Wednesday, February 27, 2008

JB, Here I Come

Aku pergi JB last Saturday. Ikut Mr Shrek le..ape lagik. Dia ade job dengan PUMA punye roadshow. Satu lagi pengalaman yang membuat aku happy. Aku tak pernah pergi JB. Can u believe it? Last time masa Happy roadtour, paling jauh aku pergi adalah sampai Kluang. Aku sekolah punya la lama kat Muar dulu, tapi tak pernah jejakkan kaki aku kat JB. Memang mengarut kan. Tapi last time aku selalu fikir, alah, from Muar tuh, daripada pergi JB, baik aku balik KL. Tuh yang sampai ke sudah aku tak pernah sampai ke JB.

Kat JB tuh sama jek cam kat tempat-tempat lain. Tapi yang paling syok bab cuci mata tengok kereta la kot. Banyak kereta-kerata cantik weh. Mostly Singaporean cars la tapi. Kat carwash je pun dah boleh tengok macam-macam jenis kereta yang cantik-cantik. Padanla member aku buat bisnes carwash kat JB buleh hidup senang. Rupanya market kat sana memang strategik abes lah.

Petang tuh temankan MrShrek buat kerja kat padang ape ntah nama dia, then malam tuh pulak pergi makan kat Stulang then pergi Danga Bay pulak. Yang buat lebih seronok sebab kami ditemani oleh Mr Shrek's long lost friend, Jack. So dialah yang banyak guide kitorang. Yang paling syok bila part bersembang sebenarnya. Aku baru je jumpa Jack tuh. Tapi aku dah lama tau pasal dia sebab Mr Shrek selalu cerita. So when we met, rasa macam dah lama kenal and itu membuatkan everything jadi fun.

Kat Danga Bay tuh happening tahap tenuk la pulak. Memalam buta pun masih happening. Aku teringin nak kayuh beskal, tapi Mr Shrek cakap kaki dia masih sakit. So end up kitorang naik tram jek ronda-ronda kat situ. Late at night layan live band sat, then terus kitorang sambung sembang kat hotel jek. Mr Shrek and Jack were so gay sampaikan mereka tak boleh berenggang and Jack ended up spending time dalam bilik kitorang sampai keesokan paginya. Eheh...kasik can la kan...

Aku terasa macam nak visit Paklang aku kat sana. Tapi sebab masa cam tak mengizinkan, so tak sempat la. Aku cuma harap janganlah mak aku bitau kat Paklang yang aku pergi JB arituh. Kalu tak merajuk la orang tua tuh kang. Arituh dah merajuk dah sekali, sebab aku punye la plan nak pegi visit dia..tapi last2 habuk pun tarak. But actually, bila dah pergi JB arituh, aku rasa macam takde la jauh sangat. So bila-bila pun boleh pegi lagi la nanti. This time takleh lupa bawak pasport. Sebab arituh telan airliur jek tengok Singapore. Dekat gile seh. (Sori, aku baru tau yang Singapore boleh nampak dari JB tuh walaupun dulu aku dapat A dalam Geografi). Huhu...

Infinite Satisfaction

Last week aku bizi gile tak hengat taw. Ala...aku ade cite sebelum nih kan. Kosserr.. kengkonon aku bizi sesangat la kan sampai aku tak ada masa nak hapdet. Tapi siyes, memang bizi woa..aku pun kagum dengan kebizian aku sendiri. Sebab dah lama aku tak bizi dalam ertikata bizi yang sebenar. Selalunya aku buat-buat bizi je.

Starting dengan job event for DPMM tuh, sampai la semalam, memang aku berjaya membizikan diri aku dengan jaya sekali. Oke, pasal event DPMM tuh, it was a successful event. Aku rasa kitorang did a good job. Memang komited gila seko-seko. Bila semuanya dah selesai, aku dapat rasakan kepuasan yang melampau. Walaupun aku kepenatan macam lari marathon, but at the end of the day, rasa penat tuh rasa cam berbaloi. Compliments yang diberi oleh jawatankuasa majlis from DPMM merupakan penutup yang cukup bermakna buat aku.

And the best thing was, tak selalu kita ada peluang untuk handle event yang melibatkan PM. So i was really flattered and honoured to be part of it. And bila PM nak balik, i managed to salam PM. Heh...remedy yang betul-betul mengubat penat lelah aku. But helo...PM was only few inches away from me, tapi aku tak tangkap gambar dia? Memang sesuatu yang mengecewakan. But i was on duty oke. It's important untuk kekalkan sikap professionalism aku. Takkan aku tengah sibuk2 tuh nak bergambar bagai kan. Huhu..but still...rasa macam ada lack kat situ. *Sigh

Oh yup, aku managed to pakai business suit aku yang lama. Yehhu...jimat duit aku. And perkara yang buat aku tersengih di tengah kesibukan was when Presiden of DPMM, greet me and cakap "Macam nih la orang muda, ada style". I was like, errr... ye ke nih...ekekek..kosserr..cam tak biasa. :P

Tapi ada ole-ole yang aku dapat dari event tuh. Kaki aku. Kaki aku rasa cam membengkak woaa....sakit gila. Selalunya kalau memalam, Mr Shrek would simply ask me to urut-urut kaki dia, but malam tuh, tak dapek....kaki aku lagi sakit. Aku pakai high heels oke. Korang bayangkan la aku berjawan kehulu kehilir, naik turun PICC tuh and tak duduk for how many hours..mau tak kejung kaki aku. Sampaikan aku rasa macam tak berdaya nak pergi interview pada hari berikutnya. Tapi sebab semangat aku kental, aku pergi jugak la interview tu. Aku rasa macam interview tuh was damn easy. Mungkin sebab aku dah biasa bercakap dan berdepan dengan orang-orang penting masa event DPMM tuh.

So itulah dia. Hari-hari penat lelah aku. To be honest, aku memang dah lama tak berpenat lelah. Jadi mungkin bagi sesetengah orang memang dah biasa buat keje ad-hoc macam tuh, but untuk orang yang sentiasa bersenang lenang macam aku, it such an achievement. Most people might prefer to have lifestyle yang bersenang-senang, but as for me, i kinda like the ad-hoc kind of job. Sebab once it's accomplished, satisfactionnya memang tak boleh nak describe.

Or nih semua hanya sementara ek? Yelah, maksud aku bila kita dah biasa bersenang-senang, kita nak hidup yang the other way. Tapi bile dah bizi melampau, mesti tiba-tiba nak bersenang-senang pulak kan? Eheh...that's life la kot. So when the time comes, all we have to do is just grab semua oppoturnity yang ada. Yang penting ianya bersesuaian dengan keadaan kita kan. Hmmm..

Entry Sampah

Rindunye kat blog aku. Kesian blog nih tak dihapdet. Kekadang rasa menyampah jek ngan diri sendiri. Sebab dulu masa aku mula-mula start berblog, aku pernah mention pasal hapdet menghapdet. So kenapa aku menyampah? Sebab aku tak berkenan bila tiap kali aku gagal menghapdet, maka ternanti-nantilah pembaca setia blog nih akan entry aku. Aku menyampah dengan fenomena macam tuh. Aku menyampah bila aku ala-ala berlagak diva menghampakan harapan peminat-peminat aku.

Eeee..kosser..nih satu lagi buat aku menyampah. Apesal la aku perasan sangat yang blog nih ade pembaca setia. Macam la best sangat. Tapi aku lagi menyampah kalu nak deny hakikat sebenar. Helo...aku tau la blog aku ada reader...sebab aku dah letak application feed live traffic tuh. Hahahaha...menyampahnye akuuuuuuu.... Korang tak menyampah ngan aku ke?

Ekekekekkek.....

Wednesday, February 20, 2008

Maka Kebizian Pun Bermula.....

Errr..oke, pasal insap yang aku maksudkan kat previous entry tuh, janganlah korang amik berat sangat ye. Aku tau perkataan insap tuh sangat besar ertinya. Tapi itulah, aku jugak sedar, kekadang kita rasa cam lebih mudah nak sebut perkataan insap berbanding menjadi insap seperti yang sepatutnya. Apepun, aku masih berusaha untuk mendalami maksud insap dengan sebaiknya oke.

Hmm...aku nak masuk bab lain plak. Tadi aku sengaja ikut Mr Shrek pegi jumpa kawan dia Kawan dia mintak jasa baik Mr Shrek untuk bantu dia dalam satu event penting yang berlangsung kat PICC Khamis nih. Kawan dia tuh buat event management, but since event tuh agak besar dan berlangsung dalam jangkamasa yang agak suntuk (tempoh persediaan tuh yang suntuk sebenarnya), so kawan dia tuh memerlukan pertolongan dari orang yang agak mahir dalam kes-kes last2 menit nih, yakni Mr Shrek.

So Mr Shrek pun terpaksa la jadik bidan terjun kan. Sebab aku pun follow Mr Shrek tadi, tiba-tiba la pulak khidmat aku pun diperlukan. Dah lama aku tinggalkan bidang event management nih. Tapi atas dasar tolong kawan punya pasal, aku tak keberatan untuk turut serta. Yang penting dibayar tuh beb. DIBAYAR. Heh..syok gak. Aku pun dah lama tak buat kerja nih.

Event tuh adalah majlis perjumpaan semua Dipertua dan ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan PM dan menteri-menteri yang lainnya. Such a big event. Kira-kira dalam 3000 pax. Wahh..patutlah kawan Mr Shrek tuh dok menggelabah carik bantuan.

Basically aku agak teruja nak turut serta. Tadi kerja-kerja pengurusan kerja pentas bermula dan seperti biasa kami dok jumpa orang itu, orang ini untuk uruskan apa yang patut. Agak interesting sebab tiba-tiba aku rasakan aku masih ada feel dalam bidang yang dah aku tinggalkan nih. Dah lama tak rasa sebarang sense of urgency nih. Tapi hari nih, rasa masa berjalan dengan pantas sekali. Dan-dan aku rasa macam aku bebetul sihat dah. Saki baki demam terus hilang begitu saja.

Esok aku bakal sibuk dengan bermacam hal lagi. Petang esok dah nak rehearsal and lusa is the big day. Tapi yang tak syoknya, lusa kena pakai suit. Bukan pakai suit tuh yang tak syok. Tapi business suit aku semuanya dah tak muat. Keji sungguh. Tiba-tiba aku rasa cam tak berbaloi. Huhuuuu..takkan la dapat duit projek nih kena labur untuk beli suit baru!!! Tak berbaloinyaaaaaaa...gile ah camnih. Aku baru terpikir nak beli benda-benda lain taw. Keji.

Tapi petang tadi aku dapat panggilan telefon. Panggilan temuduga untuk jawatan yang aku kira memerlukan aku memakai business suit juga. Kemudian aku terfikir, hmm..not bad at all. Kira ok la kan, kiranya tak sia-sia la kalau beli suit baru pun. Hehehe.

Dan yang paling penting, aku baru je berasa teruja untuk bekerja dan nak rasa ada sense of urgency tuh. Tiba-tiba dapat peluang interview kerja pulak. Wahh...adakah ini masanya untuk aku kembali bekerja? Yeayyyyy...happynyeeeeeee.... ;)

Ku Kegeringan

Huhuhu...aku insap..aku insap...

Aku demam teruk sejak Valentine's Day arituh. Fuh, lama gila aku tak demam teruk macam tuh. Aku terasa macam dosa aku terlalu banyak sehinggakan aku terpaksa menempuh dugaan sebegitu hebat untuk menggugurkan dosa-dosa aku yang berkepuk-kepuk tuh. Hanya itu yang aku aku fikirkan bila dalam keadaan yang tak berdaya aritu.

Macam-macam khayalan yang muncul waktu aku gering tuh. Aku insap..aku insap..siyes nih. Huhu. I mean aku demam sampai aku boleh berhalusinasi macam-macam benda. Aku rasa macam real je semuanya. Tapi hakikatnya aku tak ke mana-mana pun. Hanya mampu terbaring.

Apakah sebenarnya yang berlaku ek? Aku masih dalam keadaan confused nih. Pelik sungguh yang aku rasakan. Kalau selama nih, berjumpa doktor tuh adalah pilihan yang terakhir. Tapi kali nih, seawal hari pertama aku demam, aku betul-betul tak larat sampaikan aku rasa macam tak sabar-sabar nak carik ubat supaya aku lekas sembuh. Aku rasa macam badan aku burning kat dalam.

Sekarang nih bila aku semakin sihat, tiba-tiba aku rasa macam jadi orang lain. Isk, normal ke ape yang aku lalui nih. Apa-apa pun, aku masih berharap ini adalah satu lembaran baru bagi aku untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah. Amiiin.

Wednesday, February 13, 2008

Scriptwriter La Fulokss...Kosserr..

Aku arinih asyik dok mengadap PC je kejenye. Tadi sebelum Mr Shrek pergi kerja, beliau pesan kat aku suruh siapkan skrip terbaru beliau. Ade ke patut. Aku bukannya reti. Setakat kasi idea tuh aku boleh la kan.

Tapi beliau seboleh-boleh nak suruh aku kembangkan bakat aku nih. Dan nak jadikan lebih serius, beliau cakap skrip kena submit kat producer hari nih jugak. Sebab beliau ade meeting pagi nih, dan malam tadi pulak beliau tak tidur langsung untuk buat skrip tuh, tapi masih gagal nak siapkan, maka disuruhnya aku sambung.

So tadi dengan segala usaha memandai-mandai aku, selamba aje aku taip skrip tuh. Huhu. Aku dah tahu jalan ceritanya sebab aku selalu berborak dan kasik idea kat Mr Shrek masa dia buat treatment untuk cerita nih arituh. So agak mudah lah untuk aku sambung. Cuma aku agak segan nak taip skripnya sebab..iskk..pepaham jelah kan. Aku reti komen jek. Membuatnya aku tak berapa yakin.

Tapi aku buat jugalah. Aku masih tak tahu apa feedback dari Mr Shrek. Aku tengah tunggu beliau balik untuk kasi beliau tengok. Kalau aku dapat pujian hari nih, kemungkinan besar boleh lah aku jadikan menulis skrip sebagai hobi terbaru. Kalau tak, huhu..malus la aku. Sebab selama nih bukan main lagi dok komen itu ini..kalu nih aku pulak yang kena komen kan. Maka bernanah la telinga aku camtuh. Isk..tak bleh blah laaaaa... Huhu...

Tapi aku suka cerita yang aku taip nih. Sebab dah lama aku memendam perasaan nak buat cerita sendiri. Yang tak tahan, aku bukan setakat tulis dialog, tapi siap dengan shot-shot kamera sekali aku huraikan. Ececeh...memandai-mandai je aku kan. Nasib ler Mr Shrek oi...kalu u suka, senang la hidup u lepas nih. Kalau u tak suka, u buat la sendiri lain kali. Yang penting, duit untuk makan pakai i semuanya cukup.

Hehehe..kejinya diriku ini. :P

Peluang Ke Nih?

Semalam aku bersembang dengan sorang lagi kawan baik aku masa kat UPM dulu. Aku jarang-jarang jumpa dia nih. Tapi aku macam biasalah. Kalau memang aku rapat dengan seseorang, biar jarang berjumpa pun, aku tetap akan rapat sampai bila-bila pun.

Nak dijadikan cerita, kelmarin aku baru je baca horoscope aku. Aku pun tak berapa ingat sangat, tapi dalam horoscope tuh ada mention yang dalam masa terdekat nih aku akan dikelilingi oleh orang-orang yang bersemangat tinggi dan aku perlu manfaatkan peluang tuh untuk mendapat semangat yang sama.

Aku bukannya percaya benda-benda horoscope nih sangat, tapi memang secara kebetulan, lately memang aku asyik berjumpa kembali dengan kawan-kawan aku yang bolehlah dikatakan berjaya. Yang incomenye beriban-riban, yang lifestylenya sungguh classy, yang bisnesnya dapat projek yang masyuk dan bermacam-macam lagi lah. Maka termemunglah aku mengenangkan diri aku nih pulak.

So berbalik kepada kisah kawan aku tuh. Sekarang nih beliau dah ada kompeni sendiri. Mula-mula beliau hanya tolong mak beliau untuk manage bisnes tuh, tapi lama kelamaan beliau pun makin bagus dan sekarang dah take over bisnes tuh pun. Mak beliau pun dah tak risau lagi. Dan sekarang nak set up bisnes kedua pulak dah. Fuh..masyukk...

Yang aku nih pulak, punyelah dok berangan nak bukak bisnes, nak bukak bisnes..tapi hapah pun tadek. So semalam bersembang lah kami berdua. Dan tiba-tiba beliau suarakan pasal plan beliau nih la. Dan beliau tanya aku adakah aku berminat nak join sama. Dalam kepala otak aku nih, memang dah ada satu angan-angan, dan aku cakaplah dekat beliau. Lalu dengan tak semena-mena beliau berminat. Kiranya kalau aku nak mulakan secepat mungkin tak jadi masalah sebab beliau sudi nak invest. Huhuhu...

Tapi terus terang aku katakan, aku belum benar-benar bersedia. Aku tak mahu buat main dengan duit orang. Lalu beliau kasik la segala macam dorongan kat aku dan tiba-tiba jek aku rasa yang aku berkeyakinan nak buat. Tapi kan, memang dalam diri setiap orang ada potential masing-masing, cuma kadangkala kita masih tak punya peluang untuk reveal di mana potential kita tuh. Dan aku sekarang tengah berfikir, macam mana aku nak tau ape potensi aku yang sebenarnya.

Aku tak mahu terburu-buru. Aku minta sediki masa dan ruang untuk aku tambah ilmu aku dulu. Aku selama nih plan nak bukak bisnes pun berdasarkan modal yang aku kumpul sendiri, sebab kalau pakai duit sendiri nih, aku akan lebih berhati-hati dan bersemangat. Kalau pakai duit orang nih, aku rasa macam serba salah.

Walau apa pun, aku masih berfikir. Adakah ini satu peluang, ataupun ianya adalah satu cabaran untuk aku. Iskk...camne ek..

Tuesday, February 12, 2008

Happy 28th Anniversary

Sekali aku lupa pulak nak masukkan entry pasal anniversary mak ngan abah aku yang ke 28 kelmarin, 10 Februari, sehari sebelum birthday abah aku.

28 tahun woaa...satu jangkamasa yang agak panjang. Aku yang baru kahwin 2 tahun lebih nih pun pening-pening nak melaluinya (ekekekek...). Aku bersyukur sebab hubungan mak ngan abah sentiasa bahagia dan mereka hidup dengan kasih sayang.

Pergghh..kalau nak buat seperti mak dan abah aku buat, memang aku sendiri pun tak terdaya. Mak aku seorang isteri yang sangat baik. Beliau buat semua tanggungjawab dengan bagus sekali. Sampai aku wonder, orang dulu-dulu memang tak kekok langsung buat semua kerja rumah. Mungkin sebab dah biasa susah. Part itu memang aku kagum sesangat.

Satu lagi yang aku kagum dengan abah aku, beliau setiap hari without fail akan balik ke rumah untuk makan tengahari melainkan kalau beliau kerja di luar kawasan. Rumah adalah destinasi beliau yang utama tiap kali pulang dari kerja. Abah tak suka melepak kat kedai kopi atau sebagainya. Abah memang mementingkan keluarga lebih dari segalanya. Sebab tu kami sekeluarga sangat rapat. He'a such a family man.

Kadang-kadang aku rasa mak dan abah macam tak pernah punya masalah. Tapi mustahil la kan. Mesti ada. Tapi aku bersyukur sebab tak pernah pulak aku lihat sebarang aksi drama swasta. Aksi sepak terajang atau maki memaki jauh sekali. Iskk...malu aku la kalu masuk bab nih. Sebab aku pulak terkenal dengan drama queennye. Huhu...

Cerita pasal anniversary nih kan, abah aku pernah cerita ngn kami (anak-anak beliau). Dulu, sehari selepas perkahwinan mereka, kompeni abah aku ada buat jamuan. Kiranya untuk meraikan perkahwinan parents aku dengan meraikan birthday abah aku. So masa tuh mak aku pakai dress (zaman tuh orang panggil midi) dengan kasut tinggi yang ada tali belit-belit sampai ke betis.

So masa tuh abah aku cakap..kengkawan beliau, superior dan rakan sekerja bukannya entertain beliau. Tapi dok asyik entertain mak aku la pulak. Abah aku jammed gile nak mampos. Dan sejak tuh abah aku tak kasik mak aku pakai baju macam tuh lagi. Huhuhu...patut la aku tak pernah tengok gambar mak aku pakai menyeksi. Semuanya sopan-sopan belaka. Eheh.

Satu lagi , nih nenek aku cerita la pulak. Masa zaman mak abah aku bercinta dulu, nenek aku tak tau. Sebab nenek aku dah ada calon untuk dijodohkan dengan mak aku. Cuma kemudian nenek aku macam dapat syak la, yang mak aku nih rupanya dah ada buah hati yakni abah aku. Sebab ada satu hari tuh, nenek aku nampak mak aku dok bersiap-siap macam nak keluar. Nenek aku yang patutnya pergi kerja, terus standby bawah rumah, dok menigintai. Sekali nampak la bapak aku datang jalan kaki (mak dan abah aku sekampung). Ape lagi, nenek aku sergah lah. Hahaha..

Nenek aku tanya, nak ke mana. Abah aku dengan gentlemannya menjawab, nak bawak anak makcik pergi tengok wayang. Dan-dan nenek aku cakap, boleh, jomlah kita pergi sama-sama. Makcik pun teringin nak tengok wayang. Maka pergi la mereka bertiga dan masa tengok wayang, nenek aku duduk tengah-tengah. Ahahaha..masa nenek aku cerita kisah nih kat aku, masih tergambar lagi wajah beliau yang bangga sebab dapat spoilkan date mak abah aku.

Masa sehari sebelum perkahwinan pulak, biasalah orang dulu-dulu memang tak kasik anak dara diorang jumpa pengantin lelaki masa dedekat ngn tarikh nak kahwin. Tapi nak dijadikan cerita, kambing abah aku yang nak dijadikan lauk kenduri rumah lelaki boleh pulak terlepas sampai ke rumah keluarga mak aku. Dah tuh pulak, kambing tuh menyorok betul-betul bawah rumah nenek aku.

Abah aku nih, dengan selamba pergi la nak ambik kambing tuh. Sekali bila abah aku pergi jek ke bawah rumah nenek aku tuh, terus kena sergah dek nenek aku. Nenek aku cakap abah aku nak mengintai mak aku pulak. Huhu...Kecoh la jugak sebab sedara nenek aku dah ramai yang berkumpul dan sibuk-sibuk buat persediaan. So dengan muka merah padam abah aku terpaksa la eksplen yang dia datang sebab nak ambik kambing je, bukan nak buat ape-ape pun. Eheh.. nih semua nenek aku yang cerita. Sebab nenek aku cakap, beliau dulu cam tak berapa berkenan nak jodohkan mak aku dengan abah aku sebab dia dah ada pilihan lain. Tuh yang dia berbulu sikit dengan abah aku.

Tapi bila mereka dah kahwin, abah aku terus jadi menantu kesayangan. Sampai la nih, parents aku pun duduk sebelah rumah nenek aku jek. Nenek aku kasik tanah dan parents aku buat rumah dekat situ. Senang nak tengok-tengokkan nenek aku.

Eheh..kelakar jek bila aku teringat semua kisah-kisah nih. Itu baru aku yang teringat, kalau mereka yang ingat, mesti lagik nostalgia. Eheh...diam tak diam..dah 28 tahun berlalu rupanya... ;) I'm really proud of them.

Hari Lahir Abah

Semalam birthday abah aku. Dah 54 tahun dah beliau. Walaupun ramai yang cakap abah aku nampak cam orang muda, tapi itulah dia, umurnya dah nak mencecah umur pencen. Kadang-kadang aku sendiri pun macam tak percaya abah aku dah nak masuk umur pencen. Sebab beliau nampak muda.

Aku balik ke kampung semalam untuk celebrate birthday beliau. Mula-mula plan nak makan besar kat Bagan Lalang, tapi sebab adik aku baru accident baru-baru nih, kereta pun tak siap lagi, maka hasrat tuh terpaksa ditangguhkan. Lagipun anak adik aku demam, jadi beliau agak keberatan nak keluar malam-malam ke tempat yang jauh.

Tapi bagi aku tak kisah la semua tuh. Yang penting kami adik-beradik bersama-sama celebrate birthday abah aku. Aku cuma nak buat abah happy. Kami berkumpul anak beranak pun aku rasa dah buat abah aku suka. Aku belikan kek sebijik, pehtuh makan KFC. Tuh pun kami makan sampai loya dah. Eheheh..

Semalam aku tengok abah aku puas-puas. Aku tengok beliau makan, aku tengok beliau bercakap, aku tengok beliau ketawa. Entah kenapa aku rasa cam sentimental sikit. Lepas beliau potong kek, aku kasik ciuman untuk beliau. Aku nak cakap aku sayang dia, tapi macam tak terkeluar pulak. Masa birthday beliau last year, aku terpaksa cancel last minit sebab aku ada hal yang tak dapat dielakkan. Aku hanya call beliau dan ucapkan happy birthday dengan suara sebak. Tapi masa tuh aku sempat cakap aku sayang kat beliau. Beliau hanya jawab, " abah tau...abah pun sama". Menangis aku yang tengah drive kereta waktu tuh.

Tapi tahun nih, aku gembira sebab dapat luangkan masa di hari ulangtahun beliau. Cuma sedikit kesal sebab tak luahkan ayat yang sepatutnya aku cakap. Hubungan aku dengan abah sangat rapat sebenarnya. Dari aku kecik, sampai aku besar, hanya dengan abah aku berlaku jujur sejujur-jujurnya. Sebab dengan abah je aku tak mampu sorok apa-apa. Sebab abah akan tau semuanya walaupun aku tak beritahu.

Abahlah cikgu aku yang paling baik. Abah jugak motivator yang paling banyak beri semangat. Sampai pernah satu ketika aku rasakan abah adalah segalanya bagi aku. Aku tahu semakin aku besar, semakin banyak aku lukakan hati abah. Walaupun aku tak melukakan hati beliau dengan sengaja, atau bukan dengan pandangan mata kasar, tapi aku tau, kadang-kadang aku gagal jadi anak yang baik untuk abah. Aku tau tu.

Umur abah makin meningkat saban tahun. Aku tak tahu selama mana lagi aku akan dapat meluangkan masa dengan beliau. Cuma aku berdoa semoga abah dipanjangkan umurnya agar kami semua berpeluang untuk mendapat kasih sayangnya lagi. Isk..aku sebak betul sekarang nih. Malam tadi pun, waktu aku nak pulang ke rumah, abah tunggu di muka pintu sampai kereta aku pun tak kelihatan lagi. Sentimental dowh.

Dulu waktu aku kecik, sampai la bersekolah menengah, aku hanya cium tangan mak dan abah waktu hari raya. Tapi bila aku tingkatan 3, baru aku tarasa macam aku sayang mak abah aku sangat-sangat. Baru aku sedar, keredhaan dan mak ngan abah tuh penting. Dan sejak tuh, aku akan cium tangan mak abah aku dan cium kedua pipi mereka setiap hari sebelum pergi sekolah without fail. Sampai la hari nih, aku masih kekalkan budaya tuh. Hanya aku seorang. Dulu adik-adik aku pun buat perkara yang sama sebelum pegi sekolah, tapi dah habis sekolah diorang tak buat dah. Segan gamaknya. Jadi hanya aku seorang yang masih buat macam tuh. Entahlah, aku memang jenis sentimental.

Jadi itulah dia. Aku pun dah makin sebak nak cerita banyak pasal abah aku. Selamat hari ulangtahun yang ke 54 Abah. Along sayang kat Abah sangat-sangat. Abah penguat semangat Along, Abah juga adalah contoh lelaki terbaik dalam hidup Along. Along bangga dan bersyukur sebab ada bapa macam Abah. Semoga Abah dipanjangkan umur. Diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan yang berpanjangan. Mwah mwah.

Monday, February 11, 2008

Lelaki A VS Lelaki B

Malam tadi aku bersembang panjang dengan seorang teman lama. Teman yang sangat karib satu masa dulu dan sampai sekarang hubungan kami sangat baik walaupun aku dah tak jumpa beliau lebih dua tahun.

Kami berbual panjang, bercerita tentang kenangan-kenangan lama sehinggalah ke current updates. She's still single. Dan cerita kami lebih tertumpu kepada kisah beliau dan situasi yang dialaminya sekarang. Dilema seorang wanita berumur hampir 27 tahun yang begitu ingin menamatkan zaman bujang tetapi masih belum dapat untuk memilih teman untuk dijadikan suami.

Ya. Memilih. Kisahnya bukan beliau tiada calon. Tetapi sebaliknya beliau punya lebih dari seorang calon dan kini berada dalam dilema untuk memilih yang mana satu yang lebih layak untuk diangkat sebagai seorang suami.

Setelah mendengar segala input yang diberikan, aku dapati ianya memang satu pilihan yang sukar. Sebenarnya bukan kehendak beliau untuk memasang lebih dari satu teman lelaki, but it just happened that way.

Lelaki pertama, adalah kenalan yang telah lama dikenalinya yakni sejak zaman di universiti dahulu dan mereka berkawan baik sehingga sekarang. Beliau tak pernah declare dengan lelaki tersebut, tetapi hubungan mereka makin lama semakin akrab lantaran sikap lelaki tu yang sungguh caring dan baik terhadap dirinya. Dan lama-kelamaan mereka kelihatan seperti pasanganlah kiranya, sebab lelaki itu pun pernah berjumpa dengan keluarga kawan aku ni.

Kira-kira setahun yang lepas, kawan aku ni tiba-tiba diapproach oleh seorang lagi lelaki, yakni her colleague. Lelaki kedua ini tidak punya apa-apa kelebihan pun berbanding lelaki yang pertama. Tetapi kawan aku ni merasa satu kelainan apabila mengenali lelaki kedua. Barulah beliau merasa semua perasaan yang setiap manusia yang bercinta perlu ada, seperti perasaan berbunga-bunga, perasaan sayang dan rindu dan perasaan-perasaan lain yang normal bagi pasangan bercinta.

Lelaki kedua sebenarnya tahu tentang kewujudan lelaki pertama. Tetapi beliau lebih mengambil langkah untuk mencuba dan tidak menyerah kalah. Walaubagaimanapun, beliau kata, sekiranya lelaki pertama yang bakal jadi pilihan kawan aku nih untuk dijadikan suami, beliau akan akur walaupun itu bakal menjadi satu kehilangan besar bagi dirinya kerana lelaki kedua tiada pernah bercinta sebelum ini. Kiranya buat kali pertama pintu hatinya diketuk oleh seorang wanita.

Rumusannya, lelaki pertama bolehlah dianggap seorang lelaki yang baik hati dan sungguh decent. Sangat jarang menyakiti hati kawan aku ni. Kerana tahap tolak ansurnya yang tinggi. Kawan aku sedar perkara ini, tetapi beliau tidak merasa seperti bercinta (perasaan benar-benar cinta) sebaliknya mereka terus berhubungan kerana sikap baik lelaki itu dan sikap jujurnya terhadap kawan aku.

Berbanding lelaki kedua, kawan aku merasakan seperti dirinya sudah jatuh cinta, jadi perkara-perkara biasa dalam bercinta seperti merajuk, quarrel dan sebagainya memang kerap berlaku. Ini kerana lelaki kedua itu sikapnya lebih bersahaja berbanding lelaki pertama yang agak decent.

Kalau ikut dari perasaan bercinta, sudah tentu kawan aku memilih yang kedua. Tapi apabila bercakap tentang perkahwinan, nak memilih insan yang bakal menjadi suami, itulah part yang paling tricky sekali. Kawan aku dah buat solat istikharah sebanyak 3 kali, dalam mimpi yang pertama dan kedua, kedua-dua lelaki tersebut wujud. Tetapi dalam mimpi ketiga, hanya lelaki pertama yang wujud, tetapi dalam mimpi tu, lelaki pertama langsung tidak memandang beliau dan memandang ke arah lain.

Maka bertambah confused la kawan aku nih. Kalau ikut dari pandangan keluarga, rata-rata mereka memilih lelaki pertama. Tapi itu bakal membuatkan kawan aku ni agak sedih la jugak kalau terpaksa berpisah dengan lelaki yang beliau rasakan punya chemistry bersama beliau itu, kerana kawan aku nih makin lama makin sayang dengan lelaki kedua. Tapi beliau juga akur dengan nasihat keluarganya. Keluarganya kata, kalau hanya bersandarkan cinta semata-mata, takut suatu hari nanti kawan aku bosan, takut tiada apa yang tinggal. Bagi mereka, lelaki pertama lebih diyakini untuk menjadi seorang suami yang baik.

Walaubagaimanapun keputusan terletak pada tangan kawan aku. Sebab keluarganya hanya memberi pandangan, tetapi tidak akan sekali-kali cuba untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh kawan aku. Kiranya kawan aku nih boleh membuat keputusan dengan bebas.

Tapi itulah, aku sendiri pun kalau berada di tempat beliau, memang agak sukar untuk memilih. Cuma aku nasihatkan beliau, antara kedua-dua lelaki itu, hanya beliau yang kenal hati budinya. jadi buatlah keputusan dengan tepat. Suami pun hanya seorang sahaja. Dalam hal macam ni, memang pasti akan ada pihak yang terluka. Tetapi ianya memang dah jadi ketentuan. Walau apa cara sekalipun, semua ini perlu menemui titik noktah juga.

Namun walau siapa pun yang jadi pilihannya, beliau juga perlu tabah. Sekiranya keputusan yang dibuatnya tepat, maka berbahagialah hidupnya. Sekiranya kurang tepat, beliau perlulah bertanggungjawab atas keputusannya tuh kan. Pendek kata, just make up her mind dan buat keputusan tanpa berpaling lagi. Sama ada itu keputusan tepat atau tidak, kita takkan ketahuinya pun. Anggaplah sahaja orang yang kita pilih itu sebagai jodoh kita dan lalui susah senang bersama tanpa perlu membanding-bandingkan antara keduanya bila dah kahwin nanti. It would be better kalau macam tuh kot.

Apapun, aku pulak yang saspen. Siapalah yang bakal jadi suami kawan aku tuh yek. Eheh. Sebab she's a very nice woman indeed.

Luahan Hati Seorang Mimi


** Amaran: Berikut adalah sejenis karangan yang berbentuk self-centered semata-mata. Khas untuk orang yang sedia rapat atau sedang merapat-rapatkan diri dengan penulis. Sekiranya anda seorang prejudis, anda tidak digalakkan untuk membaca.


Adakah kau mengenali Mimi?

Siapa Mimi yang sebenarnya? Adakah kau cukup kenal Mimi itu siapa?


Mimi itu adalah seorang perempuan yang keras hatinya. Degil lagi mengada. Drama queen termasyhur dalam kehidupan seorang lelaki. Seringkali emosional bila berdepan dengan sesuatu isu yang berkaitan perasaan. Malah selalunya akan bertindak keterlaluan apabila merasakan dirinya teraniaya dan tertekan.

Beliau juga seorang attention seeker. Tapi percayalah, bukan dengan semua orang. Beliau hanya akan bersikap sedemikian dengan lelaki yang yang berjaya menyentuh hatinya. Beliau cenderung untuk membuat pasangannya pening kepala dengan karenah beliau yang tak masuk akal.

Mimi juga seorang yang pemalas. Berangan-angan besar tapi tiada bercita-cita. Kuat mengomplen tetapi beliau sendiri tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja yang dikomplennya. Beliau juga kuat mengomel tentang segala macam hal. Perkara-perkara yang dianggap remeh oleh seorang lelaki adalah big issue bagi dirinya.

Bila berdepan dengan sesuatu konflik, Mimi akan menunjukkan reaksi yang berlebihan. Dahinya akan berkerut dan nada suaranya akan meninggi. Apabila seorang lelaki memberi alasan yang difikirkannya tidak munasabah, beliau akan segera naik angin. Kemudian beliau akan membuat segala spekulasi yang mampu difikirkannya dan kemudian akan meluahkannya segala spekulasinya itu dengan bersungguh-sungguh dan menganggap spekulasinya itu betul walaupun beliau sendiri sedar yang ianya hanyalah satu spekulasi.

Beliau juga apabila berasa terancam dalam sesuatu situasi, dan merasakan dirinya tidak mendapat perhatian yang secukupnya, maka beliau akan cenderung untuk mengungkit semua kesilapan silam pasangannya. Kadangkala biarpun sewaktu kejadian, beliau dengan pasangannya itu sedang berbual-bual kosong, sekiranya she's not happy with it, maka pasangannya terpaksa bersedia apabila Mimi dengan sekelip mata akan mengarah suatu topik itu kepada perbualan yang sungguh intense. In other words, Mimi memang suka potong mood pasangannya.

Sungguhpun begitu, Mimi tidak suka menggunakan kekerasan secara fizikal melainkan keadaan sangat memuncak. Tapi itu selalunya jarang-jarang berlaku. Beliau lebih cenderung untuk menggunakan serangan secara psikologi, yakni dengan kata-katanya yang sungguh menyakitkan hati kerana beliau dari dulu merasakan kata-kata itu lebih tajam dari sebilang pedang.

TETAPI......

Walau bagaimana teruk dan buruknya ia kedengaran, itu adalah luaran seorang Mimi bagi pandangan mata kasar seorang lelaki. Apa yang sebenarnya berada dalam Mimi itu, hanya orang yang mengenali Mimi sahaja yang mengerti.

People tend to judge personaliti seseorang hanya dengan pandangan kasar. Tidak salah sekiranya mereka berbuat demikian sekiranya mereka tidak berapa kenal dengan Mimi tetapi menjadi kesalahan besar sekiranya seseorang yang berbuat demikian itu adalah orang yang cuba untuk menghampiri ataupun yang sedang rapat dengan Mimi.

Mimi cuma berlaku jujur. Mimi tidak berkata-kata dalam hati sebaliknya akan meluahkan semuanya sekali. Jangan ditanya kenapa Mimi sentiasa mampu untuk menerima seseorang itu semula walau begitu teruk perasaannya dilukakan (apply for both - pasangan dan teman rapat), semuanya adalah kerana Mimi seorang yang pemaaf, bukan pendendam dan sangat sabar. Diulang, sangat-sangat sabar. Mimi akan meluahkan segala ketidakpuasan hati sehingga semuanya habis dan tidak berbaki, supaya perkara itu tidak akan mengganggu minda Mimi lagi.

Ini kerana Mimi bukan judge seseorang itu berdasarkan kesilapan mereka. Tetapi Mimi lebih suka untuk menimbang kesilapan mereka itu dengan segala kelebihan lain yang mereka ada. Dengan cara itu, kesilapan tersebut akan kelihatan sangat kecil dan ianya akan lebih mudah untuk dimaafkan dan dilupakan. Cuma untuk kesilapan yang agak besar, Mimi dengan pasti akan memaafkan tetapi tidak sesekali akan melupakan demi panduan untuk masa depan. Perlu diingat, pertama kali kita terjatuh dalam lubang, itu mungkin kerana kita naive, tapi apabila kita jatuh buat kali kedua dalam lubang yang sama, itu adalah bodoh.

Mimi cuma mahu seseorang itu melihat jauh ke dalam Mimi, bukannya hanya melihat Mimi dengan mata kasar. Mimi cuma mahu itu. Sepertimana Mimi melihat diri orang lain. Mimi akui Mimi belum mampu untuk cuba bersikap lebih baik, dan lebih lembut, lebih bertoleransi, lebih cerdik (dan lebih segala macam lebih lagi) secara luarannya. Maafkan Mimi. Tapi andai kau tahu apa yang ada dalam Mimi, InsyaAllah, Mimi memang dah ada semua itu.

It's just a matter of sejauh mana kau mengenali Mimi.


Yang Benar,

-mimiyangcakapberapiapitapihatitiadasampai-


* Perlu diingatkan, Mimi tidak berkelakuan seperti di atas dengan semua orang. HANYA dengan orang yang pernah atau sedang menyentuh hati Mimi sahaja yang perlu berdepan dengan fenomena ngeri tersebut. Jadi kepada teman-teman semua, janganlah anda khuatir. Mimi adalah sepertimana yang anda kenal. ;)

Friday, February 8, 2008

Kegembiraan VS Kesedihan



Bulan Januari tahun nih memang membuatkan hidup aku mental. Dugaan banyak ooo... rata-rata peristiwa yang berlaku menuntut aku untuk bermain dengan emosi. Peristiwa-peristiwa yang bagi aku agak menyesakkan tatkala aku sedang melaluinya tapi bila aku berjaya melewati kesemua dugaan-dugaan tersebut, aku merasakan diri aku semakin dewasa.


Walaubagaimanapun, aku banyak menumpang kegembiraan kawan-kawan rapat aku sepanjang bulan Januari arituh. Kawan-kawan rapat aku, empat orang kesemuanya, selamat melahirkan cahayamata sulung mereka dengan selamat. Kesemuanya dalam bulan Januari!


Secara jujurnya, aku agak beremosi setiap kali aku mendapat berita kelahiran cahayamata pertama mereka tuh. Selain merasa extremely happy, aku juga tak nafikan memang terdetik perasaan sebal. Manakan tidak, aku sering terfikir bahawa sekiranya aku tidak keguguran dulu, pasti aku juga termasuk dalam salah seorang yang menimang cahayamata di bulan Januari.


Bermula dengan kelahiran Khadijah, puteri pertama Siti, kemudian kelahiran putera sulung Ola, dan hari yang sama Lane juga melahirkan seorang baby girl yang sangat comel dan tak lama kemudian Beck pulak dengan kelahiran anak perempuannya yang pertama. Perghhh..semua kawan rapat aku tuh beb. Kadang-kadang aku terfikir juga yang kami semua nih macam berjanji pulak untuk preggy bersama-sama dalam tempoh yang terdekat.


Tapi mungkin bukan rezeki aku, aku keguguran ketika usia kandungan aku 6 minggu. Jadi itulah dugaan paling hebat kiranya untuk aku di tahun lepas. Dan tahun ini aku terpaksa berdepan dengan isu yang sama apabila kawan-kawan aku tuh dah melahirkan cahayamata masing-masing, aku hanya mampu berkongsi kegembiraan.


Aku tak malu untuk mengaku yang aku memang agak tersentuh. Perasaan aku bercampur baur antara kegembiraan yang tak terhingga dengan perasaan sebal yang menggunung. Tapi setelah aku berfikir dengan waras, aku sememangnya tersangat gembira dengan kelahiran bayi-bayi comel mereka. Tambahan pula keadaan kawan-kawan aku yang semuanya berjaya melahirkan bayi mereka dengan selamat. Aku bersyukur. Aku cuba bersikap positif, ini semua rezeki kurniaan Allah, siapa kita untuk mempersoalkannya.


Atas dasar itulah, aku mengambil keputusan untuk mengikut Mr Shrek bekerja di luar kawasan (outstation), kerana aku tak mahu melayan emosi yang keterlaluan apabila aku berseorangan di rumah. Setakat ini, aku hanya berpeluang melawat Siti, dan selebihnya aku bercadang untuk melawat mereka sedikit masa lagi memandangkan mereka pun berada di kampung halaman masing-masing kerana berpantang dan aku pulak baru saja pulang dari mengikut Mr Shrek outstation.


Hmm..aku tak sabar sebenarnya nak tengok anak-anak angkat aku semua tuh...semuanya comel-comel belaka. Walaupun aku hanya dapat tengok melalui gambar, tapi entah kenapa aku berasa sangat sayang dan aku menganggap mereka macam anak-anak aku sendiri. Tahniah untuk Siti, Ola, Lane dan Beck. Now masing-masing dah officially jadik proud mom.


Well, bila sampai masanya, aku juga akan punya anak sendiri nanti. InsyaAllah. Mudah-mudahan. Amiiinn.. :)


Me and Khadijah, cahayamata pertama Siti

Thursday, February 7, 2008

Kejanggalan VS Semangat

Hmm..Err...Iskk...Hmmm...

Assudah..leceh gile gak ek nak start satu sesatu benda tuh sekiranya sesuatu tuh dah lama kita tidak lakukan. Sama la macam yang aku rasa sekarang. Sebab aku dah berkurun tinggalkan blog nih, maka amatlah susah untuk aku sambung kembali sebarang bentuk penulisan dalam blog nih.

Hidup aku sehari-hari sebenarnya tak pernah sunyi dengan peristiwa-peristiwa yang mencuit hati. Cuma bulan-bulan kebelakangan nih, peluang untuk aku luahkan dalam blog nih amat terbatas. Maka berlalulah segala kenangan-kenangan tuh tanpa sempat dirakam dan cuma yang aku harapkan, semoga semuanya akan terus kekal dalam ingatan aku hendaknya.

Kadang-kadang kan, aku terpikir la jugak, adakah perlu aku update selalu blog nih, atau aku hanya update sekali sekala mengikut mood. Atau update hanya apabila ada perkara yang betul-betul happening dan memberi kesan kepada diri aku. Tapi entahla, nak pikir-pikir sangat pun, aku kejadahnye pulak kan. Afterall this is my blog, so up to me la nak buat camne pun. Heh

Kalau nak ikutkan, aku memang la suka menulis. Tapi sejak dua menjak nih, bila ada kekangan-kekangan yang tak dapat dielakkan, aktiviti tuh terbantut dengan sendirinya. Kemudian baru aku realized, sesuatu yang dikira rutin pun, kalau kita tinggalkan buat satu jangkamasa yang agak lama, lama-kelamaan perkara tuh akan jadik janggal la pulak.

Tapi aku sayang nak tinggalkan hobi aku yang satu nih. So dengan segala inisiatif yang ada, tuh yang aku buat entry nih. Eheheh...kosser je tau. Aku saje je nih, saje nak bitau yang aku dah ready nak menulis kembali. Punya la panjang mukadimahnya kan. Nasiblah. Yang penting, dalam serba kekalutan dan kejanggalan untuk menulis nih, mood aku semakin bertambah.

Well, at least it's better than nothing ayt? ;)