Wednesday, September 26, 2007

10 Things I Hate About You

Laksana judul sebuah filem, akan aku huraikan satu persatu perkara yang menjelikkan yang terdapat pada pasangan aku. Siapa lagi kalau bukan Mr Shrek. Oleh kerana aku tidak membenci beliau, maka aku tukarkan perkataan benci kepada jelik. Mari aku kongsikan.


10 Perkara Aku Jelik Tentang Kamu


  • Kamu sudah tidak kacak lagi - Lihat saja wajah kamu yang semakin bulat itu. Jawline kamu sudah tidak kelihatan langsung sedangkan disitulah letaknye kekacakan kamu satu masa dulu.

  • Kamu tidur berdengkur - Bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut kamu sewaktu tidur bukanlah sesuatu yang kelakar. Mujur saja aku sudah terbiasa, jika tidak sudah lama aku menekup muka kamu dengan bantal sehingga lemas.

  • Rambut kamu - Apa kamu perasan kamu sekacak Johnny Depp yang kelihatan kacak walau dengan rambut macam mana sekalipun? Kamu mahu kelihatan cool dengan gaya sebegitu tetapi kamu sendiri tidak tahu menggayakannya sesuai dengan wajahmu.

  • Kamu sering lambat - Sesuatu yang penat kutanggung dari dulu dan membuat aku hilang sabar. Adakah kamu berada di dalam zon waktu yang berbeza?

  • Kamu tidak membuat keputusan dengan tepat - Dapatku bayangkan bagaimana kalutnya hidup kamu sekiranya aku tiada di sisi untuk membantu kamu membuat keputusan.

  • Kamu pelupa - Mungkin kerana kamu sering minum air bersemut di zaman remaja atau fikiran kamu terlalu penuh dengan 1001 benda sehinggakan perkara penting pun kamu lupa.

  • Kamu clumsy / cuai - Aku masih ingat kamu menjatuhkan handphone baruku yang berusia sehari kerana sikap clumsy kamu itu. Kamu juga sering menumpahkan benda dan terlanggar sesuatu. Aku pelik, adakah maklumat yg dihantar ke otak kamu tidak seiring dengan perlakuan fizikal kamu?

  • Kamu tidak fokus - Kamu begitu fokus dengan kerjaya tetapi bukan dalam perhubungan. Kamu tidak mendengar apa yang aku perkatakan kemudian bertanya lagi perkara yang sama berulang-ulang kali. Aku perlukan tape recorder!

  • Kamu tidak menjawab panggilan telefon dan tidak memanggilku kembali - Perkara yang paling mudah menaikkan nafsu amarahku dan apabila ditanya kamu akan memberi alasan yang sama setiap kali.

  • Kamu terlalu sibuk dengan kerjaya - Satu-satunya sikap jelik kamu yang sering aku maafkan hanya kerana aku seorang yang memahami. Kalaulah kamu punya lebih masa untuk aku.....


* Sengaja aku senaraikan 10 perlakuan jelik beliau kerana aku mengerti sekiranya aku senaraikan perkara yang aku suka tentang beliau nescaya aku tidak mampu untuk menyudahkannya. Sesungguhnya 10 perkara jelik yang aku tulis di atas adalah hanya sekelumit sekiranya dibandingkan dengan 1001 kelebihan beliau yang lain. Atas sebab itulah beliau layak menjadi pasangan aku. ;)




No comments: