Sunday, December 9, 2007

An Afternoon With Mr Melonkoli

Rabu, 5 Disember 2007

Seperti yang aku dah kasitau sebelum nih, aku keluar dengan Mr Melonkoli jugak akhirnya. Kali terakhir aku jumpa beliau tahun lepas. Kosser laa...plan nya dah banyak kali. Tapi hampeh belaka. Susah taw nak jumpa mamat nih. Sebab beliau poyo.

Maka bermakan-makan dan bersembang-sembang la kami serakus mungkin kerana bukan selalu berpeluang nak jumpa kan. Beliau ni orang laut. Bukan nelayan, apatah lagi lanun. Tapi beliau adalah seorang geologist yang kerjanya asyik berada di offshore. Duk kat pelantar tuh kan. Tuh yang payah sesangat tuh. (Aku cakap ni sekadar nak menyedapkan hati sendiri je benaunya).

Beliau seorang jejaka yang pernah menjadi hawt di zaman persekolahan dulu dimana menjadi kegilaan junior-junior. Aku jek tak tergila-gila kat beliau..sebab aku sedar diri aku sape. Eheh. Tapi nasib agak menyebelahi aku sebab dengan aku beliau tak menyombong, maka berkawanlah kami sehingga sekarang. Dah genap 10 tahun dah rupanya.

Beliau tu taklah sombong. Tapi beliau tuh malu-malu tony jek sebenarnya. Atau mungkin jugak beliau asik kontrol hensem. Ntahlah, tak tahu pulak aku. Asalkan dengan aku dia tak camtuh sudahla..

Beliau nih kategori pencinta setia. Dan Aku rasa beliau nih amat pemilih orangnya. Maka dengan itu, membujanglah beliau sehingga sekarang. Awek pun takde (katanya). Banyak songeh pun ye jugak (kata aku). Ehehe..tapi aku mengerti masalahnya tuh..well..cinta pun bukan boleh dipaksa-paksa. Mungkin beliau masih belum berjumpa dengan girl yang betul-betul kena dengan selera beliau.

Aku suka beliau ni. Sebab beliau memang cool dan sempoi. Preference kami pun banyak yang sama, i mean dari segi hobi. Meh la aku berterus terang, aku saje je cerita pasal beliau nih. Sebab aku saje nak promot beliau sket. Beliau pun kejenye asik bodek aku supaya kenal-kenalkan beliau dengan kengkawan aku. Opsss...hehehe.

Baik taw beliau nih. Bersopan santun jek. Seperti biasa aku jela dok pot pet pot pet kalau kami bersembang. Kan aku jenih mulut murai. Tapi kire okey la tuh, beliau memang seorang pendengar yang baik. And setelah sekian lama, kami makin terbuka dalam segala hal. I mean, kami boleh bercakap tentang apa sahaja. Well, itu memang pilihan aku la kan. Kalu tak mana boleh jadik kawan aku, kataku dengan poyo.

Kami berdating kat Secret Recipe arituh. Ececey....Secret Recipe. Teringat aku aku kepada beberapa orang (memula nak cakap seseorang, tapi baru aku noticed yang aku memang suka pegi Secret Recipe kalau berdating ngan orang sebab aku nak makan cheese cake sambil boleh bersembang dengan selesa). Rambut beliau dah pendek. Salu tuh panjang je rambutnya.

Beliau ni japanese look. Mata shepet jek. Sempoi je gayanya. Ewah.banyak lak aku describe pasal beliau. Tapi aku saje je nih. Sebab kata nak promot kan. Harus la cite yang baik-baik aje. Hehe. Tapi beliau memang baik pun. Isk..tak sabar aku nak tunggu abang aku yang sorang nih berawek dan kemudian berkahwin. Kawan pompuan ramai, tapi ntahla...eee..susahnye la beliau tuh.

Pada pendapat aku, beliau nih bukanlah jenis yang tak berusaha langsung. Aku tengok beliau gigih je mencari cinta (kah kah kah). Tambahan pula, beliau nih jiwang orangnya. Bukan senang nak jumpa mamat sempoi layan jiwang oii.. Takpela..belum rezeki la tuh. Cuba lagi ye cik abang. Cuba sampai jumpa.

La nih beliau dah pi offshore balik. Aku dating dengan beliau 5 aribulan. Keesokan harinya tuh beliau dah berangkat semula ke offshore setelah bercuti hampir 2 bulan. Heaven seh... So entah bila la dapat jumpa beliau lagi. Tapi walau apa pun, kalau ade sesape nak berkenal-kenalan, jangan la sesegan. Kasitau je aku..nanti aku leh tolong aturkan (mampos la nanti Mr Melonkoli marah ni kang). Eleh...takdenye beliau nak marah, mesti beliau suka jek...kan kan kan??

So untuk birthday aku kali nih, kiranya beliau la orang pertama yang celebrate dengan aku kiranya. Yehhuu...thanks Mr Melonkoli. Lain kali belanja la lagi..Hik hik hik...Aisehhhh..lupa lagikkk..cerita pasal beliau nih, tetibe aku teringat souvenir untuk beliau yang aku beli kat Bali dulu. Mak aih..lupe laaaaa.... Mr Melonkoli, later la keh? Beliau pun dah tak ingat pasal nih kot. Hmm...





2 comments:

Aidahs said...

I just love your smile.. sweet giler tuhh...

Anonymous said...

makcik..asal aku tgk ko skg macam makin lawa aaa? apa rahsia aaa?suka lak tengok gambar ko..

p/s: ehem.. abang kat sebelah ko ni pun ensem gak.. nak jadik calon boleh mintak borang ke?