Tuesday, September 25, 2007

Diari Avatar

Wahhh..banyaknya kata-kata. Errr...maksud aku entry yang aku buat kebelakangan ini terlalu padat dengan baris-baris ayat. Terlalu tepu dengan perkataan. Tak meriah, hanya meriah dengan kata-kata. Jadi aku nak tepek la beberapa keping gambar.

Jangan salah faham. Bukan aku saja-saja nak tepek gambar. Tapi ada cerita di sebaliknya. Aku nak tepek gambar-gambar yang pernah menjadi avatar aku di forum dan ceritakan kenapa aku memilih gambar tersebut.



Ini avatar aku yang pertama sewaktu aku mengambil keputusan untuk membuat posting setelah beberapa lama aku menjadi pembaca. Itu adalah foto tangan dan jari aku sendiri yang aku ambil menggunakan camera phone aku. Lokasinya adalah laman rumah mak aku di kampung.

Sengaja membuat isyarat 'peace' sesuai dengan matlamat aku masuk ke dalam forum, untuk berkawan dan berdamai dengan semua.





Ini avatar aku yang kedua. Buah hati pengarang jantung aku, Mr Shrek. Handsome kan beliau? Heh. Bagusnya kalau Mr Shrek sehandsome itu. Hehe. Beliau sebenarnya adalah pelakon pujaan aku Gael Garcia Bernal dan aku sememangnya minat habis dengan beliau. Manja kan pose nye itu? Buat aku jadi cair.

Aku tukar avatar lagi tidak lama kemudian kerana forum dilanda tsunami kecil dan avatar ku ini ditelan ombak tsunami kecil tersebut. Ada kenangan manis bila aku pakai avatar ini kerana ada beberapa forumer wanita fikir aku lelaki kerana aku tidak meletak jantina dalam profile dan mereka melayan aku 'extra special'. Heh.





Avatar aku yang ketiga. Wajah seorang wanita berkaca mata yang mengenyitkan matanya. Konon-konon cute la bila berbuat demikian. Telah diedit sedemikian rupa demi mempertahankan keeksklusifan wanita dalam gambar tersebut.

Itu gambar aku sebenarnya. Telah dirakam oleh teman sepejabat di tempat kerja dahulu. Ramai forumer yang tak tahu itu aku, dan apabila ditanya aku lebih suka menafikan yang ianya adalah potret aku. Cubaan pertama untuk menonjolkan diri sebagai forumer wanita. Aku kurang selesa meletak foto artis sebagai avatar kerana artis wanita ternyata cun-cun belaka dan aku tak mahu forumer tertipu. Ekekeke...





Ini avatar keempat aku. Wanita di sebalik bunga. Ada orang kata wanita makan bunga. Dan ada yang kata wanita yang menanam bunga di pinggir bibir. Tak kisah apa orang kata kerana semuanya benar belaka.

Itu gambar aku sendiri yang aku ambil menggunakan kamera phone. Lokasinya adalah di dalam apartment di Cameron Highland. Bunga itu bunga hidup. Bunga petunia namanya. Aku suka gambar ni sebab ianya tidak terlalu 'expose'. Setelah diedit dan memberi kesan warna yang sesuai, ia jadi cantik. Err..maksud aku gambarnya yang cantik, orangnya tidak. Heh.


*********************************************************************************


Sekarang aku kembali memakai avatar yang kedua kerana aku suka menatap bf kesayangan aku tu. Tapi kali ni aku dah fokuskan ke wajah beliau sahaja supaya lebih jelas. Dan seperti biasa, aku sengaja merahsiakan jantina aku kembali supaya dapat mengorat freshies. Keji kan? Hehe.


Jadi sekian saja cerita pasal avatar. Aku tak bercadang nak menukar avatar dalam masa terdekat ini. Mungkin aku akan rotatekan saja gambar-gambar yang sedia ada ini untuk dijadikan avatar. Jadi mudah saja kan nak mengenali aku. Untuk kawan-kawan aku di alam nyata, sekiranya berminat nak join forum tu, sila hubungi aku. Hikss.. Wah, sempat pulak aku promote. :P

2 comments:

Nonchalantly anxious said...

Hello hello tukang minum soyabean!Nice blog you got there, bolehlah sama-sama memblog!

Smoochy Munchkin said...

Wow, i'm so flattered! Yeay..Jem is visting my blog!! :P Okey Jem, let's blogging together. I'll be yur pengunjung setia.