Tuesday, September 18, 2007

Siut Punye Incubus

Huhu.. takleh tido la pulak malam nih. Rasa macam nak berborak, tapi tak ada siapa nak diajak berborak. So kat blog nih jelah tempat nak mengadu dan meluah perasaan. Heh. Nak buat posting kt forum pun malas sebab tak tau nak celah tang mana. Banyak selak-selak jek. Entahlah rasa macam bosan gile pun ada gak kekadang. Yelah asyik dok mengadap forum pagi petang siang malam. Kalau siang-siang tu boleh jugak la menyengal beborak dengan forumer lain, nih dah pepagi bute gini sape aje la yang tinggal. Jadi memang tak ada cara lain selain dari menaip merapu kat sini sambil layan Incubus.

Pagi semalam tak sahur pun. Itulah dia, aku jugak yang entah apa-apa. Pukul 3.30 pagi masih terkebil-kebil. Nak bersahur rasa macam awal sangat la pulak. Last-last aku main game sudoku sampai tertidur. Alih-alih bila tersedar dah dekat pukul 7 pagi. Melepas nak bersahur. Mr Shrek pun tak call pagi semalam untuk kejutkan aku bangun sahur, elok sangat la tuh kan. Bintat je hati aku bangun pagi tadi bila nampak makanan yang aku tinggalkan untuk bersahur tu. Huhu.... Teruk betul la lately, sahur sensorang, berbuka sensorang..sunyinye aku rasa.

Pagi tadi Ola called. This mommy to be rajin je nak hapdet pasal diri dia. Aku suka sangat sebab best je dengar cerita dia pasal pengalaman berpuasa dengan keadaan preggy tu. Kami berbual lama jugak, masing-masing berebut nak hapdet cerita. Tapi aku nih ape sangat la nak hapdet pun, so aku biarkan dia lebih banyak bercerita. Tak sabar nak jumpa mak buyong tuh tau. I know mesti dia dah jadik bulat gile and mesti cute sangat. Really hope dia taruk some of her current pics dia kt friendster soon. Nak jumpa entah bila. Mungkin nanti bila Mr Shrek pergi Manchester lagi seminggu dua, aku nak lepak kampung puas-puas. Jumpa kengkawan kat sana.

Ehehe..siut punye Incubus. Tengah aku menaip-naip nih tetibe aku dengar bunyik cengkerik sikit punye la kuat..lama pulak tuh. Seram aku sekejap. Tapi tiba-tiba aku terfikir pulak, mana datangnye bunyi cengkerik tuh, rupanya dari ending salah satu lagu Incubus nih. Saje nak buat aku gentar malam-malam buta nih. Eh, bulan puasa mana ade setan kan...kan ke setan kena tambat...kataku menyedapkan hati. Hahaha. Takde idea nak taip ape la tuuu...

Okey, cerita pasal forum pulak. Aku lately nih, sejak aku dah pandai menggedik kat situ, aku rasa cam dah lama aku tinggalkan posting-posting yang ala-ala bererti gitu. Sekarang asyik dok post benda merapu je. Aku teringat masa mula-mula pembabitan aku kat forum tu, perghh... punya la rajin buat posting membina. Ayat kalau tak berperenggan tak sah. Banyak je idea time tuh. Sekarang ni entahla. Nak berfikir pun malas. Lagipun aku rasa macam tak best jek. Sebab tak ada geng nak ajak berbincang secara ilmiah. Kalau aku sensorang je dok poyo buat posting serius, mau orang ingat aku nih ala-ala minah skema gaban la pulak. Entahlah, bila fikir-fikir balik, aku rindu nak buat posting macam dulu-dulu tuh, especially kat bod peberet aku satu ketika dulu yakni bod cinta. Banyak kenangan manis woaa...especially bile time part brainstorming dengan orang yang betul-betul arif soal cinta. Sekarang nih mana semua orang tuh pergi pun entahla. Eh, orangnya masih ada, tapi semua pun ala-ala buat haluan masing-masing gitu. Heh...

Aku hari nih entah kenapa boleh pulak buat pengakuan kat Chom pasal perasaan aku tentang forum tuh. Sebenarnya kekadang rasa macam give up jek nak lepak kat forum tuh tau. Aku pun tak tau la sebab ape, mungkin sebab aku terlampau banyak melepak kat situ sampai aku pun dah naik muak gamaknya. Tapi ada jugak la faktor lain yang menyumbang aku rasa, termasuklah kes yang membuat aku rasa cam sayu jek bile nampak kelibat salah seorang forumer tuh. Itu yang aku maleh tu. Tapi bila aku nampak kelibat seorang forumer lagi, tiba-tiba aku rasa sayang nak tinggalkan forum. Sebab bagi aku, beliaulah sumber inspirasi aku selama aku berforum dari dulu sampai sekarang. Untuk forumer tersebut, i think u know who u are. Heh. Bagi aku, dia tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang dan aku tau, setiap posting yang aku buat, dia ambil peduli. Begitu juga dengan posting-posting beliau, aku pun ambil kisah. Lantaklah orang nak cakap apa, hanya kami yang tahu ape yang ada dalam kepala masing-masing. Bak kata orang, weird minds think alike kan? Hikss..

Okey, tutup kisah forum. Cerita pasal berbuka puasa pulak. Tadi aku makan mee goreng dengan kari kambing. Entah ape-ape entah kombinasi makanan yang aku pilih tuh. Tapi tekak aku merayau ke situ jadi aku ikutkan ajelah. Lagi aku makan tau fu fa dengan minum air tebu. Cukup untuk aku sorang. Kenyang gile sebab aku minum banyak sangat. Kesian kat perut aku taw, mesti menderita. Tapi aku rasa tahun ni memang aku tak beriya sangat soal juadah berbuka ni. Sebab berbeza dengan tahun-tahun sudah, tahun nih memang aku bersederhana bab makan nih. Sebelum puasa pun aku dah tak berapa selera nak makan, jadi puasa kali ini bukanlah satu perkara berat untuk aku tunaikan.

Oh ya, i'm losing weight now. Jam tangan aku yang selama nih melekap bila dipakai tuh dah pandai nak menggelongsor pulak dah. Aku ingatkan ade skru yang tertanggal ke kat jam tuh, tapi bila aku amat-amati jam tuh tak ada masalah pun. Jadi tidak syak lagi tangan aku la yang mengecut tuh kan. Jadi syabas untuk diri aku sendiri, kerana sekiranya ini semua benar, maka sekarang nih adalah waktu terkurus aku dalam masa dua tahun. Tak sabar nak melaram masa raya tahun nih dengan imej kurus-sikit tu. Hehehe..mesti sedara mara bertanyakan apakah rahsianya. Jadi akan ku jawab tanpa segan silu bahawa rahsianya adalah jiwa sepi hidup sendiri. Heh...

Ha..dalam tak tau nak merapu apa, banyak jugak yang aku taip. Aku pun tak percaya aku cerita semua. Tak sangka itulah yang ada dalam kepala otak aku sedari tadi. Sekarang kosong dah. Eh, mana boleh kosong..macam-macam yang ada dalam kepala otak nih. Tapi simpan untuk esok-esok la pulak. Kalau ada material menarik, aku prefer buat entry yang ala-ala poyo sikit. Kalau takde material ini jelah yang dpt aku sajikan. Tapi kan bila aku fikir-fikir balik, okey jugak aku luahkan apa-apa kat sini. esok-esok aku baca balik, mesti aku sendiri tak percaya aku yang taip semua nih. Itulah dia kan..manusia memang cepat lupa. Eh, aku yang pelupa sebenarnya. Bukan semua orang. So okeylah, esok sambung lagi. Aku nak tidur kejap. Mudah-mudahan aku terbangun untuk bersahur pagi nih. Wrap.

No comments: