Thursday, December 27, 2007

Pemalas ke?

Hari ini aku tersedar satu perkara. Tentang kerajinan dan kebersihan.

Aku baca satu thread kat forum tadi. Tentang suami dan isteri pemalas. Topik tuh mungkin dah lama ada kat situ, tapi baru tadi aku membacanya. Topik biasa-biasa saja, tiada apa yang menarik sangat. Tapi aku tengok dalam tuh ramai mengaitkan kemalasan dengan aktiviti mengemas rumah. Jadi itu sedikit sebanyak membuat aku memandang persekitaran dalam rumah aku sendiri.

Ya, rumah aku agak berselerak. Walaupun hanya aku sorang yang duduk kat rumah, tapi nampak macam aku ada anak ramai. Paper berselerak, buku-buku tak bersusun, meja penuh dengan barang-barang, kain baju tak berbasuh. Lalu aku tanya diri aku sendiri, aku ni pemalas ke? Thread tuh berjaya buat darah aku menyimbah ke muka. Rasa macam tepat kena kat batang hidung kiranya.

Aku mengaku, aku tak kemas rumah hari-hari. Rumah aku ada banyak barang, especially barang-barang kerja Mr Shrek. Barang kecik-kecik dan remeh pulak tuh. Kadang-kadang sampai naik rimas aku tengok kalau benda-benda gitu berselerak. Tapi somehow aku tak ada inisiatif pun untuk kemaskan. Sometimes aku kutip benda yang atas lantai, lepas tu aku taruk pulak atas meja. Kiranya aku tak susun terus di tempat yang sepatutnya. Huhu..pemalas la namanya tuh kan?

Oleh kerana perkataan pemalas itu nampak keji, tiba-tiba aku rasa macam bersemangat nak mengemas. Bukan mengemas macam hari-hari biasa, tapi ini kiranya mengemas dengan rapi. Sampaikan karpet pun aku ketuk-ketuk. Bukan itu saja, buku-buku aku susun mengikut topik, stationeries aku asingkan, duit syiling aku masukkan dalam tabung. Malah paku-paku dalam toolbox pun aku susun ikut saiz.

Aku rasa aku seorang pemalas. Kalau Mr Shrek baca entry ini, mungkin beliau lebih mengetahui untuk melabelkan aku macam mana. Tapi aku malu kalau dengar dari mulut orang lain, jadi mujur saja aku tersedar sendiri. Kalau nak bandingkan antara aku dan Mr Shrek, memang jauh bezanya kot. Beliau tuh rajin, tak boleh duduk diam. Beliau kerja dengan rajin, mengemas rumah pun dia juga. Basuh baju pun sama. Abis selama ni aku buat apa? Masak pun tidak. Huhu.

Hmm...topik tu menginsafkan aku lah nampaknya. Sebab baru aku teringat yang kebersihan tuh berkadar langsung dengan kesihatan mental dan fizikal. Rumah semak, kepala pun semak. Rumah bersih, badan sihat dan otak pun tenang. Hmm..dan aku takmo jadi malas lagi. Namun yang paling penting, aku nak wujudkan satu suasana yang selesa untuk Mr Shrek berkarya.

Sambil aku tulis nih, aku pandang luar rumah. Aku ternampak satu pokok yang aku tanam berbunga buat pertama kali setelah sekian lama. Lalu aku tersenyum sendiri. Mungkin itu tandanya aku harus mulakan hidup dengan azam yang baru. Ya..mungkin...

1 comment:

KTAJ admin said...

hek hek hek.. yeke ko pemalas? masa gi umah ko dulu, aku rasa macam aku le yang manusia paling pemalas dalam dunia sebab umah ko memang bersih gile.. sekuman abuk pun tak nampak atas meja ke ape ke.. tapi Mr Shrek ko memang rajin.. sbb masa tu aku nampak sendiri betapa gigihnya dia bangun pagi2, basuh keta, uruskan kucing, dan kemas serba sket apa yg patut.. Huhu.. Nampaknya bertambah berkilat la umah ko pasni, ek? Chaiyok2!!