Monday, July 30, 2007

Happy Birthday

Hari ini bukan hari ulangtahun kelahiran aku. Tapi ulangtahun kelahiran salah seorang teman. Jadi sebelum cerita aku jadik lebih merepek, aku nak ucapkan selamat hari ulangtahun kepada beliau dengan ucapan semoga menjadi jejaka terhangat dan eksklusif selalu. :D

Persoalannya di sini, apakah perasaan kita sekiranya menyambut ulangtahun kelahiran tanpa kehadiran orang tersayang di sisi. Adakah kita mengambil kira atau tidak. Adakah kemeriahan akan terjejas dan kita akan merasa sungguh bosan dalam kesunyian. Aku tak perlukan jawapan, kerana aku mempunyai pengalaman tersendiri. Aku ditinggalkan oleh bekas teman lelaki pada hari ulangtahun kelahiran. Rasanya tiada pengalaman lebih teruk dari itu.

Hari ulangtahun kelahiran mungkin adalah perkara remeh bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri aku, waktu-waktu sebeginilah aku memerlukan sedikit perhatian dari mereka yang rapat dengan diri aku, tidak kiralah keluarga, sidia dan sahabat handai. Tidak perlu disambut besar-besaran, tetapi cukuplah dengan tanda ingatan tulus ikhlas dari semua. Barulah diri ini terasa begitu berharga. Tak gitu?

No comments: