Tuesday, July 31, 2007

Bulu

Bulu. Sedap pulak bila aku sebut perkataan nih banyak kali. Bulu bulu bulu bulu bulu. Hah, baru puas hati ini kurasakan. Namun jangan salah faham. Aku sedar, apabila aku mengutarakan soal bulu, sudah pasti lebih daripada separuh manusia-manusia keboringan yang membaca blog aku ini akan memikirkan bulu yang paling luar biasa di bawah sana. Ha ha ha. Faham ke tidak ape yang aku tulis..ah sudahla, kamu semua sudah dewasa untuk memahami apa yang aku maksudkan.

Bulu yang bertuah menjadi topik hari ini adalah bulu mata. Aku berbicara dengan seorang teman yang sengal dalam YM tadi. Beliau telah membaca entry berkenaan bulu mataku yang telah selamat menjadi kontot dua hari lepas, dan kemudian beliau telah membuatkan aku phobia dan saspen kerana katanya bulu mataku yang kontot itu akan ambil masa berbulan2 utk kelihatan ok semula. Aku benar-benar cuak sekarang nih okeh. Aku menjadi sungguh risau memandangkan aku mempunyai plan yang cukup padat pada bulan Ogos ini untuk berjumpa saudara mara dan sahabat handai, termasuklah seorang jejaka yang sungguh eksklusif. Hoh..apalah nasib..

Dengan keadaan bulu mataku yang kontot ini, sehinggakan bulu mata lembu pun kurasakan lebih cantik, maka aku dengan sedaya upaya mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah ini. Aku berkira-kira untuk memakai bulu mata pelesu sahaja, tetapi aku risau bulu mata pelesu itu menjadikan diriku seperti pengantin melaram. Jadi temanku yg sungguh concern dengan permasalahanku ini telah memberi idea supaya aku memotong sedikit bulu mata pelesu itu supaya kelihatan lebih semulajadi (natural). Hmmm...sesungguhnya aku memandang serius saranannya itu.

Apa pendapat kamu semua?

Running by No Doubts

I love this song. Remind me of my good 'ol days with Mr Shrek. This is our song. It's all about my harapan towards him dari dulu, kini dan selamanya. Yeah..we''ll keep on running...
Run
Running all the time
Running to the future
With you right by my side
Me
I'm the one you chose
Out of all the people
You wanted me the most
I'm so sorry that I'm falling
Help me up lets keep on running
Don't let me fall out of love
Running, running
As fast as we can
I really hope you make it
(Do you think we'll make it?)
We're running
Keep holding my hand
It's so we don't get separated
Be
Be the one I need
Be the one I trust most
Don't stop inspiring me
Sometimes it's hard to keep on running
We work so much to keep it going
Don't make me want to give up

Malam Yang Panjang

Aku tak tidur langsung malam tadi. Macam-macam perkara yang aku buat, dari menulis blog sehinggalah menonton dvd. Apalah malang nasib phone aku dah abis kredit, kalau tidak sudah tentu aku dan birthday boy akan melayan gossip murahan bersama-sama. Huh. Sehingga sekarang mata aku masih segar bugar dan sekarang perut aku berkeroncong minta diisi. Perfect!

Aku ada plan untuk hari ini. Aku nak pergi shopping. Dan sebaik sahaja aku menaip perkataan shopping, aku mula merasakan mata aku tiba-tiba saja berat dan ada baiknya aku pegi tidur sekarang (pelik aku dengan diriku sendiri).

Daaa...

Sleep Sleep Sleep

Aku tahu aku takkan berjaya melelapkan mata malam ini gara-gara aku tidur melampau di waktu siang. Aku perlukan lagu tidur malamku iaitu Fake Plastic Trees oleh Radiohead atau Left of The Middle oleh Natalie Imbruglia. Mungkin dengan sedikit imaginasi tentang video klip mereka dimana Thom Yorke yang tidak seberapa handsome menaiki troli sambil menyanyi dengan penuh perasaan itu dan petikan gitar bersahaja dalam lagu Natalie, maka aku terbuai sendiri dalam keasyikan malam. Sungguh syiok. Huhu.

Walaupun itu adalah lagu sedih, tapi tidak pula aku merasa sedih bila mendengarnya. Dah suka, aku peduli apa. Kan?

Mr Shrek


Ini Mr Shrek dengan lagak surfer murahan beliau


Gara-gara aku menyebut nama Mr Shrek dalam beberapa entry yang aku buat, ada pula yang terpinga-pinga siapakah yang dimaksudkan dengan Mr Shrek. Tak sangka Mr Shrek menjadi mysterious guy pulak dah. Mr Shrek sebenarnya pernah menjadi hensem suatu ketika dulu dan berjaya membuat aku tergila-gilakan beliau. Walaupun sekarang kadar kehenseman menjunam dengan drastik sekali, tetapi memandangkan beliau seorang yang super cool, maka aku masih lagi tergila-gilakan beliau.

Monday, July 30, 2007

Happy Birthday

Hari ini bukan hari ulangtahun kelahiran aku. Tapi ulangtahun kelahiran salah seorang teman. Jadi sebelum cerita aku jadik lebih merepek, aku nak ucapkan selamat hari ulangtahun kepada beliau dengan ucapan semoga menjadi jejaka terhangat dan eksklusif selalu. :D

Persoalannya di sini, apakah perasaan kita sekiranya menyambut ulangtahun kelahiran tanpa kehadiran orang tersayang di sisi. Adakah kita mengambil kira atau tidak. Adakah kemeriahan akan terjejas dan kita akan merasa sungguh bosan dalam kesunyian. Aku tak perlukan jawapan, kerana aku mempunyai pengalaman tersendiri. Aku ditinggalkan oleh bekas teman lelaki pada hari ulangtahun kelahiran. Rasanya tiada pengalaman lebih teruk dari itu.

Hari ulangtahun kelahiran mungkin adalah perkara remeh bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri aku, waktu-waktu sebeginilah aku memerlukan sedikit perhatian dari mereka yang rapat dengan diri aku, tidak kiralah keluarga, sidia dan sahabat handai. Tidak perlu disambut besar-besaran, tetapi cukuplah dengan tanda ingatan tulus ikhlas dari semua. Barulah diri ini terasa begitu berharga. Tak gitu?

Iklaneka

Mr Shrek nak buat skrip drama series tentang kehidupan seorang surfer kerana beliau sungguh perasan dirinya seorang surfer tetapi malangnya beliau tiada ciri-ciri seorang surfer hebat. Lalu beliau ingin mencari surfer-surfer di Malaysia yang berbakat walaupun beliau tahu amat sukar dicari di negara yang tiada ombak besar ini. (Sila jangan masukkan opsyen Sunway Lagoon kerana ombaknya cuma seketul-seketul).

Jikalau ada sesiapa yang berminat, sila jangan segan silu untuk beritahu kami kerana anda mungkin mendapat peluang memegang watak tersebut dan hobi surfing anda itu akan dibayar. Serta mungkin juga anda berpeluang untuk surf sepuas hati dengan percuma selama berbulan-bulan di Bali kerana penggambaran akan dibuat disitu. Ada ngerti?

Chicken Shit

Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa tabiat menulis blog ini adalah salah satu jenis tabiat yang lebih cenderung diibaratkan sebagai hobi 'hot hot chicken shit'. Sebetulnya aku tidak berminat untuk membela, malah aku lebih minat untuk menyokong dakwaan ini. Ini adalah kerana, pada suatu tahap di mana otak menjadi idle dan jari jemari menjadi numb, maka blog ini bakal ditinggalkan bersawang tanpa berpenghuni dan bakal didiami makhluk kecil hitam berwajah hodoh yang dinamakan kelawar.

Walau bagaimanapun aku tidak mahu bersangka buruk kepada blogger lain yang begitu gigih meng-update blog mereka tanpa mengira waktu. Namun begitu, fikiran jahat ku berkata, kadangkala mungkin juga sesetengah orang memang sengaja melengah-lengahkan proses update kerana mereka telah perasan diri mereka menjadi diva dan memerlukan orang ramai bersorak meminta mereka membuat comeback, lalu dengan cara itu bolehlah mereka merasa sungguh digemari ramai. Hahaha. Sungguh tidak adil pemikiran jahatku ini bukan?

Sunday, July 29, 2007

Poyoness

Apakah relevannya seseorang memakai cap di dalam rumah? Bagi aku ianya samalah seperti memakai payung di dalam rumah ataupun memakai kaca mata hitam di waktu malam. Apakah gelaran paling wajar yang patut diberikan kepada orang yang sebegini? Sungguh poyo bukan?

Sesungguhnya akulah manusia yang poyo itu sebab aku sedang menaip blog ini sambil memakai cap cap Quiksilver milik Mr Shrek dengan keadaan tanpa rasa bersalah dan aku merasa sungguh poyo sekali seolah-olah matahari sedang terpacak di atas kepala sedangkan bilik ini hampir sama kelamnya dengan bilik stor ofis lama ku dahulu yang sungguh spooky itu. Sungguh tak faham ku rasakan. Huh.

Tribute to Macy Gray

Kegilaan diriku terhadap bidang nyanyian syok sendiri tidak dapat disangkal lagi . Hari ini, dengan bermacam dugaan menimpa, aku mengumpul semua lagu yang dikategorikan sebagai 'boleh blah' dengan suaraku yang lemak-lemak masin ini dan melalak sepuas hati laksana sang katak memanggil hujan. Mujur saja headphone aku ini sudah tak sebulu lagi dengan mic (headphone ok, mic dah rosak), jika tidak pasti ada insan yang terpaksa menadah telinga mereka yang aku andaikan berkarat tidak berkorek itu dengan nyanyian sumbang lagi sumbing ini melalui Skype. Huhu.

Ternyata dengan bulu mata yang lebih pendek, aku berjaya membawa lagu-lagu itu dengan lebih baik. Aku tidak mengerti apa kaitan antara keduanya, namun aku andaikan sekiranya kita dirundung malang, maka lebih 'feel' lagi seseorang itu dapat menjiwai sesuatu perkara. Mungkin itulah yang ku alami sekarang ini. Walau apa pun, aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Bak kata pepatah orang putih, "Every cloud has it's silver lining". Aku pasti, dan aku percaya semua itu.

Ujian Pertama

Lantaran sikapku yang tergopoh gapah tidak ubah seperti Betty Soy La Fea, telenovela kegemaranku seisi rumah sewaktu zaman pengajian di universiti dulu, aku menerima akibat yang sungguh tidak disangka- sangka.

Niatku yang kukira amat baik, yakni memanaskan sup cendawan di dapur untuk santapan tekak dan perutku yang tidak pernah puas, aku terpaksa berdepan dengan dugaan yang agak hebat. Entah kenapa aku sungguh ghairah untuk melihat penunu gas sambil memetik picu dapur gas tersebut. Lalu tak semena-mena, udara panas menerpa ke wajah ghairahku lalu menyambar apa yang patut di sambar. Hasilnya, bulu mataku bergulung-gulung dan merapuh bila kusentuh, lalu terjadilah fenomena bulu mata pendek yang sama sekali tidak digemari oleh wanita perasan cantik seperti diriku.

Dalam hati aku terkedu, baru sahaja aku bercita-cita untuk cantik luar dan dalam, aku diuji sebegini rupa. Mungkin aku perlu kuburkan sahaja impian menjadi cantik diluar itu, fokuskan tentang kecantikan dalaman sahaja. Peristiwa tersebut aku jadikan iktibar, adalah lebih manis sekiranya aku bersyukur sahaja dengan apa yang ada. Huhu.

Prologue Part II

Seperti seekor ulat beluncas berwajah hodoh yang hanya duduk dalam kepompong kertas dan kemudian mengalami transformasi menjadi rama-rama yang sungguh berseri, sebetulnya aku mendapat idea dari sini untuk merubah diriku menjadi lebih baik walaupun ku tahu aku takkan mampu menjadi secantik rama-rama. Dan jika aku mampu sekalipun, aku terpaksa mengeluarkan belanja yang bukan kepalang demi memenuhi tuntutan nafsu serakahku yang hanya akan menjadikan aku salah seorang tetamu terhodoh di akhirat kelak. Kecantikan itukah yang aku cari?

Lalu kali ini dengan pemikiran sedikit kritis dan emosi, aku gagahi untuk mengikis imej manusia durjana yang tergamak memperdajalkan katak dan menghina rupa seekor ulat beluncas, dan mula memikirkan tentang suatu yang lebih indah dan bermakna, bermula dengan mengagumi kecantikan rama-rama dan menyenangi sifatnya yang begitu mesra dan tanpa jemu memberi kepuasan kepada mata yang melihat dan memberi kedamaian kepada hati yang merasa walaupun sang rama-rama itu tahu, dia tidak akan hidup lama.

Aku pasrah. Dengan ikhtiar yang amat sedikit lantaran sikap malasku yang bermaharajalela di dalam setiap aliran darahku, aku tahu impianku untuk menjadi manusia yang lebih baik akan menemui pelbagai rintangan. Dapat kugambarkan ianya seperti manusia gendut yang punya lemak berlapis-lapis yang ingin mendaki sebuah gunung yang mempunyai kecuraman 90 darjah, yang silap haribulan akan berguling2 jatuh ke kaki gunung sekira semangatnya tidak sampai. Tapi sekiranya beliau punya matlamat yang kukuh, semangat yang kental dan berani mengatasi kekurangan diri dengan bantuan akal dan sedikit tuah, tidak mustahil beliau akan dapat menawan puncak gunung tersebut dan turun ke bawah semula dengan badan dan otot kental dan lebih mudah mudah mencari jodoh selepas itu. Jadi, adakah aku akan survive dengan impianku? Tunggu.

Prologue : Part I

Seperti seekor katak yang bernasib malang yang terpinga-pinga kerana tiba-tiba mendapati dirinya berada dalam kegelapan tanpa disedari bahawa beliau sudah berada dalam tempurung, aku juga merasakan keperitan yang dirasakan sang katak. Sekali imbas, memang kami tiada beza, cuma sang katak berada di bawah tempurung kerana diperdajalkan oleh makhluk bernama manusia durjana, aku pula dengan sengaja memasukkan diriku ke gua gelap dengan harapan aku akan beroleh ketenangan. Adakah ketenangan itu yang ku cari?

Setelah membuat sedikit pemikiran yang aku sendiri tahu tidak akan masak walau selama mana pun aku memikirkannya, aku mengambil keputusan untuk menolong sang katak membuat lubang pada tempurung menggunakan driller automatik yang dibeli di salah sebuah pasaraya hyper berdekatan dengan harapan aku dapat menyalurkan sedikit serangga berprotein tinggi supaya sang katak tidak akan menerima nasib yang sama seperi saudara maranya yang mati katak digilis kenderaan beroda dua dan empat.

Lalu sahabatku bertanya, kenapa perlu membuat membuat lubang pada tempurung kelapa itu sedangkan aku boleh terus membuangnya terus dan membiarkan katak itu lepas bebas? Lalu jawabku, kerana aku sungguh geli dengan sang katak dan sebetulnya akulah manusia durjana itu. Ha ha ha!!!