Sunday, December 9, 2007

Kisah Irfan, Irdina & Walker

Dah lama aku nak cerita pasal ni. Tapi aku asyik terlupa nak ambil gambar Irfan, maka terjadilah penangguhan selama beberapa lama.

Two weeks ago, my dearest nephew Irfan mengalami kemalangan. Kecederaan agak parah, dua tulang tangan kirinya patah. Huhu. Dia cuma berusia setahun sembilan bulan, tapi dah mengalami kecederaan yang sebegitu. Tragik sungguh.

Waktu kejadian berlaku, ibu dan ayah dia sedang menjalani kursus selama 3 hari. Jadi tinggallah Irfan dan adiknya Irdina di bawah jagaan mak aku. Isk...mak aku dah la sensorang kat rumah masa tuh. Memang tak terjaga la jawabnya. Dah la Irfan tengah buas sekarang. Adiknya Irdina pulak berusia 8 bulan, so memang agak mencabar bagi mak aku jaga mereka seorang diri.

Nak jadikan cerita, masa tuh Irdina dah buat 'kueh'. So mak aku pergi la basuh. Masa tuh la Irfan dengan tanpa pengawasan telah memanjat walker Irdina lalu tergelincir jatuh. Tak tahulah bagaimana aksi jatuhnya tuh, tapi mungkin agak horror la kot. Maka meraunglah Irfan sambil mendapatkan mak aku kat bilik air.

Tangan Irfan lebam, so mak aku pun hantar ke klinik. Tapi doktor tuh cakap tangan Irfan cuma terseliuh dan doktor tuh hanya beri ubat. Lewat petang tuh, Irfan menjalani aktiviti macam biasa, tapi dia tak banyak menggerakkan tangannya yang sakit tuh. Tapi menjelang malam, bengkaknya semakin ketara dan dia dah mula merengek-rengek..cakap "akit..akit..".

Mujur ibu dan ayahnya dah pulang petang tuh. Jadi ibu dah ayahnya lah yang hantar ke hospital. Setelah di x-ray, barulah terang lagi bersuluh yang tangan Irfan mengalami patah di dua tempat. Doktor pun terperanjat apabila mengetahui tempoh antara kejadian jatuh dan mendapat rawatan tuh dah mencecah 8 jam. Huhuhuh

Bagaimana seorang kanak-kanak yang begitu kecil menahan kesakitan akibat kecederaan yang agak parah itu selama 8 jam? Kalau la kita, perghh..mau meraung-raung lah kan. Kesian Irfan. Sangat-sangat kesian. Mujur tiada kesan sampingan lain berikutan kelewatan menerima rawatan pakar tu. Kalau tak..iskkk..tak tahu lah nak cakap macam mana.


Tangan yang patah tuh terpaksa disimen. Macam ni la rupanya.



Ini Irfan dan adiknya Irdina. Dah besar dah Irdina. Rasa macam sekejap je masa berlalu.


Ini Irdina 8 bulan yang lalu. Dengan 'mummy' nye (aku la tuh).



Anyway, genap dua minggu selepas kejadian yakni kelmarin, Irfan kembali mendapatkan rawatan dan doktor mendapati yang kecederaan tuh dah sembuh. Jadi balutan simen tuh dah boleh dibuka. My sis cakap, sebaik sahaja balutan simen tuh dibuka, Irfan terus menggeselkan tangannya kat sofa di bilik doktor tu. Mesti gatal sesangat kan. Eheh.

As for budak kecik, memang proses penyembuhan berlaku dengan sangat pantas. Syukur sebab semuanya dah okey. Irfan dah boleh tengok tangannya dalam bentuk asal kembali. Cuma Doktor suruh bawa Irfan pergi berenang so that ototnya kembali kuat.

Irfan..Irfan...mummy so proud of u. Good boy. Mmuahhh...

No comments: