Monday, December 10, 2007

It's My Birthday!!!

Jumaat, 7 Disember 2007


Yeayyyy!! It's my 26th birthday. Aku boleh katakan hari ulangtahun kelahiran aku tahun nih sungguh simple tetapi meriah. Maksud aku meriah bukan dari segi sambutan, tapi meriah dengan birthday wishes dari kawan-kawan dan keluarga. Aku sangat-sangat gembira.

Okey, ini cuma entry pembukaan bagi beberapa siri entry berkaitan birthday aku. So aku dedicate entry ini hanya untuk diri aku sendiri.

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih bernafas untuk meraikan birthday aku yang ke 26 ini. Aku amat gembira for those wonderful years yang aku nikmati selama nih dan sesungguhnya aku amat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang.

I'm a big girl now. So many years to come (insyaAllah), jadi aku harap aku semakin kuat, bersemangat, matang dan berdikari dalam menempuh hidup sehari-hari.

Semoga aku beroleh nikmat rezeki, kebahagiaan dan ketenangan berpanjangan untuk masa-masa akan datang. Dan aku amat berharap agar aku beroleh kejayaan dalam hidup yang dipinjamkan oleh Allah SWT ini selagi aku mampu, dan menikmatinya sebaik mungkin. InsyaAllah.

Amiin.

No comments: