Monday, February 11, 2008

Lelaki A VS Lelaki B

Malam tadi aku bersembang panjang dengan seorang teman lama. Teman yang sangat karib satu masa dulu dan sampai sekarang hubungan kami sangat baik walaupun aku dah tak jumpa beliau lebih dua tahun.

Kami berbual panjang, bercerita tentang kenangan-kenangan lama sehinggalah ke current updates. She's still single. Dan cerita kami lebih tertumpu kepada kisah beliau dan situasi yang dialaminya sekarang. Dilema seorang wanita berumur hampir 27 tahun yang begitu ingin menamatkan zaman bujang tetapi masih belum dapat untuk memilih teman untuk dijadikan suami.

Ya. Memilih. Kisahnya bukan beliau tiada calon. Tetapi sebaliknya beliau punya lebih dari seorang calon dan kini berada dalam dilema untuk memilih yang mana satu yang lebih layak untuk diangkat sebagai seorang suami.

Setelah mendengar segala input yang diberikan, aku dapati ianya memang satu pilihan yang sukar. Sebenarnya bukan kehendak beliau untuk memasang lebih dari satu teman lelaki, but it just happened that way.

Lelaki pertama, adalah kenalan yang telah lama dikenalinya yakni sejak zaman di universiti dahulu dan mereka berkawan baik sehingga sekarang. Beliau tak pernah declare dengan lelaki tersebut, tetapi hubungan mereka makin lama semakin akrab lantaran sikap lelaki tu yang sungguh caring dan baik terhadap dirinya. Dan lama-kelamaan mereka kelihatan seperti pasanganlah kiranya, sebab lelaki itu pun pernah berjumpa dengan keluarga kawan aku ni.

Kira-kira setahun yang lepas, kawan aku ni tiba-tiba diapproach oleh seorang lagi lelaki, yakni her colleague. Lelaki kedua ini tidak punya apa-apa kelebihan pun berbanding lelaki yang pertama. Tetapi kawan aku ni merasa satu kelainan apabila mengenali lelaki kedua. Barulah beliau merasa semua perasaan yang setiap manusia yang bercinta perlu ada, seperti perasaan berbunga-bunga, perasaan sayang dan rindu dan perasaan-perasaan lain yang normal bagi pasangan bercinta.

Lelaki kedua sebenarnya tahu tentang kewujudan lelaki pertama. Tetapi beliau lebih mengambil langkah untuk mencuba dan tidak menyerah kalah. Walaubagaimanapun, beliau kata, sekiranya lelaki pertama yang bakal jadi pilihan kawan aku nih untuk dijadikan suami, beliau akan akur walaupun itu bakal menjadi satu kehilangan besar bagi dirinya kerana lelaki kedua tiada pernah bercinta sebelum ini. Kiranya buat kali pertama pintu hatinya diketuk oleh seorang wanita.

Rumusannya, lelaki pertama bolehlah dianggap seorang lelaki yang baik hati dan sungguh decent. Sangat jarang menyakiti hati kawan aku ni. Kerana tahap tolak ansurnya yang tinggi. Kawan aku sedar perkara ini, tetapi beliau tidak merasa seperti bercinta (perasaan benar-benar cinta) sebaliknya mereka terus berhubungan kerana sikap baik lelaki itu dan sikap jujurnya terhadap kawan aku.

Berbanding lelaki kedua, kawan aku merasakan seperti dirinya sudah jatuh cinta, jadi perkara-perkara biasa dalam bercinta seperti merajuk, quarrel dan sebagainya memang kerap berlaku. Ini kerana lelaki kedua itu sikapnya lebih bersahaja berbanding lelaki pertama yang agak decent.

Kalau ikut dari perasaan bercinta, sudah tentu kawan aku memilih yang kedua. Tapi apabila bercakap tentang perkahwinan, nak memilih insan yang bakal menjadi suami, itulah part yang paling tricky sekali. Kawan aku dah buat solat istikharah sebanyak 3 kali, dalam mimpi yang pertama dan kedua, kedua-dua lelaki tersebut wujud. Tetapi dalam mimpi ketiga, hanya lelaki pertama yang wujud, tetapi dalam mimpi tu, lelaki pertama langsung tidak memandang beliau dan memandang ke arah lain.

Maka bertambah confused la kawan aku nih. Kalau ikut dari pandangan keluarga, rata-rata mereka memilih lelaki pertama. Tapi itu bakal membuatkan kawan aku ni agak sedih la jugak kalau terpaksa berpisah dengan lelaki yang beliau rasakan punya chemistry bersama beliau itu, kerana kawan aku nih makin lama makin sayang dengan lelaki kedua. Tapi beliau juga akur dengan nasihat keluarganya. Keluarganya kata, kalau hanya bersandarkan cinta semata-mata, takut suatu hari nanti kawan aku bosan, takut tiada apa yang tinggal. Bagi mereka, lelaki pertama lebih diyakini untuk menjadi seorang suami yang baik.

Walaubagaimanapun keputusan terletak pada tangan kawan aku. Sebab keluarganya hanya memberi pandangan, tetapi tidak akan sekali-kali cuba untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh kawan aku. Kiranya kawan aku nih boleh membuat keputusan dengan bebas.

Tapi itulah, aku sendiri pun kalau berada di tempat beliau, memang agak sukar untuk memilih. Cuma aku nasihatkan beliau, antara kedua-dua lelaki itu, hanya beliau yang kenal hati budinya. jadi buatlah keputusan dengan tepat. Suami pun hanya seorang sahaja. Dalam hal macam ni, memang pasti akan ada pihak yang terluka. Tetapi ianya memang dah jadi ketentuan. Walau apa cara sekalipun, semua ini perlu menemui titik noktah juga.

Namun walau siapa pun yang jadi pilihannya, beliau juga perlu tabah. Sekiranya keputusan yang dibuatnya tepat, maka berbahagialah hidupnya. Sekiranya kurang tepat, beliau perlulah bertanggungjawab atas keputusannya tuh kan. Pendek kata, just make up her mind dan buat keputusan tanpa berpaling lagi. Sama ada itu keputusan tepat atau tidak, kita takkan ketahuinya pun. Anggaplah sahaja orang yang kita pilih itu sebagai jodoh kita dan lalui susah senang bersama tanpa perlu membanding-bandingkan antara keduanya bila dah kahwin nanti. It would be better kalau macam tuh kot.

Apapun, aku pulak yang saspen. Siapalah yang bakal jadi suami kawan aku tuh yek. Eheh. Sebab she's a very nice woman indeed.

No comments: