Saturday, August 11, 2007

MyTeam2

Bunting MyTeam2 yang aku rakam bersebelahan aksesori kegemaran Mr Shrek. Jadi, adakah anda layak untuk menyertai MyTEAM?


Ini bukan entry promo. Tetapi lebih kepada entry mengenai penghargaan aku terhadap insan yang seringkali membuat aku bangga.

Mr Shrek membuat panggilan dari Sarawak tadi dan meminta aku menonton episod pengenalan My Team musim kedua. Sebetulnya aku bukanlah seorang peminat bola sepak apatah lagi seorang penggemar rancangan realiti tv sukan berkenaan. Tetapi nampak gaya musim ini aku perlu menumpukan sepenuh perhatian dan mengambil tahu sebanyak yang boleh berkenaan program tv berkenaan. Ini semua gara-gara Mr Shrek.

Sekiranya aku menyatakan bahawa Mr Shrek juga bukanlah seorang peminat bola sepak dan penggemar rancangan realiti tv berkenaan, sudah pasti lebih ramai yang akan tertanya-tanya apakah yang cuba aku sampaikan disini. Hakikatnya beliau memang tidak menonton rancangan itu di musim lepas tetapi keadaan menjadi berubah sama sekali di musim ini. Musim ini beliau terpaksa makan bola, tidur bola, tonton bola, baca bola, cakap bola dan bermacam bola lagi lah. Ini adalah disebabkan beliau terlibat secara langsung dengan pembikinan program tv berkenaan, dan sejak itu beliau sungguh komited dengan segala hal berkaitan My Team.

Jadi tadi aku menonton episod pengenalan tersebut dan aku mendapat gambaran serba sedikit mengenai rancangan realiti tv tersebut pada musim lalu. Sebenarnya aku tidak berapa teruja dengan pengisiannya, tetapi apa yang membuatkan aku teruja apabila memikirkan Mr Shrek adalah sebahagian dari program tersebut. Jadi aku menonton sampai ke sudah kerana aku memikirkan sekiranya beliau bertanyakan tentang komen aku terhadap program tersebut sekembalinya beliau dari Sarawak kelak, aku akan dapat mengulas dengan tepat. Aku rasa dengan cara sedemikian aku dapat berkongsi pendapat dan menyatakan sokongan aku terhadap kerja-kerja beliau. Sampai begitu sekali perasaan aku kan? Memang aku tidak malu untuk mengakuinya kerana inilah sebahagian tugas aku sebagai teman sejiwa beliau.

Keterujaan aku tiba ke tahap klimaks apabila episod pengenalan berkenaan tiba ke akhir rancangan. Sebenarnya aku tak sabar-sabar menunggu kemunculan nama beliau tertera di kaca tv. Aku tahu ini bukanlah kali pertama nama beliau tertera di kaca tv, sudah beratus kali aku kira, tetapi inilah yang paling menimbulkan keterujaan kerana inilah kali pertama namanya disebut sebagai PENERBIT. Ya, nama beliau tertera tadi sebagai penerbit dan penulis skrip untuk program tv My Team2. Jadi apa lagi yang boleh aku perkatakan, buat kesekian kalinya beliau membuatkan aku sungguh bangga dengan diri beliau, dan kesekian kalinya jugak beliau mengukuhkan kedudukan beliau dalam hati aku.

So kalau kamu semua mahu tahu siapa Mr Shrek, sila tonton rancangan tv tersebut yah. Eh..jangan...jangan... Aku tak patut cakap begini. Silalah tonton rancangan tersebut kerana ianya agak menarik dan silalah beri sokongan kepada pasukan My Team2 ini apabila mereka menentang pasukan Indonesia kelak. Huh..aku tak sangka akhirnya aku selitkan jugak promo dalam entry kali ini. Walau apa pun, aku tak kisah, sekurang-kurangnya itu salah satu cara aku memberi sokongan dalam industri bola sepak Malaysia amnya dan Mr Shrek khususnya. Betul tak?

2 comments:

Anonymous said...

'for all the great men's success, there's a woman behind them' and u r part of those proud women.

Smoochy Munchkin said...

awwww...mr shrek, if this is u, i'm soooo touched oke. i'm glad being proud of someone i adore much and i'd love to be the woman behind yur every success forever.