Friday, September 12, 2008

Ratu Drama

Jap..jap.. aku ada cite panas nih. Eh..tak tak..bukan cite nih yang panas..aku yang panas skang nih. Grrrr..

Aku tengah memikirkan sesuatu nih. Sebelum tuh aku nak lontarkan soklan cepumas of the day.

ADAKAH RUPA ATAU GAYA AKU MACAM / ALA-ALA ARTIS???

Wakakak…hamik ko. Ape punye soklan la yang aku bagi nih..muntah belahak la korang japgih. Ekekekek..Aku bukan nak jadik vain ke hape. Sumpah soklan tuh takde kena mengena dengan ketaksuban aku terhadap diri sendiri oke.

Bukan ape taw..bila aku kat set kan, bila pelakon datang je..mesti diorg tegur aku (tak kisah la memana pelakon) dan soklan yang akan keluar dari mulut diorang mesti berbunyi camni “u pegang watak ape ye?” or something like this “eh, scene u yang mana satu?” ataupun nak lebih advanced “scene u dah lepas ke atau kejap lagi?”. Ekekek..kellass kannn..

Cut the crap. Masa 1st time aku ditanya soklan berbunyi sedemikian oleh pelakon A (nama sebenar dirahsiakan), aku cam terkujat dan teruja la jugak. Tapi bila pelakon-pelakon lain pun tanya soklan yang sama..aku naik hangen la pulak. Bukan ape..malu siott.. huhu..

Takdela..dah sah-sahla aku bukan pelakon tersohor. Dan rata-rata pelakon yang pegang watak penting pun mestilah tau pelakon-pelakon lain yang digandingkan dengan diorang kan. So bila aku ditanya soklan sedemikian..dah sah-sahla aku nih stok-stok extra ke hape kan. Kosserrr hoke. Mak marah nih noks..mak marah kalau diorang ingat mak nih pelakon extra hoke. Mak tak rela. Urghhh..

So apa yang aku buat bila diorang tanya soklan cemtuh, aku deny dengan buat muka flat dengan senyuman tawar dan jawab “Err..i bukan artist/talent”. Pehtuh bila diorang buat muka pelik atau cam nak tanya lebih-lebih..aku maleh nak jawab dah. Aku pandang je kat mekap artist. Kekadang make up artist rajen nak tolong jawabkan, dia jawab la “dia wife art director la” tapi kekadang kalau dia malas..dia gelak-gelak je. Huhu..

Tapi tak aci la beb. Bukan aku sorang je menyebok kat set kan. Orang lain pun ade gak melepak sama..tapi apesal asik aku je yg jadik bahan. Tuh yang aku tak pueh ati tuh..aku nih ade roper dan gaya artis ke? Haa..tolong jawab sket… ;p

Poyo sangat ke aku nih? Kosserrrr…..ekekkekek..

* Derang tak taw aku lagi dasat bab-bab drama nih. Drama queen la katakan ekekekkeke…

Sebok Ku Menyebok

Lately ada la orang tu kan.. ala-ala cam extra romantik dan very the concern gituh biarpun dalam kesibukan melampau. Kenapa aku cakap cemtu..sebab beliau cam bersungguh-sungguh nak kaut aku bawak pegi kat set just to spend more time with me KATANYA.. Hehe..

Tapi aku rasa aku tau sebab ape..sebab aku rasa beliau kesian tengok aku berbuka sensorang kat umah. And lagipun berbuka kat set bleh makan memacam. Kata ade catering kan.. free plak tuh. Jimat hoke..ekekek..

Mula-mula aku cam maleh nak ikut sebab aku paling tak suka bila aku tepaksa dok menganga takde geng. Tapi after few days, aku dah bleh get along with some of the crews. So last-last aku rasa cam syok lak nak ikut.

So ceghitenye skang nih..ceghite kenapa aku dah bebape hari tak hapdet blog..itulah dianyaaa… Sebab aku dok sebok pegi menyebok kat location shooting. Eee… kosserr kan.. Aku memang kaki menyebok. Mencikk..

The Most Happening...

Tahniah kepada diri aku sendiri kerana menerima habuan yang agak banyak minggu ini. Yesss..aku memang bertuah sesangat sebab habuan yang aku terima itu adalah yang paling happening. Ya, paling happening kepala dalam dunia. Hahaha..

Itulah dia permainan hidup ini. Sekejap kita rasa cam syok bangat, and at times kita rasa macam ntah hape-hape. Kejap kita rasa relax..kejap lagi kita rasa cam nak meletop.

Ape yang cuba aku terangkan nih ye. Actually saje nak cakap yang minggu nih aku dapat habuan yang melambak-lambak kat tempat keje. Hasilnya aku tepaksa memerah keringat sampai lebam. Arghhhhh..sungguh happening kepala hoke.

Itulah, padan la ngan muka aku kan. Poyo sangat nak bercuti sampai seminggu. Skang hamekk ko. Takde sape siut yang sentuh keje-keje aku. Nak tak nak tepaksa la settlekan keje yang tertangguh. Huhu..naik buntang mata aku bila tengok email yang melambak sampai dekat 300 tuh. Ape kejadoh??

Demmit. Rasa cam nak shut down pc and terus balik umah sambung cuti lagi seminggu. Huhu..

Saturday, September 6, 2008

Rezeki Ke.. Dugaan??

Haaaaa...tetiba aku teringat kat satu kisah yang berlaku baru-baru nih.

Alah..kisah nih berlaku arituh..masa aku hantar mak aku pegi spital. Ahli keluarga aku yang lain tengah minum petang kat luar spital. Tapi sebab aku nih seorang anak mithali gituh, so aku temankan mak aku jelah kat ruang menunggu tuh sementara menunggu keputusan ujian darah mak aku.

So nak dijadikan cite, aku haus sangat taw time tuh. Masa tuh kan belum puasa lagik. Aku saje la jalan-jalan sket carik vending machine ke hape. Luckily terjumpa la satu.

Aku nampak, wahh..ade soyabean yang dalam botol laa... Aku tetibe rasa cam tak sesaba nak sambar satu. Yess..ade syiling. Bila dah masukkan syiling, aku tekan la air yang aku hajati. Gedebuk botol tuh jatuh. Masa aku nak amik, sekali aku tengok..eh..camne bleh ade tiga botol plak nih? Huhu..

Aku pun pandang la sekeliling. Ade nurse kat kaunter dan 2 orang mamat yang bersembang berdekatan aku. Aisehhh...aku cam tergugup plak kat situh. Hmm..nak amik ke tak nih..aku fikir dalam hati. Pehtuh lantas aku amik satu..i mean yang memang hak aku. Tapi aku rasa cam baik sangat la pulak. Pehtuh aku amik lagi satu. Huhu... then aku ingat nak amik je sume-sume...tapi cam over la plak..mana la tau, air tuh ade orang lain yang punye ke..

Last2 aku nekad untuk beredar dengan 2 botol soyabean tuh. Ekekkek...keji..keji. Tinggal la sebotol lagi kat vending machine. Kalau air lain, mungkin aku tak amik kot. Ekeke..Tak lama pehtuh, adik aku sampai. Aku pun cite la pasal tuh. Adik aku pun nak pegi la tengok, sekali tengok dah takde siut. Aik..pelik..pelik...aku tak nampak lak sesapa pegi ke situ selepas aku. Iskkk...mungkin aku terlepas pandang.

Tapi tak kisah la pasal tuh. Nih yang aku dok pikir nih...ape yang aku dapat tuh..rezeki ke dugaan ek? Wakakkaka... aku rasa cam keji je pulak sebab aku main rembat je 2 botol. Hehe...nampaknya aku bukan lagi seorang minah inesen..kosserrr..

Friday, September 5, 2008

Mari Melayan Perasaan

Eh aku sangap sangat la arinih. Gila sangap nih. Aku tak puas ati betul lah. Huhu..

Aku rasa macam nak cari seseorang yang boleh layan aku la.. Tapi mana nak carik malam-malam buta cemnih. Aku tak kisah la kalau tanak layan sangat ke hape...tolong dengar lawak badut sarkis yang aku buat pun jadila. Tapi takde sapela...iskkk..apesal aku desperado sangat nih.

Aku rasa macam nak minum air soyabean. Tapi perut rasa cam dah penuh gila sebab tadi aku berbuka kat rumah mak aku. Aku dah lama tak berbuka makan nasik, tapi tadi aku dengan rela telah melantak dua pinggan dengan rakusnya. Ape la nak jadik nih.

Skang nih tekak aku macam mintak dibasahkan. Ape aku nak minum ek. Ooo...air tambah 100 ada. Jap lah aku nak minum jap.


~ Huhu..ape ke sengal aku wat entry mengade cemnih. Ah, gasak ah. Aku sangap. Huhu...

Thursday, September 4, 2008

Kerna Terpaksa....

Arituh aku ada mention pasal aku sentaps dengan kerja aku kan. Dan aku ada janji nak ceritakan kat sinih. So memandangkan aku ada kesempatan hari nih, maka aku akan ceritakan serba sedikit mengenainya.

Aku sebenarnya mengalami sindrom ‘sick and tired’ dengan kerja aku sebenarnya. Dan dengan itu, aku bercadang nak berhenti kerja hujung bulan lepas. Aku dahpun berjumpa dengan department manager dan memberikan notis mengatakan aku nak berhenti. Tapi niat aku tak kesampaian bila beliau, yakni Senior Sales Manager aku tuh meminta aku tidak berbuat demikian pada waktu sekarang.

Beliau fikir aku dah punya tawaran bekerja di tempat lain. Tapi aku dengan tiada niat untuk menipu, aku terangkan bahawa aku nak berhenti kerana keadaan yang memaksa. Aku pun tak paham kenapa aku lurus bendul sangat. Dan kebetulan pada waktu yang sama mak aku pun tak sihat, lalu aku kaitkan perihal itu dengan komitmen aku terhadap kerja.

Aku katakan aku mungkin tak dapat berikan sepenuh tumpuan terhadap kerja aku sekarang dan itu adalah tidak adil bagi partner aku dan rakan-rakan sekerja yang lain. Jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti dan beri laluan kepada mereka hire someone new to replace me.

Penerimaan bos aku terhadap perkara ini membuatkan aku sedikit terkejut sebenarnya. Sebab beliau cakap, kalau itu yang aku risaukan, beliau boleh kasi aku cuti seminggu. Tapi untuk aku berhenti, beliau tak dapat nak menimbangkan perkara itu. Aku serba salah, sebab aku dah bulatkan tekad nak berhenti dan berehat saja sepanjang bulan puasa nih sebab aku dah takde semangat nak teruskan.

Aku tak nafikan, environment kerja kat situ memang okey. Tambahan pulak bos department aku adalah yang paling cool dan sporting dalam banyak-banyak department kat tempat kerja aku tuh. Huhu…aku memang sangat aware pasal tuh sebab bagi aku, memang bertuah la dapat berkerja dengan environment sebegitu dalam satu-satu organisasi yang besar, nak-nak pulak pulak dengan department aku yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu.

Tapi yang membuatkan aku jadi meluat untuk teruskan kerja adalah disebabkan partner aku. Parner aku nih dah kerja kat situ lebih dari 10 tahun..bayangkanlah. Aku pulak baru kerja 6 bulan. Masalahnya beliau nih suka berkasar dengan aku, suka ganggu tugas aku dan buat aku macam kuli. C’mon la, aku naik letih dah melayan karenah dia tuh. Aku nih dahlah ada satu penyakit iaitu aku cukup pantang kalau kena paksa atau dikerah. Minta tolong dengan mengerah orang dengan paksa adalah dua perkara yang sangat berbeza okey. Urghhhh.. pikirkan pasal ni sekarang pun buat aku rasa geram.

Bos aku minta aku stay at least for another 2 months sebab kerja tengah banyak yang disebabkan oleh masalah kegagalan fungsi sistem baru yang berlaku baru-baru nih. Aku pasrah. Perkara nih meletakkan aku dalam situasi yang serba salah. Kalau aku dapat offer kerja kat tempat lain, mungkin aku tak perlu fikirkan langsung pasal nih..tapi memandangkan aku berhenti semata-mata nak melepak-lepak kat rumah, maka terpaksalah aku memikirkan semasak-masaknya.

Sekarang aku dalam tempoh percutian tersebut. Dan dengan itu korang pun tahu kan apa keputusan yang telah aku buat. Ya, aku mengambil keputusan untuk teruskan…dengan harapan aku tidak akan lagi diganggu oleh sesiapa…which is agak mustahil actually. :(

Kenapa la aku nih soft-hearted sangat. How I wish aku nih pandai buat kurang ajar dengan orang. Arghhhhhh!!!

Wednesday, September 3, 2008

Terkelendatku Dalam Kegembiraan

Aisehhhh, aku lupa la nak mention satu perkara penting dalam entry edisi Ogos yang lalu.

Korang ingat lagi tak mamat ayu lagi bersopan santun yang pernah menjadi pemangkin semangat aku untuk pergi kerja yang pernah aku ceritakan dulu. Mamat tu dah selamat bernikah Ogos lepas!!!

Sungguh ku terkejut sewaktu mendengar perkhabaran ini. Namun apakan daya..huhu…walaupun sedikit kecewa (tanpa sebab yang munasabah), aku tetap ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau.

Aku tak pergi majlis kahwin beliau kerana aku tak sanggup melihat beliau duduk di persandingan. Acah jee…gile ape..wakakkaka. Aku tak pegi sebab aku takde kena mengena dengan beliau..itu aje. Namun dari perkhabaran yang disampaikan oleh teman sepejabat yang menghadiri perkahwinan beliau, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa isteri beliau dengar-dengarnya lebih ayu dan sopan. Bersanding dengan memakai tudung labuh lagik…

Aku yang sedia terkelendat menjadi lebih terkelendat mendengarnya. Huhu..terasa diriku ini sungguh kerdil sekali. Memang beruntung kedua-dua mempelai kerana bertemu jodoh dengan pasangan yang baik-baik belaka. Alhamdulillah… gembira aku mendengarnya. :)

Mari Menyambut Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Bulan penuh keberkatan dan kesyahduan.

Aku nak amik peluang nih untuk memohon maaf kepada semua orang sekiranya aku ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang aku sengajakan atau tidak.

Kepada sesape yang pernah berkecil hati, terasa hati, terambil hati ataupun yang ada hati (wakakakak) terhadap aku, aku mintak mahap sesangat. Sesungguhnya aku nih hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan . Namun percayalah, kebanyakan kesilapan yang aku lakukan bukanlah niat aku yang sebenar.

Dan kepada sesiapa yang telah menjadi bahan kepada rendang, kuah kacang mahupun ketupat yang telah aku lakukan dengan jayanya…aku mengaku, aku tak berani nak mintak maap depan-depan. Hehe…Tapi jauh di sudut hati aku, aku tak ada sebarang niat untuk buat sebarang personal attack atau apa. Aku anggap itu hanyalah kelemahan dan kenakalan aku sendiri. :P

Aku doakan kawan-kawan aku dan sesiapa saja yang membaca blog nih mendapat keberkatan dari-Nya. Semoga kita semua dapat menjalankan kewajipan rukun Islam yang ketiga ini dengan penuh kesabaran dan keinsafan.

Salam Ramadhan Al Mubarak..

Aku Yang Tak Merdeka Di Hari Merdeka

31st Aug 2008


Happy 51st Independence Day Malaysia!!

Malaysia merdeka dah 51 tahun. Tapi untuk diri aku, aku masih belum dapat merasa nikmat merdeka dalam ertikata sebenar. Apa yang aku nak tulis nih bukanlah ada kena mengena dengan kemerdekaan Malaysia, tetapi lebih kepada kemerdekaan diri aku sendiri.

Ya..aku masih belum merdeka. Belum merdeka dari hutang. Hehe… Bila la aku nak merdeka nih…hmm

Tuesday, September 2, 2008

Merdeka Eve's Marathon

3oth Aug 2008

Aku tak celebrate ambang merdeka this year. Kami sekeluarga hanya lepak-lepak kat rumah menemankan mak dan ayah. Walaupun beberapa hari sebelumnya aku dah berjanji dengan my nephew, Dak Si Ipan Pom Pom untuk pergi tengok bunga api, tapi akhirnya aku gagal menunaikan janji aku. Tak kisahlah kot. Lain kali aku bawak ke event lain pulak.

And one more thing, today merupakan our (me & Mr Shrek's) 7th Anniversary of Merdeka Eve's Marathon. Huhu..7 tahun dah rupanya kejadian horror lagi gila ini berlaku. Insiden yang agak memalukan aku, but afterall it’s just a significant way to show that I was terribly tergila-gilakan Mr Shrek. Nak tau ianya pasal apa? Let’s check it out..

Aku dah pernah tulis pasal nih dalam blog aku kat friendster. So aku cuma copy and paste kat sinih supaya aku tak tertinggal apa-apa..okey??

30th August 2001

(teleconversation)

M : Baby, I nak pegi celebrate merdeka dengan U malam nih. I sekarang dah sampai Semban dah.
K : Ha??? Sori..sori..I takde kat Semban skrg. U pegi balik UPM balik. I ade keje..
M : Keje ape pulak ni?

Tutt..tutt..tutt.. (K hung up d phone!!)

M called back

M : Hello....U kat mane nih. U jgn buat I mcm nih. I dah sampai Semban nih..I tau U ade plan lain kan?
X : Hello...K takde, dia baru keluar gi Senawang. Dia keje..
M : Tipu!! kenapa dia tak bwk henpon? Jgn nak subahat eh? Korang kat umah T kann???

Tutt..tutt..tutt.. ( X hung up d phone)

Well...the M was me. Iwas fu**ing mad dat time. I tried to call few more times, unanswered. Arrgghh!!!! aku nekad, aku rasa diorang tgh lelepak kat umah T. So aku pun pegi jalan kaki (nasib baik umah dia tetengah town, kira walking distance jugak la). Aku naik, aku tengok pintu umah T tebukak. Aku terus jalan senyap2..pastu duk mencangkung kat muka pintu umah T (with rambut aku yg kusut masai, airmata berjurai2 n hingus menjejeh2). They didn't see me, but i could hear their voices clearly - owhh..plan nak pegi KL? oo..cenggitu..patut la kate ade keje (ckp dlm hati)..takpe2..siap kau..

T nak amik kasut kat muka pintu, then tenampak aku. His face turned red...sambil muke dia ade tunjuk sign okk oww...(terkejut kot tgk aku tgh mencangkung depan muka pintu dia). Tapi dia bagus...aku diam, dia pun diam, dia terus pakai kasut..muka cuak gile. Then nampak la muka K kesayangan aku..(sambil aku ckp dlm hati : siap kau!!) Reaction K not much different dari ape yg T buat sblmnye (eleh..buat2 cool la tuh).. Then dia kuar, tarik tangan aku....pegi turun bawah. Aku macam biasa...sawan aku dah dtg. Pot pet pot pet....(aku pun tak ingat aku pot pet ape) tapi yg aku ingat aku jerit mengalahkan serigala jadian nak beranak. Hahaha.....

Aku baran betul..patut la tak nak keluar ngn aku..rupe2nye ade hati nak beronggeng kat KL tanpa aku. Disebabkan aku dah jadik sawan, so dia pun macam ketakutan n we walked to his bestfriend's shop at bazaar. Aku pegang tangan dia macam takmo kasik dia lari..sampai kat bazaar, aku duk skejap kat sofa sambil cuba buat rupa aku senonoh sikit.

Suddenly aku denga macam bunyi orang berlari..aku bangun..tengok....whatt?????? aku rasa mcm nak keluar bijik mata aku bile tengok orang yang lari tuh was K!!! Aku jerit KKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ( i won't forget jeritan tuh- it made satu bazaar tuh melopong n uncle Shan jual gula2 tuh menggeleng2 kepala tanda tak percaya. Memang gile..(well, at least now i know camne nak jadik popular tanpa masuk tv!).

I was wearing skirt dat time. Aku tarik skirt naik atas sket, lalu aku berlari sekuat ati mengejar K. Eyyahh!!! sampai dekat satu simpang, aku dah confused. Jalan mane satu eh? Then tibe la satu part nih (korang mesti tak percaya) ade sorang uncle india nih, dia jadik guard bangunan klinik kesihatan daerah yg terletak kat simpang tuh, then tetibe jek dia menyampuk sambil kasik direction "Sana! Sana! Itu dia sudah lari sana!!" (lurus jek jari dia tunjuk kat arah K).

Aku pun teruskan larian..jauh gile, skirt aku aku dah berpusing2 (tak tau dah yg mane depan mane blakang) sampai la kat satu simpang sekali lagik...aku dah mula putus harapan..at last kat depan The Store Baru tuh aku berenti dan melutut sambil menangis teresak2...(serius, syahdu siut...aku rasa itu la pengakhiran kisah cinta aku).

Tengah- tengah aku layan blues..sambil teresak esak menyembah bumi tetibe ade orang tegur, "Dik, dik, kenapa ni dik" sambil tepuk bahu aku. Aku toleh belakang dan dongak sket, ade dua orang...memule tak berapa clear,(sebab airmata aku tgh bertakung) pastu makin lama makin clear..ade pistol.....ade nametag....ade topi..hoho..polis rupenye!!!

Ahh...polis ke, askar ke, aku dah tak pedulik. Aku siap boleh tepis tangan encik polis tuh lagik. Aku bangun sambil meneruskan larian.... sehinggalah aku dah tak larat lagi...dan akhirnye aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bazaar semula.

Sampai bazaar, Melon(K's bestfriend) cepat2 tarik aku..."Awak...awak...kenapa buat macam nih" "Kenapa dengan awak nih" dan macam2 soalan lagi yang keluar tapi tak aku jawab walau sepatah pun sebab masa tuh aku tengah tersedu sedan. Dia pun dah tak sanggup tgk aku - huduh gile ngn baju ngn rambut aku habis lencun, maskara yg dah cair, mata yg dah bengkak cam hape ntah, dan tak lupe skirt aku yg dah berpusing....erghh....saat itu...aku terkenang semua saat manis aku bersama ngn K...sampai hati dia buat aku sampai macam tuh..

Last2 malam tuh bile sampai tgh malam aku berdiri kat luar kedai Melon n tgk bunga api sama2 ngn Melon (kesian kat Melon, girlfriend dia pun cabut gih KL gak malam tuh). Aku takleh nak describe camne perasaan aku malam tuh... Aku sedih tapi aku bersyukur sebab negara aku merdeka. Dan dalam hati aku bertekad nak memerdekakan hati aku dari dijajah K (konon).

Sekarang dah 7 tahun berlalu..tapi kenangan tuh masih segar dalam otak aku. Sampai bile takleh lupe. Jeritan tuh bebudak bazaar gelar panggilan pulau dan menang anugerah jeritan of the year. Larian tuh pulak bebudak bazaar gelar merdeka's eve marathon. Cume ade satu la yg aku fikir sampe skang..sampai sekarang aku pelik camne uncle guard tuh boleh menyampuk kasik direction....tapi aku rasa mungkin sebab dia ingat K dah copet beg aku kot (sebab masa K lari tuh, K ade pegang satu beg) Walau apepun...time kasih la kat uncle tuh..(nasib baik dia tak tembak K guna senapang yg dia pegang tuh, kalu tak.....)


Citer nih aku dedicate kat K ( which is Mr Shrek now). Dayyumnn..I hate the way I tergila-gilakan U back then..but dun u think we're meant for each other??? Aren't we??? Ekekekek... :P

Kisah Mak (Part II)

Friday 29th Aug 2008


Lewat petang, setelah medical report mak aku dah tersedia, doc panggil aku dan mak dan beritahu masalah yang sebenarnya. Mak aku rupanya menghidap beberapa masalah serentak. Dan salah satunya (yang major dan hampir buat aku tak percaya) ialah denggi. Whatttt?? Huhu…patutlah mak aku tersangat lemah. Mujur saja kami buat tindakan yang tepat dengan menghantar mak buat pemeriksaan lanjut.

Sepatutnnya mak aku ditahan di wad. Tapi kebetulan wad penuh pada hari tesebut, lalu kami ambil keputusan untuk bawa mak balik ke rumah. Lagipun semua orang bercuti panjang, jadi kami punya banyak masa untuk jaga mak kat rumah. Doc pun cakap it’s okey..tapi dengan syarat kena make sure mak aku tak demam semula dan makan semua ubat-ubatan mengikut sukatan dan waktu yang ditetapkan.

Walaubagaimana pun, there will be another appointment on this Wednesday, untuk satu lagi ujian darah and such. Kalau masih tak okey, mak aku memang akan ditahan di wad.

Sekarang keadaan mak aku semakin baik. Walaupun masih pucat dan lemah, sekurang-kurangnya mak aku dah tak muntah dan sakit perut. Mak dah boleh bersembang-sembang bila ada orang datang melawat kat rumah. Muka pun dah tak berkerut macam selalu sebab menahan skit. Aku lega jugaklah. Tapi aku tak benarkan mak berpuasa sebab mak kena makan ubat on time walaupun mak aku agak keberatan meninggalkan puasa.

This time aku bebetul harap mak aku sembuh seperti sediakala. Sebab aku dah tak tahan tengok mak dalam keadaan yang macam nih. Aku nak mak aku ceria macam selalu..membebel pun membebel lah..afterall itu yang paling kami rindukan pasal mak. Dan ada lagi satu alasan kuat supaya mak aku sembuh cepat..sebab ayah aku dah didiagnosekan mempunyai masalah tekanan darah tinggi for the 1st time few days ago. Mungkin ayah terlampau risau pasal mak. :(

Semoga cepat sembuh mak…


Fin.

Kisah Mak (Part I)

Friday 29th Aug 2008


Aku dapat panggilan dari ayah aku seawal pagi. Keadaan mak aku makin membimbangkan. Sakit perut yang keterlaluan, muntah tak berhenti dan menggigil-gigil satu badan. Aku jadi tak keruan. Aku yang sememangnya bercadang nak pulang ke kampung di sebelah petang terus bergegas untuk pulang.

Mak aku dah dihantar ke hospital oleh my sister. Me and my bro terus saja ke HB Seremban tak lama kemudian. Setibanya aku disana, mak aku dahpun dirawat tetapi aku langsung tak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Mak aku dirawat sebagai pesakit luar yang biasa. Ubat yang diberikan pun jauh lebih simple dari ubat yang didapati di klinik-klinik sebelum ini.

Aku jadi hangin. Mak aku yang sememangnya dalam keadaan tak berdaya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Oh ya, mak aku dah pergi ke klinik sebanyak 3 kali sebelum di arah oleh doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital pada hari kejadian. Jadi takkanlah pulak setibanya di hospital, mak aku hanya mendapat rawatan biasa?

Aku dan adik aku tanpa banyak soal terus bawa mak aku ke Hospital KPJ berdekatan. Aku nak mak aku dapat rawatan yang lebih baik, dan yang paling penting, aku dah tak nak berteka teki dengan masalah kesihatan mak aku yang sebenarnya. Aku nak mak aku jalani rawatan yang sempurna. I know it would be costly, tapi soal itu aku letak tepi.

Aku jadi sangat-sangat emosional bila aku tengok keadaan mak aku yang semakin lemah. Beliau dapat dua suntikan dalam masa tak sampai 2 jam berturut-turut. Sekali sewaktu di klinik, satu lagi sewaktu di HB Seremban, jadi secara tak langsung mak aku dapat menahan kesakitan buat sementara waktu.

Aku menemani mak aku aku sewaktu doktor membuat permeriksaan awal dan aku beritahu doc tuh segala simptom2 yang mak aku alami selama nih. Aku ceritakan apa sahaja yang aku rasakan perlu supaya kes mak aku diberi perhatian khusus. And yes, sejurus selepas itu doc meminta mak aku jalani ujian darah, ujian ari kencing dan ultrasound. Aku jadi lega sedikit sebab sekurang-kurangnya doc kat hospital tuh ambil serius keadaan mak aku.

Bersambung…