Wednesday, August 29, 2007

Bila Embun Merintih

Bila Embun Merintih - A story about a man's journey through life. He realises his mistakes but is unable to change anything. The movie depicts the sacrifices he makes and his patriotism.
Starring : Dato' Rahim Razali, Fauziah Nawi, Faizal Hussein, Nick Lyions and Safura.

Ntv7 , August 30, 8.30 pm

Another script by Mr Shrek. Managed to get a special slot for independence day. So watch out guys!! Err..i know most of u guys won't be able to watch since u guys must be busy going out to celebrate. But for those who doesn't have any plan, please try to watch. The message of the movie is quite heavy, but yeah, what else to expect anyway. Anything about patriotism and our independence day is deserved to be taken seriously. Don't u guys think so? Heh.

Tuesday, August 28, 2007

Monolog - My Soul

Meme : Hoi
Mimi : Hai
Meme : Buat apa
Mimi : Menung
Meme : Kenapa
Mimi : Tak ada sebab
Meme : Bosan?
Mimi : Mungkin
Meme : Perlu teman?
Mimi : Tak
Meme : Menipu
Mimi : Mana kau tau?
Meme : Soalan bodoh!
Mimi : Jawapan bodoh :P
Meme : Kenapa
Mimi : Kau kan tahu. Kenapa bertanya?
Meme : Untuk kepastian
Mimi : Ya, perlu teman
Meme : Kenapa perlu?
Mimi : Hilangkan bosan
Meme : Tak ada kawan?
Mimi : Dah tidur
Meme : Jadi pergi tidur
Mimi : Tak bisa
Meme : Kenapa?
Mimi : Tak ngantuk
Meme : Perlu bantuan?
Mimi : Tinggalkan aku sendiri
Meme : Kenapa kau halau jiwa kau sendiri?
Mimi : Mengganggu
Meme : Aku pergi
Mimi : Tak perlu beritahu
Meme : Kau tak menyesal?
Mimi : Tak
Meme : Aku pergi
Mimi : Pergi saja
Meme : Selamat tinggal
Mimi : Selamat jalan

*****************************************************

Mimi : Kosong
Meme : Mengapa kosong?
Mimi : Kenapa kau masih disini?
Meme : Aku kasihan
Mimi : Aku tak perlu simpati
Meme : Aku tak sampai hati
Mimi : Mengapa?
Meme : Tinggalkan kau sendiri
Mimi : Aku dah biasa
Meme : Aku pergi
Mimi : Aku tak minta kau kembali
Meme : Kau tak perlukan aku lagi?
Mimi : Bukan untuk hari ini
Meme : Aku pergi
Mimi : Hmmm..(mengangguk perlahan)

******************************************************

Itu..jiwa aku sudah pergi meninggalkan aku. Terasa kosong tiba-tiba. Kadang-kadang aku ego dengan diriku, menolak kehadiran jiwaku sendiri. Sedangkan aku amat memerlukan dia. Kadangkala aku hanya mahu sendiri, tapi aku tahu, sendiri tanpa jiwa tidak bermakna apa-apa. Kosong. Gelap. Sunyi. Sepi. Sendiri. Tapi aku tenang. Sendiri dalam kelam. Kalau dia ada terlalu banyak yang terpaksa aku fikirkan. Terlalu banyak yang terpaksa aku bayangkan .Penat. Jadi aku suruh dia pergi. Aku tahu esok dia akan kembali. Kerana hidup tanpa jiwa tidak bererti. Itu aku pasti.

End

Dingin

Apa yang dingin? Kamu semua tak baik tau..asyik terfikir yang bukan-bukan jek. Aku nak cerita pasal dingin nih. Iyelah, bukan dingin dalam perhubungan tetapi cuaca dingin. Eh, iyeke ada cuaca dingin? Emm..gasakla...aku pun tak tau dingin tuh termasuk dalam kategori apa, tapi yang penting aku memang rasa seram sejuk nih.

Petang tadi hujan, sekarang nih pulak malam, jadi memang sejuk gila tau. Aku tak tau la orang lain ada rasa macam ni ke tidak, tapi aku memang rasa sejuk ni. Aku taip-taip nih pun sambil berbalut-balut pakai selimut. Aku suka tau keadaan macam nih, rasa macam nyaman gila kan. Kalau bergulung atas katil kan syok..tapi aku tak mengantuk sebab siang tadi aku tertidur kejap kejap. Tapi kan yang tak syoknye aku dari tadi asyik nak terkucil jek. Aku pun dah sampai naik malas nak berulang alik ke tandas. Kalau ikut hati memang aku nak terkucil kat sini jek, tapi harus la lepas tuh bilik bacaan aku nih jadi bilik puaka kan. Hik hik hik. Jadi aku gagahkan jugak la pergi ke tandas.

Kalau kamu semua nak tau aku memang takde idea nak taip apa. Sebabnya aku memang tak berapa ada mood hari nih. Mungkin sebab aku merindui seseorang. Heh, mungkin juga. Maklumlah aku nih lagaknye seperti orang terbiar. Tapi terbiar dengan cara yang terbaik la sebab aku tak susah apa-apa pun. Cuma aku yang mengada-ngada sikit kebelakangan nih. Iyelah, aku ni kan kategori 'attention seeker' katanya, harus perlukan perhatian selalu. Mengada lebih. Hikss..

Oklah, aku dah tak tau nak melalut apa. Aku nak berenti menaip. Anggaplah entry kali nih memang tak ada makna apa-apa. Sekadar melepas batuk di tangga sahaja katanya. Semata-mata untuk menambah entry baru. Heh. Keji kan? Walau apapun, aku memang merasa dingin sekarang nih. Kedinginannya tuh memang sampai ke tulang sum-sum dan sedikit sebanyak sampai juga meresap ke dalam hati. Tapi takpelah, abaikan saja okey. Menyampah aku kalau aku cerita semua. Terus buat aku hilang mood jek. Okey, sekian saja. Daaaaa...

Thursday, August 23, 2007

Geram

Geram betul aku hari nih la. Aku nak taip sempoi sempoi je sekarang sebab mood jiwang karat aku dah terbang kemana entah bila mood geram aku mengambil alih.

Aku geram bukan sebab ape, sebab tadi aku dah buat entry baru, sekali bila aku dah publish terus tak nampak batang idung dah entry baru aku tuh. Jenuh la aku dok refresh, tapi takde jugak. Sekarang nih dah nampak, tapi kena klik kt senarai entry tuh pulak. Tak ke leceh. Kenapalah jadik cenggitu. Takkan nak kena amik masa lama nak appear kan..takkan nak tunggu dua tiga hari. Harus entry aku dah jadi lapuk, barulah orang lain berpeluang nak baca. Sengal punye blogspot. Tapi nasib baik gakla (ade pulak nasib baiknye) posting aku tuh tak hilang terus, cuma dia tersorok je. Kalau hilang terus, mau aku merajuk sebulan. Maka bersawang la blog aku nih. Aku nih kalau merajuk dahla buruk, suka mengungkit lepas tuh memaki hamun dan terkinja kinja sambil menggigit jari. Ahahaha..

Takdelah, acah jeeeeeee..... korang gile ke ingat aku macam tuh. Huhuu.. Aku kalau merajuk paling kuat pun aku diam sekejap, lepas tuh aku belasah dengar lagu sedih dua tiga round lepas tuh okla. Terus buleh gelak gelak macam biasa. Kalau tak percaya, buleh tanya kat seseorang tuh (sape tatawwww). Hikssss. Dia paham dah kot aku nih macam mana. Kalau aku merajuk dengan Mr Shrek pulak, lagi la haru. Bukan nak pujuk okey, dia pergi amik kamera terus amik gamba aku yang yang muka tengah bersegi-segi tuh sambil dia pon dok posing sama sebelah aku dengan muka tersengih-sengih cam beruk mat yeh. Lagi mencikk taww.. Lalu hasilnya memang lah menyakitkan hati kerana selain muka aku yang masam cam asam kundang tuh, mesti aku buat segala isyarat mencarut. Terus gambar-gambar tuh masuk kategori 18JC (ada unsur-unsur jeruk dan carut yang melampau) tak sesuai untuk tatapan umum katanya. Ahahaha..

Okey, alang-alang aku dah dalam mood geram kan, maka aku nak luahkan segala kegeraman aku nih. Hmm..aku geram dengan mata aku jugak sebenarnya sebab tak reti-reti nak terkatup walaupun aku dah paksa. Geram dekat diri sendiri sebab pemalas gile nak kemas umah arinih, geram kat amnet sebab tak boleh nak masuk pulak sekarang nih, geram dekat henpon sebab kredit dah abis, geram kat mulut aku yang tak reti-reti nak berenti bercakap dengan Jantan Sepi malam tadi sampai kredit kitorang abis sia-sia, hmm..lagi geram kat sapa. Haa..geram kat keropok udang cap...eh..cap ape nih..takde cap la fulokss..huhuuu..sebab kopok udang nih dah lemau pulak bila aku nak makan. Eeee..geram betul la arinih... Hish..sabo..sabo..meroyan pulak aku nih karang.

Last but not least, aku nak geram kat otak aku sebab asik teringatkan seseorang dan aku nak geram kat hati aku sebab asik tersentuh je lately. Hehe..jiwang la fulokkss...kosser je kan. Tapi aku tak pasti aku aku bebetul geram ke atau teruja sebenarnya. Huhu..tak larat nak layan. Ekekek. Dan aku nak geram kat seseorang tuh yang setiap hari buat hidup aku jadi serba tak kena sampai aku rasa cam nak geget geget jek..ehh..geget ape pulak tuh..err..geget kebod oke..sebab tak sudah-sudah nak buat aku perasan. Dan akhirnya aku geram kat diri sendiri sebab memerasankan diri sendiri walaupun aku takmau jadi cenggitu sebenarnya. Tapi apakan daya..aku tak mampu mengelak. Huhuu..

Jadi sekianlah saja episod geram pada hari ini. Hari esok aku nak jiwang balik. Aku tak kira. Dengar lagu jiwang, lepas tu borak-borak jiwang, pehtuh feeling-feeling jiwang. Ahahah..syok beb layan jiwang. Patutla selama nih Wadi cakap layan jiwang best. Rupanya memang best. Sengal. Ahahaha..

(Nama jek entry geram..tapi dari tadi aku dok gelak-gelak jek. Poyo kan)

Sekian.

Jaga

Kenapa jaga? Bukan jaga yang pegang cota mahupun senapang dan bertanggungjawab menjaga premis-premis persendirian tuh. Bukan juga berjaga-jaga seperti yang biasa dilakukan ketika kita berada dalam mara bahaya. Tapi jaga, yakni berjaga setiap masa, yang tak reti-reti nak tidur tidak mengira siang atau malam.

Siapa pulak yang berjaga? Aku. Mimi. Bukan orang lain..tapi diri aku sendiri. Kenapa berjaga? Jangan tanya. Sebab aku pun tiada jawapannya. Walaupun dalam hati, aku hampir pasti semua ini berpunca dari perbezaan rasa di jiwa sejak kebelakangan ini. Sejak bila aku berjaga? Sejak kelmarin. Masuk waktu sekarang, aku dah berjaga lebih dari 48 jam dan aku hanya tidur 3 jam sahaja selebihnya aku berjaga. Dan mungkin kadar 48 jam itu akan meningkat dari masa ke semasa sehinggalah aku dapat tidur dengan nyenyak akhirnya.

Apa yang aku buat dengan berjaga tu? Macam-macam. Sampai dah tak ada benda yang aku nak buat dah..sampaikan aku rasa macam masa jadi terlampau panjang. Aku rasa seperti aku sedang merentas masa berseorangan dengan ditemani insan yang bersilih ganti. Ketika orang disini tidur, aku ditemani insan-insan yang berada di zon waktu yang berbeza, dan bila orang disana masuk tidur, aku kembali ditemani insan-insan yang berada disini yang telah bangkit dari tidur mereka. Mereka tetap dengan rutin mereka..namun aku masih begini...

Apa kesudahannya? Kesudahannya aku S E N D I R I....sendiri melewati waktu demi waktu. S U N Y I...dan S E P I... Lalu aku tertanya-tanya sendiri adakah aku menjadi begini kerana aku kesunyian dan kesepian?? Namun hatiku berkata, beliau tidak lagi sunyi, tidak lagi dipandang sepi.. dan mungkin juga aku jadi begini kerana tiba-tiba hati aku dihujani persoalan demi persoalan yang tak mungkin akan terungkai walau aku sendiri sudah penat untuk berteka teki. Apa masalahnya aku ni? Apa yang tidak kena dengan aku ni? Kenapa aku jadi begini? Aku wish aku tahu jawapannya...tapi sehingga kini aku masih tidak mengerti.

Walau apapun, aku bersyukur. Walaupun tanpa lena yang panjang, aku masih punya kudrat untuk membuat setiap rutin hidupku..masih punya daya untuk berfikir, masih punya keinginan yang kuat untuk melayan perasaan dan masih bersemangat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin. Namun aku tak pasti sejauh mana tubuhku ini mampu bertahan walaupun tanda-tanda kepenatan masih belum kelihatan. Aku cuma mampu berharap aku akan mendapat lena yang panjang dalam waktu yang terdekat kerana aku benar-rindu untuk menikmati ruang mimpi tanpa sempadan yang aku idamkan. Semoga aku lena diulit mimpi indah hendaknya.

Jadi...jumpa lagi di lain waktu. Itupun jika aku mampu membuatkan diriku tidur. Heh

Tuesday, August 21, 2007

An Evening With My Darling


He's my darling.. and i love him soo much. So i would like to dedicate this entry just for him.


Aku berkesempatan pulang ke kampung Sabtu lepas dan meluangkan sedikit masa dengan keluarga tersayang. Mak aku tak berapa sihat dan Alhamdulillah..she's getting better now. Ada banyak perkara yang aku rindukan di kampung halaman..rindukan suasananya..rindukan keluarga besar aku tuh, my grandma, abah, mak, adik-adik dan sedara mara yang semuanya tinggal dekat-dekat, rindukan aktiviti-aktiviti santai kitorang, rindukan kenangan masa kecik-kecik di kampung, rindukan gelak ketawa mereka..pendek kata rindu semualah..selagi ianya berkaitan dengan kampung halamanku itu. And last but not least, rindukan my dearest nephew , Harith Irfan.


Dia kecik lagi..umur pun baru setahun lima bulan. Tapi dia bijak tau, dah pandai cakap. Siap panggil aku mommy lagik. Punye la rapat aku dengan anak buah aku sorang neh..sampaikan aku rasa dia macam anak aku aje. Lagipun dia bijak sangat dan maka dengan itu, aku bertambah yakin yang dia memang akan mengikut jejak langkah aku nanti. Hikssss..


Aku terlampau rindukan dia, sehinggakan kalau aku pulang ke kampung, dia yang akan aku cari dulu. Dan hari tuh..dengan keadaan mak aku yang tak berapa sihat, aku tetap tak dapat nak mengelak bila dia tarik tangan aku keluar dari rumah dan aku tahu apa kehendaknya. Dia nak aku bawa dia jalan-jalan sekitar kampung sebab dia nak tengok haiwan kegemarannya tuh iaitu lembu dan nak mengintai budak-budak perempuan tengah bermain-main kat rumah jiran sekampung. Nakal kan? Aku nak cerita banyak pun tak guna, kerana mungkin bagi kamu semua aktiviti tuh biasa-biasa sahaja, tetapi setiap aktiviti yang aku lakukan dengan insan yang aku sayang tak pernahlah aku anggap biasa. Semuanya mencuit hati dan memberi kebahagiaan kepada hati aku.


Aku bawa dia jalan-jalan menggunakan kaki (jalan kaki la tuh) sekitar kampung. Terasa nyaman sangat..terasa damai dan jauh di sudut hati, aku mula merasakan rindu yang amat sangat terhadap kampung halamanku sendiri. Aku kira mungkin kerana aku sendiri dah lama gila tak berbuat demikian, jadi aku sedikit beremosi. Oleh kerana kamera ada bersamaku waktu tuh, jadi aku sempat merakam beberapa gambar anak saudara kesayangan aku nih. So.. check it out..

Ipan pom pom tengah mengintai di sebalik pagar. Intai apa? Chicks okey. Heh


Aku biarkan dia menikmati momentnya sendiri sambil aku mengendap-ngendap dalam semak. Hikss

His favourite animal. Tapi suruh pegi dekat takut. Apedaaa...

He's my lil' star. Comot je kan..nasib la gambar kandid semua. Huhuu

Ok, itu jek yang aku nak cite sebenarnya. Sekadar mengabadikan memori manis aku dengan my darling. Don't u guys think he's cute?

Monday, August 20, 2007

Love Song

I'm in love again. So here is my love song...

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I will always love you

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am free again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am clean again

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I will always love you


This song is originally sung by The Cure. But I think 311 gave more mood into that song. I believe there is no need for me to describe further more. This song describes everything that i'm feeling inside. Hope this feeling will last forever....

Friday, August 17, 2007

Apek Kawen

Baru dapat sekeping kad undangan perkahwinan semalam. Perkahwinan antara Zawani dan Luqman. Siapa Zawani? Kemudian baru teringat aku ada kawan masa kat matrix dulu bernama Zawani yang aku gelar Apek yang baru-baru ini call aku meminta alamat rumah. Nak kahwin dah beliau. Ahad nih pulak tuh. Punya la cerdik, hari Ahad nak kawen, hari Khamis baru kad sampai. Nasib baik la aku nih jenis yang memang dah terbiasa dengan plan mengejut macam nih..kalau tak, mahu aku meloncat-loncat tak tentu pasal sambil gigit jari. Yelah, tak tau nak buat apa katanya.


Apek nih dulu bolehla dikatakan rapat gile dengan aku, sampaikan tidur pun sekatil katanya. Punca tidur sekatil sebab aku memerlukan siku dan betis beliau untuk aku gosok-gosok sebelum tidur. Sama la macam korang yang perlukan bantal busuk ke hape..cuma tabiat aku nih memang berisiko tinggi. Silap aribulan orang ingat aku lesbo. Hikss.. Tapi dia oke aje bile aku buat gituh..sebab dia memang sporting abes katanya dan tak ada masalah geli. Kamu semua jangan salah faham..sebab aku memang begitu. Kalau dulu masa arwah nenek aku masih ada..siku beliaulah yang paling aku suka gosok sebelum tidur. Memang senang aku nak tidur, terasa seperti terawang-awangan gituh bila aku dapat but macam tuh, seperti pedagang cina melayan candu di waktu petang pada zaman dolu-dolu. Tapi sekarang habit nih dah berjaya aku kikis sejak nenek dah tak ada lagi..Huhuuuu...

So kenapa beliau digelar Apek? Sebab beliau berkulit putih lagi gebu tapi orangnye kecik aje..syomel jek gituh. Wendu sungguh aku dengan beliau. Beliau memang cute habes, tapi entah kenapa beliau susah sangat nak jatuh hati kepada lelaki. Jadi berita perkahwinan ini memang sedikit sebanyak membuatkan aku agak teruja, maklumlah, tak pernah dengar beliau bercinta katanya. Mungkin jugak aku yang tak tahu sebab sejak kami masuk universiti yang berlainan, kami dah jarang berhubungan. Jadi di sini sengaja aku nak buat satu entry khas untuk beliau semata-mata nak berkongsi kegembiraanlah konon..ekekek.

Aku rasa aku dah bersedia dengan pakaian yang nak aku pakai nanti, cuma belum mendapat geng nak pergi memandangkan Mr Shrek memang terlalu sibuk buat masa ini. Jadi sesiapa nak follow anyone? Hikss.. Acah jeee.. aku pun tak tau lagi dapat pergi ke tak..mak aku demam la pulak. Kejap lagi nak balik kampung katanya, maklumlah aku kan anak yang mithali. Mak aku mintak aku buat bubur...huhuuu..aku reti ke? Isk..

So, untuk Apek, Selamat Pengantin Baru. Kalau aku ada kelapangan esok, maka aku sampaila ke majlis ko esok. Kalu takde...ngeh ngeh ngeh..aku pos je adiah buley ka?? So guys..jumpe lagi. Nak balik kampung!!! Yeyyyyyyy!!!

I'll just write it all...

Arini nak tulis selamba jelah. Maleh nak taip ayat power. Takdo mood. Heh.

Korang pernah tak naik bas dan korang pernah tak terasa betapa mencabarnye naik bas tuh? Bagi aku, YA, memang mencabar. Mungkin sebab aku dah lama tak naik. So semalam, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, aku tak dapat nak pakai kereta tapi pada masa yang sama aku dah mati kutu sangat tak tau nak buat apa dan aku merasa terdesak untuk keluar rumah. Aku ambik keputusan nak jalan sorang-sorang dan destinasi yang dituju ialah Mines Shopping Centre.

Korang tau tak daripada rumah aku ke pondok bas tuh jaraknya berapa? Jauh tuhhh...kena jalan kaki lebih kurang 15 minit. Dan korang tau tak pukul berapa aku keluar semalam? Kul 3.30 petang. Matahati tengah terpacak lagik oke...tapi aku tetap nak mencuba jugak demi menimba pengalaman baru dan pada yang sama menunaikan keinginan aku untuk keluar sorang diri yang membuak-buak itu.

Sampai jek kat pondok bas tu, aku duduk kejap, belum sempat panas pun tempat duduk tuh bas pulak dah sampai. Korang tau apa aku rasa? Sangat pelik oke. Aku terpaksa pegang palang seat depan tuh dan mata aku meliar jek carik punat loceng tuh walaupun aku tau destinasi tuh jauh lagi. Aku kengkonon nak amik gambar..tapi aku asyik rasa macam tak sempat jek nak buat cenggitu dan aku perati jek laluan bas tuh sebab bas tuh asyik masuk laluan pelik-pelik gara-gara nak mengambik penumpang. Itu jek dah buat aku gelabah-gelabah oke sampaikan aku terpaksa tanya kat budak tiket tuh betul ke bas tu pergi Mines? Ahahah..

Untuk menghilangkan sedikit rasa gemuruh aku tuh, aku dail jek nombor-nombor kegemaran aku dan orang pertama yang aku call adalah Mr Shrek dan beliau sungguh terkejut aku sedang menaiki bas dan dia asyik bertanya soalan-soalan yang tak mampu aku nak jawab lalu aku mengambil keputusan untuk memutuskan talian dan beritahu akan call kemudian bila dah sampai. Lepas tu aku call Jejaka Eksklusif pulak dan beliau berada di Mid Valley dan sedang menunggu untuk menonton wayang cerita Evan Almighty dan sekaligus memberi aku idea untuk menonton filem apa apabila di Mines kelak.

Sewaktu aku tiba di Mines, aku call Mr Shrek sekali lagi dan aku beritahu beliau pasal aku nak tengok wayang, dan tiba-tiba dia pulak dia nak ikut sekali dan minta aku pergi ke tempat yang lebih hampir dengan office beliau dan terus aku mendapat idea untuk ke Mid Valley pulak sebab ada stesen komuter berhampiran Mines tu. So itulah dia, plan asal aku yang nak berjalan sorang-sorang dah jadi kucar kacir oke..kacau jek Mr Shrek tuh. Ahahaha...

Masa nak pergi ke stesen komuter tuh, sempat pulak aku beli keledek goreng dan air mineral sebotol sebab aku tersangatlah lapar. Aku mula-mula macam malu-malu nak bawak plastik bagai tapi aku fikir balik, lantaklah...kalau Jejaka bawak seplastik sate naik komuter kenapa tidak aku? Ngeh ngeh ngeh. Aku pun naikla komuter menghala ke Mid Valley dengan keadaan perut yang berkeroncong sebab dalam komuter takleh makan dan minum katanya. Dalam komuter tuh pulak adela seorang jejaka bermisai yang aku kira sudah agak berumur tetapi masih ada hati nak bermain-main mata dengan aku. Apa dia ingat dia macho macam Johhny Depp ke hape nak perasan aku akan tertarik dengan beliau? Kenapa aku comparekan dengan Johnny Depp? Sebab aku fikir Captain Jack Sparrow dalam Pirates Of The Caribbean adalah satu-satunya jejaka bermisai yang mampu membuat aku turn on. Jejaka-jejaka bermisai yang lain, sorry....aku tak berminat dengan jejaka bermisai. No offense intended, tapi dah selera aku macam tuh..nak buat macam mana kan? Lepas tuh ada lagi sorang mamat yang aku tak tau apa bangsanya sibuk dok memalingkan kepala beliau sambil mengenyit mata. Lagi la aku tak tahannn...ape diorang nih takde keje ke? Aku ingat nak ambik gamba diorang, tapi kang mereka kata aku berminat dengan diorang pulak..sedangkan aku cuma nak merakam aktiviti keji mereka itu dan nak pampangkan dalam blog aku nih supaya korang semua dapat lihat. Bukan nak kata apa, bukan aku memandang rupa, tapi mereka tuh dahla tak hensem..berperangai keji pulak tuh. Euwwwww...

Aku hanya sempat menikmati keledek goreng setibanya aku di Mid Valley dan aku makan sambil membaca papan penunjuk lokasi kedai-kedai dalam MidValley tuh. Sengaja aku baca lambat-lambat sambil konon-konon mencari kedai yang aku nak tuju sedangkan aku nak habiskan keledek goreng tuh yang sebenarnya. Aku ingatkan setelah melantak keledek goreng 3 keping aku kenyang la..tapi rupa-rupanya membuatkan aku bertambah lapar adela. Lalu aku pergi je makan kt food court tuh dan makan sizzling yee mee tuh. Aku lepak situ sampaila Mr Shrek tiba dan pastuh terus beli tiket wayang. Aku tengok jam ada lagi 15 minit sebelum wayang start, Mr Shrek pulak sibuk membelek sneakers lalu aku call Jejaka Eksklusif . Rupanya beliau baru abis tengok wayang dan tengah makan kat food court. Terus aku jalan pergi ke food court dan jumpa beliau kat situh. Sempat lak aku snap beberapa pose beliau yang tengah nak makan tuh sebelum aku berlari semula ke panggung wayang sebab masa dah time. Memang sengal perbuatan aku tuh kan? Hiksss..

Habis wayang, Mr Shrek sambung belek-belek sneakers lagik. Kali nih aku dengan muka kesian yang dibuat-buat, aku kasik try beberapa sneakers dan buat-buat tanya kat Mr Shrek "U, comel je kan i pakai kasut nih?" lepas tuh aku taruk balik dan aku berbuat demikian beberapa kali lagi sehinggalah Mr Shrek bilang ginih " U, if u nak mana-mana kasut, u pilih la..i'll get it for u". Yessssss!!!! Tektik menjadik ye adik-adik sekalian. Hiksss...

Jadi begitulah akhirnya kisah mencabar aku untuk hari semalam. Tak mencabar sangat la pulak aku rasa. Mula-mula jek rasa mencabar, lepas Mr Shrek kacau daun terus tak mencabar dah. Tapi elok juga beliau kacau daun. Kalau tak, tak dapatla aku merasa sneaker Adidas baru yang berharga dekat 300 hengget tuhh. Yeehhaaaa..syok..syok. :P

Tuesday, August 14, 2007

Minggu Yang Sibuk Part II



Tiba-tiba aku berasa sungguh penat untuk bercerita. Walau bagaimanapun aku akan teruskan dengan menceritakan secara ringkas baki aktiviti minggu lepas. Aku kira dua pertemuan dengan Jejaka Eksklusif sebelum ini sudah memadai, namun atas faktor kelapangan masa, kami berpeluang berjumpa lagi namun kali ini tanpa banyak aktiviti sampingan, kami lebih banyak menghabiskan masa dengan makan-makan, berbual-bual dan menjalankan sesi fotografi sahaja. Beliau sungguh sporting kerana memberikan pose tanpa banyak songeh. Aku sebetulnya berniat untuk memberikan foto-foto tersebut kepada beliau sebagai souvenir untuk dibawa pulang ke Germany kelak.


Dengan menghabiskan masa 4 hari dengan Jejaka Eksklusif dari 8 hari beliau berada di KL sudah cukup untuk melayakkan beliau menjadi kawan karib aku di dunia nyata memandangkan sedikit sebanyak aku merasakan kami mempunyai banyak persamaan. Tambahan pula dengan keadaan kami yang boleh bercerita tentang apa sahaja dan dikuatkan lagi dengan pengetahuan kami tentang serba sedikit latar belakang antara satu sama lain menjadikan segalanya menjadi mudah. Dan yang lebih penting pasangan kami masing-masing memang sedia maklum tentang persahabatan kami dan diharap itu sudah cukup untuk membuktikan keikhlasan kami dalam berkawan. Cuma aku tidak sangka perkenalan di dalam forum membolehkan aku bertemu insan menarik seperi beliau untuk dijadikan kawan di dunia nyata. Segalanya tidak mustahil bukan, dan kami telah membuktikannya.


Minggu lepas juga menyaksikan aku bertemu dengan bekas teman sepejabat ku dahulu, Yana. Berbual dengan beliau membuatkan aku berasa sungguh dekat dengan kenangan di pejabatku dahulu dan sedikit sebanyak aku mengetahui tentang keadaan pejabat itu sekarang. Terlalu banyak yang kami perkatakan dan yang lebih penting aku belajar sesuatu dengan beliau dan tanpa disedari beliau telah membantuku dalam menyelesaikan sebuah konflik kecil antara aku dan seseorang. Jadi Yana layak untuk mendapat pengiktirafan sebagai salah satu agenda penting sepanjang minggu lepas.


Mr Shrek pergi ke Sarawak untuk pemilihan MyTeam disana dan beliau tidak membelikan apa-apa untuk aku sekembalinya beliau ke sini juga menjadi satu isu. Tetapi isu itu dikira selesai setelah aku menonton episod pengenalan MyTeam pada hari Sabtu yang lalu dan perasaan nak merajuk terus lenyap gara-gara terlalu bangga dengan pencapaian beliau. Sesungguhnya aku seorang yang sungguh memahami dan aku bersedia untuk melihat kamu semua muntah apabila mendengar kenyataan ini.

Perkara terakhir yang termasuk dalam peristiwa satu minggu aku kali ini ialah aku mendapat pm daripada forumer yang aku admire!! Ahahaha.. Perkara terebut benar-benar menjadikan minggu lepas adalah minggu paling sibuk dan bermakna dalam hidup aku. Sungguh aku puashati dengan aktiviti ku minggu lepas.


Aku akhiri entry kali nih dengan foto Jejaka Eksklusif untuk tatapan peminat sekalian.


Sekian.

sempoi kan beliau... :)

Minggu Yang Sibuk Part I


Aku dari sehari ke sehari ingin membuat rumusan tentang aktiviti aku sepanjang minggu lepas, tetapi sering tidak berkesempatan. Jadi aku fikir hari ini adalah masa yang sesuai kerana aku mempunyai banyak masa lapang dan kebetulan mempunyai sedikit mood untuk menulis panjang. Sambil mendengar himpunan lagu-lagu kegemaran, aku kira inilah peluang terbaik aku untuk memulakan cerita.

Aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu kepada mak aku pada Sabtu lepas di Seremban dan aku melantik diri aku sendiri sebagai salah seorang jurugambar tidak berbayar di majlis tersebut. Entah kenapa aku memikirkan secara serius untuk belajar mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, mungkin aku rasa bidang tersebut mampu memberi sedikit wang sampingan sekiranya aku bergiat secara professional. Aku tidak berminat untuk meletak mana-mana gambar dari majlis tersebut di sini..tetapi aku akan letakkan sekeping potretku dengan anak saudara kesayanganku iaitu Harith Irfan. Aku berpendapat majlis itu sederhana sahaja tetapi agak meriah dengan kehadiran saudara mara terdekat. Umpama majlis perjumpaan ahli keluarga sahaja lagaknya. Aku berpuas hati kerana dapat menyertai majlis tersebut walaupun dengan kehadiranku itu membuatkan aku gagal untuk menghadiri majlis persandingan kakak Jejaka Eksklusif di Kuala Lumpur.

Aku dan my darling Harith Irfan

Aktiviti diteruskan lagi dengan pertemuan pertamaku dengan Jejaka Eksklusif pada hari Isnin lepas. Seperti yang telah kuceritakan dalam entry sebelumnya, perjumpaan itu berlangsung dengan baik sekali dan meninggalkan kenangan manis. Apa yang manis? Aku pun tatawww..ahaha. Pertemuan dengan beliau berlangsung sekali lagi pada hari Rabu dan kali ini disertai oleh rakan forumku bernama Gee. Sebetulnya Gee pernah kutemui sekali sebelum ini dan seperti biasa perjumpaan di Rabu lepas juga meninggalkan kenangan manis. Oleh kerana itu merupakan pertemuan pertama antara Gee dan Jejaka Eksklusif, maka aku lihat Jejaka Eksklusif begitu asyik mengontrol macho pada awalnya dan selepas kami berbual panjang lebar di Secret Recipe Mid Valley sambil menikmati minum pagi yang segar, barulah kedua-duanya kelihatan mesra dan asyik bercerita. Aku lebih senang mengikuti perbualan mereka dengan mengambil foto mereka dan mencari pasal dengan Jejaka Eksklusif kerana aku sungguh suka sekali melihat reaksi wajah Jejaka Eksklusif apabila 'diusik' dengan melampau.


Berbual di restoran Secret Recipe tersebut sungguh selesa sekali sehinggakan kami menghabiskan masa di situ lebih kurang 3 jam. Kebanyakan topik lebih berkisar pada topik-topik berkaitan forum dan sesekali diselitkan dengan cerita-cerita peribadi. Maklumlah, masing-masing baru berkenalan. Hikss.. . Jadual hari tu diteruskan dengan aktiviti bermain bowling. Semua adegan lucu dapat disaksikan sewaktu kami bermain bowling. Aku yang hampir setahun tidak bermain bowling sungguh berdebar-debar sekali kerana kujangkakan bola akan lebih gemar masuk ke dalam longkang daripada menjatuhkan pin. Tetapi pusingan pertama tidaklah seteruk yang dijangka kerana aku berjaya membuat strikey walaupun aku terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga yakni corot. Hahaha. Nampaknya Jejaka Eksklusif begitu handal bermain bowling dan Gee memberikan saingan terdekat. Hanya aku yang terkial-kial sendiri. Namun begitu aku tidak berduka dengan kekalahan tersebut, malah aku membalas dendam dengan merakam beberapa gambar kandid mereka bermain bowling. Jejaka Ekslusif benar-benar menjadi mangsa lensa kameraku dan hasilnya sungguh..hmm..sungguh mengagumkan! Jejaka Eksklusif wajar diberikan award untuk gaya paling pelik yang pernah disaksikan dalam permainan bowling. Ikutkan hati mahu saja aku menempek gambar-gambar pelik tersebut di sini, tetapi aku takut Jejaka Eksklusif akan menarik muka ketat dan memboikot laman blog ku ini kelak. Permainan diakhiri dengan Jejaka Eksklusif menjadi juara dan Gee di tempat kedua. Aku masih 'maintain' dengan tempat paling tidak popular iaitu di tangga tercorot. Tercalar imej 'tak pernah kalah'ku selama ini. Menyesal aku main bowling dengan mereka. Ahahaha...


Kami makan di dalam Jusco Mid Valley selepas itu kerana aku teringin sekali makan assam laksa mereka yang aku kira sangat menepati citarasa. Gee dan Jejaka Eksklusif terpaksa mengikut sahaja keinginan aku, dan mujur sahaja mereka berjumpa dengan makan yang menepati citarasa mereka juga, jadi tidaklah aku berasa susah hati sangat. Kami berbual-bual lagi sambil menikmati hidangan dan kali ini riak-riak wajah mengantuk terpamer di wajah Jejaka Eksklusif dan seperti biasa semuanya terakam dalam kameraku. Kami mati kutu selepas makan kerana susah kehabisan idea untuk membuat aktiviti selanjutnya sehinggalah secara tiba-tiba aku dan Gee mendapat satu idea yang kurang disenangi oleh Jejaka Eksklusif iaitu berkaraoke. Dengan pantas kami keluar dari Mid Valley dan menghala ke pusat bandaraya dengan harapan akan menemui mana-mana tempat untuk kami berkaraoke. Sesampainya di KL, kami berubah fikiran lantas menuju pula ke Kajang kerana Gee mengatakan lebih mudah sekiranya berkaraoke di Kajang kerana berhampiran dengan tempat beliau. Di dalam perjalanan menuju ke Kajang, sekali lagi kami berubah fikiran dan kali ini kami batalkan sahaja idea untuk berkaraoke tersebut dan lebih baik sekiranya kami membawa Jejaka Eksklusif makan sate sahaja. Aktiviti karaoke tetap kami jalankan juga akhirnya, tetapi hanya di dalam kereta dan aku kira itu sudah memadai.


Kami makan sate dengan banyaknya dan aku sungguh kagum dengan selera gajah Jejaka Eksklusif. Nampaknya beliau dengan makanan memang tidak boleh dipisahkan dan aku sungguh memahami keadaannya itu kerana aku tahu beliau tidak akan dapat merasa banyak makanan sekembalinya beliau ke Germany nanti. Kami berbual-bual lagi sehinggalah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa berundur diri dan maka dengan itu, perjumpaan kami terpaksa dihentikan setakat itu sahaja walaupun sungguh berat hati ini untuk mengakhiri pertemuan tersebut. Hari juga semakin lewat, jadi oleh kerana aku tidak dapat untuk menghantar Jejaka Eksklusif pulang ke rumah, maka aku hantar beliau ke stesen komuter Kajang dan disitulah adegan lawak yang terakhir dapat disaksikan. Pernahkah anda melihat jejaka yang berwajah hensem membawa plastik berisi sate dengan selamba. Aku dan Gee pernah. Itulah dia Jejaka Eksklusif dengan seplastik sate yang dibawanya pulang dari Kajang hingga ke KL menaiki komuter dan lrt. Kenangan yang membuatkan Gee berasa geli hati dan pada masa yang sama berasa sungguh kasihan dengan Jejaka Eksklusif. Kenangan yang tidak boleh kulupakan aku kira. Ehehe..


Aku menyambung perjalanan ke rumah Gee untuk menghantar beliau. Setibanya aku di rumah beliau, aku disambut dengan layanan mesra anak-anak beliau yang aku kira tersangatlah comel dan membuatkan aku jatuh hati dengan keletah mereka. Kalau ikutkan hati mahu saja aku meluangkan sedikit masa bersama mereka, malangnya masa yang aku ada teramatlah suntuk dan aku berharap semoga aku berpeluang berjumpa dengan mereka di lain masa. Untuk Gee dan Jejaka Eksklusif, aku amat gembira bertemu kalian dan aku percaya we were having a good time masa tuh. Entah bila lagi dapat kita bertemu sebegitu memandangkan masing-masing punya komitmen dan halangan geografi antara kita bertiga. Semoga pertemuan tersebut menjadi kenangan terindah hendaknya.


Bersambung......

Monday, August 13, 2007

Song of the day

Currently i love this song called Hey There Delilah by Plain White T's and somehow i know someone who loves that song too.

And last nite i received a private message (pm) from that particular someone and he changed the lyrics a bit and it sounds like this :

"...hellue there soya
what's it like in that amnet?
i'm a thousand miles away but girl tonight you look so pretty,
yes you do,
KLCC can't shine as bright as you,
i swear it's true..."

Awww...dun u guys think that is the sweetest thing everrrr?? Ahaha..i couldn't help myself laugh out loud in joy when i read that. I believe it's just a spontaneous idea that came out from his mind and probably it wasn't meant nothing, but somehow i realized it's not so hard to brighten up someone else's life just by saying what they've been needing to hear yeah.

And to that someone, i really appreciate that. U have no idea how i tersengih last nite and it was way more annoying than u did last time! Ahaha...

Saturday, August 11, 2007

MyTeam2

Bunting MyTeam2 yang aku rakam bersebelahan aksesori kegemaran Mr Shrek. Jadi, adakah anda layak untuk menyertai MyTEAM?


Ini bukan entry promo. Tetapi lebih kepada entry mengenai penghargaan aku terhadap insan yang seringkali membuat aku bangga.

Mr Shrek membuat panggilan dari Sarawak tadi dan meminta aku menonton episod pengenalan My Team musim kedua. Sebetulnya aku bukanlah seorang peminat bola sepak apatah lagi seorang penggemar rancangan realiti tv sukan berkenaan. Tetapi nampak gaya musim ini aku perlu menumpukan sepenuh perhatian dan mengambil tahu sebanyak yang boleh berkenaan program tv berkenaan. Ini semua gara-gara Mr Shrek.

Sekiranya aku menyatakan bahawa Mr Shrek juga bukanlah seorang peminat bola sepak dan penggemar rancangan realiti tv berkenaan, sudah pasti lebih ramai yang akan tertanya-tanya apakah yang cuba aku sampaikan disini. Hakikatnya beliau memang tidak menonton rancangan itu di musim lepas tetapi keadaan menjadi berubah sama sekali di musim ini. Musim ini beliau terpaksa makan bola, tidur bola, tonton bola, baca bola, cakap bola dan bermacam bola lagi lah. Ini adalah disebabkan beliau terlibat secara langsung dengan pembikinan program tv berkenaan, dan sejak itu beliau sungguh komited dengan segala hal berkaitan My Team.

Jadi tadi aku menonton episod pengenalan tersebut dan aku mendapat gambaran serba sedikit mengenai rancangan realiti tv tersebut pada musim lalu. Sebenarnya aku tidak berapa teruja dengan pengisiannya, tetapi apa yang membuatkan aku teruja apabila memikirkan Mr Shrek adalah sebahagian dari program tersebut. Jadi aku menonton sampai ke sudah kerana aku memikirkan sekiranya beliau bertanyakan tentang komen aku terhadap program tersebut sekembalinya beliau dari Sarawak kelak, aku akan dapat mengulas dengan tepat. Aku rasa dengan cara sedemikian aku dapat berkongsi pendapat dan menyatakan sokongan aku terhadap kerja-kerja beliau. Sampai begitu sekali perasaan aku kan? Memang aku tidak malu untuk mengakuinya kerana inilah sebahagian tugas aku sebagai teman sejiwa beliau.

Keterujaan aku tiba ke tahap klimaks apabila episod pengenalan berkenaan tiba ke akhir rancangan. Sebenarnya aku tak sabar-sabar menunggu kemunculan nama beliau tertera di kaca tv. Aku tahu ini bukanlah kali pertama nama beliau tertera di kaca tv, sudah beratus kali aku kira, tetapi inilah yang paling menimbulkan keterujaan kerana inilah kali pertama namanya disebut sebagai PENERBIT. Ya, nama beliau tertera tadi sebagai penerbit dan penulis skrip untuk program tv My Team2. Jadi apa lagi yang boleh aku perkatakan, buat kesekian kalinya beliau membuatkan aku sungguh bangga dengan diri beliau, dan kesekian kalinya jugak beliau mengukuhkan kedudukan beliau dalam hati aku.

So kalau kamu semua mahu tahu siapa Mr Shrek, sila tonton rancangan tv tersebut yah. Eh..jangan...jangan... Aku tak patut cakap begini. Silalah tonton rancangan tersebut kerana ianya agak menarik dan silalah beri sokongan kepada pasukan My Team2 ini apabila mereka menentang pasukan Indonesia kelak. Huh..aku tak sangka akhirnya aku selitkan jugak promo dalam entry kali ini. Walau apa pun, aku tak kisah, sekurang-kurangnya itu salah satu cara aku memberi sokongan dalam industri bola sepak Malaysia amnya dan Mr Shrek khususnya. Betul tak?

Tuesday, August 7, 2007

Sehari Bersama Jejaka Eksklusif

Teruja dan menyeronokkan. Itu yang dapat aku katakan tentang perjumpaan kami semalam. Seolah-olah mimpi menjadi nyata, aku akhirnya dapat bertemu Jejaka Eksklusif dalam satu siri perjumpaan yang aku kira eksklusif juga kerana dalam ramai-ramai orang, beliau sudi meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan aku. Thanks Jejaka Eksklusif!

Kami berjumpa seawal pagi iatu jam 10.30 pagi tetapi aku lewat sedikit lantaran kesesakan lalulintas. Walaupun aku sedikit kecewa, namun tidak mencalar mood aku untuk bertemu beliau. Akhirnya aku ternampak kelibat seseorang yang aku kirakan beliau dan ternyata tekaan ku tepat kerana beliau juga terus berjalan kearahku. Hoh..selamat satu part.

Apakah yang aku fikirkan sebaik sahaja bertemu beliau? Jawapannya beliau adalah seorang yang aku anggap sebagai berpenampilan menarik, good looking, berkulit cerah, bertubuh sederhana dan mempunyai senyuman yang cantik! :D

Aku sebenarnya tidak berapa sudi untuk menerangkan satu persatu aktiviti yang kami jalankan semalam. Ini adalah kerana, aku perlu menjaga hati beberapa pihak dan aku fikir aku enggan mengundang spekulasi yang bukan-bukan dari sesetengah pihak. Aku tahu, kenyataan yang aku beri ini bunyinya seperti seorang artis, namun aku tak mampu untuk mengelak dari memberi kenyataan sedemikian kerana aku sungguh perasan menjadi artis gara-gara aku keluar dengan seorang jejaka rebutan. Hahaha. Sebetulnya juga aku terlalu malas untuk menaip segala aktiviti kami kerana segalanya berlaku secara spontan dan terlalu banyak untuk dihuraikan. Namun untuk tidak menghampakan, aku akan ceritakan tentang pengalaman baru yang aku kongsi dengan Jejaka Eksklusif.

Kami makan tengahari di Restoran Saisaki Japanese Buffet untuk menikmati hidangan sushi dan makanan-makanan Jepun yang lainnya. Jejaka Eksklusif boleh dikirakan sebagai hantu sushi kerana beliau sungguh teruja dengan makanan itu dan beliau mampu untuk menelan seberapa banyak sushi hanya kerana beliau tidak mahu ketinggalan dari merasa setiap jenis hidangan tersebut. Beliau juga telah menyebabkan wajahku menjadi kehijau-hijauan gara-gara memakan hidangan ikan mentah. Sesungguhnya aku mendapat pengalaman baru semalam kerana aku semakin menyenangi makanan jepun tersebut dan semuanya kerana Jejaka Eksklusif yang tidak putus-putus memberi galakan. Thanks sekali lagi Jejaka Eksklusif. ;) Jadi aku sertakan contoh hidangan sushi yang dimakan oleh kami semalam.

Inilah hidangan sushi yang dinikmati oleh Jejaka Eksklusif untuk round yang pertama. Untuk round yang kedua beliau menikmati sushi yang berlainan rasa dan jenis pula dengan amaun yang serupa. Round yang ketiga, beliau makan hidangan jepun yang lain manakala round keempat beliau menikmati juadah pencuci mulut seperti buah-buahan dan ais krim. Hoh..sungguh banyak bukan?


Aktiviti seterusnya bolehlah aku simpulkan sebagai aktiviti-aktiviti riadah sahaja di mana aku dan Jejaka Eksklusif berpeluang meluangkan masa dengan menonton, menyanyi, menaiki ferris wheel (Eye On Malaysia), berposing, berbual-bual, berkenalan, bergossip, berlawak, bergelak ketawa, berjalan-jalan tanpa tujuan sehingga ketiak basah dan bermacam-macam 'ber' lagi. Hanya dua 'ber' sahaja yang tidak kami lakukan semalam yakni bercengkerama dan berak. (Itupun aku tidak tahu sekiranya beliau sempat berak tatkala beliau masuk ke tandas) Hoh..sungguh liar imaginasiku. Namun apa yang pasti, kesemua aktiviti ini memang menyeronokkan sehinggakan aku berfikir adakah aktiviti itu memang benar menyeronokkan atau adakah sebab ianya dinikmati bersama Jejaka Eksklusif. Hahaha...persoalan yang mengundang speku sahaja. Jadi ada baiknya aku matikan sahaja persoalan itu disini.

Jadi setelah seharian kami meluangkan masa bersama-sama, aku dapati beliau seorang yang perwatakan menarik. Beliau bijak, baik hati, cool, selamba, kelakar, kuat makan, suka bercakap, berlemah lembut dalam tutur bicara, gemar berposing, jujur dan amat memahami. Aku hampir pasti yang kita tidak berpeluang untuk berjumpa insan menarik setiap hari, jadi aku kira semalam adalah hari bertuah untuk aku dan aku berbangga mempunyai seorang teman sepertinya. Aku amat menyenangi keperibadian beliau dan semoga persahabatan kami akan kekal selamanya.

Untuk Jejaka Eksklusif, sekiranya kamu membaca karangan ini, aku ingin kamu tahu sesuatu. Terbukti kamu memang seorang jejaka yang punya rupa, gaya dan berpesonaliti menarik. Kali ini baru berjaya eksperimenku dan i'm truly glad having you as my friend. ;)

Jejaka Eksklusif dengan gaya segak lagi macho yang bisa mencairkan hati peminat beliau.

Introduction

Hiya guys..

Lantaran aku membuat entry berkenaan Jejaka Eksklusif, maka seperti biasa ramailah umat-umah kobosanan yang membaca blog aku ini merungut kerana mereka terpinga-pinga siapakan yang dimaksudkan dengan Jejaka Eksklusif. Seperti yang anda ketahui Mr Shrek juga pernah menjadi persoalan. Jadi seperti biasa aku merasa terpanggil untuk menceritakan serba sedikit mengenai Jejaka Eksklusif.

Well, seperti biasa aku ingin memperkenalkan beliau sebagai my partner in crime dan teman yang sungguh memahami. Kenapa Jejaka Eksklusif? Nick ini adalah panggilan poyo yang dicipta oleh beliau sendiri memandangkan beliau sungguh perasan sekali. Pada mulanya aku sendiri merasa geli, tapi lama kelamaan panggilan itu makin serasi.

Beliau masih menuntut di Germany, dan sebetulnya beliau aku kenali melalui sebuah forum hampir setengah tahun yang lepas. Sejak itu aku mendapati kami punya keserasian untuk berkawan lantaran idea-idea dan pendapat kami yang punya banyak persamaan. Sebetulnya Jejaka Eksklusif bukanlah nick beliau di dalam forum, tetapi memandangkan itu adalah hak privasi beliau, maka aku berpendapat ada baiknya aku tidak mendedahkan identiti beliau yang sebenar. Diharap kamu semua memahami. :D

Nak kenal lebih dekat lagi? Kamu semua (wanita sahaja) perlu bekerja keras kerana beliau sungguh terkenal dan terhangat. Heh. Jadi sendiri mau ingat.

Sehari Bersama Jejaka Eksklusif - Teaser

Woohooooo...finally met Jejaka Eksklusif. I had so much fun today. Really hope he did enjoy it too. He's cute, funny and adorable. But sayang seribu kali sayang, he's single but not available. Hahaha..

Mahu berkenalan dengan Jejaka Eksklusif? Aku akan buat satu entry khas nanti tentang aktiviti kami hari ini. Harap beliau sudi membenarkan aku meletak beberapa keping gambar beliau dalam blog ini nanti. Walau apapun, untuk Jejaka Eksklusif, u memang rawk bebeh!!! :D

Sunday, August 5, 2007

Sepetang Bersama Rhoma Aroma

Pernahkan anda berada dalam satu situasi yang sungguh mencabar di mana anda berasa berasa tidak selesa sama sekali berada di suatu tempat tetapi anda terpaksa juga melakukannya kerana tiada pilihan.

Aku pernah. Malah aku sedang mengalaminya. Dan aku kira situasi yang aku alami sekarang sebagai salah satu tanda pengorbanan kerana aku masih berada di sini kerana aku ingin membuat entry baru demi kepuasan diri sendiri dan kamu sekalian. Sekarang aku berada di sebuah cyber cafe di Nilai memandangkan aku begitu terdesak untuk online sedangkan rumah ibubapa aku tidak menyediakan kemudahan internet. Cyber cafe di sini aku kira agak selesa walaupun begitu sesak dengan pelanggan.

Okey, perenggan pertama aku utarakan soal tidak selesa. Perenggan kedua aku utarakan soal CC ini agak selesa pula. Jadi apakah yang menjadikan ia tidak selesa. Ceritanya begini.

Ada seorang pelanggan berbangsa asing yg berhidung mancung dan bejanggut lebat (aku kira kamu semua boleh agak bangsa apa) yang duduk bersebelahan denganku mengeluarkan aura aroma (bukan Rhoma Irama) yang amat dahsyat, sehinggakan hidungku kembang kempis dibuatnya dan tekakku menjadi loya. Aroma keti(ak) yang sungguh asli, diperkayakan lagi dengan pergerakan beliau yang seringkali ala-ala mengepak lagak itik serati menjadikan duniaku sungguh kelam dalam kelemasan. Sebetulnya aku mahu pindah ke tempat lain, tetapi mungkin nasibku telah ditakdirkan begini kerana CC ini sudah penuh dengan pelanggan dan budak pejaga kaunter itu tidak melayan permintaanku. Huh..sungguh mencabar situasi ini bukan?? Ahhh..naik bulu roma aku mengenangkannnya.

Jadi sekian saja lintas langsung dari CC ini. Aku fikir ada baiknya aku mengatur langkah untuk pulang sebelum aku melakukan perkara-perkara yang diluar dugaan seperti mengetip hidung atau mengibas-ngibas udara sekeliling dengan tangan. Jika aku berbuat demikian, maka aku dengan secara rasminya mengisytihar perang dengan beliau, jadi ada baiknya aku diam dan pergi. Jumpa lagi semua.

Special Teaser

Aku baru berbual dengan sorang teman sebentar tadi. Kisahnya bermula apabila beliau menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup sedangkan umur makin meningkat. Well, aku tak punya waktu yang banyak untuk huraikan dengan lebih lanjut, jadi aku akan cuba untuk buat di lain waktu. Tungguuuuuuu...

Harap kalian dapat bersabar. Heh. (Macam baguzz jek)

Wednesday, August 1, 2007

Back To Nature

Entry kali ini aku tujukan khas buat sahabat-sahabat Mr Shrek iaitu Michael Angelo dan Rafael. Mereka adalah dua ekor kura-kura berusia tujuh tahun yang dibela oleh Mr Shrek sejak kecil lagi. Kisah bermula apabila Mr Shrek tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk melepaskan mereka kembali ke alam semulajadi untuk memberi peluang kepada mereka untuk merasa kenikmatan hidup bebas setelah sekian lama hidup hanya ditemani antara satu sama lain dan manusia. Walaupun hati terasa berat, Mr Shrek berjaya menyempurnakan upacara bersejarah itu. Well done Mr Shrek!!!
Mereka dilepaskan di sebuah tasik yang indah di Seremban 2 dimana tasik tersebut didiami oleh pelbagai spesis ikan dan kura-kura. Jadi diharap mereka berdua akan mendapat kawan baru disana. Makanan juga banyak kerana setiap petang begitu ramai pelawat yang menikmati panorama indah sambil memberi makanan kepada penghuni tasik. Owh..sungguh aku merindui mereka. Semoga mereka hidup gembira di samping rakan-rakan baru.



Dari kiri : Michael Angelo, perut Mr Shrek dan Rafael

Setelah tujuh tahun, inilah hasilnya. Mr Shrek membeli mereka di kedai sewaktu mereka hanya bersaiz duit syiling 50 sen.
Akhirnya buat pertama kali merasa nikmat berenang tanpa sempadan. Huu..aku hampir menitiskan air mata sewaktu merakam peristiwa bersejarah ini.
Habitat baru mereka. Luas dan cantik kan?
Saksi upacara bersejarah pada hari itu. Akhirnya Michael Angelo dan Rafael berjaya mengecapi nikmat hidup bebas seperti burung ini.

Jejaka Eksklusif

Yey... aku nak jupe Jejaka Eksklusif tak lama lagi. Saspen..saspen. Elehh..best sangatkah jejaka itu sampai aku nak berasa saspen. Poyo je lebih :P

Tenang

Pagi yang nyaman. Pengalaman tidurku malam tadi sungguh tidak dapat terungkai dengan kata-kata kepuasannya laksana meminum air sirap sejuk sewaktu berbuka puasa. Setelah satu setengah hari tanpa tidur yang cukup, malam tadi barulah aku mampu tidur dengan nyenyaknya.

Aku sedang menaip blog ini sambil sesekali menghalakan anak mataku ke sekeliling laman rumah yang luas terbentang. Aku membuat sedikit pemerhatian hari ini. Cuaca redup, mungkin kerana hari masih terlalu pagi dan aku berharap sang mentari akan muncul sebentar lagi memandangkan mesin basuhku sedang berusaha gigih membasuh pakaian kotor yang dilonggokkan hampir seminggu. "i'm giving you a hard time ya washing machine" getusku dalam hati tanda pura-pura concern.

Rumput bercampur pohon lalang menggamit perhatian. Tidak ku sangka lalang itu telah meng-over shadow kecantikan rumput kerana mereka lebih tinggi dari yang sepatutnya yakni separas betis seorang dewasa, lalu menimbulkan sedikit kemarahan kerana tidak menepati citarasa mata dan akalku. Tidak boleh tidak, aku harus melenyapkan lalang biadap itu secepat mungkin supaya jiran-jiranku tahu yang aku masih bernyawa di dalam rumah ini.

Burung-burung yang berkicauan di dalam sangkar besar di belakang rumah jiranku juga berjaya merebut perhatianku. Eh, ada sesuatu yang kurang. Burung hijau yang aku sendiri tidak tahu nama spesisnya yang selama ini ada empat ekor telah menjadi tiga ekor sahaja. Oh, mungkin burung itu telah menjadi arwah kerana kekurangan zat atau gara-gara hujan lebat yang seringkali melanda lewat kebelakangan ini. Aku tumpang simpati walaupun aku sendiri kurang pasti nasib sebenar burung hijau tersebut.

Aku meninjau sekeliling, semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja dan tiada apa yang menarik untuk diperkatakan. Tambahan pula jiranku sedang menyidai kain di sepanjang pagarku lalu menghadkan pandangan. Yang kelihatan hanyalah corak-corak batik dan dan corak kotak-kotak kain pelekat selain baju-bajan pelbagai saiz dan warna. Mujur sahaja pakaian cilik berbentuk segitiga bermuda tidak ada sekali, kalau tidak harus aku merasa sungguh geli geleman. Huh.

Walau apa pun, aku kira hari ini adalah hari yang indah dan membuatkan mood ku berada dalam keadaan cukup baik. Yeah, what a good start for a day. :)