Monday, February 2, 2009

Boikot & Palestine

Aku jarang-jarang nak bagi komentar berkenaan isu semasa. Aku lebih cenderung menceritakan kisah tentang diri aku sendiri. Tapi memandangkan perkara ini meninggalkan kesan ke atas hati aku…aku nak juga sentuh berkenaan perkara ini.

Bukan sekali dua kita berhadapan dengan berita berkenaan krisis perang nih. Tapi mungkin sebab faktor usia, aku jarang nak amik port sebelum nih. Tapi now, apa yang berlaku di Palestine, begitu menyentuh perasaan. Ianya tak lagi dikenali sebagai perang..tapi lebih kepada massacre.

Aku ngeri nak tengok muka depan suratkhabar now…gambar mayat kanak-kanak yang kena bom betul-betul beri kesan. Nak-nak pula mereka saudara seagama. Isk..Israel dan sekutunya memang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Aku tahu hanya doa yang dapat dipanjatkan oleh kebanyakan umat manusia seluruh dunia dan mungkin sumbangan derma untuk meringankan beban dan mempercepatkan bantuan untuk tiba disana. Dan bagi yang benar-benar dapat berpeluang untuk membantu dari segi tenaga di sana, aku begitu kagum dan aku sendiri tidak pasti dapat melakukan sedemikian rupa sekiranya diberi peluang.

Namun, buat pertama kali, aku begitu menitikberatkan tentang beberapa saranan yang diberikan kepada masyarakat disini. Tentunya ia berkaitan boikot kepada produk-produk Amerika dan negara-negara yang berkaitan yang telah dikenalpasti memberikan sumbangan kepada Israel.

Aku sendiri telah memulakan boikot..walaupun aku sendiri kadangkala tidak begitu pasti which product yang berkaitan…tapi tidak mengapa, kerana secara tidak sengaja aku kini lebih bermurah hati untuk membeli produk keluaran tempatan dan sah-sahla yang halal toyyiban.

Bagi aku, saranan boikot ini memang ada kebaikannya sekiranya kita dapat channel keperluan kita itu kepada produk keluaran tempatan yang diusahakan oleh masyarakat kita sendiri. Menjana ekonomi negara katanya. Aku pergi ke Kongres Ekonomi Islam Ke3 baru-baru ni di PWTC selama 4 hari sebagai peserta. Memang terbuka minda aku bab-bab pemantapan ekonomi ummah ni.

So u ols…apakah usaha yang telah u ols ambil untuk membantu saudara seIslam kita. Tak dapat bantu yang gempak-gempak…dapat bantu yang mana boleh pun dah cukup baik dah. Semoga usaha-usaha yang diberikan mendapat keberkatan dariNya.

No comments: