Monday, February 2, 2009

New Year & New Goals

Happy New Year. Tak kiralah Tahun Baru Hijrah ke, Tahun Baru Masihi ke mahupun Tahun Baru Cina. Semuanya hampir serentak. So I think masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.

Biasanya tahun baru diassociatekan dengan azam ataupun resolution baru. To be frank, dah lama aku cuba-cuba mempraktikkan untuk menyemai azam baru apabila masuk tahun baru. Tapi malangnya semuanya hanyalah hangat-hangat chicken shit saje layaknya. Masuk bulan kedua atau ketiga, I couldn’t even remember apa yang diresolusikan.

This year..things are a bit different. I can feel the vibe. Aku boleh rasa yang masanya telah tiba. Keperluan untuk aku berubah semakin menekan. And ianya berlaku pun bukan kerana tahun baru atau apa, tapi kerana aku benar-benar ingin menjadikan hidup aku lari dari kebiasaan. Secara kebetulan ianya berlaku di tahun baru. Tetapi ini bukanlah azam yang baru. Ianya sebuah azam lama yang tidak pernah dapat aku tunaikan.

Januari sudah hampir untuk melabuhkan tirainya. Begitu pantas masa berjalan. Jadi sejauh mana aku konsisten dengan matlamat aku setakat ini. Dari apa yang telah aku lalui sepanjang Januari ini, rutin hidup aku berubah sama sekali. For the first time aku rasa, aku bekerja keras untuk utilize setiap masa yang berharga untuk aku lakukan perkara-perkara yang significant dan bertepatan dengan matlamat aku. Not bad huh.

Kadangkala aku merasakan seperti tidak cukup masa. Tetapi aku rasa tidak logik sekiranya aku mengatakan sedemikian. Itu hanya menunjukkan kelemahan aku sendiri kerana mungkin aku merasakan masa tidak cukup adalah kerana ketidakcekapan aku untuk mengurus masa dengan baik. Aku belajar. Setiap detik yang aku lalui aku umpamakan seperti satu proses pembelajaran yang panjang..malah yang mungkin tiada pengakhirannya. Tapi aku puas.

Aku sedar, setiap apa yang aku lakukan sekarang ni bersandarkan pada matlamat aku yang current, yakni matlamat kebendaan. It would be great sekiranya aku dapat merealisasikan matlamat aku yang ini, tapi it’s the worst I can do lah kan. Sebab bagi aku apa yang lebih penting adalah diri aku sendiri. There are so many ways untuk mencapai matlamat kebendaan, tapi aku akan pastikan that I’m gonna do it with the right way, my way…supaya dapat meninggalkan kesan yang positif untuk diri aku sendiri.

Maksud aku disini, matlamat kebendaan adalah satu hal, tapi selebihnya adalah untuk diri aku sendiri. Kiranya, matlamat agungnya adalah pembinaan insaniah. Tak guna aku dapat segala kebendaan yang aku impikan sekiranya ia tidak merangsang minda aku aku untuk menjadi insan yang lebih baik. Aku mahu lebih positif dengan hidup. Aku juga mahu hubungan aku sesama insan menjadi semakin akrab. Aku ingin lebih berfikir, lebih intelek, lebih yakin. Aku mahu jadi insan berilmu. Itu matlamat agung aku. Matlamat ini tak akan mungkin tercapai secara total kerana tiada pengakhirannya..tapi itulah yang aku mahu. Matlamat yang membina.

It’s gonna take my whole life untuk aku capai matlamat aku yang satu ni. Jauh lebih sukar dari merealisasikan matlamat kebendaan aku tu. But still, ianya perlu seiring. Yang penting, I’m happy doing it… and it’s obvious that I’m so into it. I’m glad sebab akhirnya aku temui ‘hero’ yang aku cari-cari selama ini. Rupa-rupanya ia ada dalam diri aku sendiri.


p/s : Eceh…dan2 lagu Hero by Mariah Carey..poyo tak poyo la kan. Wakakakakak…

No comments: