Thursday, September 13, 2007

Tazkirah of the day

Sempena bulan yang mulia ini, aku ingin berkongsi sedikit info mengenai persiapan dan perlaksanaan puasa yang seharusnya dilakukan demi penghayatan Ramadhan yang lebih mendalam. Jadi sama-sama kita hayati.

  • Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, " Barangsiapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka " - Al-hadith

  • Memohon maaf kepada dua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat kamu, di mana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim kamu yang pernah terjadi selama kamu berhubungan.

  • Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati ( iri hati, dengki, hasad, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong ) sebelum, ketika menjalani ibadah puasa mahupun sesudahnya.

  • Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalani ibadah-ibadah nafila (tambahan)

  • Tingkatkan iman dah taqwa, selenggarakan dan hadiri majlis ilmu Islam di tempat kamu.

  • Perbanyakkan membaca dan memahami Al Quran Al-Karim, dan sekira mampu upayakan khatam satu juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.

  • Lakukan aktiviti biasa kamu lakukan sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan sia-sia tanpa nilai pahala.

  • Tingkatkan amar makruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah S.W.T dan perbanyak bersabar.

  • Usaha untuk beriktikaf selama sepuluh hari terakhir Ramadhan, sesuai dengan sunnah Rasulmu.

  • Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima di sisi Allah S.W.T tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.

Haa..okey tak?. Aku tau aku bukanlah baik sangat pun, tapi aku rasa setiap orang berhak untuk dapatkan panduan supaya kita sama-sama dapat pengajaran daripadanya demi menjalani kehidupan dengan lebih baik. Sama-sama kita mengahayati pengisian Ramadhan ini.

Sumber : NPC

No comments: