Monday, February 2, 2009

I Have A Dream

Dalam serba keterujaan bercampur malu-malu segan untuk bercakap mengenai plan-plan serta agenda perniagaan aku bagi tahun ini, akhirnya terluah juga kepada seorang teman. Teman yang aku kira sangat aku percayai dan hormati dan juga aku senangi.

Satu malam, aku berpeluang bersembang dengan beliau melalui ym. Perbualan ini berlaku tatkala perasaan aku begitu berkobar-kobar dengan cita-cita aku dan perancangan aku untuk menggapainya.

Bagi kami yang sememangnya sentiasa berperangai gila-gila sewaktu bersembang, jadi tersangatlah janggal rasanya untuk berbicara secara serius. Tetapi dek kerana aku nih begitu serius dengan cita-cita aku (kosserrr…), jadi mood aku berada dalam keadaan yang serius dan secara automatiknya, ayat-ayat aku juga memang berbau serius jugalah. Atau dengan kata lainnya, begitu terserlah kepoyoannya. Ekekek..

So, nak dijadikan cerita teman aku nih terpaksa la mendengar dan melayan api kepoyoan aku yang sedang marak itu. Dan sebagai teman yang begitu gemar mengusik, acapkali juga beliau menyakat dan menganjing ayat-ayat aku kan. Tapi takpe, lebih kerap beliau menyakat, lebih poyo aku jadinya. Aku kan pakar berangan. Semua orang tahu aku daydreamer berbakat.

Tapi setelah perbualan tamat, tiba-tiba aku rasa seperti…iskkkkk…malu gile nih kang kalau tak jadi. Huhu. Dan lebih mengharukan, punya la ramai lagi orang yang boleh aku kongsikan impian-impian aku tuh, tapi kenapa beliau? Aku pun tak tahu, tapi mungkin kerana aku rasa beliau boleh memangkin semangat aku kot. Apepun, sepanjang perjalanan kerumah, aku masih terasa seperti isskkkk..poyonye aku tadi…isk..malu siuttt…dan terbayang-bayang wajah beliau yang nazak gara-gara kebosanan melayan kepoyoan aku..huhu..

Later at home, aku terima satu sms. Dari beliau, teman yang jauh dimata tapi dekat dihati. Smsnya berbunyi “ U’re better because u’re not afraid to dream. Everything starts with a dream rite? Do I sound like a pakar motivasi now? Hehehe..”. I was like…iskkkk..terharu siutttt…yeah..it’s been emotional. Aku terharu bukan hanya kerana kata-katanya..tapi lebih dari itu, aku tahu that he listened. He listened to my words and my dreams.

He’s a respected friend. I know that I’m no better than him. So my reply went something like this; “Yeah u do (sound like a pakar motivasi). I’m no better than you. U believe in my dreams… And that makes us equal (even). I appreciate it and bla bla bla….”. Aku reply dengan rasa terharu…but I meant my every word.

Beberapa ketika kemudian, hati aku berbisik. Yeah, aku tak bercerita kepada salah orang, so there’s nothing I should regret of. ;) And above all, for the first time I felt so determined to make my dreams come true. Thank you my friend.


p/s : Banyak moral yang boleh dikutip dari kisah ni. Hope you guys dapat apa yang cuba aku maksudkan.

No comments: