Friday, February 8, 2008

Kegembiraan VS Kesedihan



Bulan Januari tahun nih memang membuatkan hidup aku mental. Dugaan banyak ooo... rata-rata peristiwa yang berlaku menuntut aku untuk bermain dengan emosi. Peristiwa-peristiwa yang bagi aku agak menyesakkan tatkala aku sedang melaluinya tapi bila aku berjaya melewati kesemua dugaan-dugaan tersebut, aku merasakan diri aku semakin dewasa.


Walaubagaimanapun, aku banyak menumpang kegembiraan kawan-kawan rapat aku sepanjang bulan Januari arituh. Kawan-kawan rapat aku, empat orang kesemuanya, selamat melahirkan cahayamata sulung mereka dengan selamat. Kesemuanya dalam bulan Januari!


Secara jujurnya, aku agak beremosi setiap kali aku mendapat berita kelahiran cahayamata pertama mereka tuh. Selain merasa extremely happy, aku juga tak nafikan memang terdetik perasaan sebal. Manakan tidak, aku sering terfikir bahawa sekiranya aku tidak keguguran dulu, pasti aku juga termasuk dalam salah seorang yang menimang cahayamata di bulan Januari.


Bermula dengan kelahiran Khadijah, puteri pertama Siti, kemudian kelahiran putera sulung Ola, dan hari yang sama Lane juga melahirkan seorang baby girl yang sangat comel dan tak lama kemudian Beck pulak dengan kelahiran anak perempuannya yang pertama. Perghhh..semua kawan rapat aku tuh beb. Kadang-kadang aku terfikir juga yang kami semua nih macam berjanji pulak untuk preggy bersama-sama dalam tempoh yang terdekat.


Tapi mungkin bukan rezeki aku, aku keguguran ketika usia kandungan aku 6 minggu. Jadi itulah dugaan paling hebat kiranya untuk aku di tahun lepas. Dan tahun ini aku terpaksa berdepan dengan isu yang sama apabila kawan-kawan aku tuh dah melahirkan cahayamata masing-masing, aku hanya mampu berkongsi kegembiraan.


Aku tak malu untuk mengaku yang aku memang agak tersentuh. Perasaan aku bercampur baur antara kegembiraan yang tak terhingga dengan perasaan sebal yang menggunung. Tapi setelah aku berfikir dengan waras, aku sememangnya tersangat gembira dengan kelahiran bayi-bayi comel mereka. Tambahan pula keadaan kawan-kawan aku yang semuanya berjaya melahirkan bayi mereka dengan selamat. Aku bersyukur. Aku cuba bersikap positif, ini semua rezeki kurniaan Allah, siapa kita untuk mempersoalkannya.


Atas dasar itulah, aku mengambil keputusan untuk mengikut Mr Shrek bekerja di luar kawasan (outstation), kerana aku tak mahu melayan emosi yang keterlaluan apabila aku berseorangan di rumah. Setakat ini, aku hanya berpeluang melawat Siti, dan selebihnya aku bercadang untuk melawat mereka sedikit masa lagi memandangkan mereka pun berada di kampung halaman masing-masing kerana berpantang dan aku pulak baru saja pulang dari mengikut Mr Shrek outstation.


Hmm..aku tak sabar sebenarnya nak tengok anak-anak angkat aku semua tuh...semuanya comel-comel belaka. Walaupun aku hanya dapat tengok melalui gambar, tapi entah kenapa aku berasa sangat sayang dan aku menganggap mereka macam anak-anak aku sendiri. Tahniah untuk Siti, Ola, Lane dan Beck. Now masing-masing dah officially jadik proud mom.


Well, bila sampai masanya, aku juga akan punya anak sendiri nanti. InsyaAllah. Mudah-mudahan. Amiiinn.. :)


Me and Khadijah, cahayamata pertama Siti

No comments: