Tuesday, September 2, 2008

Kisah Mak (Part I)

Friday 29th Aug 2008


Aku dapat panggilan dari ayah aku seawal pagi. Keadaan mak aku makin membimbangkan. Sakit perut yang keterlaluan, muntah tak berhenti dan menggigil-gigil satu badan. Aku jadi tak keruan. Aku yang sememangnya bercadang nak pulang ke kampung di sebelah petang terus bergegas untuk pulang.

Mak aku dah dihantar ke hospital oleh my sister. Me and my bro terus saja ke HB Seremban tak lama kemudian. Setibanya aku disana, mak aku dahpun dirawat tetapi aku langsung tak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Mak aku dirawat sebagai pesakit luar yang biasa. Ubat yang diberikan pun jauh lebih simple dari ubat yang didapati di klinik-klinik sebelum ini.

Aku jadi hangin. Mak aku yang sememangnya dalam keadaan tak berdaya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Oh ya, mak aku dah pergi ke klinik sebanyak 3 kali sebelum di arah oleh doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital pada hari kejadian. Jadi takkanlah pulak setibanya di hospital, mak aku hanya mendapat rawatan biasa?

Aku dan adik aku tanpa banyak soal terus bawa mak aku ke Hospital KPJ berdekatan. Aku nak mak aku dapat rawatan yang lebih baik, dan yang paling penting, aku dah tak nak berteka teki dengan masalah kesihatan mak aku yang sebenarnya. Aku nak mak aku jalani rawatan yang sempurna. I know it would be costly, tapi soal itu aku letak tepi.

Aku jadi sangat-sangat emosional bila aku tengok keadaan mak aku yang semakin lemah. Beliau dapat dua suntikan dalam masa tak sampai 2 jam berturut-turut. Sekali sewaktu di klinik, satu lagi sewaktu di HB Seremban, jadi secara tak langsung mak aku dapat menahan kesakitan buat sementara waktu.

Aku menemani mak aku aku sewaktu doktor membuat permeriksaan awal dan aku beritahu doc tuh segala simptom2 yang mak aku alami selama nih. Aku ceritakan apa sahaja yang aku rasakan perlu supaya kes mak aku diberi perhatian khusus. And yes, sejurus selepas itu doc meminta mak aku jalani ujian darah, ujian ari kencing dan ultrasound. Aku jadi lega sedikit sebab sekurang-kurangnya doc kat hospital tuh ambil serius keadaan mak aku.

Bersambung…

No comments: