Tuesday, August 14, 2007

Minggu Yang Sibuk Part II



Tiba-tiba aku berasa sungguh penat untuk bercerita. Walau bagaimanapun aku akan teruskan dengan menceritakan secara ringkas baki aktiviti minggu lepas. Aku kira dua pertemuan dengan Jejaka Eksklusif sebelum ini sudah memadai, namun atas faktor kelapangan masa, kami berpeluang berjumpa lagi namun kali ini tanpa banyak aktiviti sampingan, kami lebih banyak menghabiskan masa dengan makan-makan, berbual-bual dan menjalankan sesi fotografi sahaja. Beliau sungguh sporting kerana memberikan pose tanpa banyak songeh. Aku sebetulnya berniat untuk memberikan foto-foto tersebut kepada beliau sebagai souvenir untuk dibawa pulang ke Germany kelak.


Dengan menghabiskan masa 4 hari dengan Jejaka Eksklusif dari 8 hari beliau berada di KL sudah cukup untuk melayakkan beliau menjadi kawan karib aku di dunia nyata memandangkan sedikit sebanyak aku merasakan kami mempunyai banyak persamaan. Tambahan pula dengan keadaan kami yang boleh bercerita tentang apa sahaja dan dikuatkan lagi dengan pengetahuan kami tentang serba sedikit latar belakang antara satu sama lain menjadikan segalanya menjadi mudah. Dan yang lebih penting pasangan kami masing-masing memang sedia maklum tentang persahabatan kami dan diharap itu sudah cukup untuk membuktikan keikhlasan kami dalam berkawan. Cuma aku tidak sangka perkenalan di dalam forum membolehkan aku bertemu insan menarik seperi beliau untuk dijadikan kawan di dunia nyata. Segalanya tidak mustahil bukan, dan kami telah membuktikannya.


Minggu lepas juga menyaksikan aku bertemu dengan bekas teman sepejabat ku dahulu, Yana. Berbual dengan beliau membuatkan aku berasa sungguh dekat dengan kenangan di pejabatku dahulu dan sedikit sebanyak aku mengetahui tentang keadaan pejabat itu sekarang. Terlalu banyak yang kami perkatakan dan yang lebih penting aku belajar sesuatu dengan beliau dan tanpa disedari beliau telah membantuku dalam menyelesaikan sebuah konflik kecil antara aku dan seseorang. Jadi Yana layak untuk mendapat pengiktirafan sebagai salah satu agenda penting sepanjang minggu lepas.


Mr Shrek pergi ke Sarawak untuk pemilihan MyTeam disana dan beliau tidak membelikan apa-apa untuk aku sekembalinya beliau ke sini juga menjadi satu isu. Tetapi isu itu dikira selesai setelah aku menonton episod pengenalan MyTeam pada hari Sabtu yang lalu dan perasaan nak merajuk terus lenyap gara-gara terlalu bangga dengan pencapaian beliau. Sesungguhnya aku seorang yang sungguh memahami dan aku bersedia untuk melihat kamu semua muntah apabila mendengar kenyataan ini.

Perkara terakhir yang termasuk dalam peristiwa satu minggu aku kali ini ialah aku mendapat pm daripada forumer yang aku admire!! Ahahaha.. Perkara terebut benar-benar menjadikan minggu lepas adalah minggu paling sibuk dan bermakna dalam hidup aku. Sungguh aku puashati dengan aktiviti ku minggu lepas.


Aku akhiri entry kali nih dengan foto Jejaka Eksklusif untuk tatapan peminat sekalian.


Sekian.

sempoi kan beliau... :)

No comments: