Tuesday, August 7, 2007

Sehari Bersama Jejaka Eksklusif

Teruja dan menyeronokkan. Itu yang dapat aku katakan tentang perjumpaan kami semalam. Seolah-olah mimpi menjadi nyata, aku akhirnya dapat bertemu Jejaka Eksklusif dalam satu siri perjumpaan yang aku kira eksklusif juga kerana dalam ramai-ramai orang, beliau sudi meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan aku. Thanks Jejaka Eksklusif!

Kami berjumpa seawal pagi iatu jam 10.30 pagi tetapi aku lewat sedikit lantaran kesesakan lalulintas. Walaupun aku sedikit kecewa, namun tidak mencalar mood aku untuk bertemu beliau. Akhirnya aku ternampak kelibat seseorang yang aku kirakan beliau dan ternyata tekaan ku tepat kerana beliau juga terus berjalan kearahku. Hoh..selamat satu part.

Apakah yang aku fikirkan sebaik sahaja bertemu beliau? Jawapannya beliau adalah seorang yang aku anggap sebagai berpenampilan menarik, good looking, berkulit cerah, bertubuh sederhana dan mempunyai senyuman yang cantik! :D

Aku sebenarnya tidak berapa sudi untuk menerangkan satu persatu aktiviti yang kami jalankan semalam. Ini adalah kerana, aku perlu menjaga hati beberapa pihak dan aku fikir aku enggan mengundang spekulasi yang bukan-bukan dari sesetengah pihak. Aku tahu, kenyataan yang aku beri ini bunyinya seperti seorang artis, namun aku tak mampu untuk mengelak dari memberi kenyataan sedemikian kerana aku sungguh perasan menjadi artis gara-gara aku keluar dengan seorang jejaka rebutan. Hahaha. Sebetulnya juga aku terlalu malas untuk menaip segala aktiviti kami kerana segalanya berlaku secara spontan dan terlalu banyak untuk dihuraikan. Namun untuk tidak menghampakan, aku akan ceritakan tentang pengalaman baru yang aku kongsi dengan Jejaka Eksklusif.

Kami makan tengahari di Restoran Saisaki Japanese Buffet untuk menikmati hidangan sushi dan makanan-makanan Jepun yang lainnya. Jejaka Eksklusif boleh dikirakan sebagai hantu sushi kerana beliau sungguh teruja dengan makanan itu dan beliau mampu untuk menelan seberapa banyak sushi hanya kerana beliau tidak mahu ketinggalan dari merasa setiap jenis hidangan tersebut. Beliau juga telah menyebabkan wajahku menjadi kehijau-hijauan gara-gara memakan hidangan ikan mentah. Sesungguhnya aku mendapat pengalaman baru semalam kerana aku semakin menyenangi makanan jepun tersebut dan semuanya kerana Jejaka Eksklusif yang tidak putus-putus memberi galakan. Thanks sekali lagi Jejaka Eksklusif. ;) Jadi aku sertakan contoh hidangan sushi yang dimakan oleh kami semalam.

Inilah hidangan sushi yang dinikmati oleh Jejaka Eksklusif untuk round yang pertama. Untuk round yang kedua beliau menikmati sushi yang berlainan rasa dan jenis pula dengan amaun yang serupa. Round yang ketiga, beliau makan hidangan jepun yang lain manakala round keempat beliau menikmati juadah pencuci mulut seperti buah-buahan dan ais krim. Hoh..sungguh banyak bukan?


Aktiviti seterusnya bolehlah aku simpulkan sebagai aktiviti-aktiviti riadah sahaja di mana aku dan Jejaka Eksklusif berpeluang meluangkan masa dengan menonton, menyanyi, menaiki ferris wheel (Eye On Malaysia), berposing, berbual-bual, berkenalan, bergossip, berlawak, bergelak ketawa, berjalan-jalan tanpa tujuan sehingga ketiak basah dan bermacam-macam 'ber' lagi. Hanya dua 'ber' sahaja yang tidak kami lakukan semalam yakni bercengkerama dan berak. (Itupun aku tidak tahu sekiranya beliau sempat berak tatkala beliau masuk ke tandas) Hoh..sungguh liar imaginasiku. Namun apa yang pasti, kesemua aktiviti ini memang menyeronokkan sehinggakan aku berfikir adakah aktiviti itu memang benar menyeronokkan atau adakah sebab ianya dinikmati bersama Jejaka Eksklusif. Hahaha...persoalan yang mengundang speku sahaja. Jadi ada baiknya aku matikan sahaja persoalan itu disini.

Jadi setelah seharian kami meluangkan masa bersama-sama, aku dapati beliau seorang yang perwatakan menarik. Beliau bijak, baik hati, cool, selamba, kelakar, kuat makan, suka bercakap, berlemah lembut dalam tutur bicara, gemar berposing, jujur dan amat memahami. Aku hampir pasti yang kita tidak berpeluang untuk berjumpa insan menarik setiap hari, jadi aku kira semalam adalah hari bertuah untuk aku dan aku berbangga mempunyai seorang teman sepertinya. Aku amat menyenangi keperibadian beliau dan semoga persahabatan kami akan kekal selamanya.

Untuk Jejaka Eksklusif, sekiranya kamu membaca karangan ini, aku ingin kamu tahu sesuatu. Terbukti kamu memang seorang jejaka yang punya rupa, gaya dan berpesonaliti menarik. Kali ini baru berjaya eksperimenku dan i'm truly glad having you as my friend. ;)

Jejaka Eksklusif dengan gaya segak lagi macho yang bisa mencairkan hati peminat beliau.

No comments: