Sunday, March 30, 2008

Resepi Salad Istimewa :P

Nih aku nak cite sket pasal satu kejadian sengal malam tadik.


Ade la seorang jejaka yang jauh di mata (tapi dekat di hati..eceh.. :P) ni yang sibuk sangat nak tengok my current pic kan. So aku janji la kat beliau yang aku akan kasik malam tadi tapi dengan syarat kena exhange la kan. Beliau pun kena la update beliau punye gamba jugak.

Actually aku yang mengada-ngada sangat nak tengok pic beliau yang current. Sebab entah apesal aku nih teruja la pulak nak tengok his current look. Yelah..nak la tau..adakah paras kehenseman beliau semakin bertambah, ataupun ape2 jelah perubahan yang perlu aku tau for the sake nak memuaskan hati aku nih. Hehe...

So last nite, aku suh beliau kasik gamba. I told him, u tunjuk la gamba u dulu, kang baru i kasik mine. So dengan serba naive nya beliau pun tunjuk la gamba beliau dulu kan...then when it's my turn, aku cakap..sorry...takde... Huhu...maka jejaka nih terus la say 'Bye'. Huhuh...merajuk siutttttt....wakkakak... Okla..okla..my bad sebab kencing kat beliau. It wasn't my intention really nak kencing beliau cemtuh. Tapi aku dah tak leh tunggu dah...menggelabah nak tengok sangat.

Ok, dah tengok. Okla..masih hensem (err...cute la kot) in other words, sama jek macam masa kami jumpa dulu-dulu tuh... Eh yeke sama..Jap, rambut dah panjang siutttt..tapi takdela panjang sangat, cuma mungkin dalam usaha nak memanjangkan lagi rambutnya ittew. (Hehe...aku syak beliau nak memaksimumkan kekiutan beliau sebab dengar2 nya ramai yang cakap beliau lebih cute berambut panjang). Tapi bagi aku pulak, beliau nampak cute bila berambut pendek...tapi menjadi hensem bila berambut panjang...opss... :P

Sori, entry nih bakal menimbulkan simptom-simptom loya dan mual kepada sesetengah pembaca. Sila baca dengan kesedaran sendiri oke. Aku takmo bertanggungjawab...:P Oke, aku sambung lagi. Aku ingatkan mukanya bertambah cengkung ke hape kan..sebab tiap kali aku tanya, tak pernah la beliau nih cakap makan benda yang heavy..asyik salad, salad dan salad..ekekke.. Tapi ropernye...oooo..itu keje beliau di sana ye..salad tuh kata lain bagi menternak badan kot. Eh, mungkin tidak sebab aku mana nampak badan beliau naik ke tak..tapi mukanya samaaaa jek cam dia kat Mesia nih arituh (fine laa...kat sinih beliau kasik alasan makan banyak) but now tengok??? A hell lot of salad u haf there eh, J Eks?? Ekekke...

Oklah, takmo taip pepanjang. Majuk lagi jejaka nih kang. Nih kang kat wedding cousin aku, aku akan tangkap sebanyak yang boleh gamba aku nih. Biar termuntah jejaka nih menengoknye. Nak sangattt....ekekek..oh ye, lupe..beliau suh aku tangkap gamba awek2 kat sinih bebanyak untuk tatapan beliau yang jauh tu. Oklaa..aku akan pertimbangkan. Kesiannn...awek mat saleh bukan taste beliau kott.. :P

Well, J Eks, jom kita calettt skett. Calet for ketembaman melampau. Ekekekke..Jangan majuk lagi naa...


* Len kali bleh tak pose elok2 sket tak?. Nih selenga ya amat. Cam tak mandi pagi. Seb baik la cute...sabo jele. Huhuhu...

Selamat Pengantin Baru Bong & Ina

Last nite me and Mr Shrek pergi ke wedding reception Bong & Ina di Tun Rahah Grand Ballroom kat Menara Yayasan Tun Razak. It was a simple yet sweet reception actually sebab ada sambutan anniversary parents Ina yang ke 40 jugak. Tema majlis adalah berwarna pink (mengingatkan aku kepada majlis reception aku dulu jek) and pengantin pakai baju warna putih. Sweet..

Actually Bong merupakan one of the team crew during My Team project arituh. He's the editor. So semalam, we managed to meet some other crews, including Sara and bf, Jeff, Tix and Big Zack. Berharap untuk jumpa lebih ramai ex-crew, but most of them couldn't make it.

Well, since the event was held kat tempat yang cemtuh and agak tertutup, i tried to look proper la kiranya. Heh..mengade jek aku rasa. The funny thing was, tempat tuh kitorang tak familiar sangat actually. Kami keluar awal sebab majlis bermula jam 8, but ended up kami sampai lebih kurang kul 8.30 mlm. Mana taknya, kami dah terlepas tempat tuh, and terpaksa la pulak meredah jalan Bukit Bintang yang sesak tuh and terpaksa buat a big u turn. Dah lah tuh..bila sampai kat parking, terkial2 la pulak nak carik lift ke lobby. Iskk...geram betul. Cair dah mekap aku. Seb baik sempat sampai on time. Tak lama lepas kami dapat tempat duduk, pengantin dah sampai. Fuhh..

The next funny thing was, aku tak bawak kamera. Tapi tak kisah lah tuh sebab kamera henpon ada. So Mr Shrek pun pakai henpon aku nak pegi amik gamba Bong kat pelamin. But bila sampai je kat depan tuh, when he tekan option kamera, my henpon kasik warning low battery. Kah kah kah..kesian Mr Shrek sebab memang obvious sesangat yang dia agak terkelendat bila jadik cemtuh kan. Yelah, bila battery low, gamba memang takleh nak amik. Huhu... So we only rely on Tix jelah untuk amik gamba tuh. Terpancar kekelatan di wajah Mr Shrek sejurus beliau sampai ke table kami after that. Heheh..

The juadah was fine, semua orang tambah nasik sampai 2-3 kali. Aku rasa pelayan tuh pun naik fedap sebab terpaksa pergi ke table kitorang banyak2 kali. Cuma aku sorang je yang tak tambah nasik sebab...ehemm...sebab baju aku tuh ngam-ngam jek ikut body aku. Kang terflabby susah la pulak kan. Huhuh...so terpaksa la aku tahan selera gajah aku nih.

Selepas majlis selesai, cecepat Mr Shrek tarik tangan aku suruh cepat. Aku memula pelik gak, apesal nak cepat sangat nih. So kami adalah antara yang paling awal bersalam-salaman dengan pengantin kat pintu dewan tuh. He was right, sebab bila kami keluar awal, kami tak perlu beratur panjang untuk bayar parking kat autopay machine tuh. Fuh..legaaa...sebab tak lama lepas kami keluar, bederet-deret orang kena beratur. Hehe...

Then terus kami balik ke rumah. And la nih, aku tengah nak carik baju ape pulak nak pakai kat wedding reception cousin aku kejap lagi. Uishh..banyak pulak majlis kawen minggu nih. So takpe...syok gak sebab nih jela peluang nak jumpe kengkawan. Kalu sesaje nak jumpa, ntah bila-bila baru dapat sebab Mr Shrek bz sesangat. Aku pun bz gak.. :P

Saturday, March 29, 2008

Good Luck To Me??

Not like any other Saturday morning..i woke up fresh today. Thanks for my new routine. It really helps me untuk mendisiplinkan diri. Sekarang, even without my alarm clock, i managed to bangun awal setiap hari tanpa mengira pukul berapa aku tido malam sebelumnya.


Macam malam tadi, aku tido lewat gile, it was almost 3am baru dapat tido. Pergi temankan Mr Shrek and Zaid pergi jumpa producer kat Kelana Jaya last nite. Kitorang lepak kat mamak tuh dari pukul 9.30 pm sampai la ke 2am. Gile hapo...naik kematu montot aku. Seb baik Zaid's wife, Ayu ade sekali. So kitorang sembang la berdua sampai lebam kat table sebelah. About 12.30am, Mr Shrek called us to duduk sekali kat satu table. I thought itu tandanya yang diorang dah nak balik....sekali producer tuh bersembang ngan kitorang la pulak...huhuh...


Owh, about this producer, Abang HS, i must say that he looks good for a man yang berumur 62 years old (yes, i call him abang..dun be surprised). Rupanya macam Sean Connery sesikit. Actually dah pernah jumpa dia beberapa kali sebelum nih. Dia suka talking about life, and to be honest, his words of wisdom memang buat sesiapa yang mendengar feel motivated. Heh..and the rest, i like him sebab he really trust in young blood punya ideas eventho dia sendiri dah tua..err..62..tua ke..berumur i would say...hikhik..well, no wonder la sebab he's ex-MCKK's, that is why his state of mind is a bit different dengan yang lain.


So this guy was telling us about himself, his ups and downs in life and much more. It's kinda interesting to mingle around with orang yang dah berumur sket actually(dah banyak makan garam kata orang) , sebab ianya membuat kita meluaskan our preception towards life and so on..and somehow inspire us to achieve more and more, be more principle and set our mind clearly. And for the basic, the easiest way is just to believe in ourselves. It's true indeed. I couldn't agree more on that. Well, i dun really know him well so to speak, but for me, anything yang aku boleh kaut, aku kaut. The rest tolak tepi. It's just as simple as that. But so far, anything that he said seems relevant to me, so why not me giving some attention on what he says kan? ;)


Things will be a bit difficult during shooting next month since Abang HS won't be around. He'll be flying off to France on the day we start shooting, and only come back 2 weeks after that. Dia pun risau jugak tinggalkan semuanya kat bahu Mr Shrek alone. But what to do la kan...dia pun dah kasi kepercayaan kat Mr Shrek to direct, now all he needs to do is just percaya jugak la yang everything will be fine. Well..mudah-mudahan. Yang penting, ongkosnya semua dijelaskan, i think takde masalah. The rest, biar Mr Shrek je yang pening kepala. Huhuh..kesian Mr Shrek. Dia cakap kat aku, he's excited yet nervous. Funny..Mr Shrek nervous? I never heard dia cakap camtu before except for once - that was few hours before kitorang nikah. Heh...


So itulah dia..aku rasa nobody knows how terujanya Mr Shrek for this project. And how struggle and committed he is to make this thing come true. Tapi aku tau lah...i'm his wife maa...and that is why aku akan kasi him full support. Tak kisah lah dari segi idea ke, masa ke, tenaga ke....and the most important is peace of mind lah kan. Fuh...tuh yang payah tuh kan.


*Whattt?? Aku tak memeningkan kepala Mr Shrek satu hari pun payah..nih kan pulak nak stay shut for a month?? Well..good luck to me.. :P or should i say..good luck Mr Shrek.. (dari diganggu oleh karenah Mimi Si Peace of Mind Disaster) Hehehe..

Our First Baby!!

Mr Shrek's first baby akan lahir tak lama lagi. InsyaAllah kalau tak ada aral, by early May. And now he's already started with preproduction and akan start shooting by next week. Frankly speaking aku agak terkilan sebab tak berpeluang to get involve. All these while aku tertunggu-tunggu untuk turut serta dalam projek nih, tapi ternyata peluang aku tuh rupanya kat tempat lain. Hmm..

Lama jugak proses yang terpaksa dilalui untuk sampai to this stage. Mana taknya, this project sepatutnye dah run during March, but produser cakap it need to be postponed since the company tengah shoot untuk telemovie yang lain and dia tak mahu jadual tuh clash. And some more tengah tunggu NTV7 bagi green light. Whatever...

Tak kisah lah tu kan, yang penting masanya dah tiba. Mr Shrek sendiri berterima kasih yang teramat sangat kat produser tuh sebab beri kepercayaan kat dia untuk direct for the first time. Dahlah tu, direct his own skrip plak tuh. Kekadang rasa macam projek sendiri je rasanya dan ditaja oleh penaja. Haha...tapi itu cuma rasa jela...sebab hakikatnya profit semua company kaut. Mr Shrek hanya dibayar gaji as director and scriptwriter.

Kenapa aku cakap macam projek sendiri, sebab Mr Shrek yang plan semuanya dari awal sampai akhir. In fact team for shooting nih pun rata-rata team Mr Shrek sendiri. Itu termasuk la most of the actors - semua kengkawan Mr Shrek je. Except for the technical team seperti cameraman, audioman and few other crews. Yang lain, semua kengkawan. It's more like an indie movie project actually. Sebab crew yang Mr Shrek pilih nih pun rata-rata pernah terlibat dengan Mr Shrek dalam pembikinan in his indie project making before.

Peruntukan budget is quite tight actually. Me and him have to admit, dalam banyak-banyak pembabitan Mr Shrek dalam bidang production nih, ini adalah projek yang paling tak banyak bawa keuntungan pun. Mana taknya, he is paid as a 1st timer director and some more biasala..dalam pembikinan telemovie in our local scene, mana ada budget untuk prepro sangat. So pandai-pandai director sendiri la nak manage camne. And dekat situ la, Mr Shrek has to spend his own money untuk hire storyboard artist of whatsoever. I dunno about other telemovie making macam mana, but most of the time storyboard artist memang tak ada dalam senarai biasanya.

Since ini kali pertama dia direct, and it's a road movie some more, storyboard is a must. And same goes to other post yang biasanya tak ada dalam pembikinan telemovie biasa. Tak ada dalam budget woahh. Hire sendiri-sendiri saje. Seb baik laaaa mereka yang terlibat nih semuanya kengkawan belaka (seb baik kengkawan kitorang nih semuanya berjiwa seni belaka). And semuanya very supportive and tak demanding. Heh. So it's okey la untuk spend duit sendiri pun.

Afterall, he doesn't make this project for money profit, it's just some sort of self satisfaction and to give him extra mileage in this industry.


So itulah dia serba sedikit progress tentang projek nih. Nanti aku update lagi from time to time. And sekarang nih aku ada banyak idea pulak nak bercerita. And nanti ada masa aku cerita pulak pasal pengalaman kitorang dalam pembikinan movie nih oke.


Chiao

Friday, March 28, 2008

Hari-hari Mau Update Ka?

Pergh....selama aku bekerja nih, i think today is the busiest day so far. Instead balik kul 5, aku balik kul 6 pm. It wasn't my intention to stay longer at the office, but arinih Mr Shrek yang hantar pergi kerja but then dia boleh pulak tak jemput aku on time! Marah bangat aku ari nih. Dah lah tuh, bila aku call rupanya dia tengah kat Seremban buat site recce. Urghhhh..ape kejadoh? Seb baik keje memang banyak, so aku amik kesempatan untuk siapkan ape yang patut. And at the same time bleh la aku tunjuk rajen kan. Ee...hiponye aku nih.


Botak (our friend) akan lepak kat umah aku buat beberapa ketika since he'll be joining Mr Shrek punye project. Aku kenal mamat nih since Happy Roadtour arituh sebab that time he was one of the crew. Aku treat him macam adik aku sendiri ever since sebab dia nih memang manja sesangat. Eheh. Disebabkan petang tadi Mr Shrek buat mood aku hilang, so he decided to do me some favour la. Itu termasuk la prepare meals for dinner. And aku? Merempit kat forum laa...ape lagik. Keji..keji..


Fuh lama gila gak la aku tak merempit kt forum. Lately memang macam kureng sket nak bergiat aktif cam dedulu tuh. Tapi tadi aku rasa hepi la jugak sebab ada mamat perasan best dan sorang gadis sunti yang rajin melayan. Ekekkek...kosserr... so punye la asyik merempit, sampai tak sedar yang Mr Shrek tengah memasak kat dapur sesama ngan Botak. Eee..riuh gile diorang nih memasak.. Tapi syok gak tetibe dah terbau wangi jek. Rupanya diorang buat spagetthi bolognaise. Syok..syok... Sebab tak nak nampak macam aku nih cam hamsap sangat, aku pun tolong la prepare fruit salad sat sesambil merempit. Hikhik..


Tadi aku kat tempat keje aku cam stress sikit taw. Ye la..master aku nih tengah preggy. Garang semacam. Aku nih baru keje, mana la tau banyak benda berkaitan produk. Dia pulak semua benda nak cepat. Geram aku laaa...huhu. Sampaikan tadi sebab aku dah temper sangat..aku masuk toilet and basuh tangan. Ingat nak basuh muka, tapi kang abih lak mekap aku tuh. Bila cam dah reda sket baru aku sambung keje. Heh... berkesan gak, at least perasaan bintat aku hilang begitu saje. Tak baik nak simpan dendam kat orang preggy kan...ntah2 itu pembawaan orang mengandung ( i hope so). Huhu... dia pun lepas tuh ok jek....seb baik... Lepas solat Zuhur, i felt even better. Mungkin sebab dah basuh muka. Hehe..


And nak melengkapkan bad day aku arinih, tadi masa aku balik, waktu aku turun tangga kat office, sorang mamat nih (colleague aku la kot..tapi tak kenal sebab lain dept.) macam main galah panjang ngan aku lak pulak. Aku ke kiri dia ke kiri, aku kekanan, dia pun kekanan. Entah hapehapentah. Seb baik la hensem...cinok la tapi...


Then tak lama lepas tuh ntah macam mana, masa aku melewati dua anak tangga yang terakhir, kasut aku tersangkut kat seluar, then aku jadik tak balance, lalu aku nyaris-nyaris nak terjatuh tangga. Seb baik kaki aku yang sebelah kiri nih sungguh kuat macam kaki atlet, lalu aku terbang dan mendarat dengan hanya sebelah kaki. Aduhh..seb baik tak tergeliat kaki aku..dah lah pakai heels!! Grr...ape la dugaan. Mungkin sebab aku kontrol cun kot. Huhu. Yang kelakar, mamat tuh terdengar kot aku aku landing macam gajah, pehtuh dia jerit, "Eh, u jatuh ke?". Then aku jawab "Takdelah"..... "nak jatuh je"(nih aku sambung slow-slow sebab takmo kasik dia dengar). Seb baik mamat tuh tak nampak sebab tangga tuh dah membelok ke level lain. Fuhh...kalu tak mana aku nak taruk muka esok?? Huhu..


Hmm...and tadi aku hepi semula sebab dapat sesembang ngan kengkawan baru aku yang lama.. (camno tuh?) I mean dengan Jejaka A, Jejaka B dan Gadis C. Ek ehh...a'ah ek..kebetulan..ekeke..sengal seseko..tapi aku enjoy. Lama tak sembang cenggitu. Sembang kosong tapi penuh makna..(again...camno tuh? ) Huhuhu...cam tak betul je aku nih. Kosserr... Well, this Jejaka B as known as J Eks, aka Jantan Sepi or whatever he is, memang tak serik-serik agaknye dengan aku nih. Mungkin itu salah satu cara beliau untuk menarik perhatian aku atau mungkin juga beliau memang semulajadi keji. Eheh...Walau apapun tak kisah la tuh sume, sebab at the end of the day, aku rasa happy. ;)


Last but not least, spagetthi Mr Shrek buat memang mabeles. Aku makan sampai 2 pinggan. And now aku kenyang macam ular sawa. Sekarang pinggang aku dah sakit, and i think it's time to request another favor...urut laa..apo lagik...Nasib la lu Mr Shrek, sape suh buat gua hangen satu badan. Eheh...


Ciao..

Wednesday, March 26, 2008

March Entry

Bulan Mac dah nak abis but not even once aku tergerak hati nak update blog nih. Sampai la hari nih, baru la aku terkenang blog aku yang satu nih. Bila aku tengok tarikh last entry, wow that was a month ago! Ape aku buat bulan Mac nih ek..


Ok..lemme summarize serba sikit aktiviti bulan Mac nih.


* I've attended 3 job interviews and the last one was on 7th March

* Aku mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya umum ke 12 on 8th. Pengalaman yang menarik jugaklah. Dekat dewan mengundi tuh, masa aku tengah nak memangkah, i was a bit confused. Aku tak tau camne nak pangkah, adakah dengan memangkah keseluruhan kotak, ataupun pangkah biasa-biasa jek. I took a while untuk yakinkan diri aku yang kertas undi aku tak akan dikira sebagai undi rosak. And when aku selesai, adik aku dengan nada bengang berkata "Ko buat ape lama sangat kat dalam tuh? Ko tulis karangan ke?" Huhu..

* Siapkan skrip telemovie Mr Shrek. And bila dah siap, i had to make a lot of adjustment. Terpaksa make sure semuanya ok dan interesting since it's gonna be Mr Shrek's 1st baby. Yeap, he's gonna direct his very first telemovie. He spent a lot of time (and money) for this project, and aku pulak terpanggil untuk contribute some ideas. Hope everything will be okay nanti.

* I've got a job!!! Yeay...setelah setahun setengah aku jadi domestic engineer and freelancer, finally aku kerja jugak. And ramai yang ucap congrats kat aku sampai aku rasa, erk...all these while aku memang takde achievement langsung ke sampai semua orang excited dengar aku dah dapat kerja. Kosserr... But dalam semua-semua tuh, Mr Shrek and my dad yang paling proud sebab diorang layan aku cam princess sejak aku dapat offer tuh. (Nampak sangat diorang cam dah tak rela tengok aku melopong kat rumah) Huhu

* Aku spent banyak ringgit untuk beli office attire (baju keje, pants and shoes) and most probably the amount that i spent adalah lebih banyak dari gaji aku untuk 1st month nih (alaa...1st month kerja setengah bulan aje maa...aku start 17th March arituh). Tapi ape aku pedulik, ada orang tuh teruja sangat aku dapat kerja sampai willing to spend kan. Aku sebagai wanita yang tahu bersyukur, aku terima semuanya dengan senang hati. Hehehe...

* On my very 1st day keje, aku dikejutkan dari tidur oleh 3 jam handphone, 1 jam loceng, dan tiga panggilan telefon. I would like to thank these 3 people - my dad, my bro and Chom...awww...so sweet...(especially that call from Chom). Thanks darling.

* Pengalaman setelah seminggu bekerja, aku dapati surroundingnya ok except for takleh nak bertenet! Gile jugak aku dibuatnya. Well, siapalah aku tanpa internet kan. Since that 1st week takde keje sangat, aku jadik sangat-sangat sangap and aku email sesapa saje yang aku rasa nak sembang with, (dahtuh email jela satu2nya talian hayat yang ade untuk aku communicate ngan orang). Some of them sudi untuk entertain aku yang malang nih, and some of them are toooooooo poyo tak nak layan...takpe..takpe..... :P And to Gee, (pelayan tegar aku) I love U so very very much!

* Birthday Ipan Pom Pom yang ke2 on 15th March. My sweetheart nih makin nakal tapi manja dengan aku. Tak celebrate pada hari yang sama, but i managed to organise satu small gathering dengan my family members kat rumah aku last few days to celebrate his birthday. Kitorang buat barbeque. It was a very successful event sebab semua makanan habis licin. Ada lamb, chicken wings, udang dan kerang. Gile banyak tapi semua habis. Gile mabok makan banyak semua orang. Haha

* Aku gila memasak sekarang. Aku masak almost everyday bulan March nih. Apa yang membuatkan aku masak? Sebab aku dah jadi rajin. Hehe...no more pemalas beb. Aku kemas umah hari-hari dan aku melaram hari-hari. No more malas-malas and selekeh. Kenapa? Bapak aku yang suruh! Huhu. All these while, i only get what i want but not what i need. I was wrong. Without having my needs, i won't be happy. Well... hanya aku yang paham apa yang aku rasa nih. Tak reti aku nak sampaikan kat sinih.


Hmm..what else ek. Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku. But apa yang aku taip kat sinih adalah event yang major dalam bulan 3 nih. Nanti aku update lagi. Letih pulak menaip. Kat ofis menaip, kat umah menaip. Naik rabun mata aku nih kang weh...heh.

Dun wori....aku akan selalu update lepas nih. No more me being MIA. Okay?

:P

Ha...tu diaaaaa....genap sebulan aku tak buat entry. And now i'm ready to write again. Let's kicking!

HEH