Monday, November 30, 2009

Rintihan Sebuah Blog

Bila ada buat tak layan
Bila tak ada dikenang-kenang

Apola nasebbbbbb...


Ngeeee... :D

Thursday, July 23, 2009

Wendu laaaa...huhuhuhu

Ok, sambung lagi la. Baby masih tido. Sebab Mr Shrek tinggalkan berukband kat umah, mari kita utilize bebetul katanya. Ailebiu Mr Shrek :-*

Auww kosserr..aku wendu dekat J Eks sesangat. Boley gitu? Ekekekek..aku saje je nak amik ati J Eks buat entry nih sebab aku tau dia kekadang jenguk gak kesinih dengan harapan aku buat seprais untuk dia. Mintak-mintak pehnih kalau J Eks terbaca nih, aku nak beliau tahu yang beliau masih dikenang2 katanya. Mana boleh tak hengat, partner in crime tuhhh.. :P

Last Sunday dapat la aku dengar suara Macy Gray nye tuh. Alahaiii..lomah lutut acik. Wendu oke nak dengar suara tu. Beliau call aku sesaje katanya nak buat seprais la konon. Tapi memang seprais pun. Aku tepaksa tanya bebanyak kali, ni sape nih? Bukan sebab aku dah lupa suara dia, tapi aku tak percaya dia call katanya. Huhuhuu..

Sempat la jugak bergosip sedas dua. Okla tuh dari takde. Ekekke.. bukannya aku tak berkontek langsung pun, hari tuh pun dah berym2 bila sempat. Tapi bese la kan, aku nih mana mudah dipuaskan. :P

Alaaa kosser la J Eks, orang nak berbaby dia pun nak berbaby. Baby J Eks very the bom bom cikabom bom katanya. Ekekek..tapi takpelah, maleh la cite kat sinih kang ada yang serang aku pulak kang. Aku skang pun dah tak pandai nak jadi keji sangat katanya sebab dah insap. Wakakka.. lagipun aku takut ada sesape yang akan tak senang duduk sebab blog aku pun dah ado special guest. Jangan tanya sape, tapi cukuplah aku bitau, special guest yang memang special katanya.

J Eks makin berseri2 skang nih. Senyum pun dah lebar macam joker. Nih aku imagine je la sebab dari suara J Eks arituh, hamboiii.. kemain lagik katanya. So pepaham aje la ye. Kosserr.. J Eks, tepek la gambar baru u noks.. toksahlah nak berkaber2. U tombam macam apam beras pun mak tetap terima seadanya... wakakakka.. calit sket noks :P Tapi sori, mak dah kurus sket :P

Untuk J Eks, i tau u wendu gila kat i, tapi takyah la kita cuba2 untuk mengulang sejarah ye noks. Berat hati i ni nak cakap cengginih, tapi nampaknya kita semakin hari semakin sukar untuk beramas mesra cam dedolu. I sedar diri i yang dah kertuh nih.. I tau u nak sangat bermanja2 dengan i seperti satu ketika dulu, tapi sesungguhnya i tak tertahan rasa pedih di hati tatkala melihat dirimu bermesra dengan insan yang lain. Ekekkekek..

Best kan ayat i nyah. Kosserr... mak wendu nak berdrama ngan u nyah. U buatlah blog cam dedolu, buleh mak singgah. U pun tau i kat Amnet tuh takde port dah. Nak merayau kesana kemari pun dah takdo mood sebab orang dah tak kenal I noks. Posting pun berapa ketul jek tinggal. Cam haram. Huhuhuhu..

Oklah, sampai sini jek dulu. Lenkali aku sambung lagik ngan entry2 lain kalu aku ada kesempatan. Aku harap J Eks terubat la wendunya terhadap blog aku ni seketika. Aku pun wendu dekat J Eks sesangat katanya. Rasanya kalau ada peluang, abih cerita pasal J Eks aje nih kang. Tapi kalu Mr Shrek terbaca, habehlah..mana buleh J Eks lagik pemes dari dia katanya..ekekke..

Owait, sekian entry sengal dari mummy hawt. Joy, aku dah bleh masuk club mummy hawt ke blom? Ekekkek..

Am I Going To Be A Mummy?

Itula..nak dijadikan cite, hari tuh aku punya la sengal. Dah la lama gila tak masuk FB, lepas tuh buleh pulak aku mengada letak dekat status " Mimi Hisham is becoming a mummy!!". Ha, gitulah lebih kurang. Ekekeke..

Aku saje jek sebenarnya tu. Aku tengah excited pasal baby-baby nih. Tapi sekali banyak la pulak wish yang aku dapat. Huhuhu..terkelendat la pulak aku rasa sebab dah sah2 la kan diorang nih ingat aku preggy. Astaga..telan airliur pahit jela yang dapat aku buat lepas tuh. Padan la ngan muka aku kan...sape suh sengal2 cam haram.

Camnila, aku pun tanak la korang rasa cam tipah tertipu katanya. So, eloklah kalu aku bagi tahu je kisah sebenar. Aku memang nak jadik mummy. Dah jadik mummy dah pun. Sebab aku dah ada seorang anak angkat. Baru lahir ni pada 16 July yang lepas. Alhamdulillah. Baby girl. Saat aku taip ni, baby ni ada sebelah aku ni ha..tengah tidur. Ibu kandung dia masih ada dengan aku to breastfeed the baby. Soon, aku akan take over completely, insyaAllah.

Nanti la aku tepek2 gambar apa yang patut. Baby pun baru lepas keluar dari hospital last Sunday sebab hari tu ada sakit kuning sikit. Aku rasa aku akan busy gila lepas ni. Sekarang pun ala2 terkelendat jugakla sebab bukannya aku ada skill sangat katanya. Tapi aku rasa antara aku dan baby dah ada chemistry, sebab everytime dia nak tidur, atau merengek2 mesti aku je yang boleh buat dia diam. Magic siut. Aku bangga gila ni. Masa tulis nih pun airmata bergenang2..huhuhu..happy gila.

Keputusan ni keputusan bersama antara aku dan Mr Shrek. Kami memang happy sangat sekarang ni. Dah la tengah in love katanya. Kosserr.... Entahlah, sejak dua menjak ni, aku dengan Mr Shrek ada 'penyejuk'..asyik berkepit aje manjang. Ber'lovey dovey' 24/7 katanya. Tapi lepas ni aku dah tak boleh nak ikut Mr Shrek kemana2 dah sebab kena jaga baby. Huhuhu..part tuh sedih kemain sket ye. Tapi takpela, semua orang pun akan kena lalui benda2 macam tuh kan. So kira ok la tuh.

So now, bermulalah kerjaya aku sebagai mummy. Dah lima hari dah. Hopefully tercapai la hasrat aku nak jadi mummy mithali. Ekekke..aku dah pandai mandikan baby weh. Kagums ke tak? :P

Follower??

Ek ehhh..tadi masa aku log in, baru aku perasan tetiba ada benda alah nih pulak. Ada follower gitteww..

Ha tuh, nampak kat kanan sebelah atas tu? Ada dua orang follower siut. Ada Esah dengan Aidah yang voguedavass katanya. Kosser.. Tu apa tandanya tuh yek?? Mereka tu pembaca tegar blog nih ke? Apapun, korang dua memang kellass noks. Dalam diam gituh. Ekekek..

Tuh yang aku rasa cam semangat nak taip entry bebanyak tuh kan. Korang doa2 la yek aku menten cenggini. Aku memang wendu nak menaip..huhuhu. Rasa macam ada yang kurang jek bila aku dah tak dikeromoni oleh so called feminat katanya. Bosan siut.

Lagipun baru2 ni, aku skodeng2 gakla kat FB..FB pun dah lama tak berjenguk katanya. Pehtu aku skodeng plak dekat forum..ala forum tempat aku mengada2 dulu. Kosserr..masih cenggitu jugak katanya. Walaupun macam banyak gila yang aku dah tak kenal, tapi mana yang aku kenal tu..perghhh..masih menyengat. Kosserr..tuh yang buat aku jadi jaki sejaki jakinya. Takpe..takpe.. :P

Aku nak mancing J Eks masuk kesini katanya. Sebab tu aku kena story pasal forum tuh jugak. Kosserr..ikut hati dah maleh dah. Aku merajuk sebenaunya..sebab kali terakhir aku masuk dulu, aku rasa cam dah takde sape nak sesembang ngan aku. Aku mana boleh cemtu..aku takleh terima hakikat katanya yang aku nih dah kertuh. Ape buleh buat..kalu dah kertuh kena la sedau diri kan noks. Aku akur....huhuhuhuhu...

Yuhhuuuu..

Hoho..lama gila siut aku tinggalkan blog aku nih. Sampai bersawang tebal. Macam hutan pun ada. Aku pun tak tau la, kenapa la pulak aku rasa malas gila nak hapdet. Alasan yang aku suka pakai, adalah sebab aku tak ada masa. Bullshit. Sebenarnya aku memang malas sebab aku jarang ada peluang nak online.

Macam-macam la benda yang berlaku kat aku lately. Terlalu banyak, cuma aku rasa semua yang berlaku tu tak ada satu pun yang aku rasa macam betul-betul happening..melainkan kisah-kisah aku dengan Mr Shrek. Menjalani kehidupan macam biasa..buat kerja macam biasa..semuanya biasa-biasa jek bagi aku. Ke sebenarnya aku ni semakin susah nak dipuaskan? Ntah lah..agaknya la kot. :P

Nantilah..aku cite sikit-sikit pasal apa yang aku rasa agak menarik. Ni saje jek ni..nak test line. Ada lagi ke sesape yang nak baca blog aku...huhuhu. Tapi Esah dah tanya-tanya. Jadi sekurang-kurangnya ada Esah nak membaca. Ekekke..orait Esah? :P

Monday, February 2, 2009

Once Upon A Time... (Otak Camera?)

Menyingkap kisah zaman persekolahan sentiasa membuat aku rasa berbelah bahagi. Ini kerana zaman persekolahan memang meninggalkan kenangan yang manis tapi pada masa yang sama menuntut penyesalan. Kesal kerana tak belajar bersungguh-sungguh dahulu.

Kepada sesiapa yang mengenali aku, pasti tahu bangaimana cara aku belajar. Aku cuma seorang pelajar yang exam oriented. Itu yang aku kesalkan. Aku tak belajar sangat sekiranya tiada exam. In other words, aku nih banyak main. Main-main. Aku tak buat homework. Aku akan datang pepagi buta ke sekolah dan copy homework budak-budak cina.

Bila aku dapat result yang gempak, kawan-kawan fikir aku nih smart gila. Sebab mereka pun tahu aku bukan minah buku atau minah skema. Like I said tadi, aku tak pernah buat homework. Tak kisah homework apa sekalipun, aku akan hanya copy dari buku kawan-kawan…hatta experiment report sekalipun. The only homework yang aku buat sendiri adalah karangan BM. That’s it.

But aku sentiasa excel in exams. Dan aku tak rasa aku nih smart. So how I did it? Achieving straight A’s in UPSR & PMR effortlessly. Aku ada satu rahsia. Mungkin ada sesetengah kawan aku yang dah tahu. Otak aku otak kamera. At least ini yang digelarkan oleh sesetengah kawan aku. I don’t give a damn walau apa pun nama kelebihan aku nih...cuma aku nak beritahu, itulah rahsianya.

Waktu dalam kelas, aku hanya merakam apa-apa yang berlaku dalam kelas menggunakan minda aku, kemudian aku akan letakkan ingatan tu pada mana-mana bahagian dalam kelas, contohnya meja guru. Jadi nampak seperti aku tak beri perhatian, tapi sebenarnya aku berinteraksi dengan persekitaran. Semuanya akan terakam, kata-kata guru, page buku teks, komunikasi murid dengan guru, lawak bodoh..semuanya. Kemudian aku fokuskan kepada meja guru, yakni bahagian yang aku pilih dalam kelas untuk aku sangkutkan ingatan tuh. Then it’s settled.

Then how it works? Ok, kiranya sekarang nih, otak aku hanya berfungsi sebagai indeks. Sebagai contoh, hari ini belajar subjek sains topic pembiakan. Ingatan telah disangkutkan pada papan hitam contohnya. Jadi dalam otak aku akan hanya ada (sbg contoh) Subjek sains topic pembiakan – papan hitam, atas, sebelah kanan. That’s it. Aku tak amik port dah apa kandungan ingatan aku tuh. Aku hanya akan recall semula bila memerlukan.

Aku discover kelebihan nih waktu aku berada di sekolah rendah. Sebab adakalanya aku cari topic dalam buku teks seperti yang diarahkan cikgu dengan begitu mudah sekali. Mungkin di rumah aku dah belek-belek serba sedikit the whole buku teks. Then bila cikgu sebut nama topic, terus tergambar dalam kepala otak aku no mukasurat, mungkin juga barisan pertama ayat, dan sekiranya ada gambar, gambar tuh pun aku ingat. Gile kentang kan.

Tapi masa sekolah rendah, aku masih belum berapa pandai untuk gunakan kelebihan aku. But as time goes by, aku semakin bijak menggunakan kelebihan yang ada. Bukanlah semua proses pembelajaran aku gunakan teknik ini. Cuma sebahagian je, tapi at least berjaya la jugak aku mengurangkan kesesakan otak aku nih kan. Aku rasa la. Hehe. Tapi ada gak kelemahannya. Kadang-kadang otak aku lupa jalankan tanggungjawab dia. Kadang-kadang aku rasa aku dah sangkutkan ingatan tu tapi aku tak ingat dimana. Ade gak berlaku macam tuh.

Kadang –kadang aku tak perlu berada di tempat sebenar untuk aku recall. Cukup sekadar aku membayangkan. Contohnya tadi, aku sangkutkan ingatan tentang subjek sains topic pembiakan di papan hitam atas sebelah kanan, jadi aku tak semestinya perlu melihat papan hitam tu untuk aku recall semula ingatan yang telah disangkutkan. Nih semua permainan otak aku je. Aku just bayangkan je papan hitam tu, still boleh recall. Biasalah kan, tempat exam barangkali berbeza-beza. But as long otak as otak aku boleh maintain index tuh dengan baik…I’m doing fine.

Aku tak study hard. Study smart tu mungkin juga…sebab aku dah tau kelebihan aku, jadi bila-bila aku rasa macam rajin nak study, aku akan buat style macam tuh la. Aku baca sekali imbas, aku rekod main points beserta no mukasurat dan ape-ape je lagi yang difikirkan perlu kemudian aku sangkutkan je. Senang. Tapi benda nih menuntut komitmen gak sbnrnya. Atau dengan kata lain, u still have to work smart kalau nak ianya berfungsi dengan betul.

Ada satu kisah. Otak aku buat hal. Masa tuh PMR, subjek geografi. Aku dah rakam satu sesi soal jawab dengan cikgu dan contoh-contoh soalan PMR. Tapi bila exam, aku tak boleh recall aku sangkutkan dimana. Aku boleh ingat samar-samar…tapi aku tak boleh nak recall sepenuhnya. Soalan dalam paper PMR tuh pulak very familiar dan aku yakin ianya terkandung dalam ingatan tersebut. Aku rasa give up sangat…then tak lama kemudian miracle happen. Yarabbi, rupanya aku sangkutkan ingatan tuh pada abang senior yang aku admire. Baru aku teringat, masa aku buat mapping tuh, aku dok syok perati dia dari jauh. Huhu..

Nasib baik aku nampak dia lalu waktu aku tengah exam tu. Terus aku boleh recall from A-Z. Dapatlah aku jawab soalan PMR tuh dengan senang hati. Syukur. Dan kebanyakan ilmu yang yang aku kutip untuk PMR, aku gunakan teknik nih. And when I got straight A’s, aku tau teknik tuh berkesan. Tapi later on aku berfikir…adakah apa yang aku buat tuh normal? Adakah ilmu yang aku dapat tuh ilmu yang kekal sekiranya aku lakukan sedemikian. Aku confused sikit bab nih. Yelah, bayangkan kalau aku terlupa index, tak ke haru. Habis semuanya ingatan aku tuh kan. But so far, aku rasa aku masih boleh ingat apa-apa yang aku belajar. Jadi aku tahu, aku tak tinggalkan ilmu aku kat papan hitam, meja cikgu, pokok bunga, kipas, siling, tingkap kelas dan sebagainya.

As time goes by, aku dah tak berapa nak praktikkan teknik nih. Aku pun kurang pasti kenapa…tapi mungkin aku tak nak bergantung pada nasib. Last aku gunakan masa aku study di U dulu. Aku sentiasa jadi mangsa jaki kengkawan. Mana taknye, orang study bagai nak rak, aku tido. Bila exam, aku gak yang dapat markah lebih. Apepun, aku sendiri tak pasti samada aku mampu untuk lakukannya lagi. Benda tuh skill ke ape eh. Dulu aku ade gak rasa aku nih gifted. But both tuh boleh hilang kalau aku tak reti nak maintain. Whatever. At least aku tau, aku pernah jadi special.

So untuk kawan-kawan yang selama nih ingat aku nih smart, aku takde la smart mana. Aku pakai trick je woi. Aku rasa kalau benda nih satu skill, sesiapa pun akan jadi jauh lebih gempak dari aku. Sebab orang gifted atau skillful macam mana sekalipun, kalau malas apa gunanya. Macam aku. Huhu. Effort tuh penting kan. Sebab dalam menuntut ilmu nih, usaha dan keikhlasan tuh penting. Baru la ilmu meresap lama. Ini abah aku yang cakap la. Tapi aku rasa betul la tu. Hehe.

So itulah dia secret recipe aku sebagai pelajar dulu. Aku rasa mungkin ramai lagi yang mampu buat macam tuh. Tapi walau apapun, samada kita ada atau tidak skill tu, we still have to study/work smart ok. Jangan jadi macam aku..aku cuma pengambil kesempatan atas kelebihan aku. Aku hanya gunakan untuk exam. Shame on me.

Sebab tuh aku cakap, menyingkap kisah persekolahan buat aku rasa berbelah bahagi. Inilah reasonnya. What a shame. Haih…

My Smoochy Munchkin

Ini adalah kisah bagaimana aku mendapat tajuk to this beloved blog. Smoochy Munchkin. I didn’t even know what it means in the first place. Ianya nama yang diberi oleh love of my life eight years ago. I think it’s cute. I think it’s cheesy. I think it’s honest.

Aku sendiri pun tidak tahu itu adalah nama gelaran bagi aku sehinggalah aku found out sendiri dengan tidak sengaja tidak lama kemudian. He saved my hp number with that name. Dan apabila kami luangkan masa bersama, he would look at me, smile at me and called me with that name. Mimi my smoochy munchkin as he said it.

Eight years ago, I found a diary in his bag tak lama selepas kami berkenalan. Seperti remaja lain yang begitu gemarkan rahsia, I didn’t even think twice to read it. Aku rasa seperti terjumpa harta karun yang berharga. Yes, aku tak beretika sebab baca diari orang. But I couldn’t help it. I just wanted to know him better.

Diari yang sedih. Itu yang dapat aku simpulkan setelah membaca isinya satu persatu. Penuh kekecewaan, kehampaan dan kritikan. Kebanyakannya disampaikan melalui poem (in English). Dada aku sesak tatkala membacanya… Bagi aku, kalau beliau menggunakan diary beliau sebagai prop untuk memikat hati wanita, I think ianya akan berkesan sebab konfem kesian punyelah..huhu..at least berkesan untuk aku. Wakakka…I’m just kidding.

Kemudian apabila aku selak dan selak lagi ke page berikutnya, aku terjumpa ini.


“My Smoochy Munchkin"

" I wonder, I was so eager to have words with you. I feel like I was born again. How I wish we had met earlier. Our intention is so honest and love blooms so very fast. We’re lonely, being left by those who didn’t know what appreciation, tender and hope is. We’re glued to each other by similarity, trust, hopes and dreams. Words are our food, and when we thirst, we’ll just look at each other, staring. We’re quick to grab the oppoturnity to share our feelings and I’m glad we didn’t waste that time.

I’d love to love you forever and I wish to die with your love…as I will.”


I was so touched. In fact I still am. Aku selak kebelakang lagi, tapi itu adalah catatannya yang terakhir. Aku rasa agak frust sebab aku ingin tahu banyak lagi. But I’m glad he ended it with something different. Sementelah diarinya dipenuhi dengan kekecewaan dan kehampaan, ironinya he ended it with hope. Beliau tak menulis diary lagi sejak beliau mengenali aku. That’s one thing for sure.

I’m happy sebab berpeluang to read it once again. The diary is with me now. I found it just now dalam kotak album lama-lama kepunyaan beliau. Aku cuma harap Mr Shrek tak kisah aku quote his catatan dalam blog aku ni. Well, the consequencesnya pun cuma dua. It’s either he’ll be upset a bit, or he’ll be laughing to death. As for me, I’m laughing like hell now.

I can handle kot. Hopefully. Hikhikhik…

I Have A Dream

Dalam serba keterujaan bercampur malu-malu segan untuk bercakap mengenai plan-plan serta agenda perniagaan aku bagi tahun ini, akhirnya terluah juga kepada seorang teman. Teman yang aku kira sangat aku percayai dan hormati dan juga aku senangi.

Satu malam, aku berpeluang bersembang dengan beliau melalui ym. Perbualan ini berlaku tatkala perasaan aku begitu berkobar-kobar dengan cita-cita aku dan perancangan aku untuk menggapainya.

Bagi kami yang sememangnya sentiasa berperangai gila-gila sewaktu bersembang, jadi tersangatlah janggal rasanya untuk berbicara secara serius. Tetapi dek kerana aku nih begitu serius dengan cita-cita aku (kosserrr…), jadi mood aku berada dalam keadaan yang serius dan secara automatiknya, ayat-ayat aku juga memang berbau serius jugalah. Atau dengan kata lainnya, begitu terserlah kepoyoannya. Ekekek..

So, nak dijadikan cerita teman aku nih terpaksa la mendengar dan melayan api kepoyoan aku yang sedang marak itu. Dan sebagai teman yang begitu gemar mengusik, acapkali juga beliau menyakat dan menganjing ayat-ayat aku kan. Tapi takpe, lebih kerap beliau menyakat, lebih poyo aku jadinya. Aku kan pakar berangan. Semua orang tahu aku daydreamer berbakat.

Tapi setelah perbualan tamat, tiba-tiba aku rasa seperti…iskkkkk…malu gile nih kang kalau tak jadi. Huhu. Dan lebih mengharukan, punya la ramai lagi orang yang boleh aku kongsikan impian-impian aku tuh, tapi kenapa beliau? Aku pun tak tahu, tapi mungkin kerana aku rasa beliau boleh memangkin semangat aku kot. Apepun, sepanjang perjalanan kerumah, aku masih terasa seperti isskkkk..poyonye aku tadi…isk..malu siuttt…dan terbayang-bayang wajah beliau yang nazak gara-gara kebosanan melayan kepoyoan aku..huhu..

Later at home, aku terima satu sms. Dari beliau, teman yang jauh dimata tapi dekat dihati. Smsnya berbunyi “ U’re better because u’re not afraid to dream. Everything starts with a dream rite? Do I sound like a pakar motivasi now? Hehehe..”. I was like…iskkkk..terharu siutttt…yeah..it’s been emotional. Aku terharu bukan hanya kerana kata-katanya..tapi lebih dari itu, aku tahu that he listened. He listened to my words and my dreams.

He’s a respected friend. I know that I’m no better than him. So my reply went something like this; “Yeah u do (sound like a pakar motivasi). I’m no better than you. U believe in my dreams… And that makes us equal (even). I appreciate it and bla bla bla….”. Aku reply dengan rasa terharu…but I meant my every word.

Beberapa ketika kemudian, hati aku berbisik. Yeah, aku tak bercerita kepada salah orang, so there’s nothing I should regret of. ;) And above all, for the first time I felt so determined to make my dreams come true. Thank you my friend.


p/s : Banyak moral yang boleh dikutip dari kisah ni. Hope you guys dapat apa yang cuba aku maksudkan.

Once Upon A Time… (Kejahatan Itu Subjektif?)

Kadangkala, memang agak sukar untuk menafsir keperibadian seseorang. Manusia memang punya pelbagai ragam. Sesetengah orang suka bermuka-muka dan adakalanya ada juga manusia yang begitu telus dan lurus dan selebihnya mereka mungkin lebih cenderung bersikap misterius.

Aku pernah bertanya kepada abah. Kenapa ada segelintir manusia yang cenderung berlaku jahat, jadi criminal, jadi seseorang yang tegar melakukan perkara yang rendah moralnya atau menjadi macam-macam lagi karakter yang diklasifikasikan sebagai jahat.

Abah jawab, siapa kita untuk menilai kejahatan seseorang. Adakah kerana seseorang itu memperlihatkan perlakuan jahat, kita layak menilai atau melabel mereka jahat. Abah berkata lagi, orang yang memperlihatkan perlakuan jahat mereka secara terang-terangan juga ada baiknya. Sekurang-kurangnya mereka secara jujur memperlihatkan diri mereka sebagai orang jahat. Berapa ramai lagi manusia yang berkemungkinan ‘jahat’ tetapi tidak dilabel sebagai orang jahat hanya kerana mereka tidak mempamerkan kelakuan jahat mereka. Itu mungkin lebih banyak.

Aku terdiam sejenak untuk mencerna kata-kata abah dan mencari logik disebalik kata-katanya. Aku kurang faham…jadi aku bertanya, jadi sebenarnya siapa lebih jahat? Abah hanya ketawa. Abah jawab “kan abah dah cakap tadi, siapa kita untuk menilai kejahatan seseorang”. Aku hanya tersengih.

Abah kemudiannya memberi contoh begini. Penipuan adalah tetap satu penipuan sama ada diluahkan melalui kata-kata ataupun dipendam sebagai rahsia. Jadi kembali kepada topic asalnya…manusia menggelar orang yang menyuarakan penipuan sebagai penipu (jahat), tapi bagaimana pula dengan orang yang tidak menyuarakan penipuan, sebaliknya merahsiakan kebenaran. Jadi apa pula yang kita gelarkan?

Sebelum mengakhiri perbualan kami, abah sempat berpesan, kita lebih mudah untuk mengelak bila kita nampak, tapi apa yang kita tak nampak itulah yang selalunya sukar untuk dielak dan lebih mudah mempengaruhi kita. Jadi hati-hati, pesan abah. Orang yang sebenar-benarnya celik menggunakan mata hati katanya lagi.

Sampai sekarang aku masih ingat pesanan abah. Perbualan ini berlaku sewaktu aku berumur 12 tahun, bertempat di doorway rumah ketika aku bermain batu seremban. Kata-kata abah itu membuatkan aku semakin berminat untuk mengkaji sifat manusia melalui tindak tanduk mereka. Aku menjadi seorang yang observant…dan mungkin juga pernah satu ketika aku berasa seperti seorang pakar psikologi. Gila kan. Heh.

Apabila aku semakin menginjak dewasa, baru aku mengerti apa yang cuba disampaikan oleh abah. Mungkin tidak secara khusus, tetapi sekurang-kurangnya aku nampak gambarannya secara umum. Walaupun sehingga kini aku masih belum benar-benar pandai menggunakan mata hati, but yeah…at least aku tahu ianya satu senjata perlindungan yang penting.

Kesimpulannya, mungkin inilah yang membawa kepada perumpamaan “Don’t judge a book by it’s cover”. Ya..mungkin benar..dan mungkin juga tidak. It’s subjective anyway. Heh.

Comfort Doesn't Mean Happy

Yes, I’m happy with my life now. Bila kita berani untuk melangkah keluar dari comfort zone kita, itu adalah kejayaan pertama.

Dan belum pun sempat untuk kita realized yang kita berada di fasa yang berbeza, peluang demi peluang terus terbuka di depan mata.

Selama ini aku hanya menunggu peluang datang ke dalam comfort zone aku. Bagai menunggu buah yang tak jatuh. Tapi bila aku keluar je dari comfort zone, rupanya peluang berada di mana-mana. Hanya terpulang pada kita untuk mengambil peluang itu atau tidak.

Benarlah seperti orang cakap, when you live your life positively, all the goodness will be around you.So be positive everyone. Being optimistic is not a crime.

Apepun, semoga mendapat keredhaaan dari yang Maha Esa jua hendaknya. Amiin..

Bahasa Klasik

Mungkin aku pernah bercerita pasal ni kepada beberapa orang. Cerita nih tak panjang, dan mungkin juga tak berkenaan. Tapi aku dapati ianya amusing.

Mr Shrek normally spikang dengan aku. Bukan sebab beliau poyo atau apa..tapi aku prefer beliau spikang nak-nak pulak bila bab romantic atau bertekak. Sebab aku geli kalau dengar Mr Shrek cakap bahasa melayu time nak berchenta.

Nak tahu kenapa. Sebab bahasa yang digunakan memang agak pelik dan klasik. It’s true. Sebagai contoh, beliau pakai perkataan dakap untuk peluk, dan kucup untuk cium. Yikesssss…mak geliiiiiiii!!!!!

Wakakakakak..

Gee dan ‘Roti Bakar’nya

Aku called Gee baru-baru nih sekadar untuk bergossip-gossip murahan. Memang sengal…sampai habis-habis la kredit kami berdua. Mula-mula aku yang habis kredit, kemudian Gee pulak. Punyalah semangat bergossip. Kosserrr..

Apepun kalau dah namanya perempuan tuh, maka banyaklah urusan rumahtangga yang perlu ditangani. Itupun tak paham-paham lagi si Pongee nih. Ekekeke…nak juge bergosippp…dah tu plak berborak timing tak kena gaya gituh. Ha amik ko…Dan-dan je satu umah hangit. Nasik hangit daaaaaa…..wakakakka….sesuai la tuh kan..gossip pun gossip hangit katanya. Pandai nasik tuh perli kami kan…baekkkk punye perli. Wakakaka…

Yang aku kelakar tuh pulak, Gee bagitau aku yang anak-anaknya cakap “Mama, sedapnya bau roti bakar”. Wakakak..gelak tak hengat aku. Benda cemnih pun buleh berlaku lagik zaman sekarang nih yek. Kalau dulu, duduk tepi tangga untuk bergossip, la nih dalam tipon pun jadik.

Arus teknologi.. Tapi apa yang pasti…apepun, yang hangitnya tetap nasik. Ekekek

Boikot & Palestine

Aku jarang-jarang nak bagi komentar berkenaan isu semasa. Aku lebih cenderung menceritakan kisah tentang diri aku sendiri. Tapi memandangkan perkara ini meninggalkan kesan ke atas hati aku…aku nak juga sentuh berkenaan perkara ini.

Bukan sekali dua kita berhadapan dengan berita berkenaan krisis perang nih. Tapi mungkin sebab faktor usia, aku jarang nak amik port sebelum nih. Tapi now, apa yang berlaku di Palestine, begitu menyentuh perasaan. Ianya tak lagi dikenali sebagai perang..tapi lebih kepada massacre.

Aku ngeri nak tengok muka depan suratkhabar now…gambar mayat kanak-kanak yang kena bom betul-betul beri kesan. Nak-nak pula mereka saudara seagama. Isk..Israel dan sekutunya memang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Aku tahu hanya doa yang dapat dipanjatkan oleh kebanyakan umat manusia seluruh dunia dan mungkin sumbangan derma untuk meringankan beban dan mempercepatkan bantuan untuk tiba disana. Dan bagi yang benar-benar dapat berpeluang untuk membantu dari segi tenaga di sana, aku begitu kagum dan aku sendiri tidak pasti dapat melakukan sedemikian rupa sekiranya diberi peluang.

Namun, buat pertama kali, aku begitu menitikberatkan tentang beberapa saranan yang diberikan kepada masyarakat disini. Tentunya ia berkaitan boikot kepada produk-produk Amerika dan negara-negara yang berkaitan yang telah dikenalpasti memberikan sumbangan kepada Israel.

Aku sendiri telah memulakan boikot..walaupun aku sendiri kadangkala tidak begitu pasti which product yang berkaitan…tapi tidak mengapa, kerana secara tidak sengaja aku kini lebih bermurah hati untuk membeli produk keluaran tempatan dan sah-sahla yang halal toyyiban.

Bagi aku, saranan boikot ini memang ada kebaikannya sekiranya kita dapat channel keperluan kita itu kepada produk keluaran tempatan yang diusahakan oleh masyarakat kita sendiri. Menjana ekonomi negara katanya. Aku pergi ke Kongres Ekonomi Islam Ke3 baru-baru ni di PWTC selama 4 hari sebagai peserta. Memang terbuka minda aku bab-bab pemantapan ekonomi ummah ni.

So u ols…apakah usaha yang telah u ols ambil untuk membantu saudara seIslam kita. Tak dapat bantu yang gempak-gempak…dapat bantu yang mana boleh pun dah cukup baik dah. Semoga usaha-usaha yang diberikan mendapat keberkatan dariNya.

Wall Of Fame - Mr Shrek

WoF - MR SHREK


I believe ramai yang dah kenal Mr Shrek. But untuk sesiapa yang belum, he’s my other half. I am not who I am today without him..and actually I do believe that I’m his product. Kenapa aku cakap macam nih…sebab I knew him since I was 18. I was just an ordinary teenager when I met him. The only quality yang ada pada aku masa tuh adalah my sexiness :P , my style, my brain and perangai happy go lucky aku (itupun dengan certain orang je). Yang selebihnya aku pemalu, an introvert, no idea, no hobby, no significant character dan segala no lagik. I was just a plain girl.

Then I met him, a 25 yrs old guy yang bagi aku..he’s damn smart for his age. He’s full of ideas, his story is colourful, he can write & talk berkenaan hampir semua topic, he can sing, he can play music instruments, he can paint, he can do this, he can do that..and I was like..apa yang dia nih tak boleh buat eh? So he was a law student..so okey..no wonder he’s damn smart but there’s another mysterious quality that he has yang membuatkan aku admire him. He’s a rebel. He’s not into any movement..tapi diri dia sendiri yang memang macam tuh. It’s in him. He’s different.

So I chose him. And I devoted to him. I was like a sponge..i absorb everything very quickly. His idea became mine..his character became mine, his friends, his hobbies, his style, his way of life…they’re all became mine and in the end we share almost everything together. I am his product? Not yet. I was only his shadow.

It took years for me to realize that I was Mr Shreks’s fanatic die hard fan and yeah..i was just a poser. Dayyummnnn…dalam kelekaan dan obsesi aku untuk menjadi seperti Mr Shrek, aku dah terlupa untuk develop my own quality..and aku hampir-hampir kehilangan Mr Shrek for good because of it. Ahahaha…tak payah la aku cerita sangat bab-bab tak syok nih kan…buat potoing jek. But memang ada hikmahnya insiden tuh sebab kemudiannya aku tersedar…to be a soulmate, both parties kena ada give and take. Both kena contribute something and get something in return. Kalau sorang je yang dominan..life will be less challenge.

So I change sedikit demi sedikit, I developed my own character..in other words, I started being myself. And later..pada satu tahap…Mr Shrek recognized me as his best product. Aku menyampah gak mendengarnya memula…sebab aku rasa this is me..got nothing to do with him. But deep inside my heart..yeah..finally…he admit that I’m part of him..and more than that, he recognized me as someone who is very close to his heart, his soulmate, his lover dan sebagai pelengkap hidupnya. And sometimes…Mr Shrek cakap I’m far smarter than him…lawan tokey katanya…haha…but no matter what Mr Shrek will always be my master.

To be frank, Mr Shrek is more like a soulmate than a husband to me. We share almost everything together hatta dalam bidang pekerjaan sekalipun. Mr Shrek selalu pastikan aku get involve dalam his project walaupun hanya sekadar untuk mendapatkan opinion. I love it sebab aku tau, tak semua husband akan bawak wife merata-merata to get involved in their projects kan. But of course Mr Shrek tak bawa aku atas tiket wife..beliau bawa aku atas tiket ‘creative partner’. Eheh…

And now I’m no longer being his shadow nor product. We’re just two entities who are meant for each other..and living our life to complete each other. Memanglah obvious yang kami punyai banyak similarities, tapi kami dah ada identity sendiri kot. He’s far more creative..and I’m more realistic (and smarter too) :P. When he flies up high to the sky, it’s my duty to keep him on the ground.

Our friends pelik, sebab kami lebih nampak macam pasangan couple yang belum kawen instead of husband and wife (I think you guys know what I mean) dan yang lain pulak mengatakan kami lebih nampak macam rakan sekerja atau best friend. Terpulang…sebab kadang-kadang memang susah orang nak menjangka kami husband and wife sebab kami bersembang seperti kami nih kawan..bercerita apa sahaja tanpa mengira topik. But it doesn’t mean that we’re not in love. Afterall I’m still his no 1 fan, remember?

I never knew how much he loves me. And I don’t want to know either. But I do believe in love…if what I’m feeling right now is something what we called love, no doubt about it, the love is mine. It’s all that matters rite? As for me, cukuplah aku katakan, since I was 18, I know that I could never find anyone better to suit me, except for him. I love him even more each days… Well, he deserves it anyway. Memang beliau yang mencorak pemikiran aku…dan beliau yang memenuhi kanvas hidup aku dengan perkara-perkara yang interesting selama ini. For those yang mengenali kami, they should know us better, how truly, madly and deeply we were in love..cuma bezanya kami sekarang lebih matang.

Setakat nih, alhamdulillah..we just do whatever we want to do and we enjoy every bit of it..despite apa saja halangan dan rintangan yang melanda.  Aku tak nafikan, our relationship memang macam roller coaster, but that’s the reason why I chose him as my other half in the first place..because he’s hard..and he’s different. And me? Biarlah aku sentiasa jadi seperti diri aku selama ini…seorang wanita yang degil dan sukakan cabaran! ;)

Wall Of Fame

So..here I am..dengan segala kesempitan waktu yang aku alami sekarang nih…aku masih mencuri-curi peluang untuk bercerita. Eheh…kita lupakan sekejap pasal kisah semangat aku yang membuak-buak tuh. Aku nak santai sikit dengan bercerita tentang orang yang berada di sekeliling aku.

Camni kisahnya, lately aku rasa orang-orang di sekeliling aku agak menarik. Jadi tetiba aku rasa cam nak buat ala2 cam Wall Of Fame gituh. Aku ceritakan perihal orang di sekeliling aku dan persepsi aku terhadap mereka. Gile kentang tak idea aku? Haha…nasib la kan..sesape terkena.

Tapi sebelum tuh aku nak kasik disclaimer sikit ye…ape-ape yang aku ceritakan disini bukan untuk tujuan mempromosikan sesiapa..apatah lagi nak mengkondem. Tapi lebih kepada aku nak abadikan sesetengah karakter yang aku jumpa dan aku fikirkan menarik..lalu aku berikan gambaran tentang mereka ataupun pengalaman aku dengan mereka berdasarkan pengamatan aku sendiri.

Jangan saman woi!!! Wakakkaka…

Note of The Day (Blog ke..Organizer??)

I’m telling myself…no..i won’t let this blog jadi macam my organizer. Asyik dengan plan, meeting schedule and apa-apa info berkaitan business. I’m not going to update u guys with benda-benda yang macam tuh. It’s the other side of my life. I have to be professional kan. :P

But in the other hand, aku sudi nak berkongsi dengan korang tentang aktiviti-aktiviti selain dari business, my thoughts, my life story and banyak benda lagi. Tiada siapa yang menghalang untuk aku bercerita mengenai business aku disini…cuma aku agak reluctant untuk berbuat demikian sebab aku fikir, this blog adalah tempat aku luahkan apa yang terbuku di hati aku. Satu tempat dimana aku rasa lebih close to myself.

Some more, writing is my hobby. Hobby and career is two different things. Sometimes boleh jadi ianya bersangkut paut dan boleh jadi juga tiada kena mengena langsung. In my case, unfortunately, they’re not related. Tapi bukanlah takde langsung cerita pasal my business..tapi mungkin secara brief jelah. Nak buat macam mana kan..i’m still the same person. Whatever happen in my business probably mencorak kehidupan aku jugak kan. ;)

So apepun, I can’t promise anything. Apepun aku akan cuba berkongsi apa saja berkaitan diri aku dengan blog nih. My blog will always be my baby walau camne hampeh sekalipun ia…wakakakka..

New Phase

Early Jan 2009

Lately I kept myself busy with my own thang, yeah my own thang ye kengkawan. Mulai saat ini, aku perlu jadi lebih serius dengan apa yang aku usahakan dan jadik lebih sofistikated, professional dan bermacam lagi perubahan2 yang perlu aku tampilkan in order to make things right.

Aku berenti keje bukan untuk jadi domestic engineer macam dulu, but I have my own plans. Dalam hati aku cakap, this is the time..big time. There’s no turning back. Aku nekad untuk teruskan. Aku dah jumpa the right person at the right moment with the right thing to fight for. Tiada apa yang melemahkan semangat aku tika ini cuma apa yang aku harapkan, semoga Allah permudahkan urusan kami.

Aku sedar, bukan mudah untuk mengubah sikap, pemikiran dan cara hidup secara mendadak macam nih. But with a lil’ help from my partner Anne, aku jadik lebih positif. Nothing is impossible. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Aku tau nih macam cliché a bit..tapi bagi aku, yeah, that’s the key word. Well, apa gunanya buku-buku motivasi yang melambak di pasaran kalau kita tak kaut ilmu dari situ kan.

I bet few books akan jadik my best friend buat beberapa ketika nih. Ini perlu. Aku takkan teruskan plan aku tanpa ilmu yang berkaitan. I need to know banyak benda, such as how to say it right, how to do it right, how to think right, dan yang lebih penting, macamana nak buat aku sentiasa positif. That’s the hardest part in fact.

Walau apapun, aku dapat rasakan kaki aku dah mula melangkah ke satu fasa baru dalam hidup aku. Aku yakin, langkah aku kali ini adalah langkah yang paling tepat. Bukan hanya langkah aku, langkah kami. Yeah..may the strength be with us.

New Year & New Goals

Happy New Year. Tak kiralah Tahun Baru Hijrah ke, Tahun Baru Masihi ke mahupun Tahun Baru Cina. Semuanya hampir serentak. So I think masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.

Biasanya tahun baru diassociatekan dengan azam ataupun resolution baru. To be frank, dah lama aku cuba-cuba mempraktikkan untuk menyemai azam baru apabila masuk tahun baru. Tapi malangnya semuanya hanyalah hangat-hangat chicken shit saje layaknya. Masuk bulan kedua atau ketiga, I couldn’t even remember apa yang diresolusikan.

This year..things are a bit different. I can feel the vibe. Aku boleh rasa yang masanya telah tiba. Keperluan untuk aku berubah semakin menekan. And ianya berlaku pun bukan kerana tahun baru atau apa, tapi kerana aku benar-benar ingin menjadikan hidup aku lari dari kebiasaan. Secara kebetulan ianya berlaku di tahun baru. Tetapi ini bukanlah azam yang baru. Ianya sebuah azam lama yang tidak pernah dapat aku tunaikan.

Januari sudah hampir untuk melabuhkan tirainya. Begitu pantas masa berjalan. Jadi sejauh mana aku konsisten dengan matlamat aku setakat ini. Dari apa yang telah aku lalui sepanjang Januari ini, rutin hidup aku berubah sama sekali. For the first time aku rasa, aku bekerja keras untuk utilize setiap masa yang berharga untuk aku lakukan perkara-perkara yang significant dan bertepatan dengan matlamat aku. Not bad huh.

Kadangkala aku merasakan seperti tidak cukup masa. Tetapi aku rasa tidak logik sekiranya aku mengatakan sedemikian. Itu hanya menunjukkan kelemahan aku sendiri kerana mungkin aku merasakan masa tidak cukup adalah kerana ketidakcekapan aku untuk mengurus masa dengan baik. Aku belajar. Setiap detik yang aku lalui aku umpamakan seperti satu proses pembelajaran yang panjang..malah yang mungkin tiada pengakhirannya. Tapi aku puas.

Aku sedar, setiap apa yang aku lakukan sekarang ni bersandarkan pada matlamat aku yang current, yakni matlamat kebendaan. It would be great sekiranya aku dapat merealisasikan matlamat aku yang ini, tapi it’s the worst I can do lah kan. Sebab bagi aku apa yang lebih penting adalah diri aku sendiri. There are so many ways untuk mencapai matlamat kebendaan, tapi aku akan pastikan that I’m gonna do it with the right way, my way…supaya dapat meninggalkan kesan yang positif untuk diri aku sendiri.

Maksud aku disini, matlamat kebendaan adalah satu hal, tapi selebihnya adalah untuk diri aku sendiri. Kiranya, matlamat agungnya adalah pembinaan insaniah. Tak guna aku dapat segala kebendaan yang aku impikan sekiranya ia tidak merangsang minda aku aku untuk menjadi insan yang lebih baik. Aku mahu lebih positif dengan hidup. Aku juga mahu hubungan aku sesama insan menjadi semakin akrab. Aku ingin lebih berfikir, lebih intelek, lebih yakin. Aku mahu jadi insan berilmu. Itu matlamat agung aku. Matlamat ini tak akan mungkin tercapai secara total kerana tiada pengakhirannya..tapi itulah yang aku mahu. Matlamat yang membina.

It’s gonna take my whole life untuk aku capai matlamat aku yang satu ni. Jauh lebih sukar dari merealisasikan matlamat kebendaan aku tu. But still, ianya perlu seiring. Yang penting, I’m happy doing it… and it’s obvious that I’m so into it. I’m glad sebab akhirnya aku temui ‘hero’ yang aku cari-cari selama ini. Rupa-rupanya ia ada dalam diri aku sendiri.


p/s : Eceh…dan2 lagu Hero by Mariah Carey..poyo tak poyo la kan. Wakakakakak…