Tuesday, August 14, 2007

Minggu Yang Sibuk Part I


Aku dari sehari ke sehari ingin membuat rumusan tentang aktiviti aku sepanjang minggu lepas, tetapi sering tidak berkesempatan. Jadi aku fikir hari ini adalah masa yang sesuai kerana aku mempunyai banyak masa lapang dan kebetulan mempunyai sedikit mood untuk menulis panjang. Sambil mendengar himpunan lagu-lagu kegemaran, aku kira inilah peluang terbaik aku untuk memulakan cerita.

Aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu kepada mak aku pada Sabtu lepas di Seremban dan aku melantik diri aku sendiri sebagai salah seorang jurugambar tidak berbayar di majlis tersebut. Entah kenapa aku memikirkan secara serius untuk belajar mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, mungkin aku rasa bidang tersebut mampu memberi sedikit wang sampingan sekiranya aku bergiat secara professional. Aku tidak berminat untuk meletak mana-mana gambar dari majlis tersebut di sini..tetapi aku akan letakkan sekeping potretku dengan anak saudara kesayanganku iaitu Harith Irfan. Aku berpendapat majlis itu sederhana sahaja tetapi agak meriah dengan kehadiran saudara mara terdekat. Umpama majlis perjumpaan ahli keluarga sahaja lagaknya. Aku berpuas hati kerana dapat menyertai majlis tersebut walaupun dengan kehadiranku itu membuatkan aku gagal untuk menghadiri majlis persandingan kakak Jejaka Eksklusif di Kuala Lumpur.

Aku dan my darling Harith Irfan

Aktiviti diteruskan lagi dengan pertemuan pertamaku dengan Jejaka Eksklusif pada hari Isnin lepas. Seperti yang telah kuceritakan dalam entry sebelumnya, perjumpaan itu berlangsung dengan baik sekali dan meninggalkan kenangan manis. Apa yang manis? Aku pun tatawww..ahaha. Pertemuan dengan beliau berlangsung sekali lagi pada hari Rabu dan kali ini disertai oleh rakan forumku bernama Gee. Sebetulnya Gee pernah kutemui sekali sebelum ini dan seperti biasa perjumpaan di Rabu lepas juga meninggalkan kenangan manis. Oleh kerana itu merupakan pertemuan pertama antara Gee dan Jejaka Eksklusif, maka aku lihat Jejaka Eksklusif begitu asyik mengontrol macho pada awalnya dan selepas kami berbual panjang lebar di Secret Recipe Mid Valley sambil menikmati minum pagi yang segar, barulah kedua-duanya kelihatan mesra dan asyik bercerita. Aku lebih senang mengikuti perbualan mereka dengan mengambil foto mereka dan mencari pasal dengan Jejaka Eksklusif kerana aku sungguh suka sekali melihat reaksi wajah Jejaka Eksklusif apabila 'diusik' dengan melampau.


Berbual di restoran Secret Recipe tersebut sungguh selesa sekali sehinggakan kami menghabiskan masa di situ lebih kurang 3 jam. Kebanyakan topik lebih berkisar pada topik-topik berkaitan forum dan sesekali diselitkan dengan cerita-cerita peribadi. Maklumlah, masing-masing baru berkenalan. Hikss.. . Jadual hari tu diteruskan dengan aktiviti bermain bowling. Semua adegan lucu dapat disaksikan sewaktu kami bermain bowling. Aku yang hampir setahun tidak bermain bowling sungguh berdebar-debar sekali kerana kujangkakan bola akan lebih gemar masuk ke dalam longkang daripada menjatuhkan pin. Tetapi pusingan pertama tidaklah seteruk yang dijangka kerana aku berjaya membuat strikey walaupun aku terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga yakni corot. Hahaha. Nampaknya Jejaka Eksklusif begitu handal bermain bowling dan Gee memberikan saingan terdekat. Hanya aku yang terkial-kial sendiri. Namun begitu aku tidak berduka dengan kekalahan tersebut, malah aku membalas dendam dengan merakam beberapa gambar kandid mereka bermain bowling. Jejaka Ekslusif benar-benar menjadi mangsa lensa kameraku dan hasilnya sungguh..hmm..sungguh mengagumkan! Jejaka Eksklusif wajar diberikan award untuk gaya paling pelik yang pernah disaksikan dalam permainan bowling. Ikutkan hati mahu saja aku menempek gambar-gambar pelik tersebut di sini, tetapi aku takut Jejaka Eksklusif akan menarik muka ketat dan memboikot laman blog ku ini kelak. Permainan diakhiri dengan Jejaka Eksklusif menjadi juara dan Gee di tempat kedua. Aku masih 'maintain' dengan tempat paling tidak popular iaitu di tangga tercorot. Tercalar imej 'tak pernah kalah'ku selama ini. Menyesal aku main bowling dengan mereka. Ahahaha...


Kami makan di dalam Jusco Mid Valley selepas itu kerana aku teringin sekali makan assam laksa mereka yang aku kira sangat menepati citarasa. Gee dan Jejaka Eksklusif terpaksa mengikut sahaja keinginan aku, dan mujur sahaja mereka berjumpa dengan makan yang menepati citarasa mereka juga, jadi tidaklah aku berasa susah hati sangat. Kami berbual-bual lagi sambil menikmati hidangan dan kali ini riak-riak wajah mengantuk terpamer di wajah Jejaka Eksklusif dan seperti biasa semuanya terakam dalam kameraku. Kami mati kutu selepas makan kerana susah kehabisan idea untuk membuat aktiviti selanjutnya sehinggalah secara tiba-tiba aku dan Gee mendapat satu idea yang kurang disenangi oleh Jejaka Eksklusif iaitu berkaraoke. Dengan pantas kami keluar dari Mid Valley dan menghala ke pusat bandaraya dengan harapan akan menemui mana-mana tempat untuk kami berkaraoke. Sesampainya di KL, kami berubah fikiran lantas menuju pula ke Kajang kerana Gee mengatakan lebih mudah sekiranya berkaraoke di Kajang kerana berhampiran dengan tempat beliau. Di dalam perjalanan menuju ke Kajang, sekali lagi kami berubah fikiran dan kali ini kami batalkan sahaja idea untuk berkaraoke tersebut dan lebih baik sekiranya kami membawa Jejaka Eksklusif makan sate sahaja. Aktiviti karaoke tetap kami jalankan juga akhirnya, tetapi hanya di dalam kereta dan aku kira itu sudah memadai.


Kami makan sate dengan banyaknya dan aku sungguh kagum dengan selera gajah Jejaka Eksklusif. Nampaknya beliau dengan makanan memang tidak boleh dipisahkan dan aku sungguh memahami keadaannya itu kerana aku tahu beliau tidak akan dapat merasa banyak makanan sekembalinya beliau ke Germany nanti. Kami berbual-bual lagi sehinggalah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa berundur diri dan maka dengan itu, perjumpaan kami terpaksa dihentikan setakat itu sahaja walaupun sungguh berat hati ini untuk mengakhiri pertemuan tersebut. Hari juga semakin lewat, jadi oleh kerana aku tidak dapat untuk menghantar Jejaka Eksklusif pulang ke rumah, maka aku hantar beliau ke stesen komuter Kajang dan disitulah adegan lawak yang terakhir dapat disaksikan. Pernahkah anda melihat jejaka yang berwajah hensem membawa plastik berisi sate dengan selamba. Aku dan Gee pernah. Itulah dia Jejaka Eksklusif dengan seplastik sate yang dibawanya pulang dari Kajang hingga ke KL menaiki komuter dan lrt. Kenangan yang membuatkan Gee berasa geli hati dan pada masa yang sama berasa sungguh kasihan dengan Jejaka Eksklusif. Kenangan yang tidak boleh kulupakan aku kira. Ehehe..


Aku menyambung perjalanan ke rumah Gee untuk menghantar beliau. Setibanya aku di rumah beliau, aku disambut dengan layanan mesra anak-anak beliau yang aku kira tersangatlah comel dan membuatkan aku jatuh hati dengan keletah mereka. Kalau ikutkan hati mahu saja aku meluangkan sedikit masa bersama mereka, malangnya masa yang aku ada teramatlah suntuk dan aku berharap semoga aku berpeluang berjumpa dengan mereka di lain masa. Untuk Gee dan Jejaka Eksklusif, aku amat gembira bertemu kalian dan aku percaya we were having a good time masa tuh. Entah bila lagi dapat kita bertemu sebegitu memandangkan masing-masing punya komitmen dan halangan geografi antara kita bertiga. Semoga pertemuan tersebut menjadi kenangan terindah hendaknya.


Bersambung......

2 comments:

Anonymous said...

wah..sweet child o mine...

Smoochy Munchkin said...

hi..whoever u are, thanks for visiting ma blog ;)