Thursday, August 23, 2007

Jaga

Kenapa jaga? Bukan jaga yang pegang cota mahupun senapang dan bertanggungjawab menjaga premis-premis persendirian tuh. Bukan juga berjaga-jaga seperti yang biasa dilakukan ketika kita berada dalam mara bahaya. Tapi jaga, yakni berjaga setiap masa, yang tak reti-reti nak tidur tidak mengira siang atau malam.

Siapa pulak yang berjaga? Aku. Mimi. Bukan orang lain..tapi diri aku sendiri. Kenapa berjaga? Jangan tanya. Sebab aku pun tiada jawapannya. Walaupun dalam hati, aku hampir pasti semua ini berpunca dari perbezaan rasa di jiwa sejak kebelakangan ini. Sejak bila aku berjaga? Sejak kelmarin. Masuk waktu sekarang, aku dah berjaga lebih dari 48 jam dan aku hanya tidur 3 jam sahaja selebihnya aku berjaga. Dan mungkin kadar 48 jam itu akan meningkat dari masa ke semasa sehinggalah aku dapat tidur dengan nyenyak akhirnya.

Apa yang aku buat dengan berjaga tu? Macam-macam. Sampai dah tak ada benda yang aku nak buat dah..sampaikan aku rasa macam masa jadi terlampau panjang. Aku rasa seperti aku sedang merentas masa berseorangan dengan ditemani insan yang bersilih ganti. Ketika orang disini tidur, aku ditemani insan-insan yang berada di zon waktu yang berbeza, dan bila orang disana masuk tidur, aku kembali ditemani insan-insan yang berada disini yang telah bangkit dari tidur mereka. Mereka tetap dengan rutin mereka..namun aku masih begini...

Apa kesudahannya? Kesudahannya aku S E N D I R I....sendiri melewati waktu demi waktu. S U N Y I...dan S E P I... Lalu aku tertanya-tanya sendiri adakah aku menjadi begini kerana aku kesunyian dan kesepian?? Namun hatiku berkata, beliau tidak lagi sunyi, tidak lagi dipandang sepi.. dan mungkin juga aku jadi begini kerana tiba-tiba hati aku dihujani persoalan demi persoalan yang tak mungkin akan terungkai walau aku sendiri sudah penat untuk berteka teki. Apa masalahnya aku ni? Apa yang tidak kena dengan aku ni? Kenapa aku jadi begini? Aku wish aku tahu jawapannya...tapi sehingga kini aku masih tidak mengerti.

Walau apapun, aku bersyukur. Walaupun tanpa lena yang panjang, aku masih punya kudrat untuk membuat setiap rutin hidupku..masih punya daya untuk berfikir, masih punya keinginan yang kuat untuk melayan perasaan dan masih bersemangat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin. Namun aku tak pasti sejauh mana tubuhku ini mampu bertahan walaupun tanda-tanda kepenatan masih belum kelihatan. Aku cuma mampu berharap aku akan mendapat lena yang panjang dalam waktu yang terdekat kerana aku benar-rindu untuk menikmati ruang mimpi tanpa sempadan yang aku idamkan. Semoga aku lena diulit mimpi indah hendaknya.

Jadi...jumpa lagi di lain waktu. Itupun jika aku mampu membuatkan diriku tidur. Heh

4 comments:

Smoochy Munchkin said...

sekarang dah dekat kul doblas tengahari..tapi aku masih berjaga. perfect..hikss

Smoochy Munchkin said...

sekarang dah dekat kul 12 tgh malam..aku masih lom tido!!! wahh..pecah rekod gile laaa...kalau sampai subuh besok aku tak tido makanya genap 3 ari aku tak tido. terer kan??

Anonymous said...

ko ni jgn kene imsomnia sudah.. baik hang pi tdo. tk pun buat2 je tdo.

Smoochy Munchkin said...

awat hang ketinggalan bas nih hezz..aku dah leh tido dah..arituh aku takleh tido sbb aku angau je kot..ekekekke