Thursday, December 27, 2007

Pemalas ke?

Hari ini aku tersedar satu perkara. Tentang kerajinan dan kebersihan.

Aku baca satu thread kat forum tadi. Tentang suami dan isteri pemalas. Topik tuh mungkin dah lama ada kat situ, tapi baru tadi aku membacanya. Topik biasa-biasa saja, tiada apa yang menarik sangat. Tapi aku tengok dalam tuh ramai mengaitkan kemalasan dengan aktiviti mengemas rumah. Jadi itu sedikit sebanyak membuat aku memandang persekitaran dalam rumah aku sendiri.

Ya, rumah aku agak berselerak. Walaupun hanya aku sorang yang duduk kat rumah, tapi nampak macam aku ada anak ramai. Paper berselerak, buku-buku tak bersusun, meja penuh dengan barang-barang, kain baju tak berbasuh. Lalu aku tanya diri aku sendiri, aku ni pemalas ke? Thread tuh berjaya buat darah aku menyimbah ke muka. Rasa macam tepat kena kat batang hidung kiranya.

Aku mengaku, aku tak kemas rumah hari-hari. Rumah aku ada banyak barang, especially barang-barang kerja Mr Shrek. Barang kecik-kecik dan remeh pulak tuh. Kadang-kadang sampai naik rimas aku tengok kalau benda-benda gitu berselerak. Tapi somehow aku tak ada inisiatif pun untuk kemaskan. Sometimes aku kutip benda yang atas lantai, lepas tu aku taruk pulak atas meja. Kiranya aku tak susun terus di tempat yang sepatutnya. Huhu..pemalas la namanya tuh kan?

Oleh kerana perkataan pemalas itu nampak keji, tiba-tiba aku rasa macam bersemangat nak mengemas. Bukan mengemas macam hari-hari biasa, tapi ini kiranya mengemas dengan rapi. Sampaikan karpet pun aku ketuk-ketuk. Bukan itu saja, buku-buku aku susun mengikut topik, stationeries aku asingkan, duit syiling aku masukkan dalam tabung. Malah paku-paku dalam toolbox pun aku susun ikut saiz.

Aku rasa aku seorang pemalas. Kalau Mr Shrek baca entry ini, mungkin beliau lebih mengetahui untuk melabelkan aku macam mana. Tapi aku malu kalau dengar dari mulut orang lain, jadi mujur saja aku tersedar sendiri. Kalau nak bandingkan antara aku dan Mr Shrek, memang jauh bezanya kot. Beliau tuh rajin, tak boleh duduk diam. Beliau kerja dengan rajin, mengemas rumah pun dia juga. Basuh baju pun sama. Abis selama ni aku buat apa? Masak pun tidak. Huhu.

Hmm...topik tu menginsafkan aku lah nampaknya. Sebab baru aku teringat yang kebersihan tuh berkadar langsung dengan kesihatan mental dan fizikal. Rumah semak, kepala pun semak. Rumah bersih, badan sihat dan otak pun tenang. Hmm..dan aku takmo jadi malas lagi. Namun yang paling penting, aku nak wujudkan satu suasana yang selesa untuk Mr Shrek berkarya.

Sambil aku tulis nih, aku pandang luar rumah. Aku ternampak satu pokok yang aku tanam berbunga buat pertama kali setelah sekian lama. Lalu aku tersenyum sendiri. Mungkin itu tandanya aku harus mulakan hidup dengan azam yang baru. Ya..mungkin...

Wednesday, December 26, 2007

Dazed and Confused

Hari nih bahu dengan tengkuk aku sakit. Aduhh..nak buat pergerakan pun susah. Mungkin aku salah tidur malam tadi...ke salah bantal..ah ape-ape jelah. Aku boleh tahan sakit nih..cuma masalahnya..macam mana aku nak kasik baik ek?

Aku bersemangat gila nak menaip hari ni. Tapi aku macam blur..fikiran aku kosong. Tak tau nak taip apa. Macam mana aku nak kasik idea aku datang mencurah-curah ek? Aku nak pergunakan sebaiknya semangat menaip aku nih untuk sesuatu yang lebih bermakna, malangnya mungkin masanya kurang sesuai.

Bila masa yang sesuai ek?

Banyaknye soklan. Nih soklan ke masalah ek? Huhuh..

Monday, December 24, 2007

Padan Muka Of The Day

Di satu tengahari yang panas terik.


Mrs X : Hey, u promised to top up my hp credit ayt? Make sure u do it!
Mr X : Ok baby...

Mr X : Hey, clean up the house yah. Make sure u do it!
Mrs X : What?? is that an order? Can u say 'please' when u ask for something?
Mr X : I didn't hear u hear u say 'please' when u ask me to top up yur hp credit just now..
Mrs X : Hah? What's this? A pay back time? (bengang)
Mr X : Ha..tengok..tengok..tau plak marah.. (tersengih-sengih)


Moral of the story : Jangan sesekali mengharap orang nak treat u nice kalu u sendiri perangai cam hampes. Atau dengan kata lain, kalu nak rock, rock jelah. Jangan la nak pi emo dan sentimental tak pasal-pasal. Pompuan..pompuan.. Duh!

Padan muka aku. Huhu...

Sunday, December 23, 2007

Thought Of The Day - GOAL

Been thinking about few personal issues. The matters of what i've done and what i'll be doing in the future. Been wondering about it for no particular reason. It could be because i got so much time to think, or might be i really wanted to think about it or it just happened to prove how mysterious a life could be.

Found a word that really drove me paranoid. Paranoid - because of the way i looked at it. If i change my point of view, i probably get a better consequence. I can be fully motivated and move on to the next stage.

Well, the word is GOAL. What's my goal in life. The last time i made a thought about it was during my study years. And as the time passed by, the word GOAL seemed to be disappeared, just like the way i lived my life ever since, with no goal.

I probably need something or someone to shed me some light. Or i just need none of them. All i need now is to set my goal and let the goal leads me organized. And some strength to keep motivated in order to achieve my goal in life.

I want to be motivated again.
I want to be successful again.

And above all, i just want my life to be meaningful again. Yes, that's for sure.

Wednesday, December 12, 2007

Makan-Makan di Bagan Lalang

Sabtu lepas, 8 Disember aku pergi satu majlis makan-makan bersama kenalan-kenalan Amnet. Satu perjumpaan kecil-kecilan, tapi kira okey la, meriah juga. Ada Gee dan anak-anak, Fabs, Qas, Enter, Sumi, Sqiqu dan keluarga, Pink & bf.


By 5.30 Fabs dah sampai depan rumah aku. Aku tumpang kereta Fabs dan kami terus menuju ke rumah Gee di Beranang. Sampai Beranang lebih kurang pukul 6.30 petang. Ada la orang tuh kan, suruh kita sampai awal...sekali bila dah sampai maka berkhemah la kami di rumahnya tuh sampai dekat pukul 8. :P


Takdelah..hehe..anak Gee yang kakak tuh kena demam campak. So tak boleh nak bawak, nak tak nak kena tinggalkan dengan hubbynya. Tapi hubby Gee pulang agak lewat, jadi kami kena la tunggu. Kami memulakan perjalanan dari rumah Gee lebih kurang pukul 7.45dan hanya sampai di Bagan Lalang lebih kurang pukul 8.30 malam.


Sesampainya di sana, semua orang dah sampai la pulak. Huhuh...orang yang patut sampai paling awal untuk order makanan akhirnya sampai paling lewat. So pepaham je la kan. Baru la terkial-kial nak order, dah tu pulak sempat lak tukar-tukar meja beberapa kali ntah bebudak nih..ekeke..


Ramainya orangggg...perghh..bercinta nak tunggu makanan sampai. Sementara menunggu, kami bersembang-sembang. Tengah orang dok bersembang tuh kan, aku lak bersembang dengan sorang Mr Bizibodi tuh yang asyik call je kejenye..eee...kosser tul mamat tuh. Bzbodi sungguh!! :P


Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga hidangan yang ditunggu. Anak-anak Gee dah lapar dah masa tuh taw, siap kena order sate untuk mereka. Tapi sate pun sampai lambat. Kesian budak-budak kena tahan lapar. Tuh yang bila sampai je hidangan, terus fokus je memasing. Tak bercakap-cakap dah, terus makan dengan rakus.


Juadah yang ada masa tuh ikan bakar, ikan masak stim, pepahat sweet sour (aku tak pernah jumpa dan tak pernah makan pepahat tuh taw, itu la pertama kali), udang masak ape ntah, ketam masak ape pun aku tak tau jugak, sotong goreng tepung dan kailan goreng. Yang anehnya, ikan bakar, stim dan pepahat dan udang sampai dulu. Lapar punye pasal, kami terus makan la...


Dah habis makan semua...masing-masing dah kenyang, baru la sampai sotong, ketam dan kailan. Ha..amik ko..buntang bijik mata masing-masing sebab taktau camne nak makan dah. Last-last ratah je laa..Sesambil makan tengok keletah anak-anak Gee dan anak Sqiqu. Meriah kooo.. ade yang meraung, ade yang muntah, meraung lagi..semua ada lah pendek kata. Ekekek..Lawak je



Kanak-kanak riang


Masa kami makan-makan juga, barulah Pink dan bf sampai. Tapi mereka memang dijangka datang lewat pun. Actually kedai yang kami makan-makan tuh adalah kedai makcik Pink sendiri. Lepas dah selesai acara makan-makan, ada sesi bergambar pulak. Maka bergambar sakan la semua org (aku rasa aku je sakan, org lain relax2 je tengok) :P


Jangan tanya aku tengah buat ape dalam gambar tuh.. :P


Jam dah menginjak ke angka 11 lebih, jadi kami teruslah penuhkan aktiviti bergambar sementara menanti jam 12 untuk wish birthday Pink pulak. Birthday Pink 9 aribulan tuh. Hmm...actually la kan, dalam korem tuh memang penuh dengan birthday girls jek benaunya. Sumi besday dia ujung bulan 11 arituh, besday aku, Pink, Qas dan anak Gee si Yasmeen semua bulan 12. Itulah antara reason kami makan-makan tuh pun. Celebrate bersama-sama la kiranya.


With Fabs, Gee & Yasmeen


With another birthday girl, Pink


Lepas dah wish Pink, kami pun beredar la dari situ. Tapi perjalanan aku dan Fabs masih jauh sebab kami ke Beranang hantar Gee dulu, lepas tu ke Putrajaya hantar Sumi pulak, kemudian baru ke rumah aku dan Fabs meneruskan perjalanan ke Damansara.


Oh yup, Fabs kasi aku ni...mini muffin! Thanks Fabs..mwah mwah.


Kisah Kema & Beg Tony

Sebelum apa-apa aku nak gelak dulu. HAHAHAHA...

Cuba u ols tengok ini gambar ape?


Haaa..comel je kan. Sekali pandang memang tak perasan...bila pandang bebetul fullamak..Inchi' TONY siut..(singkatan kepada tonyok) Ekekek..


Actually gambar tony tuh ade dekat sebuah beg yang dibeli Kema. Ape punye sengal minah nih, sampaikan gambar tony pun tak perasan. Aku tau la itu hanya gambar, tapi isk...aku nak pegang beg tuh pun segan dan geli geleman, inikan pulak nak beli dan pakai. Eheh..sengal..sengal. Itulah makcik..lenkali tengok bebetul. Kan dah salah beli. Padan muko!!!


Kema dan beg kesayangannya. Ekekek...aku nak gelak sampai taun depan. :P



Birthday Wishes

Ok now, dah masuk ke episod terakhir tentang my birthday kali ini. Birthday wishes.

Rasanya tahun nih paling meriah dengan ucapan selamat. Aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas ingatan kalian dan ucapan-ucapan selamatnya yang bebetul buat aku sungguh terharu.

Aku mungkin tak dapat menyebut sebahagian besar di sini, tapi ingatlah, ucapan selamat kalian really made my birthday this year. I'm glad and yet so touched dengan apa jua cara penyampaiannya - ada yang call, melalui sms, ym, email, friendster, facebook dan di Amnet . Very sweet indeed.

Gee, thanks for the special thread. That was hilarious and sangat-sangat fun. That one really made my day! Well being 50 is not so bad (sebab baru aku tau boleh keluarkan duit kwsp sebanyak 30%) hahaha... Thanks J Eks for the ucapan dalam 4 bahasa (kellas tau..BM, BI, Mandarin and German) eheh...Oh yup, thanks to Pink jugak sebab tak nyempat2 nak wish birthday, so beliau sms jugak2 menjelang besday tuh sebab beliau nak tido.. :P

My long lost friend Ida, aww..that's so sweet...really mish u beb. My darling Anne, Acoi, Beck, PG, Yana, Dilla, Ziana, Haze, Kema, Matkie, Lane, Ebet, my family, my cousins, kawan-kawan Mr Shrek, kawan-kawan kat friendster, facebook, kengkawan Amnet, OMG...aku tak mampu nak sebut semua sebab terlalu banyak....sape-sape yang call dan nyanyi2 tuh, aku sungguh terhibur..tak tau nak cakap camne..u guys mmg rawk!! Ehehehe..

So kesimpulannya kat sini, aku cuma nak ucapkan thanks..thanks dan thanks lagi sampai ujung tahun nih and friends forever. I love u guys dan aku harapkan kita semua memperoleh kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan dalam hidup. Amiin.






Tuesday, December 11, 2007

Birthday Celebration Series

Owh, i woke up early this morning. I think this is the best time to continue with some updates.

+++++++++++++++

Jumaat, 7 Disember 2007


Kema - my uni friend called me early in the morning, ajak keluar. So aku tanya, who do u think u are nak ajak aku keluar on my birthday? :P Ehehe...saje je aku nak menyakat dia. Padahal aku free jek, cuma aku kena balik ke Nilai sebab my dad keep calling me suruh balik memandangkan i was all alone on my birthday kan (Mr Shrek already back to work pepagi Subuh).


Since Kema beriya-iya mengajak, i decided untuk tunda plan balik ke Nilai petang sikit. Kema nak belanja makan sempena my birthday. Yehhaaa...well, bukan kami berdua jek, tapi dengan seorang lagi teman, Syida. Kami makan-makan kat Jusco Equine, dekat dengan rumah kan. Makan kat Pizza Hut.


Lama jugak kami keluar tuh. Bersembang je yang lebih. Seperti biasa Kema jadi mangsa kutuk jelah..aku la yang mengutuk pun. Si Syida jadi tukang gelak. Mood aku memang baik sesangat. Aku gembira sebenarnya sebab birthday kali nih memang agak menceriakan sebab aku tak putus-putus dapat ucapan selamat dari teman-teman lama. That's all i ever wanted.



Kenyang gile seh, makan spaghetti, pehtu makan pizza lagik. Amik ko...mengketedarah seko-seko. Ekekek..Thanks to Kema sebab sudi belanja makan-makan. Sungguh aku gembira dan terhutang budi. Ailebiu my fren.




Kema, Mimi, Syida


+++++++++++ ++


Lewat petang aku ke Nilai pula. Celebrate my birthday with my family. Part nih memang aku terharu sesangat. Bukan apa, sebenarnya saban tahun kan, dalam ramai-ramai family members, hanya birthday aku dan birthday my mom jek akan disambut beriya-iya. I mean siap ade kek bagai lah.


I dunno. My dad yang beriya-iya actually. Aku masa balik petang tuh, takde apa-apa yang istimewa pun. Yang ada cuma my mom, my sis serta Irfan & Irdina. My dad, my bro and my bro in law pergi memancing udang galah. So aku bermain-main dengan Irfan jelah.


Later that night, around 8pm, sedang aku leka main game dalam bilik, my dad called me and tadaaaa...dah ada kek and everything kat atas meja. Ehehe...ada kek untuk aku, dan ada kek kecik untuk Irfan. Kek kecik untuk Irfan adalah sempena kecederaan tangannya yang dah sembuh yang kebetulan balutannya dibuka on my birthday.


So we had double celebrations lah kira. Sambutan yang very simple yet meaningful. My dad suapkan kek kat aku and i was like..awwww...terharu gile seh. I love 'em all..Mmmuacckksss...


** Gambar lain takde la pulak. Huhuh..Actually my bro memang pegang kamera waktu tuh..tapi rupanya dia bukan amik gambar, tapi rakam pakai video la pulak. Hmm..




Monday, December 10, 2007

My Birthday's Eve - A Story Of Love of My Life

I was quite sentimental few hours sebelum kedatangan 7 Disember. I just sat in front of my pc and layan internet sambil bersembang dengan some of my good friends.

Ianya bukan disebabkan aku berdebar menanti hari ulangtahun kelahiran aku atau apa, tapi kerana aku tahu, that was gonna be my loneliest birthday ever since Mr Shrek was not around atas desakan tugas. Beliau outstation la pulak untuk beberapa hari.

+++++++++++++

6 Disember 2007 - 11.45pm

Kedengaran macam ada bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Owh it must be my neighbour kata aku dalam hati. But it's not...in fact it's Mr Shrek.. awww...he managed to come home jeritku dalam hati. Aku gembira semula...tak sangka..

Aku lihat jam, 11.50 pm. Mr Shrek macam tak excited jek aku tengok. Beliau sedang sibuk bersms2 dengan sape ntah, sampaikan aku tegur pun beliau cuma angguk-angguk jek. Dah la dalam gelap pulak tuh. Iskk..dia mesti lupa birthday aku getusku dalam hati. Huhuh..terus rasa macam geram pulak.

Aku : U, buat ape? U sms sape?
Dia : Ye, kejap la..
Aku : Nak tengok (sambil cuba nak tinjau)
Dia : Kejap laaa...(sambil sorokkan hp kat belakang badan)
Aku : U kenapa ni? U buat ape? Kenapa takleh tengok? (Geram. Dalam hati dah mula syak bukan-bukan)
Dia : Takde ape..kejap laa..
Aku : Meh sini phone u tuh (mula emo dan cuba mencapai hp)

(maka berebut-rebut la keduanya untuk mendapatkan hp, tapi aku yang dapat akhirnya)

Dia : U!! Jangan baca...
Aku : Kenapa pulak? (sambil membaca dengan muka hangin)

Di skrin tertera : Mimi's birthday in 5 mins.

Dia : Aaaahhh...u baca pulakkkk...sambil sengih-sengih busuk
Aku : ....................... (huhuhuh)

Keadaan sepi seketika. Aku pandang Mr Shrek dengan perasaan bercampur baur. Nak nangis pun ada. Rasa bersalah yang amat sangat sebab berfikir yang bukan-bukan tadi. Nak tahu apa yang cuba dibuatnya? Memberi reminder kepada kawan-kawan kami tentang birthday aku. Huhuhuh..

Aku : U....sorry...(sambil buat muka kesian. Airmata pun dah bergenang)
Dia : Hmmm...takpelah.. (senyum kelat)
Aku : Tak sangka u ing (tak sempat nak abiskan kata-kata sebab Mr Shrek terus mencelah)
Dia : Dah kul 12. (Terus nyanyi lagu Happy Birthday)
Aku : Huwaaaaaa..... (cembeng le maksudnye tuh)

Tak lama lepas tuh hp aku berbunyi tanda sms masuk. Berkali-kali...maka aku pun baca la sms satu persatu. Sedang aku sibuk membaca sms dengan linangan airmata, tiba-tiba Mr Shrek datang dengan sepotong kek dan satu toy Mickey Mouse..

Dia : Lilin takde la baby. Jap eh (keluarkan mancis lalu menyalakannya dan suruh aku tiup)
Aku : Ekekeke..(tergelak aku dalam keadaan sungguh terharu lalu meniup api mancis)
Dia : Happy 26th birthday. Sorry sebab ada ni jek...tak sempat..i terkejar-kejar
Aku : No..this is sooo sweet..where did u get those? (maksud aku kek dan toy mickey mouse tuh)
Dia : 7 E (tergelak dan terus tersenyum)
Aku : Hahahaha...thanks manje..I love u...





Then kitorang pun makan la kek tuh sama-sama. Hmm..dia belikan apple pie from McD jugak. Aku cuma mampu menggeleng. OMG, aku dah masuk 26 tapi aku masih tak cool rupanya. I felt very-very bad sebab spoilt his surprises..but he's cool..cuma aku yang termalu sendiri.

I'm glad dengan Mr Shrek. Beliau tak pernah hampakan aku on my birthday. Kalau aku cerita macam mana beliau celebrate my birthday dari dulu sampai sekarang, aku sendiri akan menangis terharu. He's so sweet. Very romantic. Dalam serba kekurangan aku akan rasa sungguh full kerana apa yang beliau lakukan memang sweet and priceless.

Aku cukup terharu dah dengan his presence on my birthday, inikan pulak dengan surprise2 sampingan..harus aku terharu gile la kan. OMG, aku tak tau camne nak cakap dah. Aku bersyukur sesangat having him as my friend, soulmate and the best, having him as my hubby. He's simply the best.




Manje, I love u soo much. Thanks for everything. Mmmuahh!!


It's My Birthday!!!

Jumaat, 7 Disember 2007


Yeayyyy!! It's my 26th birthday. Aku boleh katakan hari ulangtahun kelahiran aku tahun nih sungguh simple tetapi meriah. Maksud aku meriah bukan dari segi sambutan, tapi meriah dengan birthday wishes dari kawan-kawan dan keluarga. Aku sangat-sangat gembira.

Okey, ini cuma entry pembukaan bagi beberapa siri entry berkaitan birthday aku. So aku dedicate entry ini hanya untuk diri aku sendiri.

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih bernafas untuk meraikan birthday aku yang ke 26 ini. Aku amat gembira for those wonderful years yang aku nikmati selama nih dan sesungguhnya aku amat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang.

I'm a big girl now. So many years to come (insyaAllah), jadi aku harap aku semakin kuat, bersemangat, matang dan berdikari dalam menempuh hidup sehari-hari.

Semoga aku beroleh nikmat rezeki, kebahagiaan dan ketenangan berpanjangan untuk masa-masa akan datang. Dan aku amat berharap agar aku beroleh kejayaan dalam hidup yang dipinjamkan oleh Allah SWT ini selagi aku mampu, dan menikmatinya sebaik mungkin. InsyaAllah.

Amiin.

Sunday, December 9, 2007

Job Interview of The Year

Khamis, 6 Disember 2007


Aku pergi interview kerja!!! Haaa..amik ko. Dan dan je aku mengade pi apply keje. Dah setahun lebih aku meninggalkan bidang kerjaya tetap. Asyik dok freelance jek. Most of the time bukan freelance pun, tapi free. Hari-hari free. Duk mengangkang kat umah. Eee...kejinye bahasa aku. Bukan mengangkang terkangkang tuh...maksud aku dok melepak je laa..Huhuh.

Ntahlah, tetiba tergerak hati aku nak apply keje pulak. Adalah satu iklan nih, memandangkan office tuh berdekatan dengan rumah aku, jadi aku rasa macam tertarik. Lalu aku apply dan send resume. Keesokannya mereka hantar notis suruh datang interview. Tuh yang aku pergi interview tuh.

It's not a big deal for me anyway. Sebab aku bukan tertekan untuk bekerja. Kalau ada rezeki, it means memang dah sampai masa untuk aku bekerja semula la kot. Kalau tak dapat, takpe..lepak lagik. Eheh.. Sebab aku nak carik kerja yang berdekatan rumah jek. Aku takmo kerja jauh-jauh. Aku nak memudahkan keadaan. Cukup-cukuplah Mr Shrek sahaja yang busy dan stress. Aku tak nak kami berdua menanggung bebanan perasaan.

Tapi kelakar pun ada. Punya la dah lama aku tak kerja. Office attire aku pun dah tak muat! Huhuu...so terpaksa la aku beli baju dan seluar baru. Kasut pun baru. Serba baru. Poyo jek. Sedangkan cuma nak pergi interview jek. Tak kisah lah..at least kalau aku nak pergi interview lain lepas nih, aku dah ada satu set office attire yang khas untuk interview. Ekekke...

Isk..kalau la aku dapat kerja kan...muak la Mr Shrek kena sediakan pakaian baru untuk aku. Eheh.. Sori laa..aku kalau kerja, memang aku nak melaram bebetul. Baru la ada beza antara kerja dengan tak kerja. Ye ke tak?

Wahhh..satu lagi, kalau aku dah mula kerja semula nanti, boleh lah aku tunjuk gambar aku pakai office attire kat orang tu...kah kah kah. Sori geng..kalau tak paham takpe. Aku takleh cite kat sinih sebab hanya orang yang berkenaan je yang paham. :P

Last but not least, kenapa i called it interview of the year? Bukan sebab post tuh dahsyat sangat, dan bukan juga interview tuh mabeles sangat. Tapi kerana interview itu adalah interview pertama aku sejak aku berhenti kerja setahun lebih yang lepas. Hehe...

An Afternoon With Mr Melonkoli

Rabu, 5 Disember 2007

Seperti yang aku dah kasitau sebelum nih, aku keluar dengan Mr Melonkoli jugak akhirnya. Kali terakhir aku jumpa beliau tahun lepas. Kosser laa...plan nya dah banyak kali. Tapi hampeh belaka. Susah taw nak jumpa mamat nih. Sebab beliau poyo.

Maka bermakan-makan dan bersembang-sembang la kami serakus mungkin kerana bukan selalu berpeluang nak jumpa kan. Beliau ni orang laut. Bukan nelayan, apatah lagi lanun. Tapi beliau adalah seorang geologist yang kerjanya asyik berada di offshore. Duk kat pelantar tuh kan. Tuh yang payah sesangat tuh. (Aku cakap ni sekadar nak menyedapkan hati sendiri je benaunya).

Beliau seorang jejaka yang pernah menjadi hawt di zaman persekolahan dulu dimana menjadi kegilaan junior-junior. Aku jek tak tergila-gila kat beliau..sebab aku sedar diri aku sape. Eheh. Tapi nasib agak menyebelahi aku sebab dengan aku beliau tak menyombong, maka berkawanlah kami sehingga sekarang. Dah genap 10 tahun dah rupanya.

Beliau tu taklah sombong. Tapi beliau tuh malu-malu tony jek sebenarnya. Atau mungkin jugak beliau asik kontrol hensem. Ntahlah, tak tahu pulak aku. Asalkan dengan aku dia tak camtuh sudahla..

Beliau nih kategori pencinta setia. Dan Aku rasa beliau nih amat pemilih orangnya. Maka dengan itu, membujanglah beliau sehingga sekarang. Awek pun takde (katanya). Banyak songeh pun ye jugak (kata aku). Ehehe..tapi aku mengerti masalahnya tuh..well..cinta pun bukan boleh dipaksa-paksa. Mungkin beliau masih belum berjumpa dengan girl yang betul-betul kena dengan selera beliau.

Aku suka beliau ni. Sebab beliau memang cool dan sempoi. Preference kami pun banyak yang sama, i mean dari segi hobi. Meh la aku berterus terang, aku saje je cerita pasal beliau nih. Sebab aku saje nak promot beliau sket. Beliau pun kejenye asik bodek aku supaya kenal-kenalkan beliau dengan kengkawan aku. Opsss...hehehe.

Baik taw beliau nih. Bersopan santun jek. Seperti biasa aku jela dok pot pet pot pet kalau kami bersembang. Kan aku jenih mulut murai. Tapi kire okey la tuh, beliau memang seorang pendengar yang baik. And setelah sekian lama, kami makin terbuka dalam segala hal. I mean, kami boleh bercakap tentang apa sahaja. Well, itu memang pilihan aku la kan. Kalu tak mana boleh jadik kawan aku, kataku dengan poyo.

Kami berdating kat Secret Recipe arituh. Ececey....Secret Recipe. Teringat aku aku kepada beberapa orang (memula nak cakap seseorang, tapi baru aku noticed yang aku memang suka pegi Secret Recipe kalau berdating ngan orang sebab aku nak makan cheese cake sambil boleh bersembang dengan selesa). Rambut beliau dah pendek. Salu tuh panjang je rambutnya.

Beliau ni japanese look. Mata shepet jek. Sempoi je gayanya. Ewah.banyak lak aku describe pasal beliau. Tapi aku saje je nih. Sebab kata nak promot kan. Harus la cite yang baik-baik aje. Hehe. Tapi beliau memang baik pun. Isk..tak sabar aku nak tunggu abang aku yang sorang nih berawek dan kemudian berkahwin. Kawan pompuan ramai, tapi ntahla...eee..susahnye la beliau tuh.

Pada pendapat aku, beliau nih bukanlah jenis yang tak berusaha langsung. Aku tengok beliau gigih je mencari cinta (kah kah kah). Tambahan pula, beliau nih jiwang orangnya. Bukan senang nak jumpa mamat sempoi layan jiwang oii.. Takpela..belum rezeki la tuh. Cuba lagi ye cik abang. Cuba sampai jumpa.

La nih beliau dah pi offshore balik. Aku dating dengan beliau 5 aribulan. Keesokan harinya tuh beliau dah berangkat semula ke offshore setelah bercuti hampir 2 bulan. Heaven seh... So entah bila la dapat jumpa beliau lagi. Tapi walau apa pun, kalau ade sesape nak berkenal-kenalan, jangan la sesegan. Kasitau je aku..nanti aku leh tolong aturkan (mampos la nanti Mr Melonkoli marah ni kang). Eleh...takdenye beliau nak marah, mesti beliau suka jek...kan kan kan??

So untuk birthday aku kali nih, kiranya beliau la orang pertama yang celebrate dengan aku kiranya. Yehhuu...thanks Mr Melonkoli. Lain kali belanja la lagi..Hik hik hik...Aisehhhh..lupa lagikkk..cerita pasal beliau nih, tetibe aku teringat souvenir untuk beliau yang aku beli kat Bali dulu. Mak aih..lupe laaaaa.... Mr Melonkoli, later la keh? Beliau pun dah tak ingat pasal nih kot. Hmm...





Kisah Irfan, Irdina & Walker

Dah lama aku nak cerita pasal ni. Tapi aku asyik terlupa nak ambil gambar Irfan, maka terjadilah penangguhan selama beberapa lama.

Two weeks ago, my dearest nephew Irfan mengalami kemalangan. Kecederaan agak parah, dua tulang tangan kirinya patah. Huhu. Dia cuma berusia setahun sembilan bulan, tapi dah mengalami kecederaan yang sebegitu. Tragik sungguh.

Waktu kejadian berlaku, ibu dan ayah dia sedang menjalani kursus selama 3 hari. Jadi tinggallah Irfan dan adiknya Irdina di bawah jagaan mak aku. Isk...mak aku dah la sensorang kat rumah masa tuh. Memang tak terjaga la jawabnya. Dah la Irfan tengah buas sekarang. Adiknya Irdina pulak berusia 8 bulan, so memang agak mencabar bagi mak aku jaga mereka seorang diri.

Nak jadikan cerita, masa tuh Irdina dah buat 'kueh'. So mak aku pergi la basuh. Masa tuh la Irfan dengan tanpa pengawasan telah memanjat walker Irdina lalu tergelincir jatuh. Tak tahulah bagaimana aksi jatuhnya tuh, tapi mungkin agak horror la kot. Maka meraunglah Irfan sambil mendapatkan mak aku kat bilik air.

Tangan Irfan lebam, so mak aku pun hantar ke klinik. Tapi doktor tuh cakap tangan Irfan cuma terseliuh dan doktor tuh hanya beri ubat. Lewat petang tuh, Irfan menjalani aktiviti macam biasa, tapi dia tak banyak menggerakkan tangannya yang sakit tuh. Tapi menjelang malam, bengkaknya semakin ketara dan dia dah mula merengek-rengek..cakap "akit..akit..".

Mujur ibu dan ayahnya dah pulang petang tuh. Jadi ibu dah ayahnya lah yang hantar ke hospital. Setelah di x-ray, barulah terang lagi bersuluh yang tangan Irfan mengalami patah di dua tempat. Doktor pun terperanjat apabila mengetahui tempoh antara kejadian jatuh dan mendapat rawatan tuh dah mencecah 8 jam. Huhuhuh

Bagaimana seorang kanak-kanak yang begitu kecil menahan kesakitan akibat kecederaan yang agak parah itu selama 8 jam? Kalau la kita, perghh..mau meraung-raung lah kan. Kesian Irfan. Sangat-sangat kesian. Mujur tiada kesan sampingan lain berikutan kelewatan menerima rawatan pakar tu. Kalau tak..iskkk..tak tahu lah nak cakap macam mana.


Tangan yang patah tuh terpaksa disimen. Macam ni la rupanya.



Ini Irfan dan adiknya Irdina. Dah besar dah Irdina. Rasa macam sekejap je masa berlalu.


Ini Irdina 8 bulan yang lalu. Dengan 'mummy' nye (aku la tuh).



Anyway, genap dua minggu selepas kejadian yakni kelmarin, Irfan kembali mendapatkan rawatan dan doktor mendapati yang kecederaan tuh dah sembuh. Jadi balutan simen tuh dah boleh dibuka. My sis cakap, sebaik sahaja balutan simen tuh dibuka, Irfan terus menggeselkan tangannya kat sofa di bilik doktor tu. Mesti gatal sesangat kan. Eheh.

As for budak kecik, memang proses penyembuhan berlaku dengan sangat pantas. Syukur sebab semuanya dah okey. Irfan dah boleh tengok tangannya dalam bentuk asal kembali. Cuma Doktor suruh bawa Irfan pergi berenang so that ototnya kembali kuat.

Irfan..Irfan...mummy so proud of u. Good boy. Mmuahhh...

Tuesday, December 4, 2007

Love-losophies Anyone?

Tadi ada orang tanya kat aku, wujud lagi ke cinta sejati di zaman sekarang nih? Hah amik koooo...gelak besar aku.

So aku nak tanya balik kat sini, wujud lagi ke cinta sejati di zaman sekarang nih ek?


++++++++++

Pagi tadi sembang sampai mabuk dengan Jantan Sepi. Mula-mula gelak sampai lebam sebab aktiviti gossip menggossip. Towards the end, perghh...topik horror. Heavy nak mampos. Topik poligami. Heh..kosser kann..

Poligami. Isu sensitif bagi kaum wanita. Bila masuk topik nih, mesti ramai wanita yang hilang sikap rasional. Tapi ada satu point by Jantan Sepi yang membuatkan membuka mata dan sedikit sebanyak menambah tahap pemikiran dan sikap rasional aku.

Lelaki dan wanita. Are they equal? Hm..jawapannya tak. Walaupun wanita zaman sekarang cenderung untuk claim bahawa mereka semakin berjaya menyaingi lelaki. Manakan sama, di bahu lelaki, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul. Jadi mereka berhak untuk mendapat privilege yang lebih. Jadi, poligami bolehlah dianngap sebagai privilege kepada kaum lelaki ini.

Namun begitu, privilege yang mereka nikmati itu juga punya bebanan tanggungjawab yang tersendiri. Jadi hanya orang yang mampu menyandang tanggungjawab yang berat itu sahaja akan dapat menikmati privilege itu sebaiknya. Well, poligami ni kedengaran seperti isu yang complicated kan. Mungkin kerana ianya bersangkutan dengan soal hati dan perasaan. Namun aku percaya, walau serumit mana pun sesuatu keadaan tuh, pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik kan.

+++++++++++

Petang tadi berYM pulak dengan Mr Melonkoli. Wahh...watak baru. Eheh. He's my bro y'all. I mean my senior bro kat maktab dulu (read as MRSM).

Lama siut dok bersembang. Seperti biasa, topik favourite - LOVE. Yup, we were talking about love. Soalan yang kat atas tuh, Mr Melonkoli yang tanya.

Well, tengok nick "Melonkoli" nih je dah boleh describe keadaan beliau yang bagaimana sekarang nih. Eheh...Neverending Love Hunting kata aku memandai-mandai. Eheh. Banyak isu terbongkar hari nih. Aku seperti biasa dengan lagak aku yang kengkonon cam Dr Love la konon. Tempat orang bertanya tentang love-losophies. Hek hek. Lalu aku keluarkan segala auta temberang aku agar kedengaran macam aku pandai nak mampos. Ahah.

Nah...i didn't bluff him. Aku cakap yang betul. Aku tak kata idea-idea ataupun falsafah yang aku bagi tuh semuanya betul. Aku hanya beri my honest opinion based on my experience. Dan berbekalkan sedikit ilmu yang diceduk dari bod cinta di sebuah forum tu, aku kongsikan saja dengan beliau.

I had a great time tadi when sembang-sembang with him. Mendengar pendapat beliau tentang preference beliau tentang wanita memang menghiburkan. Especially bila part "what are the things about women that turn u off". Hahaha..gelak gile..walaupun beliau ala-ala off topic sebab beliau lebih galak described tentang perkara yg "turn me on" instead of "turn me off". Urghhhh..LELAKI....* Sigh

Other than that, we have just realized that we've known each other for 10 years now. And we decided to celebrate our 10th years of friendship. Gonna meet him tomorrow to celebrate it. Double celebrations actually. Not to forget, my birthday :P Yeayy!! Abis la tuan hamba..hamba nak demand cukup-cukup.

+++++++++++

These two guys yang aku ceritakan kat sini, pada pendapat aku memang ada persamaan. Mungkin mereka berdua tak sama. Whatever. Apapun they bebetul made my day arinih. Syok..syok.. ;)

Sunday, December 2, 2007

Dating Sakan

Semalam jugak happened to be the most happening day dalam masa 2 bulan kebelakangan ini. Bukan apa, sebab i had so much fun yesterday berdating dengan Mr Shrek tanpa sempadan.

Eheh, lepas jumpa dentist, kami tak terus balik rumah. Despite kesakitan yang melanda, kami pergi menyundels. Kengkonon nak lupakan kesakitan sementara la konon. Since Mr Shrek tak boleh makan dalam masa satu jam selepas rawatan, we decided to tengok wayang la..apa lagi.

Kami tonton cerita Enchanted. Huhu..Mr Shrek bukan suka cerita-cerita macam tuh, tapi memandangkan hampir kesemua latest movies yang ada kat wayang kami dah tengok, so kami tengok la cerita tuh. Patrick Dampsey memang cam sweet sesangat jek tau. To be honest, for me cerita tuh biasa jek. Tapi kalau nak suka-suka dan nak tengok cerita simple tapi menghiburkan, kira boleh laa..

Aku macam nak tergelak jek tengok cerita tu taw. Bukan sebab cerita tu, tapi gelagat sekumpulan akak-akak kat belakang seat aku yang terpengaruh abislah dengan cerita tuh. In other words, memang mereka menikmati dan enjoy sesangat tengok cerita tuh. Ada satu scene tu, Si Giselle tuh amik kain langsir untuk jadikan baju and akak-akak tuh boleh sibuk pulak cakap " Eh, cantiknya baju dia kan. Pandai dia jahit...". And i was like...errr..c'mon..it's just a movie!! I dun blame them though. Boleh jadi mereka memang menghayati dan terpengaruh habis-habisan. Ahahaha...

Okey, lepas tengok movie, kami pergi makan. Borak-borak, ngumpat-ngumpat (ngumpat awek sebelah table kami yang dok pakai spek mata hitam di malam hari dengan lagak dan gaya sungguh weird sekali) dan plan tentang agenda kami seterusnya. And yey..kami pergi karaoke la pulak. Ehehe...layan beb. Melalak sepuas-puasnya. I mean lama gila siut kami tak pergi karaoke sesama. Asyik dengar dia nyanyi kat rumah jek.

Lepas karaoke aku ingatkan nak balik umah terus. But he ajak pergi main pool pulak. I was like...kite berdua ke? Atau u nak jumpa your friends? And dia jawab..nope..kita berdua jek. Yehhuuu...so kami main la pool berdua. Tapi aku macam segan la sikit sebab semalam aku jek perempuan kat dalam tuh. Huhu...but yes, i performed well yesterday. Mr Shrek asyik cakap.."U're good...u're good". Hehe.

Mr Shrek ada amik gambar aku pakai phone masa aku tengah main pool tuh. Tapi malas la nak taruk kat sini sebab gambar-gambar camtuh nanti nampak 'cliche' la pulak. Ahahaha...well, i think mesti ramai yang tahu ade seorang mamat tuh begitu famous dengan gambar dia yang tengah main snooker tuh kan. Nanti dia kata aku tiru dia la pulak. So tak payah la taruk ek? Ekekek...

Sepetang Bersama Dentist

Hmm...ade satu lagik cite.

Semalam hari ngeri bagi aku. Sebab semalam aku pegi jumpa dentist. Huhu...aku tak tau kenapa aku ngeri dengan dentist. Mungkin sebab aku ada pengalaman tak syok kot dulu.

Dulu masa aku darjah 4, ada dentist datang buat rawatan pergigian kat sekolah. Masa tuh ada satu gigi geraham aku berlubang. So dentist tuh kata dia nak tampal la gigi aku yang berlubang tuh. So aku excited la jugak sebab cam best jek aku rasa. Sekali masa dia tampal tuh..urghhhh...ngilunya aku rasa.

Aku masih ingat lagi nurse terpaksa pegang badan aku sebab everytime dentist tu gerudi gigi aku kan, dengan montot-montot aku sekali terangkat. Huhu...tobat beb. Memang aku serik nak tampal gigi dah. Pehtuh pulak, aku nampak kawan aku dengan mulut berlumuran darah bagai. Hoho....ngeri..ngeri. So sejak tuh aku bertekad untuk cuba elakkan diri dari jumpa dentist.

3 tahun lepas, gigi yang aku tampal tuh dah berlubang semula sebab tampalan dia dah tertanggal. Sakitnya la aku rasa. Buat semua benda pun tak kena. So terpaksa la aku pegi jumpa dentist lagi. Dentist tu nak tampal semula. Aku dengar perkataan tampal...terus aku ala-ala pucat gitu. Ah sudah, kalau dia tampal lagi, sok-sok mesti tanggal lagi. Mesti kena jumpa denstist lagi nih aku fikir. So aku dapat satu idea.

"Eh, gigi u nih elok lagi tau. I boleh tampal je nih". Itulah yang dentist tuh cakap bile aku mintak dia cabut je gigi aku tuh. Aku dah tak pedulik, daripada kena gerudi, baik aku suruh dia cabut terus. Tak payah aku nak pergi jumpa dentist lagi di masa depan. So akhirnya beliau bersetuju la nak cabut. Huhu...selamat..

Aku tak ngeri gigi aku kena cabut. Sebab aku dah biasa. Dari kecik, memang aku tak pernah jumpa dentist pun. Sebab gigi susu aku mak aku yang cabut semua pakai benang. Pasti gigi pergi campak atas atap. Masa darjah 4 tuh la pertama kali aku jumpa dentist pun.

Jadi semalam adalah kali ketiga aku jumpa denstist. Ngeri siut. Aku ngeri sebab kena baring bagai. Sebenarnya semalam bukan aku yang nak buat rawatan. Tapi Mr Shrek. Dia punya gusi dapat infection macam yang aku sedang alami. Weird kan..sehati sejiwa betul. Arituh aku demam, dia demam. Aku sakit gusi, dia pun sama. Eheh.

Doc tuh cakap gigi Mr Shrek kena buat surgery. Sebab infection tu agak teruk dan kedudukan gigi dia dah beralih dari kedudukan asal. So selagi tak buat surgery, selagi tuh gusi tu susah nak elok. So bila dah dengar macam tuh, Mr Shrek pun risau la pasal aku pulak. Beliau paksa aku jalani rawatan jugak. Huhu... tapi bila doc dah check, dia inject sket dan bersih-bersihkan, dia kata aku punye gigi tak perlukan surgery. Fuhh..lega.

Mr Shrek buat teeth scaling sekali semalam. Hehe...suka dia gigi dia dah bersih. Tapi aku yang menengok la yang ngeri. Huhu...berdarah-darah tu. Now tinggal nak buat surgery tuh jek. Next appoinment is on Monday. Hmm..semalam dok berborak je ngan doc tu. Maka timbul la banyak kesedaran kepada kami berdua. Kejap-kejap tuh jugak Mr Shrek bertekad nak pergi jalani rawatan berkala 6 bulan sekali tuh. Heh..poyosssss..

And baru aku tau yang rawatan gigi nih very costly. Rawatan semalam dan surgery tuh costs us about RM600. So guys, jaga la gigi u ols bebaik ek. Hehehe..

Ngade-ngade

Adakah sikap aku semakin annoying? Atau dari dulu memang aku macam tu? Huhu...

Minggu ni ada 6 orang cakap aku mengade-ngade. Eeee....tak cool nya jadik mengade. Tapi kenapa diorang kata aku mengade. Out of 6 people tuh, 3 of them cakap aku sangat mengade-ngade. Dan 3 orang tuh pulak memang orang yang rapat sesangat ngan aku.

Huhu..ape salah aku weh. Kenapa diorang cakap aku mengade. Bukan ape la kan, orang mengade nih selalunya orang kurang kasih sayang. Attention seeker lagi drama queen. Eee...cam aku je tu.. Huk huk huk..

Ha tuh la...cakap lagi. Lama-lama kang aku jadik mengade-ngade bebetul kang. Baru diorang tau kan...mau diorang hidup dalam misery. Eheh. Takpelah, mulai ari ni aku nak kontrol-kontrol lah. Tak sanggup orang cakap aku mengade. It's soooooo not me. Huh.

Jap, ngade-ngade tuh ape sebenarnye ek?