Sunday, November 18, 2007

Self Confidence Therapy

Another topic about friendship. Aku suka cerita pasal friendship sebab aku jenis seorang yang percaya kepada keluhuran dan ketulusan persahabatan. Dan aku appreciate kualiti yang ada pada kawan-kawan aku dan oleh sebab itu, aku juga menghargai persahabatan kami.

Okey, straight to topic. Ada benda yang nak aku cerita sebenarnya.

++++++++++

Seperti yang pernah aku mentioned dalam entry terdahulu, ada sesetengah kawan yang kita sangat rapat. Dalam hal ini, boleh aku katakan yang aku agak rapat dengan beberapa teman yang baru aku kenal. In fact dalam tempoh terdekat ni, memang mereka inilah yang menemani aku hampir setiap masa.

Akan aku ceritakan kelak mengenai kesemuanya. Tapi hari ni, aku lebih tertarik nak describe mengenai seseorang yang aku kira sangat-sangat mengenali dan memahami diri aku. To be honest, ramai yang kenal aku ni macam mana sebab aku jenis yang out going dan out spoken. Tapi dalam ramai-ramai tu, tak semua yang faham aku. So this guy (yeap, beliau seorang lelaki) adalah seorang yang aku fikir sangat memahami aku.

As always, aku put aside cerita pasal Mr Shrek. My other half tu dah masuk league lain kan. Nothing comparable. ;)

+++++++++++

Mr X. I kinda like him sejak kami mula berkenalan. Beliau agak bersahaja, realistic, honest, bijak, sweet, agak pemalu (pada mulanya), sometimes a bit annoying but most of the time he's being cool and yang paling penting aku tau beliau memang jadi diri beliau sendiri setiap kali dengan aku atau dengan kata lain, he's not pretentious.

It's quite difficult actually nak mengekalkan momentum dalam satu-satu perhubungan tu. I think semua orang pun pernah merasainya. I mean people tend to be excited pada awal perkenalan, but then selepas beberapa ketika, excitement tuh hilang entah ke mana dan hubungan tu jadi stagnant. Ada banyak faktor sebenarnya. But miracally enough, ianya tidak berlaku dalam hubungan kami (pls read hubungan as friendship).

Nak kata hubungan kami sentiasa berjalan lancar tak juga. Sometimes we do argue but so far we managed to overcome semua tu dengan baik sekali. Dalam hal ini, aku amat berbangga dengan sikap kami yang sungguh banyak persamaan especially dari segi rasionaliti. Percaya atau tidak, memang kami mementingkan sikap rasional and i strongly believe itulah kunci keakraban kami selain dari preference yang sama.

Both of us boleh dikira sebagai serasi dalam hampir segala hal (dalam konteks friendship). Kami boleh berborak tentang bermacam-macam isu, serius mahupun yang normal dengan baik sekali. Pendek kata kami mampu untuk adapt diri kami dalam pelbagai situasi perbincangan sekalipun dan adalah bukan menjadi satu kepelikan apabila kami mampu untuk berbual untuk satu jangkamasa yang panjang dengan selesa tanpa rasa terpaksa.

Sometimes i wonder how amazing a friendship could be especially when we found someone yang refleks diri kita sendiri. Ianya menjadi sangat mudah, sungguh selesa, rasa sangat close dengan diri sendiri since the more we explore sahabat kita tu, the more kita kenal diri kita sendiri. It's unbelievable. Secara jujurnya, i learnt a lot bila berkawan dengan beliau. Tak perlulah aku terangkan apa yang aku pelajari, tapi cukuplah aku katakan yang perbincangan serius antara kami sememangnya menambah kupayaan aku untuk berfikir dan mengaplikasikannya dalam kehidupan aku sendiri.

Cara kami bersahabat mudah sahaja. We both don't commit to each other. Maksud aku dengan 'commit' di sini adalah walaupun kami bersahabat, tetapi kami tidak menunjukkan komitmen pun untuk sentiasa berhubungan. Masing-masing dengan kehidupan sendiri dan kami tak mencampuri hal kehidupan peribadi antara satu sama lain. Kerana bagi aku, sebagai kawan baik berlainan gender ni, lebih baik begitu. Aku hormati kehidupan peribadi beliau, dan begitu juga sebaliknya. Selain dari hal peribadi, kami bebas berbicara tentang apa sahaja.

Sungguhpun kami tidak memberi sebarang komitmen terhadap persahabatan kami, namun beliau pernah akui yang beliau menaruh harapan yang tinggi agar kami akan terus menjadi seperti sekarang ni sampai bila bila pun. Yup, dan aku juga akui, aku meletakkan harapan dan kepercayaan kepada beliau agar terus mempertahankan hubungan ini. Maksud aku disini, biarpun kami tidak sentiasa berhubungan, tetapi kemesraan dan keselesaan ini tetap kekal. So far so good. Kami tidak kekok untuk bersembang biarpun kadangkala kami tidak berhubungan buat seketika.

What makes him agak special adalah kerana seperti yang aku katakan tadi, beliau seorang yang memahami. Sebenarnya kami juga agak gembira dengan persamaan yang kami miliki. Kimia (chemistry) antara kami agak kuat, kadang-kadang sampai rasa macam nak masuk kategori soulmate. Idea, cara pemikiran, gerak hati dan bermacam perkara lagi, selalunya hampir sama. Dulu aku fikirkan semua itu kebetulan, tapi semakin lama baru aku sedari yang itu bukan kebetulan semata-mata tapi mungkin dari situ timbul keserasian antara kami.

Sikap memahami kami memang memudahkan banyak perkara. Selalunya pemahaman antara insan dipengaruhi faktor masa. Lebih lama kita mengenali seseorang itu, maka kita akan lebih memahami. Tapi pemahaman antara kami memang ada sedikit perbezaan. Kami tak perlu masa yang panjang untuk memahami antara satu sama lain. Mungkin rasa hormat dan sikap rasional kami yang banyak membantu. It's all about common sense. Beliau memang seorang yang sensible. Lagipun apa yang menarik tentang persahabatan kami, pada awal perkenalan, kami memang terlebih dahulu come up with polisi masing-masing. Jadi itu sangat berkesan untuk jadi panduan dalam usaha memahami antara satu sama lain.

Kadangkala keakraban kami menimbulkan salah faham sesetengah pihak. Aku akui perkara itu memang wujud. Dan ianya sememangnya agak mengganggu lantaran kami juga perlu memelihara nama baik status masing-masing. Tetapi apa yang pasti, kami sedia maklum dan tahu untuk meletakkan diri kami di tempat yang sepatutnya. Aku tak salahkan mana-mana pihak. Memang dalam norma kehidupan masyarakat kita, persahabatan antara lelaki dan perempuan dianggap canggung. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain, aku dapati persahabatan kami tiada bezanya dengan persahabatan yang lain. No hanky panky, and we completely understand our limit and border line.

I don't see any masalah berbangkit tentang hubungan kami ni. Frankly speaking, pasangan kami masing-masing pun sedia maklum akan persahabatan kami. And itu adalah perkara paling penting yang kami amalkan setakat ini. Honesty. Honesty is always the best policy. Berbekalkan kejujuran kami, aku amat berharap agar hubungan kami ini tidak disalah anggap mana-mana pihak. Salah satu sebab utama aku menyenangi beliau adalah kerana sifat jujurnya itu. Dan lebih mengagumkan, selepas berkawan dengan beliau, aku lebih mengetahui kuasa sebuah kejujuran. Thanks to him.

Okey, enough about that. What's so annoying about him? Heh. Sebagai manusia biasa, mesti la beliau punya kekurangan jugak kan. Beliau ni, huhuh...perasan gila tahap tenuk. Agak sensitif, kadang-kadang bergurau over atau tak kena tempat, suka menyakat, suka menuduh tak tentu pasal dan always think he's right. Perasan cool tak payah cakap lah walaupun kadang-kadang menggelabah dan emo. Haha. Tapi kan, itu semua bagi aku tak memberi sebarang impak pun terhadap perhubungan kami ni. Kerana tahap annoying beliau tu masih di tahap yang reasonable. Kira aku boleh terima. Dan aku anggap itu sebagai salah satu cara beliau untuk seimbangkan agar hubungan kami tak jadi dull.

Kalau nak tahu, beliau pernah bertanya soalan keji. "Apa yang best sangat pasal diri i nih ek?" Euwww...disgusting kan soalan tu. But i think, aku dah describe secara panjang lebar dalam entry ni. Aku harap beliau berpuas hati. :P Dan kalau mengenali beliau secara dekat, sebenarnya beliau bukanlah seorang yang begitu peramah dengan semua orang. But i'm glad, beliau tak ada masalah itu bila dengan aku. In this case, aku akui, memang kadangkala kita tahu that he/she's the one (to be our close friend) bila kita dengan sendirinya bersedia untuk jadi lebih terbuka.

Previously aku admit yang aku sendiri rasa ragu-ragu. Adakah hanya aku yang selesa dengan beliau ni. Aku tak tahu sebenarnya adakah beliau juga punya perasaan yang sama. Namun setelah kami berkawan agak lama, setelah pengakuan demi pengakuan (hehe..macam ape jek, aku cuba cari perkataan yang lebih sesuai tetapi gagal) dibuat, barulah aku mengerti yang we're just meant for each other to be friend. Susah juga kan. Banyak step sebenarnya yang kami tempuh ni. Ianya tidak semudah dan se'express' yang di sangka.

I think ramai yang tahu dan mungkin ada juga yang nak tahu siapa yang aku maksudkan nih. Tapi tak kisahlah, siapa dia tuh tak penting. Err...ntah, aku pun tak tau penting tak penting. Hehe..cuma apa yang pasti, sesekali mesti aku tak boleh nak elak mention about beliau nih. Kalau nak kata diri beliau tuh meninggalkan sedikit impak dalam diri aku, memang aku tak boleh nak kata tidak. Sebab memang ada kebenarannya. Well, dulu pun pernah aku nyatakan dalam entry yang terdahulu, walaupun beliau tidak lagi dekat dengan aku, tapi kisah tentang beliau tetap akan ada, kerana beliau masih wujud dalam hidup aku.

Sometimes it's funny though. I mean kadangkala we both ambil tahu aktiviti antara satu sama lain secara senyap-senyap. Skodeng-skodeng bak kata orang. Hehe. Pretty weird. Kantoi la banyak kali pun, tapi masing-masing tak pernah la pulak nak rasa segan. Malah perkara-perkara macam tuh pulak yang jadi bahan. Alah, paling kuat pun masing-masing akan perli yang kami just can't get enough antara satu sama lain. But mind u, kalau dengar macam ni memang orang akan fikir yang kami ni macam ada 'sesuatuh'. But ironinya, perkara-perkara tuh semua hanyalah aktiviti azali yang tak boleh nak elak lantaran keakraban kami jek. Heh.

I had a conversation with him baru-baru ni. We mentioned about how we survived dari sebarang perasan hanky panky yang selalu wujud antara pasangan kawan berlainan jantina. To be honest, memang susah gila nak maintain professionalism dalam hubungan macam ni. But we prove yang ianya tak mustahil. Yang penting keikhlasan tuh dalam berkawan. Lagipun i think kami pun tak sanggup nak jeopardizekan personal life masing masing dan other than that, kami sayangkan friendship nih dari diganggu gugat oleh sebarang perasaan atau anasir tidak perlu.

Well, entry kali aku anggap sebagai satu luahan peribadi sebenarnya. To express how glad i am to have this kind of friendship with someone yang tidak aku sangka-sangka. I mean i met him dengan cara yang tidak pernah aku bayangkan selama ini dan tak sangka ianya survive sehingga ke hari ini. And some more, to give my personal opinion tentang persahabatan berbeza gender. So far, aku berpuas hati dengan progress persahabatan nih.

Entry ini boleh jadi karangan aku yang paling panjang setakat ini. I know entry panjang memang agak merimaskan. But jika difikir dari segi lain, aku puas. Yang penting aku luah semua. Afterall this is my blog, ia boleh jadi mengikut kemahuan aku semata-mata. Aku harap kalian yang membaca mengerti. :)

Dan speaking of tajuk, mengapa ianya dinamakan self confidence therapy? Kerana dalam luahan aku ni, banyak perkara positif yang aku nyatakan tentang beliau. And i know, for people like him, reading perkara-perkara sebegini sedikit sebanyak akan membuatkan beliau semakin confident dengan diri beliau. It's not beliau tidak confident selama ini, but this is all about poyoness. Poyoness is his middle name. So entry like this adalah makanan beliau. Hehe.



Hahaha...acah jeeeeee... Yeah, he's a bit poyo, but he's cool. So he deserves this kind of entry. Okey. Till then.

2 comments:

Anonymous said...

ehem...ehem hmm....terlebih dahulu...terima kasih banyak diucapkan kepada penulis kerana niatnya untuk membuatkan muka kawan yang dimaksudkannya 'jammed' tercapai...
ok seriously mimi...orang yang membaca entry u kali nih mungkin akan tertanya-tanya...what so special about this guy sampai mimi sanggup tulis berjela-jela cuma untuk meluahkan perasaannya (yang sememangnya diketahui oleh orang yang dimaksudkan)...tapi kita kena tanya balik dengan diri sendiri...adakah kita pernah mengalami situasi begini dalam hidup kita...adakah kawan-kawan baik di sekeliling kita benar benar memahami diri kita yang sebenarnya...
yup.. apa boleh aku ulas lagi...you already said everything...aku rasa tak perlu aku luahkan pulak perkara yang sama...cukuplah apa yang telah dibincangkan sebelum2 ini kan nyah..huihui...i mean..this is the nicest thing anyone ever write about me...and i'm so glad to have you as my friend (perlu ke?hehh)... :)

Smoochy Munchkin said...

ek ehhh...entry panjang, comment pun panjang. hahaha... a nice comment indeed. i appreciate it!