Sunday, July 29, 2007

Prologue : Part I

Seperti seekor katak yang bernasib malang yang terpinga-pinga kerana tiba-tiba mendapati dirinya berada dalam kegelapan tanpa disedari bahawa beliau sudah berada dalam tempurung, aku juga merasakan keperitan yang dirasakan sang katak. Sekali imbas, memang kami tiada beza, cuma sang katak berada di bawah tempurung kerana diperdajalkan oleh makhluk bernama manusia durjana, aku pula dengan sengaja memasukkan diriku ke gua gelap dengan harapan aku akan beroleh ketenangan. Adakah ketenangan itu yang ku cari?

Setelah membuat sedikit pemikiran yang aku sendiri tahu tidak akan masak walau selama mana pun aku memikirkannya, aku mengambil keputusan untuk menolong sang katak membuat lubang pada tempurung menggunakan driller automatik yang dibeli di salah sebuah pasaraya hyper berdekatan dengan harapan aku dapat menyalurkan sedikit serangga berprotein tinggi supaya sang katak tidak akan menerima nasib yang sama seperi saudara maranya yang mati katak digilis kenderaan beroda dua dan empat.

Lalu sahabatku bertanya, kenapa perlu membuat membuat lubang pada tempurung kelapa itu sedangkan aku boleh terus membuangnya terus dan membiarkan katak itu lepas bebas? Lalu jawabku, kerana aku sungguh geli dengan sang katak dan sebetulnya akulah manusia durjana itu. Ha ha ha!!!

No comments: