Monday, February 11, 2008

Luahan Hati Seorang Mimi


** Amaran: Berikut adalah sejenis karangan yang berbentuk self-centered semata-mata. Khas untuk orang yang sedia rapat atau sedang merapat-rapatkan diri dengan penulis. Sekiranya anda seorang prejudis, anda tidak digalakkan untuk membaca.


Adakah kau mengenali Mimi?

Siapa Mimi yang sebenarnya? Adakah kau cukup kenal Mimi itu siapa?


Mimi itu adalah seorang perempuan yang keras hatinya. Degil lagi mengada. Drama queen termasyhur dalam kehidupan seorang lelaki. Seringkali emosional bila berdepan dengan sesuatu isu yang berkaitan perasaan. Malah selalunya akan bertindak keterlaluan apabila merasakan dirinya teraniaya dan tertekan.

Beliau juga seorang attention seeker. Tapi percayalah, bukan dengan semua orang. Beliau hanya akan bersikap sedemikian dengan lelaki yang yang berjaya menyentuh hatinya. Beliau cenderung untuk membuat pasangannya pening kepala dengan karenah beliau yang tak masuk akal.

Mimi juga seorang yang pemalas. Berangan-angan besar tapi tiada bercita-cita. Kuat mengomplen tetapi beliau sendiri tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja yang dikomplennya. Beliau juga kuat mengomel tentang segala macam hal. Perkara-perkara yang dianggap remeh oleh seorang lelaki adalah big issue bagi dirinya.

Bila berdepan dengan sesuatu konflik, Mimi akan menunjukkan reaksi yang berlebihan. Dahinya akan berkerut dan nada suaranya akan meninggi. Apabila seorang lelaki memberi alasan yang difikirkannya tidak munasabah, beliau akan segera naik angin. Kemudian beliau akan membuat segala spekulasi yang mampu difikirkannya dan kemudian akan meluahkannya segala spekulasinya itu dengan bersungguh-sungguh dan menganggap spekulasinya itu betul walaupun beliau sendiri sedar yang ianya hanyalah satu spekulasi.

Beliau juga apabila berasa terancam dalam sesuatu situasi, dan merasakan dirinya tidak mendapat perhatian yang secukupnya, maka beliau akan cenderung untuk mengungkit semua kesilapan silam pasangannya. Kadangkala biarpun sewaktu kejadian, beliau dengan pasangannya itu sedang berbual-bual kosong, sekiranya she's not happy with it, maka pasangannya terpaksa bersedia apabila Mimi dengan sekelip mata akan mengarah suatu topik itu kepada perbualan yang sungguh intense. In other words, Mimi memang suka potong mood pasangannya.

Sungguhpun begitu, Mimi tidak suka menggunakan kekerasan secara fizikal melainkan keadaan sangat memuncak. Tapi itu selalunya jarang-jarang berlaku. Beliau lebih cenderung untuk menggunakan serangan secara psikologi, yakni dengan kata-katanya yang sungguh menyakitkan hati kerana beliau dari dulu merasakan kata-kata itu lebih tajam dari sebilang pedang.

TETAPI......

Walau bagaimana teruk dan buruknya ia kedengaran, itu adalah luaran seorang Mimi bagi pandangan mata kasar seorang lelaki. Apa yang sebenarnya berada dalam Mimi itu, hanya orang yang mengenali Mimi sahaja yang mengerti.

People tend to judge personaliti seseorang hanya dengan pandangan kasar. Tidak salah sekiranya mereka berbuat demikian sekiranya mereka tidak berapa kenal dengan Mimi tetapi menjadi kesalahan besar sekiranya seseorang yang berbuat demikian itu adalah orang yang cuba untuk menghampiri ataupun yang sedang rapat dengan Mimi.

Mimi cuma berlaku jujur. Mimi tidak berkata-kata dalam hati sebaliknya akan meluahkan semuanya sekali. Jangan ditanya kenapa Mimi sentiasa mampu untuk menerima seseorang itu semula walau begitu teruk perasaannya dilukakan (apply for both - pasangan dan teman rapat), semuanya adalah kerana Mimi seorang yang pemaaf, bukan pendendam dan sangat sabar. Diulang, sangat-sangat sabar. Mimi akan meluahkan segala ketidakpuasan hati sehingga semuanya habis dan tidak berbaki, supaya perkara itu tidak akan mengganggu minda Mimi lagi.

Ini kerana Mimi bukan judge seseorang itu berdasarkan kesilapan mereka. Tetapi Mimi lebih suka untuk menimbang kesilapan mereka itu dengan segala kelebihan lain yang mereka ada. Dengan cara itu, kesilapan tersebut akan kelihatan sangat kecil dan ianya akan lebih mudah untuk dimaafkan dan dilupakan. Cuma untuk kesilapan yang agak besar, Mimi dengan pasti akan memaafkan tetapi tidak sesekali akan melupakan demi panduan untuk masa depan. Perlu diingat, pertama kali kita terjatuh dalam lubang, itu mungkin kerana kita naive, tapi apabila kita jatuh buat kali kedua dalam lubang yang sama, itu adalah bodoh.

Mimi cuma mahu seseorang itu melihat jauh ke dalam Mimi, bukannya hanya melihat Mimi dengan mata kasar. Mimi cuma mahu itu. Sepertimana Mimi melihat diri orang lain. Mimi akui Mimi belum mampu untuk cuba bersikap lebih baik, dan lebih lembut, lebih bertoleransi, lebih cerdik (dan lebih segala macam lebih lagi) secara luarannya. Maafkan Mimi. Tapi andai kau tahu apa yang ada dalam Mimi, InsyaAllah, Mimi memang dah ada semua itu.

It's just a matter of sejauh mana kau mengenali Mimi.


Yang Benar,

-mimiyangcakapberapiapitapihatitiadasampai-


* Perlu diingatkan, Mimi tidak berkelakuan seperti di atas dengan semua orang. HANYA dengan orang yang pernah atau sedang menyentuh hati Mimi sahaja yang perlu berdepan dengan fenomena ngeri tersebut. Jadi kepada teman-teman semua, janganlah anda khuatir. Mimi adalah sepertimana yang anda kenal. ;)

1 comment:

-LaDy rAzOr- said...

hehehe.....dun wori...
aku sronok kawan n kenal ngan ko....keep in touch! =D