Sunday, December 2, 2007

Dating Sakan

Semalam jugak happened to be the most happening day dalam masa 2 bulan kebelakangan ini. Bukan apa, sebab i had so much fun yesterday berdating dengan Mr Shrek tanpa sempadan.

Eheh, lepas jumpa dentist, kami tak terus balik rumah. Despite kesakitan yang melanda, kami pergi menyundels. Kengkonon nak lupakan kesakitan sementara la konon. Since Mr Shrek tak boleh makan dalam masa satu jam selepas rawatan, we decided to tengok wayang la..apa lagi.

Kami tonton cerita Enchanted. Huhu..Mr Shrek bukan suka cerita-cerita macam tuh, tapi memandangkan hampir kesemua latest movies yang ada kat wayang kami dah tengok, so kami tengok la cerita tuh. Patrick Dampsey memang cam sweet sesangat jek tau. To be honest, for me cerita tuh biasa jek. Tapi kalau nak suka-suka dan nak tengok cerita simple tapi menghiburkan, kira boleh laa..

Aku macam nak tergelak jek tengok cerita tu taw. Bukan sebab cerita tu, tapi gelagat sekumpulan akak-akak kat belakang seat aku yang terpengaruh abislah dengan cerita tuh. In other words, memang mereka menikmati dan enjoy sesangat tengok cerita tuh. Ada satu scene tu, Si Giselle tuh amik kain langsir untuk jadikan baju and akak-akak tuh boleh sibuk pulak cakap " Eh, cantiknya baju dia kan. Pandai dia jahit...". And i was like...errr..c'mon..it's just a movie!! I dun blame them though. Boleh jadi mereka memang menghayati dan terpengaruh habis-habisan. Ahahaha...

Okey, lepas tengok movie, kami pergi makan. Borak-borak, ngumpat-ngumpat (ngumpat awek sebelah table kami yang dok pakai spek mata hitam di malam hari dengan lagak dan gaya sungguh weird sekali) dan plan tentang agenda kami seterusnya. And yey..kami pergi karaoke la pulak. Ehehe...layan beb. Melalak sepuas-puasnya. I mean lama gila siut kami tak pergi karaoke sesama. Asyik dengar dia nyanyi kat rumah jek.

Lepas karaoke aku ingatkan nak balik umah terus. But he ajak pergi main pool pulak. I was like...kite berdua ke? Atau u nak jumpa your friends? And dia jawab..nope..kita berdua jek. Yehhuuu...so kami main la pool berdua. Tapi aku macam segan la sikit sebab semalam aku jek perempuan kat dalam tuh. Huhu...but yes, i performed well yesterday. Mr Shrek asyik cakap.."U're good...u're good". Hehe.

Mr Shrek ada amik gambar aku pakai phone masa aku tengah main pool tuh. Tapi malas la nak taruk kat sini sebab gambar-gambar camtuh nanti nampak 'cliche' la pulak. Ahahaha...well, i think mesti ramai yang tahu ade seorang mamat tuh begitu famous dengan gambar dia yang tengah main snooker tuh kan. Nanti dia kata aku tiru dia la pulak. So tak payah la taruk ek? Ekekek...

No comments: