Wednesday, March 26, 2008

March Entry

Bulan Mac dah nak abis but not even once aku tergerak hati nak update blog nih. Sampai la hari nih, baru la aku terkenang blog aku yang satu nih. Bila aku tengok tarikh last entry, wow that was a month ago! Ape aku buat bulan Mac nih ek..


Ok..lemme summarize serba sikit aktiviti bulan Mac nih.


* I've attended 3 job interviews and the last one was on 7th March

* Aku mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya umum ke 12 on 8th. Pengalaman yang menarik jugaklah. Dekat dewan mengundi tuh, masa aku tengah nak memangkah, i was a bit confused. Aku tak tau camne nak pangkah, adakah dengan memangkah keseluruhan kotak, ataupun pangkah biasa-biasa jek. I took a while untuk yakinkan diri aku yang kertas undi aku tak akan dikira sebagai undi rosak. And when aku selesai, adik aku dengan nada bengang berkata "Ko buat ape lama sangat kat dalam tuh? Ko tulis karangan ke?" Huhu..

* Siapkan skrip telemovie Mr Shrek. And bila dah siap, i had to make a lot of adjustment. Terpaksa make sure semuanya ok dan interesting since it's gonna be Mr Shrek's 1st baby. Yeap, he's gonna direct his very first telemovie. He spent a lot of time (and money) for this project, and aku pulak terpanggil untuk contribute some ideas. Hope everything will be okay nanti.

* I've got a job!!! Yeay...setelah setahun setengah aku jadi domestic engineer and freelancer, finally aku kerja jugak. And ramai yang ucap congrats kat aku sampai aku rasa, erk...all these while aku memang takde achievement langsung ke sampai semua orang excited dengar aku dah dapat kerja. Kosserr... But dalam semua-semua tuh, Mr Shrek and my dad yang paling proud sebab diorang layan aku cam princess sejak aku dapat offer tuh. (Nampak sangat diorang cam dah tak rela tengok aku melopong kat rumah) Huhu

* Aku spent banyak ringgit untuk beli office attire (baju keje, pants and shoes) and most probably the amount that i spent adalah lebih banyak dari gaji aku untuk 1st month nih (alaa...1st month kerja setengah bulan aje maa...aku start 17th March arituh). Tapi ape aku pedulik, ada orang tuh teruja sangat aku dapat kerja sampai willing to spend kan. Aku sebagai wanita yang tahu bersyukur, aku terima semuanya dengan senang hati. Hehehe...

* On my very 1st day keje, aku dikejutkan dari tidur oleh 3 jam handphone, 1 jam loceng, dan tiga panggilan telefon. I would like to thank these 3 people - my dad, my bro and Chom...awww...so sweet...(especially that call from Chom). Thanks darling.

* Pengalaman setelah seminggu bekerja, aku dapati surroundingnya ok except for takleh nak bertenet! Gile jugak aku dibuatnya. Well, siapalah aku tanpa internet kan. Since that 1st week takde keje sangat, aku jadik sangat-sangat sangap and aku email sesapa saje yang aku rasa nak sembang with, (dahtuh email jela satu2nya talian hayat yang ade untuk aku communicate ngan orang). Some of them sudi untuk entertain aku yang malang nih, and some of them are toooooooo poyo tak nak layan...takpe..takpe..... :P And to Gee, (pelayan tegar aku) I love U so very very much!

* Birthday Ipan Pom Pom yang ke2 on 15th March. My sweetheart nih makin nakal tapi manja dengan aku. Tak celebrate pada hari yang sama, but i managed to organise satu small gathering dengan my family members kat rumah aku last few days to celebrate his birthday. Kitorang buat barbeque. It was a very successful event sebab semua makanan habis licin. Ada lamb, chicken wings, udang dan kerang. Gile banyak tapi semua habis. Gile mabok makan banyak semua orang. Haha

* Aku gila memasak sekarang. Aku masak almost everyday bulan March nih. Apa yang membuatkan aku masak? Sebab aku dah jadi rajin. Hehe...no more pemalas beb. Aku kemas umah hari-hari dan aku melaram hari-hari. No more malas-malas and selekeh. Kenapa? Bapak aku yang suruh! Huhu. All these while, i only get what i want but not what i need. I was wrong. Without having my needs, i won't be happy. Well... hanya aku yang paham apa yang aku rasa nih. Tak reti aku nak sampaikan kat sinih.


Hmm..what else ek. Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku. But apa yang aku taip kat sinih adalah event yang major dalam bulan 3 nih. Nanti aku update lagi. Letih pulak menaip. Kat ofis menaip, kat umah menaip. Naik rabun mata aku nih kang weh...heh.

Dun wori....aku akan selalu update lepas nih. No more me being MIA. Okay?

1 comment:

Anonymous said...

baby harap perubahan2 ini akan berkekalan hendaknya.. terutama bab nak rajin menghapdate tuh.. baby suker.. :)