Sunday, December 9, 2007

Job Interview of The Year

Khamis, 6 Disember 2007


Aku pergi interview kerja!!! Haaa..amik ko. Dan dan je aku mengade pi apply keje. Dah setahun lebih aku meninggalkan bidang kerjaya tetap. Asyik dok freelance jek. Most of the time bukan freelance pun, tapi free. Hari-hari free. Duk mengangkang kat umah. Eee...kejinye bahasa aku. Bukan mengangkang terkangkang tuh...maksud aku dok melepak je laa..Huhuh.

Ntahlah, tetiba tergerak hati aku nak apply keje pulak. Adalah satu iklan nih, memandangkan office tuh berdekatan dengan rumah aku, jadi aku rasa macam tertarik. Lalu aku apply dan send resume. Keesokannya mereka hantar notis suruh datang interview. Tuh yang aku pergi interview tuh.

It's not a big deal for me anyway. Sebab aku bukan tertekan untuk bekerja. Kalau ada rezeki, it means memang dah sampai masa untuk aku bekerja semula la kot. Kalau tak dapat, takpe..lepak lagik. Eheh.. Sebab aku nak carik kerja yang berdekatan rumah jek. Aku takmo kerja jauh-jauh. Aku nak memudahkan keadaan. Cukup-cukuplah Mr Shrek sahaja yang busy dan stress. Aku tak nak kami berdua menanggung bebanan perasaan.

Tapi kelakar pun ada. Punya la dah lama aku tak kerja. Office attire aku pun dah tak muat! Huhuu...so terpaksa la aku beli baju dan seluar baru. Kasut pun baru. Serba baru. Poyo jek. Sedangkan cuma nak pergi interview jek. Tak kisah lah..at least kalau aku nak pergi interview lain lepas nih, aku dah ada satu set office attire yang khas untuk interview. Ekekke...

Isk..kalau la aku dapat kerja kan...muak la Mr Shrek kena sediakan pakaian baru untuk aku. Eheh.. Sori laa..aku kalau kerja, memang aku nak melaram bebetul. Baru la ada beza antara kerja dengan tak kerja. Ye ke tak?

Wahhh..satu lagi, kalau aku dah mula kerja semula nanti, boleh lah aku tunjuk gambar aku pakai office attire kat orang tu...kah kah kah. Sori geng..kalau tak paham takpe. Aku takleh cite kat sinih sebab hanya orang yang berkenaan je yang paham. :P

Last but not least, kenapa i called it interview of the year? Bukan sebab post tuh dahsyat sangat, dan bukan juga interview tuh mabeles sangat. Tapi kerana interview itu adalah interview pertama aku sejak aku berhenti kerja setahun lebih yang lepas. Hehe...

1 comment:

KTAJ admin said...

ok ke intebiu tu? dapat tak?