Wednesday, December 12, 2007

Makan-Makan di Bagan Lalang

Sabtu lepas, 8 Disember aku pergi satu majlis makan-makan bersama kenalan-kenalan Amnet. Satu perjumpaan kecil-kecilan, tapi kira okey la, meriah juga. Ada Gee dan anak-anak, Fabs, Qas, Enter, Sumi, Sqiqu dan keluarga, Pink & bf.


By 5.30 Fabs dah sampai depan rumah aku. Aku tumpang kereta Fabs dan kami terus menuju ke rumah Gee di Beranang. Sampai Beranang lebih kurang pukul 6.30 petang. Ada la orang tuh kan, suruh kita sampai awal...sekali bila dah sampai maka berkhemah la kami di rumahnya tuh sampai dekat pukul 8. :P


Takdelah..hehe..anak Gee yang kakak tuh kena demam campak. So tak boleh nak bawak, nak tak nak kena tinggalkan dengan hubbynya. Tapi hubby Gee pulang agak lewat, jadi kami kena la tunggu. Kami memulakan perjalanan dari rumah Gee lebih kurang pukul 7.45dan hanya sampai di Bagan Lalang lebih kurang pukul 8.30 malam.


Sesampainya di sana, semua orang dah sampai la pulak. Huhuh...orang yang patut sampai paling awal untuk order makanan akhirnya sampai paling lewat. So pepaham je la kan. Baru la terkial-kial nak order, dah tu pulak sempat lak tukar-tukar meja beberapa kali ntah bebudak nih..ekeke..


Ramainya orangggg...perghh..bercinta nak tunggu makanan sampai. Sementara menunggu, kami bersembang-sembang. Tengah orang dok bersembang tuh kan, aku lak bersembang dengan sorang Mr Bizibodi tuh yang asyik call je kejenye..eee...kosser tul mamat tuh. Bzbodi sungguh!! :P


Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga hidangan yang ditunggu. Anak-anak Gee dah lapar dah masa tuh taw, siap kena order sate untuk mereka. Tapi sate pun sampai lambat. Kesian budak-budak kena tahan lapar. Tuh yang bila sampai je hidangan, terus fokus je memasing. Tak bercakap-cakap dah, terus makan dengan rakus.


Juadah yang ada masa tuh ikan bakar, ikan masak stim, pepahat sweet sour (aku tak pernah jumpa dan tak pernah makan pepahat tuh taw, itu la pertama kali), udang masak ape ntah, ketam masak ape pun aku tak tau jugak, sotong goreng tepung dan kailan goreng. Yang anehnya, ikan bakar, stim dan pepahat dan udang sampai dulu. Lapar punye pasal, kami terus makan la...


Dah habis makan semua...masing-masing dah kenyang, baru la sampai sotong, ketam dan kailan. Ha..amik ko..buntang bijik mata masing-masing sebab taktau camne nak makan dah. Last-last ratah je laa..Sesambil makan tengok keletah anak-anak Gee dan anak Sqiqu. Meriah kooo.. ade yang meraung, ade yang muntah, meraung lagi..semua ada lah pendek kata. Ekekek..Lawak je



Kanak-kanak riang


Masa kami makan-makan juga, barulah Pink dan bf sampai. Tapi mereka memang dijangka datang lewat pun. Actually kedai yang kami makan-makan tuh adalah kedai makcik Pink sendiri. Lepas dah selesai acara makan-makan, ada sesi bergambar pulak. Maka bergambar sakan la semua org (aku rasa aku je sakan, org lain relax2 je tengok) :P


Jangan tanya aku tengah buat ape dalam gambar tuh.. :P


Jam dah menginjak ke angka 11 lebih, jadi kami teruslah penuhkan aktiviti bergambar sementara menanti jam 12 untuk wish birthday Pink pulak. Birthday Pink 9 aribulan tuh. Hmm...actually la kan, dalam korem tuh memang penuh dengan birthday girls jek benaunya. Sumi besday dia ujung bulan 11 arituh, besday aku, Pink, Qas dan anak Gee si Yasmeen semua bulan 12. Itulah antara reason kami makan-makan tuh pun. Celebrate bersama-sama la kiranya.


With Fabs, Gee & Yasmeen


With another birthday girl, Pink


Lepas dah wish Pink, kami pun beredar la dari situ. Tapi perjalanan aku dan Fabs masih jauh sebab kami ke Beranang hantar Gee dulu, lepas tu ke Putrajaya hantar Sumi pulak, kemudian baru ke rumah aku dan Fabs meneruskan perjalanan ke Damansara.


Oh yup, Fabs kasi aku ni...mini muffin! Thanks Fabs..mwah mwah.


2 comments:

Anonymous said...

mane gambo aku?

Anonymous said...

ewah2... sedap nyer g makan2..