Tuesday, February 12, 2008

Happy 28th Anniversary

Sekali aku lupa pulak nak masukkan entry pasal anniversary mak ngan abah aku yang ke 28 kelmarin, 10 Februari, sehari sebelum birthday abah aku.

28 tahun woaa...satu jangkamasa yang agak panjang. Aku yang baru kahwin 2 tahun lebih nih pun pening-pening nak melaluinya (ekekekek...). Aku bersyukur sebab hubungan mak ngan abah sentiasa bahagia dan mereka hidup dengan kasih sayang.

Pergghh..kalau nak buat seperti mak dan abah aku buat, memang aku sendiri pun tak terdaya. Mak aku seorang isteri yang sangat baik. Beliau buat semua tanggungjawab dengan bagus sekali. Sampai aku wonder, orang dulu-dulu memang tak kekok langsung buat semua kerja rumah. Mungkin sebab dah biasa susah. Part itu memang aku kagum sesangat.

Satu lagi yang aku kagum dengan abah aku, beliau setiap hari without fail akan balik ke rumah untuk makan tengahari melainkan kalau beliau kerja di luar kawasan. Rumah adalah destinasi beliau yang utama tiap kali pulang dari kerja. Abah tak suka melepak kat kedai kopi atau sebagainya. Abah memang mementingkan keluarga lebih dari segalanya. Sebab tu kami sekeluarga sangat rapat. He'a such a family man.

Kadang-kadang aku rasa mak dan abah macam tak pernah punya masalah. Tapi mustahil la kan. Mesti ada. Tapi aku bersyukur sebab tak pernah pulak aku lihat sebarang aksi drama swasta. Aksi sepak terajang atau maki memaki jauh sekali. Iskk...malu aku la kalu masuk bab nih. Sebab aku pulak terkenal dengan drama queennye. Huhu...

Cerita pasal anniversary nih kan, abah aku pernah cerita ngn kami (anak-anak beliau). Dulu, sehari selepas perkahwinan mereka, kompeni abah aku ada buat jamuan. Kiranya untuk meraikan perkahwinan parents aku dengan meraikan birthday abah aku. So masa tuh mak aku pakai dress (zaman tuh orang panggil midi) dengan kasut tinggi yang ada tali belit-belit sampai ke betis.

So masa tuh abah aku cakap..kengkawan beliau, superior dan rakan sekerja bukannya entertain beliau. Tapi dok asyik entertain mak aku la pulak. Abah aku jammed gile nak mampos. Dan sejak tuh abah aku tak kasik mak aku pakai baju macam tuh lagi. Huhuhu...patut la aku tak pernah tengok gambar mak aku pakai menyeksi. Semuanya sopan-sopan belaka. Eheh.

Satu lagi , nih nenek aku cerita la pulak. Masa zaman mak abah aku bercinta dulu, nenek aku tak tau. Sebab nenek aku dah ada calon untuk dijodohkan dengan mak aku. Cuma kemudian nenek aku macam dapat syak la, yang mak aku nih rupanya dah ada buah hati yakni abah aku. Sebab ada satu hari tuh, nenek aku nampak mak aku dok bersiap-siap macam nak keluar. Nenek aku yang patutnya pergi kerja, terus standby bawah rumah, dok menigintai. Sekali nampak la bapak aku datang jalan kaki (mak dan abah aku sekampung). Ape lagi, nenek aku sergah lah. Hahaha..

Nenek aku tanya, nak ke mana. Abah aku dengan gentlemannya menjawab, nak bawak anak makcik pergi tengok wayang. Dan-dan nenek aku cakap, boleh, jomlah kita pergi sama-sama. Makcik pun teringin nak tengok wayang. Maka pergi la mereka bertiga dan masa tengok wayang, nenek aku duduk tengah-tengah. Ahahaha..masa nenek aku cerita kisah nih kat aku, masih tergambar lagi wajah beliau yang bangga sebab dapat spoilkan date mak abah aku.

Masa sehari sebelum perkahwinan pulak, biasalah orang dulu-dulu memang tak kasik anak dara diorang jumpa pengantin lelaki masa dedekat ngn tarikh nak kahwin. Tapi nak dijadikan cerita, kambing abah aku yang nak dijadikan lauk kenduri rumah lelaki boleh pulak terlepas sampai ke rumah keluarga mak aku. Dah tuh pulak, kambing tuh menyorok betul-betul bawah rumah nenek aku.

Abah aku nih, dengan selamba pergi la nak ambik kambing tuh. Sekali bila abah aku pergi jek ke bawah rumah nenek aku tuh, terus kena sergah dek nenek aku. Nenek aku cakap abah aku nak mengintai mak aku pulak. Huhu...Kecoh la jugak sebab sedara nenek aku dah ramai yang berkumpul dan sibuk-sibuk buat persediaan. So dengan muka merah padam abah aku terpaksa la eksplen yang dia datang sebab nak ambik kambing je, bukan nak buat ape-ape pun. Eheh.. nih semua nenek aku yang cerita. Sebab nenek aku cakap, beliau dulu cam tak berapa berkenan nak jodohkan mak aku dengan abah aku sebab dia dah ada pilihan lain. Tuh yang dia berbulu sikit dengan abah aku.

Tapi bila mereka dah kahwin, abah aku terus jadi menantu kesayangan. Sampai la nih, parents aku pun duduk sebelah rumah nenek aku jek. Nenek aku kasik tanah dan parents aku buat rumah dekat situ. Senang nak tengok-tengokkan nenek aku.

Eheh..kelakar jek bila aku teringat semua kisah-kisah nih. Itu baru aku yang teringat, kalau mereka yang ingat, mesti lagik nostalgia. Eheh...diam tak diam..dah 28 tahun berlalu rupanya... ;) I'm really proud of them.

No comments: