Monday, February 2, 2009

Once Upon A Time... (Otak Camera?)

Menyingkap kisah zaman persekolahan sentiasa membuat aku rasa berbelah bahagi. Ini kerana zaman persekolahan memang meninggalkan kenangan yang manis tapi pada masa yang sama menuntut penyesalan. Kesal kerana tak belajar bersungguh-sungguh dahulu.

Kepada sesiapa yang mengenali aku, pasti tahu bangaimana cara aku belajar. Aku cuma seorang pelajar yang exam oriented. Itu yang aku kesalkan. Aku tak belajar sangat sekiranya tiada exam. In other words, aku nih banyak main. Main-main. Aku tak buat homework. Aku akan datang pepagi buta ke sekolah dan copy homework budak-budak cina.

Bila aku dapat result yang gempak, kawan-kawan fikir aku nih smart gila. Sebab mereka pun tahu aku bukan minah buku atau minah skema. Like I said tadi, aku tak pernah buat homework. Tak kisah homework apa sekalipun, aku akan hanya copy dari buku kawan-kawan…hatta experiment report sekalipun. The only homework yang aku buat sendiri adalah karangan BM. That’s it.

But aku sentiasa excel in exams. Dan aku tak rasa aku nih smart. So how I did it? Achieving straight A’s in UPSR & PMR effortlessly. Aku ada satu rahsia. Mungkin ada sesetengah kawan aku yang dah tahu. Otak aku otak kamera. At least ini yang digelarkan oleh sesetengah kawan aku. I don’t give a damn walau apa pun nama kelebihan aku nih...cuma aku nak beritahu, itulah rahsianya.

Waktu dalam kelas, aku hanya merakam apa-apa yang berlaku dalam kelas menggunakan minda aku, kemudian aku akan letakkan ingatan tu pada mana-mana bahagian dalam kelas, contohnya meja guru. Jadi nampak seperti aku tak beri perhatian, tapi sebenarnya aku berinteraksi dengan persekitaran. Semuanya akan terakam, kata-kata guru, page buku teks, komunikasi murid dengan guru, lawak bodoh..semuanya. Kemudian aku fokuskan kepada meja guru, yakni bahagian yang aku pilih dalam kelas untuk aku sangkutkan ingatan tuh. Then it’s settled.

Then how it works? Ok, kiranya sekarang nih, otak aku hanya berfungsi sebagai indeks. Sebagai contoh, hari ini belajar subjek sains topic pembiakan. Ingatan telah disangkutkan pada papan hitam contohnya. Jadi dalam otak aku akan hanya ada (sbg contoh) Subjek sains topic pembiakan – papan hitam, atas, sebelah kanan. That’s it. Aku tak amik port dah apa kandungan ingatan aku tuh. Aku hanya akan recall semula bila memerlukan.

Aku discover kelebihan nih waktu aku berada di sekolah rendah. Sebab adakalanya aku cari topic dalam buku teks seperti yang diarahkan cikgu dengan begitu mudah sekali. Mungkin di rumah aku dah belek-belek serba sedikit the whole buku teks. Then bila cikgu sebut nama topic, terus tergambar dalam kepala otak aku no mukasurat, mungkin juga barisan pertama ayat, dan sekiranya ada gambar, gambar tuh pun aku ingat. Gile kentang kan.

Tapi masa sekolah rendah, aku masih belum berapa pandai untuk gunakan kelebihan aku. But as time goes by, aku semakin bijak menggunakan kelebihan yang ada. Bukanlah semua proses pembelajaran aku gunakan teknik ini. Cuma sebahagian je, tapi at least berjaya la jugak aku mengurangkan kesesakan otak aku nih kan. Aku rasa la. Hehe. Tapi ada gak kelemahannya. Kadang-kadang otak aku lupa jalankan tanggungjawab dia. Kadang-kadang aku rasa aku dah sangkutkan ingatan tu tapi aku tak ingat dimana. Ade gak berlaku macam tuh.

Kadang –kadang aku tak perlu berada di tempat sebenar untuk aku recall. Cukup sekadar aku membayangkan. Contohnya tadi, aku sangkutkan ingatan tentang subjek sains topic pembiakan di papan hitam atas sebelah kanan, jadi aku tak semestinya perlu melihat papan hitam tu untuk aku recall semula ingatan yang telah disangkutkan. Nih semua permainan otak aku je. Aku just bayangkan je papan hitam tu, still boleh recall. Biasalah kan, tempat exam barangkali berbeza-beza. But as long otak as otak aku boleh maintain index tuh dengan baik…I’m doing fine.

Aku tak study hard. Study smart tu mungkin juga…sebab aku dah tau kelebihan aku, jadi bila-bila aku rasa macam rajin nak study, aku akan buat style macam tuh la. Aku baca sekali imbas, aku rekod main points beserta no mukasurat dan ape-ape je lagi yang difikirkan perlu kemudian aku sangkutkan je. Senang. Tapi benda nih menuntut komitmen gak sbnrnya. Atau dengan kata lain, u still have to work smart kalau nak ianya berfungsi dengan betul.

Ada satu kisah. Otak aku buat hal. Masa tuh PMR, subjek geografi. Aku dah rakam satu sesi soal jawab dengan cikgu dan contoh-contoh soalan PMR. Tapi bila exam, aku tak boleh recall aku sangkutkan dimana. Aku boleh ingat samar-samar…tapi aku tak boleh nak recall sepenuhnya. Soalan dalam paper PMR tuh pulak very familiar dan aku yakin ianya terkandung dalam ingatan tersebut. Aku rasa give up sangat…then tak lama kemudian miracle happen. Yarabbi, rupanya aku sangkutkan ingatan tuh pada abang senior yang aku admire. Baru aku teringat, masa aku buat mapping tuh, aku dok syok perati dia dari jauh. Huhu..

Nasib baik aku nampak dia lalu waktu aku tengah exam tu. Terus aku boleh recall from A-Z. Dapatlah aku jawab soalan PMR tuh dengan senang hati. Syukur. Dan kebanyakan ilmu yang yang aku kutip untuk PMR, aku gunakan teknik nih. And when I got straight A’s, aku tau teknik tuh berkesan. Tapi later on aku berfikir…adakah apa yang aku buat tuh normal? Adakah ilmu yang aku dapat tuh ilmu yang kekal sekiranya aku lakukan sedemikian. Aku confused sikit bab nih. Yelah, bayangkan kalau aku terlupa index, tak ke haru. Habis semuanya ingatan aku tuh kan. But so far, aku rasa aku masih boleh ingat apa-apa yang aku belajar. Jadi aku tahu, aku tak tinggalkan ilmu aku kat papan hitam, meja cikgu, pokok bunga, kipas, siling, tingkap kelas dan sebagainya.

As time goes by, aku dah tak berapa nak praktikkan teknik nih. Aku pun kurang pasti kenapa…tapi mungkin aku tak nak bergantung pada nasib. Last aku gunakan masa aku study di U dulu. Aku sentiasa jadi mangsa jaki kengkawan. Mana taknye, orang study bagai nak rak, aku tido. Bila exam, aku gak yang dapat markah lebih. Apepun, aku sendiri tak pasti samada aku mampu untuk lakukannya lagi. Benda tuh skill ke ape eh. Dulu aku ade gak rasa aku nih gifted. But both tuh boleh hilang kalau aku tak reti nak maintain. Whatever. At least aku tau, aku pernah jadi special.

So untuk kawan-kawan yang selama nih ingat aku nih smart, aku takde la smart mana. Aku pakai trick je woi. Aku rasa kalau benda nih satu skill, sesiapa pun akan jadi jauh lebih gempak dari aku. Sebab orang gifted atau skillful macam mana sekalipun, kalau malas apa gunanya. Macam aku. Huhu. Effort tuh penting kan. Sebab dalam menuntut ilmu nih, usaha dan keikhlasan tuh penting. Baru la ilmu meresap lama. Ini abah aku yang cakap la. Tapi aku rasa betul la tu. Hehe.

So itulah dia secret recipe aku sebagai pelajar dulu. Aku rasa mungkin ramai lagi yang mampu buat macam tuh. Tapi walau apapun, samada kita ada atau tidak skill tu, we still have to study/work smart ok. Jangan jadi macam aku..aku cuma pengambil kesempatan atas kelebihan aku. Aku hanya gunakan untuk exam. Shame on me.

Sebab tuh aku cakap, menyingkap kisah persekolahan buat aku rasa berbelah bahagi. Inilah reasonnya. What a shame. Haih…

No comments: