Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh keberkatan aku kira. Bulan yang paling sinonim dengan segala nikmat kebaikan yang melimpah ruah kerana dalam bulan Ramadhan ini, setiap kebaikan yang kita lakukan mendapat habuan yang berkali ganda besarnya. Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan aku harap aku dapat menjalani kewajipan ini dengan sebaik mungkin.

Kepada semua, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita mendapat cahaya keberkatan dan keimanan yang kukuh di bulan Ramadhan ini. Pada aku, cahaya Ramadhan telah mula menunjukkan sinarnya apabila aku merasa sungguh tenang hari ini setelah melalui hari-hari yang agak suram kebelakangan ini dan aku harap sinar ini akan membawa kebahagiaan hati dan fikiran kepada aku dan rakan-rakan semua hinggalah ke kesudahannya. Amin.

No comments: