Sunday, March 30, 2008

Selamat Pengantin Baru Bong & Ina

Last nite me and Mr Shrek pergi ke wedding reception Bong & Ina di Tun Rahah Grand Ballroom kat Menara Yayasan Tun Razak. It was a simple yet sweet reception actually sebab ada sambutan anniversary parents Ina yang ke 40 jugak. Tema majlis adalah berwarna pink (mengingatkan aku kepada majlis reception aku dulu jek) and pengantin pakai baju warna putih. Sweet..

Actually Bong merupakan one of the team crew during My Team project arituh. He's the editor. So semalam, we managed to meet some other crews, including Sara and bf, Jeff, Tix and Big Zack. Berharap untuk jumpa lebih ramai ex-crew, but most of them couldn't make it.

Well, since the event was held kat tempat yang cemtuh and agak tertutup, i tried to look proper la kiranya. Heh..mengade jek aku rasa. The funny thing was, tempat tuh kitorang tak familiar sangat actually. Kami keluar awal sebab majlis bermula jam 8, but ended up kami sampai lebih kurang kul 8.30 mlm. Mana taknya, kami dah terlepas tempat tuh, and terpaksa la pulak meredah jalan Bukit Bintang yang sesak tuh and terpaksa buat a big u turn. Dah lah tuh..bila sampai kat parking, terkial2 la pulak nak carik lift ke lobby. Iskk...geram betul. Cair dah mekap aku. Seb baik sempat sampai on time. Tak lama lepas kami dapat tempat duduk, pengantin dah sampai. Fuhh..

The next funny thing was, aku tak bawak kamera. Tapi tak kisah lah tuh sebab kamera henpon ada. So Mr Shrek pun pakai henpon aku nak pegi amik gamba Bong kat pelamin. But bila sampai je kat depan tuh, when he tekan option kamera, my henpon kasik warning low battery. Kah kah kah..kesian Mr Shrek sebab memang obvious sesangat yang dia agak terkelendat bila jadik cemtuh kan. Yelah, bila battery low, gamba memang takleh nak amik. Huhu... So we only rely on Tix jelah untuk amik gamba tuh. Terpancar kekelatan di wajah Mr Shrek sejurus beliau sampai ke table kami after that. Heheh..

The juadah was fine, semua orang tambah nasik sampai 2-3 kali. Aku rasa pelayan tuh pun naik fedap sebab terpaksa pergi ke table kitorang banyak2 kali. Cuma aku sorang je yang tak tambah nasik sebab...ehemm...sebab baju aku tuh ngam-ngam jek ikut body aku. Kang terflabby susah la pulak kan. Huhuh...so terpaksa la aku tahan selera gajah aku nih.

Selepas majlis selesai, cecepat Mr Shrek tarik tangan aku suruh cepat. Aku memula pelik gak, apesal nak cepat sangat nih. So kami adalah antara yang paling awal bersalam-salaman dengan pengantin kat pintu dewan tuh. He was right, sebab bila kami keluar awal, kami tak perlu beratur panjang untuk bayar parking kat autopay machine tuh. Fuh..legaaa...sebab tak lama lepas kami keluar, bederet-deret orang kena beratur. Hehe...

Then terus kami balik ke rumah. And la nih, aku tengah nak carik baju ape pulak nak pakai kat wedding reception cousin aku kejap lagi. Uishh..banyak pulak majlis kawen minggu nih. So takpe...syok gak sebab nih jela peluang nak jumpe kengkawan. Kalu sesaje nak jumpa, ntah bila-bila baru dapat sebab Mr Shrek bz sesangat. Aku pun bz gak.. :P

No comments: