Wednesday, September 5, 2007

Sayonara

Anda semua masih ingat tentang Jejaka Eksklusif? Rasanya semua masih ingat..masakan boleh lupa jejaka yang hangat itu walaupun aku tak berapa pasti adakah beliau masih hangat ataupun suam-suam kuku sahaja. Heh..namun begitu melalui blog aku ini, ramai yang telah mengenali beliau dan sedikit sebanyak aku merasa gembira kerana beliau memang layak mendapat perhatian dari banyak pihak kerana sesungguhnya kami memang punya persamaan iaitu menjadi 'attention seeker'. Ahahaha...

Jadi hari ini aku merasa terpanggil untuk bercerita tentang beliau sekali lagi memandangkan memang ada berita baru tentang beliau. Aku cuba untuk menaip tanpa beremosi banyak, kerana terus terang, aku sedikit beremosi apabila mengambil keputusan untuk membuat entry kali ini.

Setelah sebulan lebih beliau berada di Malaysia untuk bercuti, akhirnya kelmarin beliau telah meninggalkan tanahair tercinta ini untuk kembali kepada rutin beliau iaitu menuntut ilmu di negara orang. Walaupun Jejaka Eksklusif bukanlah teman lama aku, dan lebih tepat kami baru sahaja bertemu, namun aku tidak nafikan beliau telah menjadi teman rapat aku sewaktu beliau berada di sini. Aku kurang pasti bagaimana kami boleh menjadi rapat, tetapi aku tahu kami memang punya keserasian untuk berkawan. Seperti yang pernah aku katakan, bukan selalu kita berjumpa seseorang yang istimewa yang boleh memberi kesan dalam hidup kita walaupun kehadirannya sebentar cuma. Dan kali ini..aku rasa aku dah bertemu seorang kawan yang aku kira sungguh istimewa, itulah dia.. Jejaka Eksklusif.

Bayangkan selama sebulan lebih beliau di sini, impaknya sama seperti mana-mana persahabatan aku dengan kawan-kawan lama yang lain. Aku tidak nafikan, mungkin tempoh beliau berada di sini yang tidak panjang membuatkan kami terpaksa menggunakan segala peluang yang ada untuk membina persahabatan itu. Tetapi aku masih wonder memandangkan dalam masa yang sungguh singkat, beliau menjadi seorang yang sungguh memahami diri aku dan terus terang aku katakan di sini, beliau banyak membuat aku mengenali diri sendiri. Amat susah untuk aku jelaskan di sini sebenarnya, kerana aku sendiri tak mampu untuk ungkapkan dengan kata-kata betapa wonder nya aku dengan persahabatan kami itu. Dengan beliau terasa semuanya jadi mudah, dan kami melepasi 'comfort level' tuh dengan senang sekali sehinggakan kami boleh berbicara tentang apa sahaja dengan rasa selesa. Kami boleh berbicara isu serius mahupun berlawak jenaka tanpa sesiapa berasa tersinggung. Mudah kan? Dan aku yakin sekali bahawa keserasian dan persamaan kami yang banyak membantu sebenarnya.

Sebulan beliau berada di sini, terasa begitu pantas masa berlalu. Aku yang selama ini menjalani kehidupan biasa-biasa sahaja tiba-tiba menjadi menarik dengan kehadiran beliau. Heh..jangan salah faham, maksud aku beliau banyak menceriakan hari-hari aku setiap hari dengan pelbagai cerita yang kami kongsi bersama. Walaupun kadang-kadang kami asyik mengutarakan soal dan isu-isu yang sama, tetapi entah kenapa tak pernah pulak aku berasa muak malah setiap kali itu juga la aku berasa puas hati apabila aku mendengar idea-ideanya itu kerana setiap kali itu juga la aku berjaya meneka dengan tepat ayat-ayat yang bakal dikeluarkannya. Hehe..punya la kerap dengar kan, sampai aku dah boleh agak apa yang akan beliau perkatakan. Maklumlah, setiap hari kami berbual di telefon. Duit habis untuk top up tak payah cerita la, memang habis sia-sia kadang-kadang tuh namun aku rasa sungguh berbaloi. Dan aku tahu beliau juga banyak berhabis duit untuk menambah kredit telefon dan aku sungguh terhutang budi untuk itu semua. Lantaran itu juga la aku merasa kami sungguh rapat memandangkan kami berkongsi semua cerita! Heh..

Namun kini, semuanya dah berlalu. Beliau pun dah kembali ke Germany dan semuanya akan kembali semula ke asal. Tiada lagi panggilan sengal di tengah-tengah malam (maklumlah tengah malam lebih jimat katanya), tiada lagi sms-sms tanpa mengira waktu yang menyakitkan hati (tapi aku baca sambil tersengih-sengih sebenarnya) tiada lagi hantu sushi yang boleh aku lihat, tiada lagi mamat cute yang sering memegang beg plastik dan menjadi penumpang tatkala aku menjadi mak supir, tiada lagi model murahan untuk menjadi mangsa lensa kamera aku dan tiada lagi nombor untuk aku dail ketika aku sangap dalam kebosanan. Heh..terlalu banyak yang hilang kan..tetapi semuanya akan lekat dalam memori otak aku nih. Semoga semuanya akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Aku yang menghantar beliau ke airport untuk berangkat pulang ke sana. Aku ditemani rakanku Nurul kerana kebetulan aku tidak punya kenderaan pada hari tersebut. Bukan sebab apa, Jejaka Eksklusif itu punyalah sengal sampaikan tarikh penerbangan pun boleh keliru. Nasib baik semuanya berjalan lancar, kalau tak kempunan la aku nak berjumpa beliau buat kali terakhir. Heh. Jadi sempatlah aku menemani beliau di saat-saat terakhir beliau di sini. Dan sempat juga aku makan sushi bersama-sama dengan beliau buat kali terakhir. Lepas nih mungkin aku tak mampu nak makan sushi lagi kerana sushi bukanlah salah satu makanan kegemaran dan yang lebih penting lagi aku takut aku akan teringatkan beliau. Hikss.. Poyo je kan, tapi itulah dia, andaikata aku melihat atau makan sushi lagi selepas ini, maka sudah tentu akan teringatkan beliau kerana beliau memang hantu sushi. Huhuuu..

Entah kenapa aku merasa sungguh sebak pulak bila menuju ke airport tuh. Dekat airport pun aku masih terasa sebak. Heh..sengal betul aku kan. Aku cuba mengawal emosi tetapi bila mengenangkan yang aku takkan berjumpa dengan beliau lagi untuk satu satu jangkamasa yang sangat lama, aku jadi emo sendiri. Aku segan nak cerita di sini sebenarnya, tetapi aku ingin jadikan entry ini sebagai salah satu entry yang bermakna buat diri aku sendiri supaya aku boleh ingat semua ini di masa hadapan. Aku tak malu untuk berterus terang, aku bukan berasa sedih tetapi rasa agak sebak dan aku tahu aku akan merindui (haa...jangan salah faham) semua kenangan bersama beliau. Heh. Betapa bertuahnya lah kawan aku yang sorang nih kan, sebab berjaya membuat aku sebak tak tentu pasal. Hikss..

Jadi sekianlah sahaja cerita aku tentang Jejaka Ekslusif kali ini. Heh..kali ini? Yelah..mungkin ada lagi cerita tentang beliau di masa depan memandangkan dia bukan hilang terus. Dia ada lagi cuma dah jauh di mata sahaja. Dalam YM, dalam forum beliau masih ada. Heh. Aku masih boleh bercakaran dengan beliau seperti biasa. Semoga beliau baik-baik sahaja di sana dan berjaya dengan apa sahaja yang beliau usahakan. All the best to u bro!! Ada masa kita ketemu lagi (dengan aksesori-aksesori tambahan barangkali) Hikss...

Sekian.

4 comments:

Anonymous said...

thanks mimi for this n3...appreciate it..abg pon terharu juga membacanya...i mean...i felt the same thing pasal our friendship...soooooooo........profesional bole :p

Smoochy Munchkin said...

huhuu..don't mention it please. nanti kang i merembes camne? heh. yup, i'm glad having u as my friend. i couldn't agree more..memang professional habis. susah nak carik. dun u think so? thanks for everything yeah bro..hope our frindship will last forever. Amin.

Anonymous said...

Well... biler aku baca posting ko nie.. aku teringat di saat ko menghantarnya sehingga ke pintu terakhir.. :D...

Penuh dengan bunga2 bahasa.. :D.

Anonymous said...

shushi ada balance la.. ko terlupa nak bawa balik kot.. tapi dah selamat ke ... hehhee