Wednesday, September 26, 2007

10 Things I Hate About You

Laksana judul sebuah filem, akan aku huraikan satu persatu perkara yang menjelikkan yang terdapat pada pasangan aku. Siapa lagi kalau bukan Mr Shrek. Oleh kerana aku tidak membenci beliau, maka aku tukarkan perkataan benci kepada jelik. Mari aku kongsikan.


10 Perkara Aku Jelik Tentang Kamu


  • Kamu sudah tidak kacak lagi - Lihat saja wajah kamu yang semakin bulat itu. Jawline kamu sudah tidak kelihatan langsung sedangkan disitulah letaknye kekacakan kamu satu masa dulu.

  • Kamu tidur berdengkur - Bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut kamu sewaktu tidur bukanlah sesuatu yang kelakar. Mujur saja aku sudah terbiasa, jika tidak sudah lama aku menekup muka kamu dengan bantal sehingga lemas.

  • Rambut kamu - Apa kamu perasan kamu sekacak Johnny Depp yang kelihatan kacak walau dengan rambut macam mana sekalipun? Kamu mahu kelihatan cool dengan gaya sebegitu tetapi kamu sendiri tidak tahu menggayakannya sesuai dengan wajahmu.

  • Kamu sering lambat - Sesuatu yang penat kutanggung dari dulu dan membuat aku hilang sabar. Adakah kamu berada di dalam zon waktu yang berbeza?

  • Kamu tidak membuat keputusan dengan tepat - Dapatku bayangkan bagaimana kalutnya hidup kamu sekiranya aku tiada di sisi untuk membantu kamu membuat keputusan.

  • Kamu pelupa - Mungkin kerana kamu sering minum air bersemut di zaman remaja atau fikiran kamu terlalu penuh dengan 1001 benda sehinggakan perkara penting pun kamu lupa.

  • Kamu clumsy / cuai - Aku masih ingat kamu menjatuhkan handphone baruku yang berusia sehari kerana sikap clumsy kamu itu. Kamu juga sering menumpahkan benda dan terlanggar sesuatu. Aku pelik, adakah maklumat yg dihantar ke otak kamu tidak seiring dengan perlakuan fizikal kamu?

  • Kamu tidak fokus - Kamu begitu fokus dengan kerjaya tetapi bukan dalam perhubungan. Kamu tidak mendengar apa yang aku perkatakan kemudian bertanya lagi perkara yang sama berulang-ulang kali. Aku perlukan tape recorder!

  • Kamu tidak menjawab panggilan telefon dan tidak memanggilku kembali - Perkara yang paling mudah menaikkan nafsu amarahku dan apabila ditanya kamu akan memberi alasan yang sama setiap kali.

  • Kamu terlalu sibuk dengan kerjaya - Satu-satunya sikap jelik kamu yang sering aku maafkan hanya kerana aku seorang yang memahami. Kalaulah kamu punya lebih masa untuk aku.....


* Sengaja aku senaraikan 10 perlakuan jelik beliau kerana aku mengerti sekiranya aku senaraikan perkara yang aku suka tentang beliau nescaya aku tidak mampu untuk menyudahkannya. Sesungguhnya 10 perkara jelik yang aku tulis di atas adalah hanya sekelumit sekiranya dibandingkan dengan 1001 kelebihan beliau yang lain. Atas sebab itulah beliau layak menjadi pasangan aku. ;)




Tuesday, September 25, 2007

Diari Avatar

Wahhh..banyaknya kata-kata. Errr...maksud aku entry yang aku buat kebelakangan ini terlalu padat dengan baris-baris ayat. Terlalu tepu dengan perkataan. Tak meriah, hanya meriah dengan kata-kata. Jadi aku nak tepek la beberapa keping gambar.

Jangan salah faham. Bukan aku saja-saja nak tepek gambar. Tapi ada cerita di sebaliknya. Aku nak tepek gambar-gambar yang pernah menjadi avatar aku di forum dan ceritakan kenapa aku memilih gambar tersebut.



Ini avatar aku yang pertama sewaktu aku mengambil keputusan untuk membuat posting setelah beberapa lama aku menjadi pembaca. Itu adalah foto tangan dan jari aku sendiri yang aku ambil menggunakan camera phone aku. Lokasinya adalah laman rumah mak aku di kampung.

Sengaja membuat isyarat 'peace' sesuai dengan matlamat aku masuk ke dalam forum, untuk berkawan dan berdamai dengan semua.





Ini avatar aku yang kedua. Buah hati pengarang jantung aku, Mr Shrek. Handsome kan beliau? Heh. Bagusnya kalau Mr Shrek sehandsome itu. Hehe. Beliau sebenarnya adalah pelakon pujaan aku Gael Garcia Bernal dan aku sememangnya minat habis dengan beliau. Manja kan pose nye itu? Buat aku jadi cair.

Aku tukar avatar lagi tidak lama kemudian kerana forum dilanda tsunami kecil dan avatar ku ini ditelan ombak tsunami kecil tersebut. Ada kenangan manis bila aku pakai avatar ini kerana ada beberapa forumer wanita fikir aku lelaki kerana aku tidak meletak jantina dalam profile dan mereka melayan aku 'extra special'. Heh.





Avatar aku yang ketiga. Wajah seorang wanita berkaca mata yang mengenyitkan matanya. Konon-konon cute la bila berbuat demikian. Telah diedit sedemikian rupa demi mempertahankan keeksklusifan wanita dalam gambar tersebut.

Itu gambar aku sebenarnya. Telah dirakam oleh teman sepejabat di tempat kerja dahulu. Ramai forumer yang tak tahu itu aku, dan apabila ditanya aku lebih suka menafikan yang ianya adalah potret aku. Cubaan pertama untuk menonjolkan diri sebagai forumer wanita. Aku kurang selesa meletak foto artis sebagai avatar kerana artis wanita ternyata cun-cun belaka dan aku tak mahu forumer tertipu. Ekekeke...





Ini avatar keempat aku. Wanita di sebalik bunga. Ada orang kata wanita makan bunga. Dan ada yang kata wanita yang menanam bunga di pinggir bibir. Tak kisah apa orang kata kerana semuanya benar belaka.

Itu gambar aku sendiri yang aku ambil menggunakan kamera phone. Lokasinya adalah di dalam apartment di Cameron Highland. Bunga itu bunga hidup. Bunga petunia namanya. Aku suka gambar ni sebab ianya tidak terlalu 'expose'. Setelah diedit dan memberi kesan warna yang sesuai, ia jadi cantik. Err..maksud aku gambarnya yang cantik, orangnya tidak. Heh.


*********************************************************************************


Sekarang aku kembali memakai avatar yang kedua kerana aku suka menatap bf kesayangan aku tu. Tapi kali ni aku dah fokuskan ke wajah beliau sahaja supaya lebih jelas. Dan seperti biasa, aku sengaja merahsiakan jantina aku kembali supaya dapat mengorat freshies. Keji kan? Hehe.


Jadi sekian saja cerita pasal avatar. Aku tak bercadang nak menukar avatar dalam masa terdekat ini. Mungkin aku akan rotatekan saja gambar-gambar yang sedia ada ini untuk dijadikan avatar. Jadi mudah saja kan nak mengenali aku. Untuk kawan-kawan aku di alam nyata, sekiranya berminat nak join forum tu, sila hubungi aku. Hikss.. Wah, sempat pulak aku promote. :P

Memori Sebuah Lagu

Tadi aku berbual-bual dengan seseorang melalui YM sambil mendengar lagu-lagu dalam playlistku ini. Memang itulah yang aku lakukan saban malam, tetapi tadi tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

Bukannya aku ada masalah dengan teman berbualku itu. Apatah lagi masalah peribadi. Tidak sama sekali. Tapi ianya disebabkan oleh lagu yang berkumandang. Sungguh tidakku sangka, lagu itu boleh membuatkan aku teringat kepada seseorang dan seterusnya membuatkan fikiran aku melayang ke tempat lain.

Lagu itu sebetulnya pernah didedikasikan untuk aku oleh seseorang. Jadi, sebaik saja aku terdengarkan lagu itu, terus saja aku hilang tumpuan. Tiba-tiba filem kenangan giat berputar dalam layar otakku ini. Betapa sebuah lagu berjaya membangkitkan memori kenangan silam kan?

Baru aku tersedar, mungkin disebabkan inilah maka kebanyakan pasangan bercinta saling menujukan lagu kepada satu sama lain supaya dapat memahat kenangan mereka dalam lagu-lagu tersebut selain dapat meluahkan segenap perasaan mereka melalui lirik yang terkandung dalam sesuatu lagu itu.

Mungkin aku naif kerana lewat menyedari kepentingan sesebuah lagu dalam sesuatu perhubungan. Dan mungkin saja aku memang sedia maklum tetapi tidak pernah memikirkannya secara mendalam. Namun hari ini, baru aku benar-benar mengerti tetapi malangnya lagu tersebut hanya membangkitkan memori luka, bukannya membangkitkan rasa cinta dan kenangan indah kami bersama.

Mahu saja aku memadam lagu itu dari senarai playlistku itu. Tetapi untuk apa, aku menghargai keindahan lagu tersebut. Malah lagu itu pernah aku perdengarkan setiap kali aku rindukan beliau ketika kami masih berhubungan. Sayang sekali, lagu itu kini menjemput rasa sedih. Jadi aku cuba sedaya upaya untuk mengikis memori pahit yang dibawa oleh lagu itu. Aku harap aku berjaya...

Tradisi Mengarut

Hoho..mood raya sudah mari. Tapi takdela beriya sangat pun. Mungkin sebab siang tadi aku mendengar lagu raya yang di send oleh seseorang melalui YM. Itu yang aku mula berfikir pasal raya. Okey tak mahu cakap banyak. Aku dah tahu apa aku hendak untuk raya kali nih. Meh aku listkan.

  • TV baru - TV lama cam tak best la..aku nak yang besar lagi :P

  • Langsir baru - Langsir lama elok lagi, tapi cam cam kusam sket la. Nak cari yang sama warna dan sama pattern dengan langsir sekarang, boley? Sebab langsir sekarang memang match sesangat dengan interior design umah aku

  • Rak buku - Sebab buku dah banyak sangat, so aku nak susun elok-elok. Rak buku sekarang dah penuh sampai aku terpaksa sumbat je kat memana. Nampak buruk

  • Rak DVD - Sama jugak kesnya. Dah penuh gila sampai dah takde ruang nak taruk. Aku nak beli semua set hitam nih, sesuai dengan bilik bacaan aku yang dindingnya berwarna Balinese Green

  • Indoor plants - Ada banyak, tapi aku nak kasik green lagik, biar orang masuk umah aku terasa macam fresh jek

  • Divider - Aku nak ubah kedudukan perabot aku, so i think aku perlukan divider supaya aku boleh bahagikan ruang rumah aku dengan betul di samping boleh jadikan ia sebagai salah satu aksesori tambahan untuk tatarias dalam rumah aku

  • Air cond - Untuk ruang tamu. Rimas la bila ramai-ramai umah aku jadi panas. So aku perlukannya

  • Interior stuffs - Kena pegi Ikea nih, borong ape yang patut

Wah, banyak la pulak. Mau beriban jugak aku berabis nih kang. Mintak-mintak Mr Shrek baca semua nih. Huhu. At least dapat 70% kehendak aku nih jadila. Heh. Belum masuk pakaian raya, kuih raya dan duit raya. Mak aihhhh, pengsan la Mr Shrek aku kikis nih kang. Hehe...

Perempuan. Rimas jugak kekadang. Kenapa nak beli benda baru bila time raya? Pelik gak eh. Sebab dah terikut-ikut style mak-mak yang suka beli benda baru time raya jadi aku ikutkan saja tradisi tuh. Tapi this is sooo lame. Lame pun lame lah, janji masyukkkk...Hahahaha...

Saturday, September 22, 2007

I'm Home Again

Aku rajin betul hari nih. Eh, ala....dah masuk hari baru ke? A'ah la...dah masuk hari baru. So kena la ku ckp semalam kan. Ya, semalam aku rajin gila. Aku melipat kain baju yang bertimbun tu. Aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir aku melipat kain baju. Aku terdesak sebenarnya, sebab aku dah kekurangan kain baju yang ada dalam almari tuh. Nak tak nak kena la kemaskan jugak.

Aku rasa aku dah berjaya kurangkan ketagihan melepak di forum. Bebetul aku rasa lapang hari nih. Aku masuk hanya sekejap-sekejap je bila perlu. Aku dah tak jadi penghuni tetap dah. Dan aku harap ini akan berkekalan la hendaknya sebab aku bebetul rasa macam muak. Heh, ye ke? err..ye la kot. Hikss

Semalam rasa macam nak makan sesedap. Jadi aku called mak aku and cakap aku nak balik kampung. Aku nak berbuka ngan keluarga. Mak aku kedengaran gembira bila aku cakap gitu. Beliau siap bagitau menu apa yang bakal disajikan sebagai juadah berbuka. Lagi la buat air liur aku kecur. Nasib baik hanya dalam telefon, jadi cepat-cepat aku beristighfar. Semoga puasa aku diterima semalam. Heh.

Petang tu, sebelum aku balik ke kampung, aku masuk forum sekejap. Aku puas hati sebab ada beberapa orang forumer yang aku suka (ehemm...suka la pulak..ekeke) ada online. Jadi sempat aku berbalas beberapa posting dengan mereka sekadar untuk melepas gian. Aku rasa macam tu lebih bermakna sebab perasaan teruja tuh membuatkan mood aku jadi baik dan tenteram. Jadi aku rasa lebih baik macam tuh kan daripada aku dok online 24 jam tapi aku rasa macam tak seronok.

Lepas tuh aku bergegas bersiap dan terus balik ke kampung. Bukan jauh, 20 minit perjalanan jek. Tapi kalau dah namanya kampung, mestilah seronok kan. Aku sampai dekat-dekat nak masuk waktu berbuka dah. Jadi aku terus meluru ke dapur dan tolong mak hidangkan juadah berbuka. Salah seorang sepupu lelaki aku pun ada sama, jadi memang macam meriah sikit. Ayah aku buat ikan bakar siut. Slurrppp...sedap. Lauk simple, tapi memang sedap. Ayah aku memang sporting abis sebab dia suka tolong mak aku masak. Dua-dua pun pandai masak. Nanti ada masa aku ceritakan perihal ayah aku yang pandai masak tuh.

Masa aku dok tengah sibuk nak hidang juadah berbuka tuh, Irfan, my nephew yang satu setengah tahun tuh sibuk dok mengikut jejak aku. Pantang la aku melangkah sikit, mesti dia dok ganggu laluan aku. Heh, saje je tau, time orang tengah sibuk-sibuk tuh la dia mintak perhatian dari aku. Aku tau dia rindu. Dia asyik la sebut "mamam..mamam" sambil tarik-tarik baju aku. Cute sangat. Aku pulak dah naik jenuh nak comfortkan dia kata "Irfan nak makan ye sayang, sabar ye, mommy siapkan nih kejap..sabar ye sayang". Asyik itulah jelah yang aku dok ulang, dan dia pun dok ulang cakap "mamam mamam mamam". Kelakar betul. Aku rasa dia tak paham pun apa yang aku cakap dan lebih kalut lagi sebab aku memang tengah sibuk nak hidangkan juadah berbuka memandangkan waktu berbuka dah dekat sangat.

Masuk waktu berbuka, aku terus capai apa yang patut, dan makannnnn. Hmm..sedap sedap. Aku makan banyak la pulak. Terus jadi tak sedar diri. Aku tak hirau ape dah, diet ke..ape ke..aku tolak tepi. Yang penting aku nak makan sedap. Irfan pun makan sama. Suap untuk aku 3 kali, suap dia 1 kali sampai nasik licin. Aku berkira-kira nak ikut mak aku ke surau buat solat tarawih semalam, tapi rupanya mak aku uzur la pulak. Aku nih nak pergi sendiri memang liat la, sebab aku tak reti nak geng ngan makcik-makcik tuh. Kalau mak aku ada seronok sikit. Jadi niat tuh aku batalkan saja. Takpe, tunggu minggu depan. Heh..ye la tuuu. Ekekeke.

Aku habiskan masa dengan my nephew lepas tuh. Seronok bergurau sakan dengan dia. Hmm..dah lama aku duk sensorang, sesekali suasana meriah macam tuh buat aku rasa macam i'm home again. Selesa dan seronok sangat. Kan syok kalau... err.. kalau.. iskk.. malaslah aku nak fikirkan. Heh. Apapun, meluangkan masa dengan keluarga kecik aku tuh memang berkesan sebagai terapi. Rasa hilang semua perasaan sunyi yang aku rasa kebelakangan nih. Rasa macam ruang kosong dalam hati nih cam terisi. Aku betul-betul rindukan suasana macam tuh lagi. Jadi aku bertekad nak luangkan lebih banyak masa dengan mereka di bulan Ramadhan nih. Dah terbayang dah keseronokan bila nak menjelang raya nanti. Pasti meriah.

Hmm..okey itu jek utk arinih. Aku sengaja buat entry santai mcm nih, sebab aku rasa gembira. So aku nak abadikan apa yang aku rasa nih kat sini. Walaupun nampak cam biasa-biasa jek, tapi entah kenapa jauh di sudut hati, aku rasa gembira sangat. Kenapa yek. Heh..

Thursday, September 20, 2007

Sandiwara Amarah

Siapa bilang perasaan marah itu tidak indah? Indah saja kalau kena dengan cara dan gayanya. Lebih indah lagi bila punya sebab musabab yang yang munasabah. Namun adakah benar?


Aku terpanggil untuk berbicara soal marah. Kerana kebelakangan ini, ramai saja umat-umat di sekelilingku marah-marah. Kenapa perlu marah? Tentu saja kerana sesuatu yang berlaku bukan seperti mana yang mereka inginkan. Ataupun sesuatu yang berlaku begitu mencabar naluri kesabaran. Mungkin juga perkara yang berlaku di luar jangkaan. Walau apa sahaja yang menjadi punca, sudah pasti ianya bukanlah sesuatu yang menyenangkan kerana belum pernah kutemui sebarang perkara yang baik yang boleh menjadi alasan kemarahan, kecuali untuk iblis dan sekutunya bukan?

Marah atau diam? Dua perkara yang berbeza aku pasti. Diam tidak bermakna tidak marah, dan orang yang marah juga boleh diam dengan syarat memendam saja di dalam hati. Namun bukan itu persoalannya. Rata-rata, kalau sebut marah itu, terus saja kita terbayang rungutan, herdikan, cacian, makian dan sumpah seranah dan bermacam cara luahan lagi. Dan terus terang, fenomena ini yang kerap aku lihat kebelakangan ini. Manusia begitu lantang melaung kemarahan tanpa dapat ditahan-tahan lagi seolah-olah naluri kesabaran mereka tidak lagi menjalankan tanggungjawab membentengi kematangan. Kasar. Emosional. Nilai kematangan diragut oleh kekuatan amarah yang menguasai diri.

Marah itu wajar. Namun biar dengan cara terhormat. Hanya kerana tunduk dengan nafsu amarah, nilai kematangan diri dipertikai sesetengah pihak. Urus kemarahan dengan baik dan bijak. Itu lebih membantu menyelesaikan masalah dari membiak. Bukankah amarah itu jalan ke arah kebencian dan kita semua tahu kebencian itu sebahagian dari seksaan dan kemusnahan. Kalaulah kita dapat bersabar dan berfikir panjang. Tentu semuanya jadi aman dan tenteram. KALAU. Jadi pasti saja itu tidak akan berlaku. Selagi manusia itu bernama manusia, mana mungkin semuanya serupa. Jadi tepuk dada tanya selera.

Siap sedia saja dengan bertih jagung dan segala kerepek yang lain. Memang itu yang aku kepingin, dihibur sandiwara pentas dunia bagi mengubat hatiku yang lara dan dingin.

Wednesday, September 19, 2007

Sedu Semput

Sungguh keji kurasakan kebelakangan ini kerana menuruti sahaja kehendak pemikiran jelikku yang memohon perhatian sesetengah pihak. Tidak perlu kunyatakan di sini siapakah gerangan manusia yang terlibat namun keadaan ini akan kupantau supaya tidak merebak menjadi wabak kelak. Keji juga apabila diriku sewenang-wenangnya melutut kepada mood dan perasaan yang kebelakangan ini semakin suka menaiki buaian daripada kekal di tempat sepatutnya ia berdiri. Hanya membuatkan ku kalut dan semput dan bisa buat jiwaku kaput.

Seperti yang telah kuduga sebelum ini, kadangkala bila jiwa semakin alpa, maka aku jatuh tersembam menyembah bumi dan bukankah itu menyakitkan diri dan lebih teruk lagi membuatkan sang penonton ketawa geli hati. Takkan ku biarkan cubaan dan dugaan melemahkan semangatku yang tak seberapa ini hanya kerana aku punya jiwa yang kerdil, tidak bermakna aku bacul dan pengecut yang hanya tahu menjuraikan air jernih dari kelopak mata dan menjejehkan air jernih likat dari gua yang berkembar itu. Kenapa perlu aku?

Lalu aku renung kembali jalan yang ku tempuh penuh liku. Syukur saja kerana tidak tertusuk sembilu kerana jalan yang kulalui walaupun berliku namun masih gersang dan tandus dari segala onak dan duri. Jadi aku kira aku belum layak menyertai sebarang contest penjelajahan berbiku-biku penuh ranjau yang sudah pasti memerlukan aku meredah halangan tak bertepi kerana ternyata aku masih tidak punya pengalaman yang cukup untuk itu semua. Namun tidak mustahil aku akan menempuhnya kelak walaupun aku sendiri tidak pasti adakah aku bersedia ataupun tidak.

Mudah sahaja untuk membayangkan. Cuma yang tidak mudah hanyalah apabila aku sendiri berdepan dengan kenyataan. Jadi persoalan tercetus lagi. Tapi kali ini biarlah ruang jawapan ku biarkan tak berisi.

Tuesday, September 18, 2007

Siut Punye Incubus

Huhu.. takleh tido la pulak malam nih. Rasa macam nak berborak, tapi tak ada siapa nak diajak berborak. So kat blog nih jelah tempat nak mengadu dan meluah perasaan. Heh. Nak buat posting kt forum pun malas sebab tak tau nak celah tang mana. Banyak selak-selak jek. Entahlah rasa macam bosan gile pun ada gak kekadang. Yelah asyik dok mengadap forum pagi petang siang malam. Kalau siang-siang tu boleh jugak la menyengal beborak dengan forumer lain, nih dah pepagi bute gini sape aje la yang tinggal. Jadi memang tak ada cara lain selain dari menaip merapu kat sini sambil layan Incubus.

Pagi semalam tak sahur pun. Itulah dia, aku jugak yang entah apa-apa. Pukul 3.30 pagi masih terkebil-kebil. Nak bersahur rasa macam awal sangat la pulak. Last-last aku main game sudoku sampai tertidur. Alih-alih bila tersedar dah dekat pukul 7 pagi. Melepas nak bersahur. Mr Shrek pun tak call pagi semalam untuk kejutkan aku bangun sahur, elok sangat la tuh kan. Bintat je hati aku bangun pagi tadi bila nampak makanan yang aku tinggalkan untuk bersahur tu. Huhu.... Teruk betul la lately, sahur sensorang, berbuka sensorang..sunyinye aku rasa.

Pagi tadi Ola called. This mommy to be rajin je nak hapdet pasal diri dia. Aku suka sangat sebab best je dengar cerita dia pasal pengalaman berpuasa dengan keadaan preggy tu. Kami berbual lama jugak, masing-masing berebut nak hapdet cerita. Tapi aku nih ape sangat la nak hapdet pun, so aku biarkan dia lebih banyak bercerita. Tak sabar nak jumpa mak buyong tuh tau. I know mesti dia dah jadik bulat gile and mesti cute sangat. Really hope dia taruk some of her current pics dia kt friendster soon. Nak jumpa entah bila. Mungkin nanti bila Mr Shrek pergi Manchester lagi seminggu dua, aku nak lepak kampung puas-puas. Jumpa kengkawan kat sana.

Ehehe..siut punye Incubus. Tengah aku menaip-naip nih tetibe aku dengar bunyik cengkerik sikit punye la kuat..lama pulak tuh. Seram aku sekejap. Tapi tiba-tiba aku terfikir pulak, mana datangnye bunyi cengkerik tuh, rupanya dari ending salah satu lagu Incubus nih. Saje nak buat aku gentar malam-malam buta nih. Eh, bulan puasa mana ade setan kan...kan ke setan kena tambat...kataku menyedapkan hati. Hahaha. Takde idea nak taip ape la tuuu...

Okey, cerita pasal forum pulak. Aku lately nih, sejak aku dah pandai menggedik kat situ, aku rasa cam dah lama aku tinggalkan posting-posting yang ala-ala bererti gitu. Sekarang asyik dok post benda merapu je. Aku teringat masa mula-mula pembabitan aku kat forum tu, perghh... punya la rajin buat posting membina. Ayat kalau tak berperenggan tak sah. Banyak je idea time tuh. Sekarang ni entahla. Nak berfikir pun malas. Lagipun aku rasa macam tak best jek. Sebab tak ada geng nak ajak berbincang secara ilmiah. Kalau aku sensorang je dok poyo buat posting serius, mau orang ingat aku nih ala-ala minah skema gaban la pulak. Entahlah, bila fikir-fikir balik, aku rindu nak buat posting macam dulu-dulu tuh, especially kat bod peberet aku satu ketika dulu yakni bod cinta. Banyak kenangan manis woaa...especially bile time part brainstorming dengan orang yang betul-betul arif soal cinta. Sekarang nih mana semua orang tuh pergi pun entahla. Eh, orangnya masih ada, tapi semua pun ala-ala buat haluan masing-masing gitu. Heh...

Aku hari nih entah kenapa boleh pulak buat pengakuan kat Chom pasal perasaan aku tentang forum tuh. Sebenarnya kekadang rasa macam give up jek nak lepak kat forum tuh tau. Aku pun tak tau la sebab ape, mungkin sebab aku terlampau banyak melepak kat situ sampai aku pun dah naik muak gamaknya. Tapi ada jugak la faktor lain yang menyumbang aku rasa, termasuklah kes yang membuat aku rasa cam sayu jek bile nampak kelibat salah seorang forumer tuh. Itu yang aku maleh tu. Tapi bila aku nampak kelibat seorang forumer lagi, tiba-tiba aku rasa sayang nak tinggalkan forum. Sebab bagi aku, beliaulah sumber inspirasi aku selama aku berforum dari dulu sampai sekarang. Untuk forumer tersebut, i think u know who u are. Heh. Bagi aku, dia tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang dan aku tau, setiap posting yang aku buat, dia ambil peduli. Begitu juga dengan posting-posting beliau, aku pun ambil kisah. Lantaklah orang nak cakap apa, hanya kami yang tahu ape yang ada dalam kepala masing-masing. Bak kata orang, weird minds think alike kan? Hikss..

Okey, tutup kisah forum. Cerita pasal berbuka puasa pulak. Tadi aku makan mee goreng dengan kari kambing. Entah ape-ape entah kombinasi makanan yang aku pilih tuh. Tapi tekak aku merayau ke situ jadi aku ikutkan ajelah. Lagi aku makan tau fu fa dengan minum air tebu. Cukup untuk aku sorang. Kenyang gile sebab aku minum banyak sangat. Kesian kat perut aku taw, mesti menderita. Tapi aku rasa tahun ni memang aku tak beriya sangat soal juadah berbuka ni. Sebab berbeza dengan tahun-tahun sudah, tahun nih memang aku bersederhana bab makan nih. Sebelum puasa pun aku dah tak berapa selera nak makan, jadi puasa kali ini bukanlah satu perkara berat untuk aku tunaikan.

Oh ya, i'm losing weight now. Jam tangan aku yang selama nih melekap bila dipakai tuh dah pandai nak menggelongsor pulak dah. Aku ingatkan ade skru yang tertanggal ke kat jam tuh, tapi bila aku amat-amati jam tuh tak ada masalah pun. Jadi tidak syak lagi tangan aku la yang mengecut tuh kan. Jadi syabas untuk diri aku sendiri, kerana sekiranya ini semua benar, maka sekarang nih adalah waktu terkurus aku dalam masa dua tahun. Tak sabar nak melaram masa raya tahun nih dengan imej kurus-sikit tu. Hehehe..mesti sedara mara bertanyakan apakah rahsianya. Jadi akan ku jawab tanpa segan silu bahawa rahsianya adalah jiwa sepi hidup sendiri. Heh...

Ha..dalam tak tau nak merapu apa, banyak jugak yang aku taip. Aku pun tak percaya aku cerita semua. Tak sangka itulah yang ada dalam kepala otak aku sedari tadi. Sekarang kosong dah. Eh, mana boleh kosong..macam-macam yang ada dalam kepala otak nih. Tapi simpan untuk esok-esok la pulak. Kalau ada material menarik, aku prefer buat entry yang ala-ala poyo sikit. Kalau takde material ini jelah yang dpt aku sajikan. Tapi kan bila aku fikir-fikir balik, okey jugak aku luahkan apa-apa kat sini. esok-esok aku baca balik, mesti aku sendiri tak percaya aku yang taip semua nih. Itulah dia kan..manusia memang cepat lupa. Eh, aku yang pelupa sebenarnya. Bukan semua orang. So okeylah, esok sambung lagi. Aku nak tidur kejap. Mudah-mudahan aku terbangun untuk bersahur pagi nih. Wrap.

Monday, September 17, 2007

Mature Looks

Recently I had this funny conversation with a friend. I said it's funny because i know he was just making fun of or in other words, teasing me but yeah, i found that the things he said were kinda true and valid to some people nonetheless.

It's all about looks really. I asked him, why guy normally have the younger looks than their actual age, but for girls, our looks appear naturally equal to our age and sometimes even older than what it supposed to be. And yeah, these are his point of views, very sensible and ironically, it hit me right under my nose. Heh.

" Kan pompuan asyik terhegeh-hegeh nak mature awal, so it shows on their face jugak. That's why girls have make up , facials, beauty products, facial masks, concealers and lotsa stuff to dab on their face, whereas people like us (guy) can live on sabun dettol!! "

Hehe..okey, that's just the intro. So far, i can't see any relevant issues related to that kind of statement. So here we go again.

" That's why girls are victim of their own needs. They need to be konon mature at a young age, and they go for konon mature guy because they perasan mature gok. So they end up with a relationship yang konon mature and they get problem because of that. Then they go crying to their friends because they blame the guys for not being matured, walhal diorang sendiri yang perasan mature and sebenarnya tak reti pun hal ehwal kehidupan mithali "

HAHAHA..i was laughing my ass off when i read his comment. Sampai macam tu sekali ke???? Kejam gile kan statement tu. Mengutuk tak hengat punye!. Heh. But yeah, despite the not-so-good feeling yang timbul after what he had said, i would rather take it as an honest opinion ever since i couldn't agree more with that statement. Well, basically it's not really applicable to all girls out there, but yeah, i think most of them (including me) have encountered this kind of experience.

Okey, back to the topic, why do we (girls) look older than what we supposed to be. Memang pasal make up ke? I dunno. I mean at certain age, we still need the make up to make us look younger right? HAHA. I wish i had the answer. But one thing for sure, maturity and mature looks are two different things. Haha. So what do u guys think? ;)

Saturday, September 15, 2007

In The Mood For Love

Ramadhan datang lagi. Aku gembira hari itu sebab berpeluang berjumpa teman-teman karib yang sama-sama belajar di pusat matrikulasi dulu. Sudah lama kami bercadang hendak berbuka puasa bersama tapi sering sahaja tidak berpeluang. Akhirnya waktu itu tiba jua, dan kami mengambil keputusan untuk berbuka di Bazaar MPS Seremban.

Kami betul-betul seronok hari itu, maklumlah masing-masing punya cerita yang tersendiri memandangkan kami sudah terpisah beberapa lama. Sesungguhnya berbuka puasa dengan rakan-rakan karib memang menceriakan dan kami lebih leka berbual daripada menikmati juadah berbuka puasa. Namun kerana tempoh yang agak suntuk kerana kewajipan solat Maghrib juga perlu dilunaskan, maka kami terpaksa menyingkatkan kegilaan kami. Oleh kerana aku punya wang yang lebih, jadi aku mengambil keputusan untuk membiayai majlis kecil itu. Lalu aku sendiri pergi ke kaunter untuk menjelaskan bil, sementelah rakan-rakan yang lain pergi ke surau di tingkat bawah.

Sementara menunggu makcik itu memulangkan wang baki, aku sempat memandang sekeliling dan pandangan aku tertancap kepada dua orang jejaka yang duduk di meja tidak jauh dari kaunter tersebut. Aku tertarik kerana mereka berdua sedang memandangku dengan tepat dan sedikit sebanyak membuatkan aku berasa tidak selesa. Aku pandang lagi sekali sebelum aku berlalu pergi, namun pandangan mereka masih tidak berganjak dari mengekori kelibatku. Aku hanya tersenyum sendiri dan mengalihkan haluan ku menuju ke surau di tingkat bawah untuk menunaikan kewajipan.

Selesai urusan kami di surau, aku dan teman-teman mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Terminal One Shopping Centre untuk memenuhi tuntutan hasrat kami yang sebetulnya amat suka meronda-ronda sambil bergurau senda. Sedang kami berbual-bual sambil berjalan, tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi orang sedang berlari-lari dari arah belakang. Aku yang mengetuai rombongan serta merta berteriak kepada rakan-rakanku agak memberi jalan kepada jejaka tersebut kerana memang tidak dinafikan, kami telah menghalang laluan pejalan kaki tersebut. Namun langkah kaki kami semua terhenti apabila jejaka yang berlari-lari tadi tiba-tiba berhenti di depan mata.

"Hi, excuse me, my name is bla bla bla....." Aku tak berapa ingat apa yang dikatakan beliau, malah namanya juga tidak kuingati kerana semuanya berlaku secara tiba-tiba. Namun yang pasti beliau berbahasa Inggeris sepenuhnya! Pada mulanya aku fikirkan beliau mahu bertanyakan arah atau sebagainya, namun apabila beliau mula bertanyakan nombor telefon, baru aku tersedar yang beliau sedang menyatakan keinginannya untuk berkenalan. Heh, dalam keadaan separa kaget, akhirnya aku punya kekuatan untuk menjawab, dan aku katakan kepada beliau yang aku tidak punya nombor telefon memandangkan aku baru sahaja kehilangan telefon bimbit beberapa hari sebelum itu. Beliau masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan, lantas mengambil sehelai kertas dari koceknya dan diatas kertas itu tertera alamat e-mail sambil menyatakan harapan agar aku sudi mengirimkan sesuatu ke alamat emailnya itu. Tanpa berfikir panjang, aku juga memberi alamat e-mail aku kepada beliau dan beliau menulisnya di telapak tangan.

Sewaktu beliau sedang menulis dengan berhati-hati setiap huruf yang aku sebutkan, aku mengambil kesempatan melirik kepada wajah teman-temanku yang rata-rata tersenyum dan tersengih-sengih atas insiden yang tidak diduga itu. Kemudian aku mengamati dengan jelas wajah jejaka tersebut sambil dalam hati aku berkata "Wah, handsomenya mamat nih" walaupun aku sendiri tidak pasti jejaka tersebut berbangsa apa, namun aku hampir pasti jejaka tersebut berbangsa Cina kerana iras muka dan warna kulitnya yang cerah di tambah pula dengan bahasa yang digunakannya. Selesai sesi bertukar-tukar alamat e-mail, beliau mengucapkan terima kasih dan beliau sempat tersenyum dan mengucapkan beberapa patah ayat yang berbunyi " You're beautiful, and I really hope to hear from you soon. Take care" lalu berjalan menuju ke bazaar semula.

Aku yang hampir terpukau, kembali ke alam nyata apabila teman-temanku yang sedari tadi menonton babak pendek tersebut menghamburkan kata-kata mereka diiringi dengan deraian ketawa. Masing-masing memberikan komen yang positif dan menyifatkan itu adalah babak terindah yang pernah disaksikan depan mata mereka dan aku sendiri mengakui, ianya memang indah. Dan yang lebih mengujakan apabila mereka tidak putus-putus memuji kekacakan rupa paras jejaka tersebut dan betapa mereka kagum dengan cara jejaka itu yang disifatkan sebagai seorang yang sungguh berani dan gentleman. Aku hanya mampu tersengih-sengih tidak percaya dan terus-terusan membelek kertas yang tercatat alamat e-mail jejaka tersebut sebelum menyematkannya ke dalam dompet dengan hati yang gembira bukan kepalang.

Kisah itu tidak berakhir di situ, malahan rakan-rakanku tidak putus-putus memperkatakannya walaupun kami waktu itu sedang menuju ke kediaman salah seorang rakanku. Mereka sungguh teruja untuk melihat aku berbuat sesuatu supaya perkenalan dengan jejaka itu tidak terhenti di setakat itu sahaja. Dorongan dari teman-teman membuatkan aku sendiri tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan kami selepas itu kerana aku semakin hanyut dengan angan-angan aku untuk mengenali jejaka itu dengan lebih dekat. Malam itu aku kira, aku telah berjumpa seseorang yang sungguh menarik perhatian walaupun aku sedikit kesal kerana tidak berupaya untuk mengingat nama beliau. Aku bertanya kepada teman-temanku, namun mereka juga tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat nama dan bangsa jejaka tersebut. Malam itu aku tidur dengan perasaan yang bercampur baur, sambil dalam hatiku berkira-kira apakah yang perlu aku lakukan. Adakah aku patut memulakan segalanya, atau biarkan jejaka itu memulakan langkah pertama? Lalu aku mengambil keputusan, biarlah masa yang menentukan.

Setelah tujuh tahun berlalu, kini, Ramadhan datang lagi. Namun kenangan terindah tersebut masih terpahat dalam ingatan. Itulah antara kisah terindah dalam hidup aku kerana pada malam itulah, buat kali pertama aku bertemu jejaka idaman. Jejaka yang aku sendiri tidak pasti identitinya, sungguh misteri dan aku kira sungguh istimewa kerana kehadirannya tidak pernah disangka-sangka. Namun kini, aku tidak lagi perlu berteka teki mengenai identitinya, kerana beliau telahpun aku kenali. Apabila aku mengenang kembali perasaanku di malam bersejarah itu, aku bangga kerana akhirnya impianku menjadi nyata. Nak tahu siapa beliau? Beliah adalah salah seorang dari dua jejaka yang memandangku tanpa jemu sebelum itu dan itulah dia, love of my life - Mr Shrek....

Jatuh cinta pandang pertama? Ya, kami akui. Dan ianya di bulan Ramadhan. ;)

Thursday, September 13, 2007

Tazkirah of the day

Sempena bulan yang mulia ini, aku ingin berkongsi sedikit info mengenai persiapan dan perlaksanaan puasa yang seharusnya dilakukan demi penghayatan Ramadhan yang lebih mendalam. Jadi sama-sama kita hayati.

  • Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, " Barangsiapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka " - Al-hadith

  • Memohon maaf kepada dua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat kamu, di mana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim kamu yang pernah terjadi selama kamu berhubungan.

  • Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati ( iri hati, dengki, hasad, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong ) sebelum, ketika menjalani ibadah puasa mahupun sesudahnya.

  • Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalani ibadah-ibadah nafila (tambahan)

  • Tingkatkan iman dah taqwa, selenggarakan dan hadiri majlis ilmu Islam di tempat kamu.

  • Perbanyakkan membaca dan memahami Al Quran Al-Karim, dan sekira mampu upayakan khatam satu juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.

  • Lakukan aktiviti biasa kamu lakukan sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan sia-sia tanpa nilai pahala.

  • Tingkatkan amar makruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah S.W.T dan perbanyak bersabar.

  • Usaha untuk beriktikaf selama sepuluh hari terakhir Ramadhan, sesuai dengan sunnah Rasulmu.

  • Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima di sisi Allah S.W.T tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.

Haa..okey tak?. Aku tau aku bukanlah baik sangat pun, tapi aku rasa setiap orang berhak untuk dapatkan panduan supaya kita sama-sama dapat pengajaran daripadanya demi menjalani kehidupan dengan lebih baik. Sama-sama kita mengahayati pengisian Ramadhan ini.

Sumber : NPC

Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh keberkatan aku kira. Bulan yang paling sinonim dengan segala nikmat kebaikan yang melimpah ruah kerana dalam bulan Ramadhan ini, setiap kebaikan yang kita lakukan mendapat habuan yang berkali ganda besarnya. Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan aku harap aku dapat menjalani kewajipan ini dengan sebaik mungkin.

Kepada semua, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita mendapat cahaya keberkatan dan keimanan yang kukuh di bulan Ramadhan ini. Pada aku, cahaya Ramadhan telah mula menunjukkan sinarnya apabila aku merasa sungguh tenang hari ini setelah melalui hari-hari yang agak suram kebelakangan ini dan aku harap sinar ini akan membawa kebahagiaan hati dan fikiran kepada aku dan rakan-rakan semua hinggalah ke kesudahannya. Amin.

Kandang Lembu?

Aku terima sms baru-baru ini dari seorang teman dan ianya berbunyi begini:


" I cannot emphasise enuff how important it is for people to wear perfume or at least take a shower kalu naik tren. I feel like dalam kandang lembu 8-/ hmmmph "


" I think there should be a law for minimum hygiene for tren passengers, but kalu orang kentut tu, xleh buat ape la kan heh "




Aku gelak macam hape jek bila aku terima sms nih. Bukan sebab sms tuh kelakar, tapi aku tengah bayangkan keadaan beliau yang tengah bersesak-sesak dalam tren tu dengan bau-bauan yang bermacam-macam. Hahaha.. aku bersyukur sebab tak perlu melalui keadaan macam tuh. Jadi aku cuma dapat bersimpati dengan nasib beliau. Hehe.

Tapi kan, bila aku fikir-fikir la..logik ke idea dia tuh? I mean sampai nak cerita pasal patut ada law berkaitan hygiene penumpang-penumpang tren. Pada aku la, macam mana kita nak buat ye, sebab seperti yang kita tahu penumpang-penumpang tren tu semuanya terdiri daripada pelbagai latarbelakang kehidupan. Jadi dah semestinyalah tak semua mampu untuk pakai perfume.

Dan bagaimana pulak dengan mandi? Ya, rasanya mestila semuanya mandi kan..tapi mandi sebelum naik tren? Wahhh..macam mana yek? Mungkin kalau baru keluar rumah, masing-masing memang dah mandi, tapi bagaimana pula waktu pulang? Sediakan tandas khas untuk penumpang-penumpang tu mandi sebelum naik tren? Ehehe..mustahil la kan.

Tau tak pukul berapa teman aku sms aku tuh? Pukul 6 petang! Haa..perfect kan, penuh dengan orang nak balik kerja, memang harus la sesak gila. Jadi berdasarkan pendapat aku lah, tak boleh la kita nak salahkan penumpang-penumpang tuh sangat. Sebab dah sah-sah lah ramai orang yang dalam keadaan berpeluh-peluh naik tren tuh setelah seharian bekerja dan kita nih pulak tinggal kat Malaysia, faktor cuaca pun kenalah diambil kira. Cuaca negara kita nih kan panas dan lembab, jadi sendiri mau ingat!! Hahaha..

Jadi aku buat kesimpulan apa tau, teman aku tuh dah pasti la sedang beremosi sewaktu mengantar sms-sms tuh kepada aku kan? Atau dengan lebih tepat lagi beliau memang mengada-ngada nak tunjuk poyo dengan aku. Anyway, i'm so sorry to hear that dude!! Hahaha.. entah kenapa aku rasa macam nak gelak sangat-sangat. Bukan apa, wahhh..banyaknya manusia-manusia poyo di sekitar aku sekarang! Aku ingatkan aku seorang aje yang poyo. Betul cakap ayah aku, i'm not alone. HAHAHA.....

Wednesday, September 12, 2007

PC of the day

Okey, aku ada material menarik untuk diletak dalam entry kali ini. Perlu diingat, apa yang akan dipaparkan mungkin menyebabkan ada diantara kamu akan berasa loya dan mual, jadi sila bertanggungjawab atas keinginan kamu sendiri.



Haaa..kellass kan. Aku teruja tau bila ada posting yang ala-ala press conference gitu yang dibuat oleh salah seorang forumer terhangat katanya di forum. Jadi kepada sesiapa yang tak mengerti, suka aku nyatakan bahawa Soyabean yang dimaksudkan adalah aku. Press conference itu adalah sesuatu yang tidak aku sangka-sangka sebenarnya dan aku kurang pasti pula siapa yang telah menspeku kami berdua. Tapi kan, poyo jek mamat yang buat press conference tu kan?. Ape pendapat kamu semua? Hikssss...

Friday, September 7, 2007

Sacrifice

I'm feeling blue..again. To be honest i'm really tired of being like this. Too much emotion involved and i don't think i can manage to handle any consequences due to my helpless feeling. Yeah, i really need someone to talk to but i don't think that would be much helpful since nobody knows me like i do and i don't trust people that much either. So i just keep it to myself and let myself drown into this feeling bit by bit until i feel sober by any chance, sooner or later.

I do admit, this part of my life is particularly stressfull since i have to do almost everything on my own. Frankly speaking this is not me being not independent enough but once in a while i think need someone who is willing to share everything, someone to talk with, someone to be by my side whenever i need him and someone who gives a damn about me and anything i ever wanted. Am i lonely? Yeah, i absolutely agree with that statement. I might be surrounded by some happening crowds but at the end of the day, i found my soul's crawling in the dark with all the emptiness within. I couldn't help it. I feel like my soul is thrown into misery and surrounded by endless sorrow. Heh, such a dramatic ending eyh?

I used to have someone, happen to be my soulmate so to speak. We did everything together, rode our great roller coaster of life together and shared every single dream together but now, seems like i'm on my own. I feel isolated by being neglected by someone i trust most. Well, am i some selfish jerk who keep whining about every unfateful events which happen to be my destiny? I certainly think so. Heh. I'm such a jerk. Or should i put the blame on him instead? Owh i don't think it's appropriate to blame on him either. I'm totally aware that if he was given the oppoturnity to make things better, he would just grab it. It's totally unfair for me to put the blame on him alone since i know what he's doing now is for the sake of our own future. Then what or whom should i put my blame to?? Nothing right? So..this is what we called SACRIFICE.

I had a phone conversation with someone i love last night - my dad. He's the one i turn to everytime when i'm feeling down. He knows me well than anybody else does. In fact my soulmate doesn't know me well like he does. But i won't simply turn to him if my problem is not crucial. But last night, he called me and asked me on how am i doing. Based on the question and the tone of his voice, basically i knew what kind of answer that he expected. I said i'm doing good but suddenly he lowered his voice a bit and.....

I just listened to every words he said and later on i couldn't help myself from burst into tears. He exactly knew what's on my mind and i didn't surprise because he always be the one who can read my mind without being near me. And last night, i learnt that new word, SACRIFICE. Yeah, i've heard that word before but i didn't know the exact meaning of that word until last night. I wonder because there were so many people keep mentioning the sacrifice word to me, but ironically i don't give a damn about it. Yup, i'm stubborn. I wouldn't realize and i wouldn't simply listen to anybody, but when it comes to my dad, miracally enough his words could penetrate into my mind easily. He put it very nicely and amazingly, it suits my current situation. Obviously it wasn't the only lesson i learnt from him last night but way more than that, i realized..whatever i do or whatever i go through, i'm not alone...

Well, whenever i feel so lost, i can just go back to the start. That is the basic idea i got from my dad. He didn't say it directly, but he did say something like this "when u count to ten and suddenly u forget in the middle, just count back from one". Yes..that is what i'm gonna do. And in fact today i keep thinking about the sacrifice issue. Yeah, somehow it makes me feel better. I realized, sometimes life is just not to be the way we always expected, but no matter how hard it is, we just go through it. We gotta fight every step of the way for the pursuit of happiness.

Hmm..i feel better now. Really. But if he only knew how much i miss him, that would be better. Yeah, i can be more understanding, but still i couldn't get rid of this lonely feeling. Hope everything will be over soon and i can't wait to hold him back in my arms again....

Wednesday, September 5, 2007

Sayonara

Anda semua masih ingat tentang Jejaka Eksklusif? Rasanya semua masih ingat..masakan boleh lupa jejaka yang hangat itu walaupun aku tak berapa pasti adakah beliau masih hangat ataupun suam-suam kuku sahaja. Heh..namun begitu melalui blog aku ini, ramai yang telah mengenali beliau dan sedikit sebanyak aku merasa gembira kerana beliau memang layak mendapat perhatian dari banyak pihak kerana sesungguhnya kami memang punya persamaan iaitu menjadi 'attention seeker'. Ahahaha...

Jadi hari ini aku merasa terpanggil untuk bercerita tentang beliau sekali lagi memandangkan memang ada berita baru tentang beliau. Aku cuba untuk menaip tanpa beremosi banyak, kerana terus terang, aku sedikit beremosi apabila mengambil keputusan untuk membuat entry kali ini.

Setelah sebulan lebih beliau berada di Malaysia untuk bercuti, akhirnya kelmarin beliau telah meninggalkan tanahair tercinta ini untuk kembali kepada rutin beliau iaitu menuntut ilmu di negara orang. Walaupun Jejaka Eksklusif bukanlah teman lama aku, dan lebih tepat kami baru sahaja bertemu, namun aku tidak nafikan beliau telah menjadi teman rapat aku sewaktu beliau berada di sini. Aku kurang pasti bagaimana kami boleh menjadi rapat, tetapi aku tahu kami memang punya keserasian untuk berkawan. Seperti yang pernah aku katakan, bukan selalu kita berjumpa seseorang yang istimewa yang boleh memberi kesan dalam hidup kita walaupun kehadirannya sebentar cuma. Dan kali ini..aku rasa aku dah bertemu seorang kawan yang aku kira sungguh istimewa, itulah dia.. Jejaka Eksklusif.

Bayangkan selama sebulan lebih beliau di sini, impaknya sama seperti mana-mana persahabatan aku dengan kawan-kawan lama yang lain. Aku tidak nafikan, mungkin tempoh beliau berada di sini yang tidak panjang membuatkan kami terpaksa menggunakan segala peluang yang ada untuk membina persahabatan itu. Tetapi aku masih wonder memandangkan dalam masa yang sungguh singkat, beliau menjadi seorang yang sungguh memahami diri aku dan terus terang aku katakan di sini, beliau banyak membuat aku mengenali diri sendiri. Amat susah untuk aku jelaskan di sini sebenarnya, kerana aku sendiri tak mampu untuk ungkapkan dengan kata-kata betapa wonder nya aku dengan persahabatan kami itu. Dengan beliau terasa semuanya jadi mudah, dan kami melepasi 'comfort level' tuh dengan senang sekali sehinggakan kami boleh berbicara tentang apa sahaja dengan rasa selesa. Kami boleh berbicara isu serius mahupun berlawak jenaka tanpa sesiapa berasa tersinggung. Mudah kan? Dan aku yakin sekali bahawa keserasian dan persamaan kami yang banyak membantu sebenarnya.

Sebulan beliau berada di sini, terasa begitu pantas masa berlalu. Aku yang selama ini menjalani kehidupan biasa-biasa sahaja tiba-tiba menjadi menarik dengan kehadiran beliau. Heh..jangan salah faham, maksud aku beliau banyak menceriakan hari-hari aku setiap hari dengan pelbagai cerita yang kami kongsi bersama. Walaupun kadang-kadang kami asyik mengutarakan soal dan isu-isu yang sama, tetapi entah kenapa tak pernah pulak aku berasa muak malah setiap kali itu juga la aku berasa puas hati apabila aku mendengar idea-ideanya itu kerana setiap kali itu juga la aku berjaya meneka dengan tepat ayat-ayat yang bakal dikeluarkannya. Hehe..punya la kerap dengar kan, sampai aku dah boleh agak apa yang akan beliau perkatakan. Maklumlah, setiap hari kami berbual di telefon. Duit habis untuk top up tak payah cerita la, memang habis sia-sia kadang-kadang tuh namun aku rasa sungguh berbaloi. Dan aku tahu beliau juga banyak berhabis duit untuk menambah kredit telefon dan aku sungguh terhutang budi untuk itu semua. Lantaran itu juga la aku merasa kami sungguh rapat memandangkan kami berkongsi semua cerita! Heh..

Namun kini, semuanya dah berlalu. Beliau pun dah kembali ke Germany dan semuanya akan kembali semula ke asal. Tiada lagi panggilan sengal di tengah-tengah malam (maklumlah tengah malam lebih jimat katanya), tiada lagi sms-sms tanpa mengira waktu yang menyakitkan hati (tapi aku baca sambil tersengih-sengih sebenarnya) tiada lagi hantu sushi yang boleh aku lihat, tiada lagi mamat cute yang sering memegang beg plastik dan menjadi penumpang tatkala aku menjadi mak supir, tiada lagi model murahan untuk menjadi mangsa lensa kamera aku dan tiada lagi nombor untuk aku dail ketika aku sangap dalam kebosanan. Heh..terlalu banyak yang hilang kan..tetapi semuanya akan lekat dalam memori otak aku nih. Semoga semuanya akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Aku yang menghantar beliau ke airport untuk berangkat pulang ke sana. Aku ditemani rakanku Nurul kerana kebetulan aku tidak punya kenderaan pada hari tersebut. Bukan sebab apa, Jejaka Eksklusif itu punyalah sengal sampaikan tarikh penerbangan pun boleh keliru. Nasib baik semuanya berjalan lancar, kalau tak kempunan la aku nak berjumpa beliau buat kali terakhir. Heh. Jadi sempatlah aku menemani beliau di saat-saat terakhir beliau di sini. Dan sempat juga aku makan sushi bersama-sama dengan beliau buat kali terakhir. Lepas nih mungkin aku tak mampu nak makan sushi lagi kerana sushi bukanlah salah satu makanan kegemaran dan yang lebih penting lagi aku takut aku akan teringatkan beliau. Hikss.. Poyo je kan, tapi itulah dia, andaikata aku melihat atau makan sushi lagi selepas ini, maka sudah tentu akan teringatkan beliau kerana beliau memang hantu sushi. Huhuuu..

Entah kenapa aku merasa sungguh sebak pulak bila menuju ke airport tuh. Dekat airport pun aku masih terasa sebak. Heh..sengal betul aku kan. Aku cuba mengawal emosi tetapi bila mengenangkan yang aku takkan berjumpa dengan beliau lagi untuk satu satu jangkamasa yang sangat lama, aku jadi emo sendiri. Aku segan nak cerita di sini sebenarnya, tetapi aku ingin jadikan entry ini sebagai salah satu entry yang bermakna buat diri aku sendiri supaya aku boleh ingat semua ini di masa hadapan. Aku tak malu untuk berterus terang, aku bukan berasa sedih tetapi rasa agak sebak dan aku tahu aku akan merindui (haa...jangan salah faham) semua kenangan bersama beliau. Heh. Betapa bertuahnya lah kawan aku yang sorang nih kan, sebab berjaya membuat aku sebak tak tentu pasal. Hikss..

Jadi sekianlah sahaja cerita aku tentang Jejaka Ekslusif kali ini. Heh..kali ini? Yelah..mungkin ada lagi cerita tentang beliau di masa depan memandangkan dia bukan hilang terus. Dia ada lagi cuma dah jauh di mata sahaja. Dalam YM, dalam forum beliau masih ada. Heh. Aku masih boleh bercakaran dengan beliau seperti biasa. Semoga beliau baik-baik sahaja di sana dan berjaya dengan apa sahaja yang beliau usahakan. All the best to u bro!! Ada masa kita ketemu lagi (dengan aksesori-aksesori tambahan barangkali) Hikss...

Sekian.

Mysterious Guy

Pernah tak hidup kamu semua diselubungi misteri? Hikss.. Macam ape jek kan. Ala-ala misteri nusantara gitu. Setakat ni Alhamdulillah, aku tak pernah mengalami pengalaman misteri atau mistik nih. Lantaran aku nih kategori penakut ya amat, jadi aku bersyukur kerana tak pernah mengalaminya. Tapi hari nih bukan pengalaman misteri dan mistik yang hendak aku perkatakan, tetapi mengenai seorang Jejaka Misteri yang menjengah dalam hidup aku kebelakangan nih. Haa..mula la tuh nak speku-speku. Lantak u ols laa.. Hikss..

Jejaka nih misteri sangat tau. Dah lama aku skodeng dia (beliau pun skodeng aku jugak rasanya). Nak tau pasal dia sikit la punya susah. Walaupun kami boleh berbual-bual seperti biasa, tetapi terlalu banyak tentang beliau yang tidak aku ketahui. Lantaran sikapnya yang sebegitu, lagilah aku bersemangat nak tahu kan. Aku pun kurang pasti kenapa beliau nak bermisteri-misteri sangat, mula-mula aku sendiri tak faham. Tapi lama-kelamaan aku tak kisah sangat sebab beliau mesti punya sebab tersendiri untuk kekal misteri. Namun yang penting, ada sesuatu tentang beliau yang menarik perhatian aku. Beliau sweet, noty and he rawk!!!Hikss.. Aku tengah buat pengakuan berani mati nih..mati la mak kalau kena speku. Tak kisah la kot..kamu semua pun bukannya tahu beliau tuh siapa. Maklumlah, Jejaka Misteri la katakan. Heh

Namun baru-baru nih penantian dan persoalan yang sering bermain-main dalam fikiran aku nih akhirnya berjawab. Beliau akhirnya bersedia untuk keluar dari tempat persembunyian dan mendedahkan sedikit sebanyak mengenai diri beliau. Termasuklah..jeng jeng jeng...wajah beliau!! Yehhaaa...aku suka sangat tau. Aku agak berdebar-debar juga, maklumlah selama nih aku memang tak dapat membayangkan walau sedikit pun ciri-ciri fizikal beliau memandangkan daya imaginasi aku memang rendah. Tapi akhirnya ia menjadi realiti.. And u know what, he's not bad at all!!! :P Hikss.. Nak tau siapa jejaka misteri tu? Tak payah la..aku sendiri tak sudi nak beritahu sebab entah kenapa, aku lebih suka dia kekal misteri kepada semua orang. Biarlah dia tidak misteri di mata aku saja kerana aku lebih berhak. Eh, poyo je kan..tapi jejaka misteri jugak yang cakap gitu tau. Beliau rela menjadi tidak misteri demi aku. Hoho..makin poyo aku nih. Jadi aku hentikan kepoyoan aku dengan masuk ke perenggan lain.

Aku kesian juga kat beliau tau. Selama nih kononnya punya la menjaga kemisterian beliau dengan semua orang, tapi aku telah memusnahkan impian beliau dengan tidak sengaja. Namun begitu, aku amat berterima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi identiti beliau yang sebenar. Dan aku kira aku semakin selesa dengan beliau walaupun beliau menjadi sedikit malu-malu kucing gara-gara identitinya yang telah terbongkar. Walau bagaimanapun, sekiranya Jejaka Misteri membaca entry ini, aku nak berpesan: Awak, i just like the way u are, dan saya harap awak kekal sepertimana diri awak sekarang sampai bila-bila pun..dan saya..hmm..hmm..takpe..nanti saya sambung lagi. Dan satu lagi, janganlah malu-malu kucing. Stay sweet, noty n rock. Hikss..

Jadi sekian saja kisah Jejaka Misteri. Kalau cerita banyak sangat tak jadi misteri lagi nanti. Dan apa kaitan aku dengan Jejaka Misteri nih, biarlah ia kekal misteri juga. Heh. Siyes shit, i'm an attention seeker. Ngeh ngeh ngeh. Maafkan aku kerana not being myself today (lately to be exact), but sometimes jadi begini memang fun! :P So..till then.

Sunday, September 2, 2007

Merdeka!!!

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Aku harap aku masih belum terlambat untuk membuat entry berkenaan hari ulangtahun kemerdekaan ini lantaran ianya sudah berlalu tiga hari lepas. Namun atas kesibukan (buat-buat sibuk sebenarnya) aku tak sempat nak buat entry ini lebih awal, jadi aku mengambil kesempatan yang ada sekarang untuk menaip seberapa baik bagi menceritakan serba sedikit berkenaan aktiviti aku di hari tersebut, yakni di ambang mereka, 30 Ogos 2007.


Sebelum aku bercerita mengenai aktiviti aku, ada baiknya aku meluahkan perasaan aku berkenaan merdeka dalam beberapa baris ayat. Aku sebagai seorang warganegara Malaysia, yang cintakan tanahairku ini, sungguh berbangga dan gembira dengan apa yang Malaysia capai sekarang. Betapa aku terhutang budi kepada pejuang-pejuang kemerdekaan kita di masa lalu kerana perjuangan mereka yang tidak mengenal erti kalah dalam menuntut kebebasan sebuah negara yang disebut M E R D E K A. Dan aku berharap semoga Malaysia kekal makmur aman bahagia sampai bila-bila dan rakyatnya (kita semua) bersatu padu mengekalkan erti sebenar sebuah kemerdekaan.


Aku sebenarnya tidak membuat sebarang rancangan untuk menyambut atau meraikan hari kemerdekaan mahupun sebarang pesta ambang merdeka. Bukan kerana aku tidak punya semangat patriotisma yang tinggi, tapi aku sebenarnya agak keberatan untuk bersesak-sesak kerana itu akan menyebabkan aku rasa rimas dan gelisah. Jadi aku bercadang untuk meraikannya di rumah sahaja dengan menonton tv dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Walaubagaimanapun, tepat jam 11 malam tanggal 30 haribulan lapan, Mr Shrek mendapat satu idea di mana amat wajar untuk aku pertimbangkan. Dengan lagak seperti seorang insan sesat yang baru mendapat hidayah, beliau dengan tiba-tiba telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "Malaysia dah merdeka 50 tahun, kita sepatutnya merasa bangga dan keluar menyertai orang lain menyambut merdeka untuk dijadikan kenang-kenangan kerana kita mungkin tak akan sempat untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 100 tahun kelak". Ayat itu biasa-biasa saja, namun dengan tak semena-mena aku pun mendapat semangatnya dan lantas aku bersetuju dengan idea beliau untuk keluar menyertai seluruh rakyat Malaysia untuk menyambutnya dengan gembira. Ahaha.. ayat apa yang aku taip nih? Hikss..


Memandangkan masa semakin suntuk, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Putrajaya sahaja kerana lokasinya yang berdekatan. Sesampainya di sana, keadaan amat sesak, dan kami terpaksa memarkir kereta agak jauh dan berjalan kaki sahaja ke tempat kejadian. Aku kurang pasti apakah kemeriahannya, tetapi apabila menonton persembahan bunga api sambil diiringi laungan dan jeritan umat manusia, barulah aku semakin mengerti (walaupun masih terpinga-pinga). Walau bagaimanapun, aku agak seronok menonton persembahan bunga api tersebut walaupun aku tidak berapa pasti apakah relevannya bunga api dengan merdeka. Hmmm..tapi tak mengapa, aku anggap ianya cuma sebagai trend semasa dan sempat juga aku mengambil gambar kenang-kenangan.



Bunga api merdeka

Color effect tak hengat punye..heh

Sebetulnya aku lebih gemar melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam dan gaya. Semua kaum, kecik besar tua muda turut sama-sama meraikan. Bayangkan, dengan keadaan malam yang agak lewat, semuanya termasuk kanak-kanak kecil diberi kebebasan untuk menyertai pesta diambang merdeka tersebut. Meriah juga. Heh..mungkin bagi kanak-kanak kecil tersebut, itulah kebebasan sebenar yang perlu mereka kecap biarpun sebentar cuma sebelum kembali ke rutin asal yang menuntut mereka tidur awal saban malam. Aku tak mahu sebut tentang gelagat muda mudi yang keluar yang mengambil peluang keluar dengan pasangan masing-masing kerana seperti yang kita sedia maklum, itu juga merupakan satu kebebasan. Hikss...


Waktu pulang merupakan waktu yang agak menyenakkan perut dan menyakitkan hati kerana lalulintas sangat sesak memandangkan masing-masing berpusu-pusu keluar dari Putrajaya menuju ke kediaman masing-masing ataupun ke destinasi seterusnya bagi sebahagian yang belum bersedia pulang ke rumah. Perghhhh...punyalah sedap mengadap jem, jem strawberi pun tak sesedap itu aku kira. Heh.. Tapi aku tetap melaluinya dengan tabah dan aku mengambil peluang tersebut sebaik mungkin dengan berbual santai dengan Mr Shrek. Satu perkara yang amat jarang kami lakukan kerana beliau sentiasa sibuk kebelakangan ini. Lagipun ada beberapa insiden yang agak menghiburkan sewaktu kami dalam keadaan tersangkut dalam kesesakan tu. Kalau kamu semua nak tahu, adalah seorang wanita ni, kereta beliau naiki bergerak sebelah kereta aku. Memandangkan waktu tuh aku yang memandu, dan beliau pula duduk di seat sebelah pemandu yang juga seorang wanita, maka aku memang nampak jelaslah wajah wanita tu. Sekali aku tengok dia tengah menangis daaaa...Hikss.. Aku suruh Mr Shrek tengok dan beliau pun mengiyakan bahawa wanita tu memang tengah menangis. Jadi dek kerana bosan, aku dan Mr Shrek mula membuat andaian apakah yang membuatkan wanita itu menangis. Mr Shrek kata, mungkin beliau sedih sebab teman lelaki beliau buat hal dan cancel date mereka untuk sambut merdeka bersama-sama. Tapi aku fikir, wanita tu menangis mungkin sebab beliau tak ada teman lelaki, jadi beliau sedih bila tengok semua orang keluar dengan teman lelaki masing-masing. Atau mungkin juga beliau tak tahan stress terperangkap dalam jem strawberi tuh kan. Tapi akhirnya persoalan terungkai juga apabila wanita itu menguap banyak kali dan setiap kali itulah airmatanya berjuraian di pipi. Ahahaha...wanita tuh mengantuk sebenarnya!!! Mungin memang sejak azali lagi beliau akan mengeluarkan airmata setiap kali menguap. Hikkss..serentak aku dan Mr Shrek ketawa terbahak-bahak. Terhibur hati aku tau. Heh.


Jem strawberi kan?? Hikss



Aku sampai rumah kira-kira jam 2.30 pagi dan aku menghabiskan banyak masa berfikir tentang apa sebenarnya maksud kemerdekaan dalam diri kita sendiri. Aku tahu setiap orang punya persepsi masing-masing tentang maksud kemerdekaan, jadi biarlah semuanya menjadi petunjuk untuk diri masing-masing. Jadi sekian saja cerita pasal merdeka. Cuma aku harap soal kemerdekaan bukanlah hanya patut diingati pada hari kemerdekaan sahaja..tetapi setiap masa. Walaupun negara kita sudah merdeka, tetapi adakah jiwa dan minda kita juga sudah merdeka? Sama-sama kita fikirkan.