen macam tu kan? But yeah, i might be not involved in their business, but it doesn't mean aku tak ada taste yeah. And they believe in my taste. Well, i'm so glad to know that. But still, i felt pretty bad setiap kali lepas beri komen. Sebab most of the time aku rasa macam aku tak layak nak kasi komen macam tu. Well, walau apa pun it's up to them nak amik kira komen aku atau tidak.Yang penting aku luahkan apa yang aku rasa. I know kadang-kadang bila dah buat, memang agak sukar nak amend sesuatu hasil kerja tu. Dan aku faham semua tuh.

I used to ask them, no i asked Mr Shrek " Do u think i'm in the right position to critic your work?" And he just replied me with this " Yeah, i think u're". Well...i just take it as a compliment lah kan. Dan lebih hebat, u ols mesti pernah dengar kan, di sebalik seorang lelaki yang hebat, there is a woman. Kiranya woman tuh jadik backbone. At least that is what i'm trying to do walaupun i know bukan mudah nak jadi macam tu.

I might not know as much as they do. But i might have what they do not have. So the collaboration antara kami semua mungkin menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Who knows. Namun apa yang lebih penting, i really hope hasil kritikan aku bring them some good. So far, i'm still a reliable person untuk beri komen terawal. Not bad eyh? Heh.. ;)

It's Over

Aku bermimpi sesuatu last night...or should i put as someone instead. Yeah, something and someone.

It's strange enough. Aku rasa i don't even think about him lately. But i know kadang-kadang aku rasa macam something is missing. Malangnya i don't know what is missing. Or who am i missing. Arghh...missing. It could be kehilangan atau merindui. Whatever.

The dream was weird. Ntah, for me bukan dream tu yang weird. It's the feeling yang weird sebenarnya. In my dream tu, that someone gave me a letter. Dalamnya tertulis yang everything is over. So whatever perasaan yang tersisa mestilah dibuang atau dipendamkan saja. There is no way to turn back. And yang paling strange was, cara penyampaian surat tu memang sound like him!

Weird. Sebab aku memang dah sedia maklum perkara tu. Why should aku menaruh apa-apa harapan lagi sedangkan i'm very happy with my life now. For one second aku anggap the dream was just a crap. But when i think about it further, i noticed something strange. Yeah, i admit, kadang-kadang aku memang ada terfikir about him. No..not about him, but what had happened between us.

So i guess i shall not wonder about it anymore. Dah memang crystal clear everything is over. It's over long time ago. So i took the dream as a big hint. Aku bukan jenis yang supersticious sangat la nak percaya mimpi-mimpi ni whatsoever. But since aku mencari-cari jawapan kepada beberapa persoalan selama ini, so i think i should take it as a message.

Well, mungkin juga ini satu tanda yang menunjukkan bahawa i'm healed completely. Who knows. Whatever it is, i'm happy. I'm happy kerana for the first time aku dapat jawapan yang macam tu. Walaupun hanya dalam mimpi, and it could be mainan tidur, but yeah...i think itu sudah cukup.

Ianya macam hutang u know. Walaupun aku rasa none of us akan ungkit pasal perkara tu lagi, tapi aku sendiri tahu ianya belum selesai. And now aku rasa sangat lega. In fact i woke up smiling this morning. It's over...yeah it's over... :)

The Idle Moment

Hujan. So aku rasa sejuk today.

Keadaan diri not so good. Gusi macam bengkak pulak when i woke up this morning. Boleh jadi sebab semalam punya hal. Aku makan sotong bakar lalu terselit kat celah gigi geraham and then aku cungkil pakai pencungkil gigi. Mesti dah terkena jangkitan. Urghh...rasa macam tebal pulak kat pipi sebelah kiri nih.

Other than that, today i feel better. I mean i was damn bored lately. Tak ada mood nak bersembang, tak ada mood nak berposting kat forum dan tak ada mood nak update blog. Everyday aku hanya tonton movie, dengar lagu and jawab segala kuiz yang ada dekat facebook. Heh..

Kenape ek jadi macam tu. Tapi aku rasa perkara tu berlaku kat everyone. Mesti dalam satu-satu masa dalam setahun, kita akan rasa diri kita idle jek. Not moving forward and tak pergi kebelakang juga. It's just idle. Statik. A bit blur dan then kita rasa bored. Tak ada mood to do anything. Quiet.

Bila berlaku perkara macam ni, i just let it be. Aku tak ambil jalan keluar pun. Dalam erti kata lain, i just feel the silent and idle moment tu. I think there is no use to whine about it. I take it as a therapy for our brain. Our brain need to rest now and then. When it's time to kick again, we kick it. That's all.

So for the time being, i'm gonna let myself to feel it. Feel...feel it until i don't feel it anymore.

Sunday, November 25, 2007

Thoughts Of The Day

Think. Think. Think.

Why can't we just say something nice about our companion?

Why don't we do something remarkable for someone we love most?

Why don't we treat people around us nicely?

Why do we say something that we don't even mean it?

Why don't we just be honest to ourselves and people around us?


And lastly, why should we answer the questions above?

Thursday, November 22, 2007

Luahan Perasaan Of The Day

I found a piece of paper, yang rupanya tertera luahan perasaan seorang yang bernama lelaki. OMG, aku gelak macam nak terburai isi perut aku. Hehehe...nak tahu what's the content? Let us see.....


WHY I PREFER THIS TYPE OF HAIR?




"The mop kind of hair is like a shield for all those pressure. Yet it can also hide my tension, I feel more confident of fighting this day-to-day pressure. It covers my brain from any serious damage"







" This shorty hair has no shield. The pressure goes straight to my head skin and damage my brain. I got no confident and always felt terrible"




Haaaa..amacam. Actually aku dah scan lukisan tuh dan edit sikit tulisannya supaya nampak lebih kemas. I just can't believe it. Di sebalik kesudian beliau memotong rambut, rupanya wujud ketidakpuasan hati yang memuncak. Hehehe...OMG..this guy kan, mmg unbelievable tau. Ekekek...siap wrote on a piece of paper tuh kan nak luahkan perasaan punya pasal.


Owh Mr Shrek, i tak tau nak kesian ke atau nak gelak. Walau apapun, this is sweet sesangat tau. U should do it more often. Selain dapat meluahkan semua ketakpuasan hati u, ia mungkin boleh dijadikan sebagai terapi for myself. Sebab apa? Sebab it made me laugh!!! Hahaha....


* I'm sorry darling sebab letak kat sini. But yur luahan perasaan adalah sebahagian dari perkara bermakna dalam hidup I. ;)


Wednesday, November 21, 2007

You're Never There


Eeee..kenapa susah sangat ni. Nak call pun tak dapat. Dah la tu, tak reti-reti nak call ke? Nih yang menyampah tahap gaban nih.

So this song is for you Mr Shrek. Huhuh...pleaseeeeeeee...dengarlah luahan hatiku ini.

Never There by Cake

I need your arms around me,
I need to feel your touch.

I need your understanding,
I need your love so much.

You tell me that you love me so,
You tell me that you care,
But when I need you,
(Baby) Baby (Your never there).

On the phone long, long distance,
Always through such strong resistance,
And first you say your to busy,
I wonder if you even miss me.

(CHORUS)
Never there,
You're never there,
You're never, ever, ever, ever there.
(Hey!)

A golden bird that flies away,
A candle stickled flame, (Hey!)
To think I held you yesterday,
Your love was just a game.
(Twice)

You tell me that you love me so,
You tell me that you care,
But when I need you, (baby)
Baby...

Take the time to get to know me,
If you want me why can't you just show me,
We're always on this roller coaster,
If you want me why don't you get closer.

(Chorus Twice)

(Hey!)
OOOOOOOhhhhh Ha!!!
Yeaaaaaa! Ho!


Love this song. Meaningful (especially buat masa sekarang ni) yet sexy. I love Cake.




Nih lagunya. Tapi nih bukan official music video Cake, tapi mamat tuh yg buat sendiri. Aku letak yang ini sebab for me, budak nih punye klid video lagi interesting dari klip video yang official. Enjoyy!!!

Hopeless Me


Listening to Jack Johnson and Cake for one whole day.
Layan Facebook macam there is no tomorrow.
Makan semua coklat yang ada dalam fridge sampai habis.



Duh, my life is getting dull. Dayyumnnnn...I need a LIFE!!!!!!!!!!

Huhuhuhu.....

Monday, November 19, 2007

Isteri Mithali

Dah dua hari berturut-turut aku memasak. Dua hari berturut-turut jugak aku mendapat pujian. Bukan pujian masakan aku sedap. Tapi pujian sebab tiba-tiba aku rajin memasak.

"Good girl...good girl...." kata Mr Shrek. Heh.

Semalam masak nasik, sardin goreng, telur dadar dengan sawi campur fishball. Hehe...simple nak mampos tapi Mr Shrek makan sampai licin. Syoknye aku rasa. Hari nih pulak sotong masak sambal, taugeh goreng, ikan goreng dan telur dadar lagi. And again, Mr Shrek makan sampai bertambah-tambah.

Aku mengaku, aku masak once in a blue moon jek. Bukan kerana apa, kerana aku rasa tak berbaloi nak memasak memandangkan aku makan sensorang kat rumah. Tapi lately Mr Shrek banyak habiskan masa di rumah kerana beliau sedang siapkan skrip. Jadi aku ambil kesempatan ni untuk jadi wife yang baik. Aku mengemas dan memasak.

Salah satu kebaikan Mr Shrek, beliau tak lokek dengan pujian. Walaupun itu memang tanggungjawab aku, tapi beliau hargai kalau aku buat extra work. Beliau tolong memasak, tolong basuh pinggan, tolong segala. He said that i'm a good girl.

Hmm....kan seronok kalau hari-hari macam ni. :)

Sunday, November 18, 2007

Self Confidence Therapy

Another topic about friendship. Aku suka cerita pasal friendship sebab aku jenis seorang yang percaya kepada keluhuran dan ketulusan persahabatan. Dan aku appreciate kualiti yang ada pada kawan-kawan aku dan oleh sebab itu, aku juga menghargai persahabatan kami.

Okey, straight to topic. Ada benda yang nak aku cerita sebenarnya.

++++++++++

Seperti yang pernah aku mentioned dalam entry terdahulu, ada sesetengah kawan yang kita sangat rapat. Dalam hal ini, boleh aku katakan yang aku agak rapat dengan beberapa teman yang baru aku kenal. In fact dalam tempoh terdekat ni, memang mereka inilah yang menemani aku hampir setiap masa.

Akan aku ceritakan kelak mengenai kesemuanya. Tapi hari ni, aku lebih tertarik nak describe mengenai seseorang yang aku kira sangat-sangat mengenali dan memahami diri aku. To be honest, ramai yang kenal aku ni macam mana sebab aku jenis yang out going dan out spoken. Tapi dalam ramai-ramai tu, tak semua yang faham aku. So this guy (yeap, beliau seorang lelaki) adalah seorang yang aku fikir sangat memahami aku.

As always, aku put aside cerita pasal Mr Shrek. My other half tu dah masuk league lain kan. Nothing comparable. ;)

+++++++++++

Mr X. I kinda like him sejak kami mula berkenalan. Beliau agak bersahaja, realistic, honest, bijak, sweet, agak pemalu (pada mulanya), sometimes a bit annoying but most of the time he's being cool and yang paling penting aku tau beliau memang jadi diri beliau sendiri setiap kali dengan aku atau dengan kata lain, he's not pretentious.

It's quite difficult actually nak mengekalkan momentum dalam satu-satu perhubungan tu. I think semua orang pun pernah merasainya. I mean people tend to be excited pada awal perkenalan, but then selepas beberapa ketika, excitement tuh hilang entah ke mana dan hubungan tu jadi stagnant. Ada banyak faktor sebenarnya. But miracally enough, ianya tidak berlaku dalam hubungan kami (pls read hubungan as friendship).

Nak kata hubungan kami sentiasa berjalan lancar tak juga. Sometimes we do argue but so far we managed to overcome semua tu dengan baik sekali. Dalam hal ini, aku amat berbangga dengan sikap kami yang sungguh banyak persamaan especially dari segi rasionaliti. Percaya atau tidak, memang kami mementingkan sikap rasional and i strongly believe itulah kunci keakraban kami selain dari preference yang sama.

Both of us boleh dikira sebagai serasi dalam hampir segala hal (dalam konteks friendship). Kami boleh berborak tentang bermacam-macam isu, serius mahupun yang normal dengan baik sekali. Pendek kata kami mampu untuk adapt diri kami dalam pelbagai situasi perbincangan sekalipun dan adalah bukan menjadi satu kepelikan apabila kami mampu untuk berbual untuk satu jangkamasa yang panjang dengan selesa tanpa rasa terpaksa.

Sometimes i wonder how amazing a friendship could be especially when we found someone yang refleks diri kita sendiri. Ianya menjadi sangat mudah, sungguh selesa, rasa sangat close dengan diri sendiri since the more we explore sahabat kita tu, the more kita kenal diri kita sendiri. It's unbelievable. Secara jujurnya, i learnt a lot bila berkawan dengan beliau. Tak perlulah aku terangkan apa yang aku pelajari, tapi cukuplah aku katakan yang perbincangan serius antara kami sememangnya menambah kupayaan aku untuk berfikir dan mengaplikasikannya dalam kehidupan aku sendiri.

Cara kami bersahabat mudah sahaja. We both don't commit to each other. Maksud aku dengan 'commit' di sini adalah walaupun kami bersahabat, tetapi kami tidak menunjukkan komitmen pun untuk sentiasa berhubungan. Masing-masing dengan kehidupan sendiri dan kami tak mencampuri hal kehidupan peribadi antara satu sama lain. Kerana bagi aku, sebagai kawan baik berlainan gender ni, lebih baik begitu. Aku hormati kehidupan peribadi beliau, dan begitu juga sebaliknya. Selain dari hal peribadi, kami bebas berbicara tentang apa sahaja.

Sungguhpun kami tidak memberi sebarang komitmen terhadap persahabatan kami, namun beliau pernah akui yang beliau menaruh harapan yang tinggi agar kami akan terus menjadi seperti sekarang ni sampai bila bila pun. Yup, dan aku juga akui, aku meletakkan harapan dan kepercayaan kepada beliau agar terus mempertahankan hubungan ini. Maksud aku disini, biarpun kami tidak sentiasa berhubungan, tetapi kemesraan dan keselesaan ini tetap kekal. So far so good. Kami tidak kekok untuk bersembang biarpun kadangkala kami tidak berhubungan buat seketika.

What makes him agak special adalah kerana seperti yang aku katakan tadi, beliau seorang yang memahami. Sebenarnya kami juga agak gembira dengan persamaan yang kami miliki. Kimia (chemistry) antara kami agak kuat, kadang-kadang sampai rasa macam nak masuk kategori soulmate. Idea, cara pemikiran, gerak hati dan bermacam perkara lagi, selalunya hampir sama. Dulu aku fikirkan semua itu kebetulan, tapi semakin lama baru aku sedari yang itu bukan kebetulan semata-mata tapi mungkin dari situ timbul keserasian antara kami.

Sikap memahami kami memang memudahkan banyak perkara. Selalunya pemahaman antara insan dipengaruhi faktor masa. Lebih lama kita mengenali seseorang itu, maka kita akan lebih memahami. Tapi pemahaman antara kami memang ada sedikit perbezaan. Kami tak perlu masa yang panjang untuk memahami antara satu sama lain. Mungkin rasa hormat dan sikap rasional kami yang banyak membantu. It's all about common sense. Beliau memang seorang yang sensible. Lagipun apa yang menarik tentang persahabatan kami, pada awal perkenalan, kami memang terlebih dahulu come up with polisi masing-masing. Jadi itu sangat berkesan untuk jadi panduan dalam usaha memahami antara satu sama lain.

Kadangkala keakraban kami menimbulkan salah faham sesetengah pihak. Aku akui perkara itu memang wujud. Dan ianya sememangnya agak mengganggu lantaran kami juga perlu memelihara nama baik status masing-masing. Tetapi apa yang pasti, kami sedia maklum dan tahu untuk meletakkan diri kami di tempat yang sepatutnya. Aku tak salahkan mana-mana pihak. Memang dalam norma kehidupan masyarakat kita, persahabatan antara lelaki dan perempuan dianggap canggung. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain, aku dapati persahabatan kami tiada bezanya dengan persahabatan yang lain. No hanky panky, and we completely understand our limit and border line.

I don't see any masalah berbangkit tentang hubungan kami ni. Frankly speaking, pasangan kami masing-masing pun sedia maklum akan persahabatan kami. And itu adalah perkara paling penting yang kami amalkan setakat ini. Honesty. Honesty is always the best policy. Berbekalkan kejujuran kami, aku amat berharap agar hubungan kami ini tidak disalah anggap mana-mana pihak. Salah satu sebab utama aku menyenangi beliau adalah kerana sifat jujurnya itu. Dan lebih mengagumkan, selepas berkawan dengan beliau, aku lebih mengetahui kuasa sebuah kejujuran. Thanks to him.

Okey, enough about that. What's so annoying about him? Heh. Sebagai manusia biasa, mesti la beliau punya kekurangan jugak kan. Beliau ni, huhuh...perasan gila tahap tenuk. Agak sensitif, kadang-kadang bergurau over atau tak kena tempat, suka menyakat, suka menuduh tak tentu pasal dan always think he's right. Perasan cool tak payah cakap lah walaupun kadang-kadang menggelabah dan emo. Haha. Tapi kan, itu semua bagi aku tak memberi sebarang impak pun terhadap perhubungan kami ni. Kerana tahap annoying beliau tu masih di tahap yang reasonable. Kira aku boleh terima. Dan aku anggap itu sebagai salah satu cara beliau untuk seimbangkan agar hubungan kami tak jadi dull.

Kalau nak tahu, beliau pernah bertanya soalan keji. "Apa yang best sangat pasal diri i nih ek?" Euwww...disgusting kan soalan tu. But i think, aku dah describe secara panjang lebar dalam entry ni. Aku harap beliau berpuas hati. :P Dan kalau mengenali beliau secara dekat, sebenarnya beliau bukanlah seorang yang begitu peramah dengan semua orang. But i'm glad, beliau tak ada masalah itu bila dengan aku. In this case, aku akui, memang kadangkala kita tahu that he/she's the one (to be our close friend) bila kita dengan sendirinya bersedia untuk jadi lebih terbuka.

Previously aku admit yang aku sendiri rasa ragu-ragu. Adakah hanya aku yang selesa dengan beliau ni. Aku tak tahu sebenarnya adakah beliau juga punya perasaan yang sama. Namun setelah kami berkawan agak lama, setelah pengakuan demi pengakuan (hehe..macam ape jek, aku cuba cari perkataan yang lebih sesuai tetapi gagal) dibuat, barulah aku mengerti yang we're just meant for each other to be friend. Susah juga kan. Banyak step sebenarnya yang kami tempuh ni. Ianya tidak semudah dan se'express' yang di sangka.

I think ramai yang tahu dan mungkin ada juga yang nak tahu siapa yang aku maksudkan nih. Tapi tak kisahlah, siapa dia tuh tak penting. Err...ntah, aku pun tak tau penting tak penting. Hehe..cuma apa yang pasti, sesekali mesti aku tak boleh nak elak mention about beliau nih. Kalau nak kata diri beliau tuh meninggalkan sedikit impak dalam diri aku, memang aku tak boleh nak kata tidak. Sebab memang ada kebenarannya. Well, dulu pun pernah aku nyatakan dalam entry yang terdahulu, walaupun beliau tidak lagi dekat dengan aku, tapi kisah tentang beliau tetap akan ada, kerana beliau masih wujud dalam hidup aku.

Sometimes it's funny though. I mean kadangkala we both ambil tahu aktiviti antara satu sama lain secara senyap-senyap. Skodeng-skodeng bak kata orang. Hehe. Pretty weird. Kantoi la banyak kali pun, tapi masing-masing tak pernah la pulak nak rasa segan. Malah perkara-perkara macam tuh pulak yang jadi bahan. Alah, paling kuat pun masing-masing akan perli yang kami just can't get enough antara satu sama lain. But mind u, kalau dengar macam ni memang orang akan fikir yang kami ni macam ada 'sesuatuh'. But ironinya, perkara-perkara tuh semua hanyalah aktiviti azali yang tak boleh nak elak lantaran keakraban kami jek. Heh.

I had a conversation with him baru-baru ni. We mentioned about how we survived dari sebarang perasan hanky panky yang selalu wujud antara pasangan kawan berlainan jantina. To be honest, memang susah gila nak maintain professionalism dalam hubungan macam ni. But we prove yang ianya tak mustahil. Yang penting keikhlasan tuh dalam berkawan. Lagipun i think kami pun tak sanggup nak jeopardizekan personal life masing masing dan other than that, kami sayangkan friendship nih dari diganggu gugat oleh sebarang perasaan atau anasir tidak perlu.

Well, entry kali aku anggap sebagai satu luahan peribadi sebenarnya. To express how glad i am to have this kind of friendship with someone yang tidak aku sangka-sangka. I mean i met him dengan cara yang tidak pernah aku bayangkan selama ini dan tak sangka ianya survive sehingga ke hari ini. And some more, to give my personal opinion tentang persahabatan berbeza gender. So far, aku berpuas hati dengan progress persahabatan nih.

Entry ini boleh jadi karangan aku yang paling panjang setakat ini. I know entry panjang memang agak merimaskan. But jika difikir dari segi lain, aku puas. Yang penting aku luah semua. Afterall this is my blog, ia boleh jadi mengikut kemahuan aku semata-mata. Aku harap kalian yang membaca mengerti. :)

Dan speaking of tajuk, mengapa ianya dinamakan self confidence therapy? Kerana dalam luahan aku ni, banyak perkara positif yang aku nyatakan tentang beliau. And i know, for people like him, reading perkara-perkara sebegini sedikit sebanyak akan membuatkan beliau semakin confident dengan diri beliau. It's not beliau tidak confident selama ini, but this is all about poyoness. Poyoness is his middle name. So entry like this adalah makanan beliau. Hehe.



Hahaha...acah jeeeeee... Yeah, he's a bit poyo, but he's cool. So he deserves this kind of entry. Okey. Till then.

Friday, November 16, 2007

Penat Yang Kurasakan

Malam tadi aku tak tidur semalaman. Tapi mujur ada orang temankan. Err..ke orang tu yang buat aku tak tidur? Ntahlah aku pun tak pasti. Yang pasti aku tak tidur dan aku menghabiskan masa bersembang meleret-leret. Pindah dari satu topik ke topik yang lain sampai akhirnya dah tak tahu nak cakap apa.

Sekarang aku terasa penatnya. Penat sesangat. Bukannya apa, niat aku nak mengqada' tidur siang tadi terbantut gara-gara ada agenda mengejut. Hmm...kena mengemas rumah sebab ada tetamu nak datang yakni keluarga angkat Mr Shrek dari Ipoh. Nak bermalam di sini katanya.

Hanya berbekalkan tidur yang hanya sempat aku nikmati selama dua jam, terpaksa aku gagahkan diri untuk berkemas. Tak boleh tidak kerana rumah aku memang macam kapal karam. Itulah wajah rumah aku setiap kali selepas bercuti panjang. Rumah menjadi tak seperti rumah kerana mood bersenang lenang masih menebal. Tambahan pula dengan lambakan pakaian yang belum berlipat. Aduhh..headache!!

Sekarang rumah aku dah kembali kemas dan bersih. Bilik tetamu dah aku sediakan. Tetapi baru sebentar tadi aku mendapat panggilan telefon dari tetamu aku tu. Huhu..beritanya sungguh tak memberangsangkan. Kereta mereka rosak di Rawang dan mereka mengambil keputusan untuk bermalam di Rawang sahaja. Aduhh...aku yang penat rasa semakin penat. Tapi tak mengapalah, kalau bukan kerana mereka, mungkin aku masih bermalas-malas dan rumahku masih melingkup seperti biasa.

Aku rasa macam nak pergi spa. Mesti syok. Tapi tak payahlah. Kalau aku tidur sekejap, mesti lepas tuh aku dah okey semula. Aku penat bukan apa, sebab tak cukup tidur. Itu jek masalahnya. So okey, aku nak tido kejap. Aku nampak tulisan nih pun berbalam-balam dah nih.

Selamat malam.

Thursday, November 15, 2007

Karung Ajaib

Gara-gara tadi aku menyebut perkataan penyapu ajaib, terus aku terkenang satu peristiwa di masa lalu.


*********************************************************************************

Dulu, sewaktu aku bersiap-siap memasukkan pakaian ke dalam beg untuk dibawa ke satu tempat yang jauh lagi asing, aku disapa lembut oleh ayahku. Destinasi yang dimaksudkan adalah MRSM Muar, tempatku menimba ilmu dari tingkatan 4 hingga 5.

Aku yang sibuk mengemas-ngemas apa yang patut, terus terbantut setelah disapa lembut oleh ayahku. Ayahku duduk di sampingku dan kemudian menyerahkan sesuatu. Ianya sekeping foto dimana terdapat imej dua orang di dalamnya, iaitu ibu dan ayahku. Aku tersenyum. Aku tahu aku akan merindui mereka dan aku amat-amat memerlukan foto itu sebagai salah satu bekalanku kelak.

Ayahku memberi sedikit pesanan dan setelah itu ku sisip kemas foto itu ke dalam beg. Kemudian berlepaslah aku ke tempat asing tersebut dengan membawa satu semangat baru.

Melewati malam pertama tanpa ibu dan ayah buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun bukanlah mudah. Tanpa kusedari, tanganku laju mencari foto mereka. Aku belek-belek sambil menangis. Aku homesick. Tapi ada sesuatu luarbiasa yang menarik perhatianku. Di belakang for tersebut rupanya terdapat satu ayat yang berbunyi:

"Ingatlah, bersamamu sentiasa ada karung ajaib"

- Abah-


Kukesat airmata dan segera berlari ke pondok telefon berdekatan. Aku ingin tahu apa maksudnya. Ayahku hanya tertawa lalu kemudian beliau menerangkan, karung ajaib itu adalah otak ku sendiri. Kenapa ia dinamakan karung ajaib? Kerana walau sebanyak manapun benda yang aku masukkan ke dalamnya, nescaya karung itu tidak akan penuh. Dan walau sebanyak mana aku keluarkan isinya, karung itu tidak akan pernah kosong.

Barulah aku mengerti apa maksud karung ajaib tersebut. Itulah bekalku yang paling penting sewaktu menimba ilmu. Dan ayahku mengingatkan aku tentang itu. Beliau berpesan, tak perlu aku bersedih berjauhan dengan mereka, bukankah kenangan bersama mereka juga sudah aku masukkan ke karung ajaib?

Aku tersenyum sendiri. Lalu berbisik dalam hati, ya aku ada karung ajaib. Aku tidak perlu risau lagi. :)

Happy Birthday Siti!!

Khamis, 15 November

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 26 buat sahabat aku di zaman kanak-kanak dulu, Siti Hasla binti Ramli. Semoga panjang umur dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Aku tak pasti adakah beliau akan membaca entry ini memandangkan beliau memang tak tahu menahu akan kewujudan blog aku ni dan lebih mengharukan keadaan, sudah lama kami tidak bersua dan aku sendiri tak tahu macam mana nak menghubungi beliau. Huhu..Namun, tak mengapalah, aku abadikan saja ucapan ini di dalam blog tanda ingatan aku kepada beliau.

Beliau merupakan sahabat karib aku di kampung sewaktu kecil dan kami bersekolah rendah bersama. Dulu masa kami masih kecil, hampir setiap hari kami bermain bersama. Menyorot kenangan lama, aku tersenyum sendiri.

Ayah Siti ni berniaga barangan runcit di pasar malam. Masih ku ingat lagi, setiap petang apabila kami ingin bermain, aku terpaksa tolong dia kopek kulit bawang dulu. Nak kasi bawang tuh nampak cantik lah katakan. Hampir setiap hari macam tu. Kalau aku tak tolong, maka lambatlah kami akan dapat keluar bermain sebab dia terpaksa sudahkan mengopek kulit (kulit mati) bawang tu hanya berdua dengan kakaknya.

Depan rumah Siti ni ada pokok jambu air. Pokok jambu tuh la yang sering kami panjat secara senyap-senyap. Jadi macam tupai, petik jambu dan terus makan. Kemudia sisa-sisa jambu tuh bersepah-sepah di bawah pokok. Kami terpaksa memanjat secara senyap-senyap kerana nenek si Siti ni memang pantang kalau tengok budak perempuan memanjat pokok. Nanti beliau akan menjerit "kau panjat la pokok tu, rabak &%*@ kau tuh kang!!" Huhu..pendai-pandai la korang teka ape perkataan censored tu.

Kadang-kadang kami pergi mandi sungai. Takpun cari tanah liat nak dibuat arca. Kadang-kadang main galah panjang kat laman rumah nenek aku sebab laman nenek aku luas. Main baling selipar, teng teng, main lompat getah, main baling tin, Takpun main rounders. Tapi yang paling suka sekali, main masak-masak la.

Main masak-masak tuh kan, port kami adalah kat belakang rumah seorang nenek tua nih bernama Wo Merah. Dia tinggal sensorang je. Kami suka main belakang rumah sebab dia suka sponsor beras dan periuk belanga. Dulu aku suka jek, bagi aku nenek tuh sporting. Tapi bila aku dewasa sikit, aku rasa bersalah sebab nenek tuh dah la tinggal sensorang, miskin pulak tuh. Kami nih guna beras dia pulak buat main masak-masak. Huhu. Aku tak tahu kenapa dia izinkan dan kenapa dia sponsor benda-benda tuh. Mungkin kerana dia gembira bila kami bermain di kawasan rumahnya. Mungkin dia kesunyian.

Barang-barang lain seperi minyak dan bawang, itu Siti yang sponsor sebab ayah dia tokey bawang. Kelapa aku yang sponsor sebab rumah nenek aku banyak pokok kelapa dan kami parut pakai kukur. Ikan kami tangkap sendiri dekat lubuk berdekatan kebun getah nenek aku. Lepas dah masak, kami makan laaa..makan atas daun manggis. Hehe. Tak pernah cirit taw. Kellass betul kami nih. Hehe.

Sebab Siti nih jenis berduit (sebab ayah dia kasi upah kopek kulit bawang), dia selalu belanja aku masa kat sekolah. Siti ada duit, tapi tak ada pengaruh. Yang berpengaruhnya aku, jadi Siti selalu belanja aku untuk memastikan dia sentiasa dalam group aku. Huhu..jahat kan. Bukan aku yang mintak, dia yang suka belanja. Tapi aku ikhlas kawan dengan dia. Mungkin dia tak tahu. Heh.

Bila kami memasuki alam sekolah menengah, kami menjadi sedikit renggang kerana berlainan sekolah. Dia masuk sekolah agama, aku masuk sekolah biasa. Kami masih berjumpa di waktu petang selepas sekolah, tapi dah tak mesra macam dulu lantaran dia menganggap aku nih kategori lain. Dia pernah kata, kami tak sama kerana aku budak bijak, jadi dia merendah sendiri. Hmm.... Walau apapun kami masih berjumpa tatkala ada kenduri di kampung, dan kami sama-sama menjadi remaja sunti di kampung tu. Hehe, in other words, melaram bersama. Hehe..

Banyak lagi kenangan bersama Siti. Kalau tengok keadaan kami sekarang, memang tak sangka yang kami pernah menjadi sangat akrab satu ketika dulu. Masa merubah segalanya. Kadangkala bersua dengan Siti, kami hanya berjabat tangan dan bertanya khabar. Tiada lagi gurauan dan bermanja-manja seperti dulu. Sekarang Siti dah ada anak dua orang. Aku tumpang gembira. Aku tak tahu samada dia merasakan apa yang aku rasa, sesungguhnya aku rindukan kenangan kami yang dulu. Siti tetap kawan aku yang aku sayangi biarpun kami tidak lagi serapat dulu.

Selamat Hari Lahir Siti. Aku tak pernah lupa hari lahirmu selama ini biarpun tiada lagi hadiah yang kutitip buatmu. Namun ingatanku terhadap kenangan kita, tetap kusimpan rapi dalam kotak memoriku ini. I miss you.


Myspace Comments - Birthday Cheese



Sekian

Hadiah Penyapu Yang Mantap

Okey, rata-rata semua dah sedia maklum pasal berita penganugerahan penyapu kepada dua majlis daerah di Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006. Pergi kat link nih kalau nak tahu lebih lanjut http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_36bb12dc-c0a85062-97d5ad00-c3b90968

*Credit to mSTAR Online

**********************************************************************************

Ha, aku bukan nak ulas pasal wajar atau tak wajar mereka yang berkenaan dihadiahkan penyapu tuh. Tapi aku nak ceritakan tentang satu peristiwa yang berlaku kepada rumah aku sebentar tadi dan ianya sedikit sebanyak ada kaitan dengan berita tersebut.

Tengah aku dok melayan forum, tiba-tiba aku dengar riuh rendah kat depan pagar rumah aku. Aiseh, aku pegi la jenguk. Mak aih, banyaknya kereta warna biru tua. Lori pun ada. Cuak pulak aku rasakan. Ada open house lagi ke kat rumah jiran aku ni. Takkan la pulak kan, raya pun dah abis. Hehe

Bila aku tinjau kat tingkap, aduhhh...mereka nak jumpa aku rupanya. Alamak, aku dah pelik. Aku pun tukar pakaian, terus keluar. Rupa-rupanya depa nih MPSJ. Huhu..adalah wakil dari mereka yang ramai-ramai tu, dia tanya siapa tuan rumah. Aku cakaplah apa halnya nih encik? Dia cakap, kami datang nak kutip cukai pintu yang tertunggak ni.

Aiseh, aku cakap la yang aku dok menyewa jek. Tapi dia kata, tak apalah, mari kita berbincang kat dalam. Aku cakap aku dok sorang, dia kata tak apa, banyak nak kena bincang nih. Kami ada pegawai wanita jugak. Okeylah, aku call Mr Shrek, dan izinkan mereka masuk ke dalam.

Rupanya, huhu..tuan rumah aku nih tak bayar cukai pintu dari tahun 2005. Hutangnya tuh adela la dalam Rm 2 ribu lebih. Orang tuh cakap, kena bayar hari nih juga, kalau tak dia nak sita barang dalam rumah aku. Haaaa???

Dia kata lagi, tak kisah la rumah nih milik siapa, tapi sekiranya gagal menjelaskan hutang-hutang tertunggak tuh by hari ini jugak, maka barang-barang kat rumah nih yang akan disita. Huhu. Lantas aku call tuan rumah, dan minta wakil MPSJ tuh sendiri uruskan dengan tuan rumah.

Hehe, tuan rumah setuju nak bayar akhirnya. Aku dah cuak sebab depa tuh dah sibuk mengerling TV kat rumah aku nih. Hehe. Sebab nilai barang yang hendak disita perlu bersamaan dengan jumlah hutang yang tertunggak. Aku cool jek. Aku rasa orang MPSJ tuh pun tak sampai hati nak amik barang rumah aku. Yelah, aku nih kira orang inesen la kononnya kan.

So dah settle. Cuma aku perlu serahkan waran hutang tuh tadi kepada tuan rumah untuk dia selesaikan di pejabat MPSJ petang ni. Selamat harta-harta kepunyaan aku. Hehe

Ceritanya kat sini, bila perkara begini berlaku, terus aku relatekan dengan berita pasal hadiah penyapu tuh. Aku rasa sekarang nih mesti jabatan-jabatan dan majlis-majlis terbabit tengah panas punggung dan cuba menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi. Maklumlah, takut-takut dapat penyapu pulak kan.

Bagus jugak eh, bayangkan selama nih cukai betunggak-tunggak, tak pernah pulak depa buat hal ginih. La nih dan-dan mengelupor mintak hutang. Nampaknya hadiah penyapu tuh memang mantap. Ramai juga rupanya takutkan penyapu ajaib tuh. Baguslah. Kadang-kadang, perkara yang paling memalukan adalah cara terbaik untuk menyedarkan sesetengah pihak.

Kuasa penyapu. Memang mantap kan? ;)

p/s: Eeee..tuan rumah aku nih kan, aku nak beli rumah nih lambat-lambat jek dia nak uruskan. Tapi bila part nak bayar cukai mengelat la pulak. Kosserr....

Wednesday, November 14, 2007

Langkawi Part II

End of 2nd week


Langkawi lagi. Dalam masa dua minggu, dua kali aku bercuti di Langkawi. Heh. Namun kali ini bersama keluarga pula. Atau lebih tepat bersama mak ayah aku beserta adik lelaki aku tu.


Aku lebih menikmati Langkawi pada trip kali ini. Dengan keadaan yang sihat beserta cuaca yang baik, Langkawi ternyata memang destinasi indah.


Walau bagaimanapun, bukan mengenai Langkawi yang hendak aku ceritakan kali ini. Aku kira rata-rata ramai yang pernah pergi ke sana dan tahu destinasi menarik yang terdapat di Langkawi. Jadi aku malas nak ulang perkara yang sama.


Banyak tempat yang kami lawati. Aku nak taruk gambar, tapi aku menyampah sebab semua gambar-gambar tuh ada muka aku. Huhu..aku terlupa nak amik gambar pemandangan lebih banyak. kalau tak, mesti aku aku letakkan di sini. Walau bagaimanapun, ada beberapa gambar yang aku suka. Layann..

**********************************************************************************

*Siri sepetang di pantai untuk melihat matahari terbenam









* Pantai yang sama di waktu siang. Cantik. Pasir putih, langit biru. Nyaman sehh...



Hmm..itulah saja untuk kali ini. Jangan tanya kenapa sekarang aku rasa segar. Itulah rahsianya, percutian yang mengasyikkan.

Ular!!

Aiseh, taip perkataan ular nih pun buat aku geli geleman. Inikan pulak nak bercerita mengenainya.

Anyway, lagi berkenaan peristiwa sepanjang minggu. Sedang Mr Shrek mengambil longgokan kain di lantai untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh, tiba-tiba beliau menjerit. Aku yang sedang membuang masa di bilik bacaan bergegas pergi ke arah beliau. Beliau jerit "u, ada ular!". Sebaik saja aku mendengar perkataan ular, terus aku menjerit sama.

Aku nih dah la geli dan takutkan ular. Aku berharap beliau hanya bergurau. Malangnya tidak. Memang ada ular pun. Huhu...ular tu dah pergi ke arah dapur dan duduk bawah peti sejuk. Huhu...aku dah menjerit-menjerit. Memang tak cool langsung. Huhu..

Atas tindakan pantas Mr Shrek, ular tersebut berjaya diusir keluar dari rumah. Oleh kerana takut-takut ular tersebut berkeliaran di kawasan rumah berhampiran, Mr Shrek mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat ular tersebut. Huhu...kesiannya. Walaupun aku takut, tapi entah kenapa aku rasa kesian. Aiseh.

Dahlah. Aku nak tamatkan kisah pasal ular nih. Makin geli geleman aku dibuatnya. Ular tuh tersesat dalam rumah aku rasanya. Sebab kain tu Mr Shrek baru je letak kat atas lantai tu. Tiba-tiba je ular tu datang. Kengkonon nak menyorok kat situ la kot.

Isk...mujur Mr Shrek ada kat rumah waktu tu. Kalau tak ada, mungkin aku dah pengsan kerana ketakutan luar biasa. Isk.



Episod Sedih

Mid of 2nd week

Hari terakhir aku di kampung, aku dikejutkan dengan berita sedih. Tok Cim, kawan ayah aku telah pulang ke Rahmatullah. Iskk..baru raya hari tuh aku berjumpa dengan beliau. Rasa macam tak percaya. Huhu

Beliau meninggal kerana mendapat serangan darah tinggi secara mendadak dan tak sempat untuk menerima rawatan. Memang tak disangka-sangka. Berita yang aku terima membuatkan aku tak dapat tidur sepanjang malam (beliau meninggal di tengah malam). Aku memang sebak yang teramat sangat sebenarnya sebab umur arwah lebih kurang sebaya dengan ayah aku dan perkara itu sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku sendiri. Huhu...

Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan dan kedua-duanya masih belum berkahwin. Lagipun diorang pun muda lagi. Dulu masa kecik-kecik, aku berjiran dengan mereka. Lantas keesokan paginya aku bergerak ke rumah arwah untuk menziarah jenazah buat kali terakhir.

Sempat aku tatap wajah arwah sejurus sebelum dikapan penuh. Huhu..airmata aku tak dapat aku tahan dari tertumpah. Aku nampak isteri arwah, which is makcik saudara aku sendiri begitu tabah. Sedikitpun airmatanya tak tumpah walaupun beliau kelihatan sugul. Aku terus mendapatkan anak-anak arwah untuk mengucapkan takziah. Belum sempat aku berkata apa-apa, tubuh aku terus dirangkul erat oleh anaknya yang pertama.

Ya Allah, sungguh sebak aku rasakan. Aku benar-benar simpati. Aku hanya mampu untuk mengusap airmata anak-anak arwah dan memimta mereka supaya sabar dan redha dengan dugaan tersebut. Lama kami berdakapan. Aku benar-benar ingin meredakan keadaan walaupun aku sendiri berasa goyah lantaran kesedihan yang teramat sangat. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan meminta anak-anaknya redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Aku tak ikut pergi ke pusara kerana aku sendiri tak terdaya lagi. Rasa nak demam semula pun ada jugak. Lalu aku terus pulang ke rumah mak aku dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah sendiri.

Sedang aku menaip entry ini, aku masih merasa sebak. Bukan kali ini sahaja, malah setiap kali aku teringatkan Maklong Leha, Ima dan Ira, terus aku berasa sebak dengan sendirinya. Aku doakan agar mereka tabah dengan ujian ini.

Semoga roh Allahyarham Tok Cim (Hashim bin Abd Manan) dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

Dugaan

End of 1st week

Balik dari Langkawi, semakin demam. Urghhh...complete dengan selsema dan batuk. Berkemungkinan sebab mandi hujan yang melampau kat Langkawi dan tak dapat rehat yang secukupnya.

Yang lebih memburukkan keadaan, both of us (me and Mr Shrek) tak dapat nak took care of each other since dua-dua pun demam. How sweet. Sakit pun nak sama-sama kan. Heh..

We called it percutian berganda. Since lepas bercuti di Langkawi, Mr Shrek masih terpaksa bercuti sakit pulak walaupun sebenarnya beliau dah mulai sibuk dengan projek baru. Dalam aku rasa tak larat dan blur tuh, aku rasa gembira jugak sebab aku dapat meluangkan masa dengan Mr Shrek lebih lama. Itulah hikmah yang tidak terhingga sebenarnya.

Oleh kerana dah tak ada siapa nak jaga kami dan kami terlalu lemah untuk menjaga diri sendiri, kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung aku. Kengkonon macam terapi la. Lagipun boleh la mak aku tolong tengok-tengok kan kami yang hopeless tu. Ekekek...

Duduk kat kampung, terus demam beransur hilang. Baik-baik saje. Heh. Duduk kat kampung tiga hari. Hmm..melepak je kejenye. Makan dah la best. Heaven.

Sungguhpun begitu, aku seperti merasakan ada sesuatu yang kurang. Huhu. Yup, aku dah mula rindukan rumah aku sendiri dan yang lebih hebat, aku rindukan my cyber friends! Can u believe it? Ekekek...Sebab tu aku panggil tempoh aku berdemam-demam tu adalah dugaan. Bukan sahaja dugaan sakit, malah dugaan menahan diri daripada berhubung dengan rakan-rakan cyber. Aduh...puasa internet weh. Susahnyeeeeeeee....

Hehehe

Langkawi Part I

1st week

Fegi vercutis wif all crew My Team kat Langkawi. Damn happening. Diorg nih gile tahap ntah hape2. Tak kenal most of them but once dah berjumpa, macam dah lama kenal beb. I had so much fun masa tuh.




Malas gile nak cerita sebab most of the events memang susah nak put into words sebab banyak sangat aktivitinya dan kenangan mencuit perasaan. Hanya terbayang-bayang je kenangan tu dalam kepala. But one thing to describe diorang nih. Perghh...diorang nih gila berparti. 5 hari kat sana, parti, parti dan parti lagi.

Tapi part yang paling 'happening' was... aku dan Mr Shrek demam seawal hari kedua kami kat sana. Perfect kan. Diorang dok sakan buat itu ini, kami hanya duk diam-diam dan hanya menonton gelagat diorang jek. Aduhhh...tapi walaupun demam, masih tak menghalang kami untuk menyertai diorang tu. Cuma agak limited la memandangkan cuaca tak berapa mengizinkan. Asyik hujan jek. Keadaan kami pun tak se 'energetic' diorang la.Huhu..

Ape pun we managed to do beberapa perkara bersama dengan jayanya. Pasal parti pulak, me and Mr Shrek hanya join 1st nite party kat Sunba and last nite barbeque party by the beach. Party2 yang lain..huhu..acik domam oke. Duk dendiam lam bilik. Cuma join aktiviti di siang hari jek. Aduh...kat Sunba tu elok2 lagu retro terus tukar konsep dah since diorg nih suma dah jadikan tempat tuh macam private club lagaknya. Huh...sabo jelah. Layannn...





Island hopping was good. Mandi kat Tasik Dayang Bunting dalam hujan! Hoho..Barbarian sungguh. Pakcik yang bawak bot tuh pun terpaksa la layan karenah bebudak nih untuk berlumba dengan bot satu lagi (sebab kami semua dah dibahagikan kepada dua bot) and that was sakan. Heh.




Makan tak hengat dunia and memang banyak duit berhabis untuk makan. Seb baik la aku dan Mr Shrek bukan jenih tonggang botol...huhu..kalu tak jadi cam diorang. Aisehh...Langkawi memang heaven la untuk diorang yang jenih maboks2...err..minum-minum nih. Murah nak mampos. No wonder diorang berparti sakan. Ala..most of them pun bukan Melayu kan. So got to deal with it lah.



Anyway, to these people, u guys memang happening. Nice knowing u guys. Bila la dapat kita semua berjumpa lagi kan since kerja pun dah abes. Thanks for making me feel like homies eventho we hardly know each other before. Hugzzzzz...



Comeback Intro

Dua minggu. Jumlah hari atau tempoh aku tinggalkan blog ini bersawang. Satu tempoh yang agak lama aku kira.

Aku tahu ada diantara kamu yang merindui tulisan merapu aku ni, dan tak kurang juga yang merindui penulisnya. Hikhik. Tetapi kamu tak tahu betapa aku lebih rindu untuk menulis dan sangat-sangat merindui kamu semua yang jadi pembaca setia. Thanks guys. I love you.

Fuh, aku sendiri tak tahu macam mana nak update. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Tetapi biarlah aku nyatakan di sini bahawa i was away to chill myself out with Mr Shrek, friends and family dan tak lupa juga melayan nikmat demam.

Ada banyak peristiwa menarik, kalut, gembira, blur, dan tak kurang juga meruntun perasaan. Pendek kata, bolehlah aku katakan ianya adalah dua minggu yang sibuk. Aku akan cuba huraikannya satu persatu dalam entry yang berlainan sekiranya aku berkesempatan nanti.

Namun yang penting, sekarang aku berasa sungguh segar. Sesungguhnya aku benar-benar bersedia dan tak sabar untuk menulis lagi. Yehhaaaa... ;)