Monday, July 30, 2007

Chicken Shit

Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa tabiat menulis blog ini adalah salah satu jenis tabiat yang lebih cenderung diibaratkan sebagai hobi 'hot hot chicken shit'. Sebetulnya aku tidak berminat untuk membela, malah aku lebih minat untuk menyokong dakwaan ini. Ini adalah kerana, pada suatu tahap di mana otak menjadi idle dan jari jemari menjadi numb, maka blog ini bakal ditinggalkan bersawang tanpa berpenghuni dan bakal didiami makhluk kecil hitam berwajah hodoh yang dinamakan kelawar.

Walau bagaimanapun aku tidak mahu bersangka buruk kepada blogger lain yang begitu gigih meng-update blog mereka tanpa mengira waktu. Namun begitu, fikiran jahat ku berkata, kadangkala mungkin juga sesetengah orang memang sengaja melengah-lengahkan proses update kerana mereka telah perasan diri mereka menjadi diva dan memerlukan orang ramai bersorak meminta mereka membuat comeback, lalu dengan cara itu bolehlah mereka merasa sungguh digemari ramai. Hahaha. Sungguh tidak adil pemikiran jahatku ini bukan?

No comments: