Thursday, September 4, 2008

Kerna Terpaksa....

Arituh aku ada mention pasal aku sentaps dengan kerja aku kan. Dan aku ada janji nak ceritakan kat sinih. So memandangkan aku ada kesempatan hari nih, maka aku akan ceritakan serba sedikit mengenainya.

Aku sebenarnya mengalami sindrom ‘sick and tired’ dengan kerja aku sebenarnya. Dan dengan itu, aku bercadang nak berhenti kerja hujung bulan lepas. Aku dahpun berjumpa dengan department manager dan memberikan notis mengatakan aku nak berhenti. Tapi niat aku tak kesampaian bila beliau, yakni Senior Sales Manager aku tuh meminta aku tidak berbuat demikian pada waktu sekarang.

Beliau fikir aku dah punya tawaran bekerja di tempat lain. Tapi aku dengan tiada niat untuk menipu, aku terangkan bahawa aku nak berhenti kerana keadaan yang memaksa. Aku pun tak paham kenapa aku lurus bendul sangat. Dan kebetulan pada waktu yang sama mak aku pun tak sihat, lalu aku kaitkan perihal itu dengan komitmen aku terhadap kerja.

Aku katakan aku mungkin tak dapat berikan sepenuh tumpuan terhadap kerja aku sekarang dan itu adalah tidak adil bagi partner aku dan rakan-rakan sekerja yang lain. Jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti dan beri laluan kepada mereka hire someone new to replace me.

Penerimaan bos aku terhadap perkara ini membuatkan aku sedikit terkejut sebenarnya. Sebab beliau cakap, kalau itu yang aku risaukan, beliau boleh kasi aku cuti seminggu. Tapi untuk aku berhenti, beliau tak dapat nak menimbangkan perkara itu. Aku serba salah, sebab aku dah bulatkan tekad nak berhenti dan berehat saja sepanjang bulan puasa nih sebab aku dah takde semangat nak teruskan.

Aku tak nafikan, environment kerja kat situ memang okey. Tambahan pulak bos department aku adalah yang paling cool dan sporting dalam banyak-banyak department kat tempat kerja aku tuh. Huhu…aku memang sangat aware pasal tuh sebab bagi aku, memang bertuah la dapat berkerja dengan environment sebegitu dalam satu-satu organisasi yang besar, nak-nak pulak pulak dengan department aku yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu.

Tapi yang membuatkan aku jadi meluat untuk teruskan kerja adalah disebabkan partner aku. Parner aku nih dah kerja kat situ lebih dari 10 tahun..bayangkanlah. Aku pulak baru kerja 6 bulan. Masalahnya beliau nih suka berkasar dengan aku, suka ganggu tugas aku dan buat aku macam kuli. C’mon la, aku naik letih dah melayan karenah dia tuh. Aku nih dahlah ada satu penyakit iaitu aku cukup pantang kalau kena paksa atau dikerah. Minta tolong dengan mengerah orang dengan paksa adalah dua perkara yang sangat berbeza okey. Urghhhh.. pikirkan pasal ni sekarang pun buat aku rasa geram.

Bos aku minta aku stay at least for another 2 months sebab kerja tengah banyak yang disebabkan oleh masalah kegagalan fungsi sistem baru yang berlaku baru-baru nih. Aku pasrah. Perkara nih meletakkan aku dalam situasi yang serba salah. Kalau aku dapat offer kerja kat tempat lain, mungkin aku tak perlu fikirkan langsung pasal nih..tapi memandangkan aku berhenti semata-mata nak melepak-lepak kat rumah, maka terpaksalah aku memikirkan semasak-masaknya.

Sekarang aku dalam tempoh percutian tersebut. Dan dengan itu korang pun tahu kan apa keputusan yang telah aku buat. Ya, aku mengambil keputusan untuk teruskan…dengan harapan aku tidak akan lagi diganggu oleh sesiapa…which is agak mustahil actually. :(

Kenapa la aku nih soft-hearted sangat. How I wish aku nih pandai buat kurang ajar dengan orang. Arghhhhhh!!!

No comments: