Thursday, April 3, 2008

Secebis Diari Hari Ini..

Urghhh...stressnye aku...penat dowh keje..huhu..

I hope this time aku akan berjaya habiskan entry kali nih. Last nite aku karang entry..tapi aku tetido tengah jalan..boley? And when i read the entry yang aku taip last nite, aku rasa macam takde mood nak sambung sebab kena berfikir banyak sangat la pulok. Topic heavy sangatttt..

Anyway aku baru lepas main carrom dengan Panjang. This guy datang dari JB semata-mata nak join projek Mr Shrek. How sweet. And most probably dia akan lepak kat sinih jugak. Cettt..rumah aku dah jadik sarang lepak geng-geng Mr Shrek. Serabut la nanti... Dan aku seperti biasa bakal jadi tukang masak dan tukang kemas umah. Huhu...apela nasebbb. Nasib baik diorang nih semuanya kepala sempoi..tak payah la aku nak entertain sangat. Well..lagipun seronok gak depa nih semua ada. Rumah aku happening hari-hari.

Kerja aku kat opis makin banyak. Huhuh...aku rasa aku macam kena kejutan budaya gak la..mana taknya all these while aku bukan main santai lagik, la nih terpaksa bekerja dengan pantas. Dept aku dah sah2 la semua Cina. Diorang nih buat keje laju siott...fokus plak tuh. So nak tak nak terpaksa la aku catch up ape yang patut kan. Lagipun terpaksa la aku kotakan segala kata-kata manis aku masa interview dulu tuh. Hehe..dah la aku cakap aku nih fast learner and good at what i'm doing, so takkan la nak terkial-kial pulak kan. Dayyumnn..i have to pay a lot atas ape yang torak dulu tuh. Serve me right then. :P

Almost everyday lepas balik kerja aku cecepat masak. Lepas makan selalunya aku terpaksa (dan rela) mengikut Mr Shrek pergi jumpa orang tuh laa...orang ini laa.. Penat tuh memang la penat. Tapi aku enjoy sesangat. Rasa macam life aku jadik penuh dengan aktiviti. Tido pukul 2 pagi, bangun seawal 6 pagi. Apa yang boleh aku katakan, hidup aku berubah secara drastik sekali. I hope this is good for me dan kepada orang-orang yang berada di sekeliling aku. :)

I forgot to mention yang aku pergi visit Gee last Sunday. Aku pergi wedding cousin aku yang kebetulan dedekat area rumah dia jugak. Aku happy sangat dapat jumpa dia. Memang teringin nak jumpa sebelum dia meletup. Hehe..i mean sebelum dia bersalin maksud aku. Yang lebih buat aku terharu, anak-anak Gee excited gile bila aku datang. Bila nampak je aku, depa dok jerit jerit "Auntie Mimi...Auntie Mimi..." Eheh..auntie siott...tua sangat plak aku rasa. Anak Gee tak sudah-sudah mengempeng ngan aku..siap berpangku-pangku lagi. Dari mula-mula sampai, hingga la aku nak balik. Aku happy sangat-sangat sebab depa semua kenal dan manja dengan aku. Sempat la kitorang snap gamba bebanyak. Saje buat kenangan.

On Monday pulak jumpa ngan Radhi OAG kat studio dia. Diorang tengah working on their new single. Sempat la layan lagu baru diorang kejap. Oh yup, he's gonna play the lead role dalam this telemovie. Hopefully lah. I mean memang dah confirmed, tapi mamat nih sikit punye liat daa...cuak jek. Sekejap-sekejap hilang. Siap sempat plak mamat nih buat kelakar seram tak datang masa sign contract siang tadi. Mr Shrek sampai dah nak call artis lain buat ganti. For that role, memang takde back up langsung. Kalau ada yang paling dekat pun, Que Haidar. Tapi bila call tadi he's not available pulak sepanjang April nih. Masak dowhh..Hmm..tapi tadi Radhi call say sorry. Dia memang nak join, cuma dia tak sihat katanya..cett..bikin saspen jek. So there u go..plan berjalan seperti biasa.

What else ek. Oh yup, siang tadi ade la sorang nih call. Lama tak denga cite mamat nih. Wendu katanya. Chettt...ayatttt..tak bleh blah. Hahaha. But i'm glad dia call dowh. Sebab lama dah dia tak call. Borak-borak lebih kurang, sempat la jugak dia update pasal anak Gee masuk hospital sebab demam panas. Iskk...camne aku bleh tak tau nih. Nih aku belum call Gee lagik. Terlupa la pulak..huhu. Sebab tadi battery phone kong la pulak...nih pun baru sampai umah sebab tadi ikut Mr Shrek pegi jumpa cameraman and beli barang kat Carrefour. Takpe..esok aku call Gee tanya apa cerita. Hopefully semuanya baik-baik saje.

So sebagai ending entry kali nih, aku tepek la gamba kenangan aku ngan anak-anak Gee. Till then.