Wednesday, September 3, 2008

Mari Menyambut Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Bulan penuh keberkatan dan kesyahduan.

Aku nak amik peluang nih untuk memohon maaf kepada semua orang sekiranya aku ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang aku sengajakan atau tidak.

Kepada sesape yang pernah berkecil hati, terasa hati, terambil hati ataupun yang ada hati (wakakakak) terhadap aku, aku mintak mahap sesangat. Sesungguhnya aku nih hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan . Namun percayalah, kebanyakan kesilapan yang aku lakukan bukanlah niat aku yang sebenar.

Dan kepada sesiapa yang telah menjadi bahan kepada rendang, kuah kacang mahupun ketupat yang telah aku lakukan dengan jayanya…aku mengaku, aku tak berani nak mintak maap depan-depan. Hehe…Tapi jauh di sudut hati aku, aku tak ada sebarang niat untuk buat sebarang personal attack atau apa. Aku anggap itu hanyalah kelemahan dan kenakalan aku sendiri. :P

Aku doakan kawan-kawan aku dan sesiapa saja yang membaca blog nih mendapat keberkatan dari-Nya. Semoga kita semua dapat menjalankan kewajipan rukun Islam yang ketiga ini dengan penuh kesabaran dan keinsafan.

Salam Ramadhan Al Mubarak..

No comments: