Wednesday, September 3, 2008

Terkelendatku Dalam Kegembiraan

Aisehhhh, aku lupa la nak mention satu perkara penting dalam entry edisi Ogos yang lalu.

Korang ingat lagi tak mamat ayu lagi bersopan santun yang pernah menjadi pemangkin semangat aku untuk pergi kerja yang pernah aku ceritakan dulu. Mamat tu dah selamat bernikah Ogos lepas!!!

Sungguh ku terkejut sewaktu mendengar perkhabaran ini. Namun apakan daya..huhu…walaupun sedikit kecewa (tanpa sebab yang munasabah), aku tetap ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau.

Aku tak pergi majlis kahwin beliau kerana aku tak sanggup melihat beliau duduk di persandingan. Acah jee…gile ape..wakakkaka. Aku tak pegi sebab aku takde kena mengena dengan beliau..itu aje. Namun dari perkhabaran yang disampaikan oleh teman sepejabat yang menghadiri perkahwinan beliau, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa isteri beliau dengar-dengarnya lebih ayu dan sopan. Bersanding dengan memakai tudung labuh lagik…

Aku yang sedia terkelendat menjadi lebih terkelendat mendengarnya. Huhu..terasa diriku ini sungguh kerdil sekali. Memang beruntung kedua-dua mempelai kerana bertemu jodoh dengan pasangan yang baik-baik belaka. Alhamdulillah… gembira aku mendengarnya. :)

No comments: